PENYERAHAN MAJLIS RASMI DI ANTARA JKR NEGERI PAHANG DAN JKR NEGERI SELANGOR BAGI BANGUNAN KUARTERS DAN JALAN PERSEKUTUAN DI BAWAH KAWALAN KEMENTERIAN KERJA RAYA DI BUKIT FRASER PADA 30HB SEPTEMBER 2013



Penyerahan Bangunan Kuarters dan Jalan Persekutuan di Bukit Fraser diadakan hasil daripada perbincangan pihak JKR Pahang dan Kementerian Kerja Raya pada lawatan Pemantauan Tanah dan Kuarters Persekutuan hakmilik Kementerian Kerja Raya di Pahang pada 13hb Mei 2013. 


Penyerahan ini bertujuan untuk mengemaskini rekod aset milikan Kementerian Kerja Raya mengikut negeri masing-masing. Selain itu, penyerahan ini juga adalah bertujuan untuk dibaiki dan disenggara oleh pihak JKR Negeri Selangor memandangkan lokasi aset tersebut berada di dalam Negeri Selangor iaitu di Daerah Hulu Selangor. Penyerahan aset persekutuan tersebut adalah melibatkan tiga (3) unit kuarters, dua (2) unit Pondok Pagar, Jalan Persekutuan FT56 sepanjang 7.72km dan Jalan V422 sepanjang 1.54km. Bangunan kuarters yang diserahkan telah berumur lebih 50 tahun.

 
 
 
Lawatan ke tapak Bangunan Kuarters (JKR 40 I, JKR 40 J dan JKR 35)
yang telah melebihi 50 tahun di Bukit Fraser 

Penyerahan majlis rasmi ini telah diadakan pada 30hb September 2013 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Puncak In Fraser Hill dan upacara simbolik penyerahan telah dilaksanakan di antara wakil JKR Pahang, Ir. Hj. Abdul Jalil bin Mohamed, wakil JKR Selangor, Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan dan wakil dari Bahagian Kawalselia Senggara, Kementerian Kerja Raya serta turut hadir bersama Puan Rabiah Binti Ab. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Senggara BSPN Negeri Selangor dan Ketua Penolong Pengarah Senggara BSPN Negeri Pahang. Semua dokumen dan maklumat mengenai bangunan kuarters seperti kad bangunan dan kronologi bangunan serta jalan persekutuan telah diserahkan kepada JKR Negeri Selangor.

Setelah upacara simbolik penyerahan dilaksanakan, lawatan dan bergambar di tapak kuarters dijalankan untuk pemantauan bangunan kuarters dan jalan persekutuan yang telah diterima. Mesyuarat dan penyerahan bangunan kuarters dan jalan persekutuan berakhir pada jam 5.00 petang.
  
Upacara simbolik penyerahan telah dilaksanakan di antara wakil JKR Pahang, Ir. Hj. Abdul Jalil bin Mohamed, wakil JKR Selangor, Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan dan wakil dari Bahagian Kawalselia Senggara, Kementerian Kerja Raya.