Khamis, 22 Oktober 2015

Sawi Fu Fa



Bahannya :

1. Minyak Masak Secukupnya
2. 3 Tangkai Pokok Sawi
3. 3 Biji cili merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 3 sudu besar sos tiram
6. 1/2 cawan air
7. 
1 Biji telur
8. Garam Dan Gula Secukupnya



Caranya :



Bahan 3 & 4 ditumbuk /kisar lumat. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk, masukkan garam dan gula. Masukkan air dan sos tiram, bila mendidih masukkan telur dan dikacau perlahan supaya telur hancur. kemudian kecilkan api dan masukkan sawi, biarkan kuah mereneh sehingga sawi menjadi layu dan masak secukupnya, tutup air siap untuk dihidang. 

p/s : sebenarnya lauk ni idea dan dinamakan sendiri, tak de idea nak masak apa, so terhasil la lauk hasil ciptaan sendiri. kalau sama dengan resepi orang lain tu bermakna beketulan le. Alhamdulillah sedap, yang penting cukup rasa dengan pedas sekali.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA