Terkejut Dan Tak Sangka Akhirnya...
Bila aku naik pangkat/gred dan ditempatkan di Putrajaya, bermacam2 perancangan aku buat antaranya nak bawak anak aku tinggal bersama aku. Dah nama pun anak bererti dia tanggungjawab aku.

Aku pun try mohon kuarters, tu pun kawan ajar mohon secara on9. Hujung bulan 7 aku mohon, suka-suka je, sebab orang kata nak dapat memang lambat ikut giliran, dan ada jugak yang perlekehkan konon macam la boleh dapat cepat, sedikit patah hati le jugak. 

Tapi lebih kurang sebulan lepas tu aku dihubungi oleh pihak PBH merangkap pegawai yang menandatanggani surat pemberian kuarters kepada aku tu. Dia call aku, call handphone tak dapat dia call opis, dia tanya pasal status aku, dan mahukan beberapa dokumen sokongan yang membuktikan aku bertugas di Putrajaya salah satunya, hanya melalui email. Beberapa kali aku beremail dengan En. Raja tu...

Lama juga aku KIV, dan sengaja melambatkan penghantaran borang yang dikehendaki. Ini kerana aku masih tak pasti di mana aku nak kerja, kekal di Putrajaya atau mohon pindah ke Daerah yang ada kekosongan. Pada dasarnya aku seronok kerja di tempat baru. 


surat2 sokongan yang diperlukan beserta surat rayuan... Kemudian aku buat Solat Istikharah, mohon agar diberi petunjuk dan tak menyesali atas keputusan yang di buat. Selepas 4 hari berturut aku beristikharah, keesokkan harinya aku hantar dokumen yang dikehendaki oleh pihak BPH dengan rasa dan perasaan senang hati, kebetulan atau suratan ada pulak POS bergerak dibuka di Perkarangan Pejabat. Lagi mudah kerja aku, sebab aku pun tak tau kat mane pejabat Pos di Putrajaya ni. Hanya menggunakan POS biasa je.




borang yang perlu diisi dan diserahkan kepada BPH sebelum dapat kunci

Terkejut!!!! sangat terkejut!!!! seminggu selepas itu, aku dihubungi oleh pihak PBH dan di tawarkan kuarters, MasyakAllah gembira bercampur risau. Tapi aku tetap terima. 

Aku memang gembira sebab dah dapat kuarters, dalam masa yang sama macam2 perancangan antaranya pindah anak sekolah dan barang dari Tangkak ke Putrajaya, malah aku pun pindah jugak dari sewa bilik ke Kuarters. 

Tapi sebenarnya, satu dugaan datang lagi untuk aku harungi, aku diberikan masa oleh BPH untuk  selesaikan semua pembayaran dalam tempoh sebulan sahaja.

Dalam masa sebulan itu lah ada program jabatan di tambah dengan majlis anak menteri kawin lagi, sampaikan 3 minggu aku tak dapat balik kampung untuk jenguk anak aku, rancangnya nak balik kampung nak kemas rumah dan barang2 sekali.

Dalam masa dan keadaan begini la merungsingkan aku, mana tidaknya urusan pembayaran deposit TNB, SYABAS, Kuarters dan GAS NGV, keperluan sekolah anak,sewa lori. Alhamdulillah dipermudahkan!!! dapat pergi ke SYABAS dengan kenderaan jabatan. Dah pindah barang dari Tangkak ke Putrajaya, keperluan sekolah selesaidan anak dah pun bersekolah di Putrajaya,  Syukur semuanya dah selesai.

Itu pun ada yang tak selesai lagi nasib baik duit buku hanya RM23 itu belum baju sukan, minggu depan nak masuk KAFA kos dalam RM 1++.00 jugak. GAS lom selesai lagi, untuk convert daput ke tiub gasNGV yang disediakan, aku terpaksa KIV dulu, yang penting tong gas ada untuk aku memasak.

Memang hebat dugaan untuk aku dalam bulan Disember 2013 & Januari 2014 ni, tak cukup dengan wang ringgit, masa dan tenaga, semuanya cukup membuatkan aku letih ketika ini. Sampai demam aku di buatnya, mana tidaknya berpindah bukan urusan kecil anak. Sorang2 nak buat, mengemas, sikit2 siap akhirnya, cuma baju masih tak siap kemas. Apa yang penting aku boleh memasak untuk anak bertuah sorang ni.



Alhamdulillah sekarang dah duk sama, apa yang pasti hasrat menyekolahkan anak di Putrajaya pada tahun ni tercapai!!! Sekarang ni aku berbajet la jugak sebab gaji masih duk takuk lama, anak pun dah ada dengan aku, urusan persekolahan, makanan atas tanggungjawab aku. Buat masa ni keperluan apa yang ada je, cuma masih mencari penjaga untuk Asyraaf, dan kenderaan untuk ke sekolah, ini sebab aku kerja selalu out station. Aku berharap sangat dapat.



Published: 2014-01-07 Hit: 4 Laman Asal
SETAHUN YG TAK LUPUT
Hari ini ulangtahun itu kembaliBukan ulangtahun yg perlu diingatiTapi entah bagaimanaPasti teringat sendiri kenangan ituSaat malam nan indah ituTiba2 terkelamkan dek kata2Yg pada mulanya memberi harap .. ..