Isnin, 21 Mei 2018

Come Back


Bulan-bulan puasa ni aku memang malas sangat nak up date blog, apalagi nak cerita mengenai orang lain. Tapi tu la aku pun tak tau nak kata, lepas sorang, sorang yang aku kenal buat come back. Apa dia ingat dia artis ke? yang mana kemunculannya ditunggu-tunggu. Ye, para lelaki yang pernah kenal aku, hubungi aku kembali.  Nak raya, nak mintak maaf kot, ke nak suruh aku yang mintak maaf. Hahahaha....

Aku dah bosan la sebenarnya, dah tak ada apa-apa hubungan, putus pun dah jelas, kalau dah aku tak layan, kalau aku kata dah tak ada apa-apa, nak apa lagi dari aku, perempuan dalam malaysia ni ramai, susah?? cari la se negeri.. susah jugak cari la yang sekampung, dekat dan tak gaduh bila nak balik kampung nanti, nak-nak nak raya tak lama lagi kan.

Nak kata aku berhutang pun tak jugak. malah ada diantara mereka yang berhutang dengan aku, tapi aku dah halalkan pun. Tak banyak pun, dan kerana tak banyak pun tak mampu nak bayar, malah aku dimarah dimaki, rasa-rasa perlu ke aku pilih lelaki macam tu. Kata tak sedar diri kang terasa bagai. jadi memang malas nak cakap banyak. Block terus no, malas la nak gaduh... yeeee aku memang selalu gaduh dengan lelaki hahahaha.... masalahnya dia orang ni still cari aku jugak. Entah apa dia nak agaknya, aku pun tak faham.

Tapi aku tak dinafikan ada diantaranya berniat tak baik. Nak cakap apa lagi, bila aku beri peluang kedua orang tak hargai. Still nak ambil kesempatan. Tunggu apa lagi, aku senyap je la. Takkan nak salahkan aku.  jangan fikir bawak kereta mahal, gaji berbelas ribu, boleh dapat tubuh aku dengan senang. Kerana itu yang aku cuba elakkan. Biarlah sesiapa pun nak hina nak pandang rendah, dihina dan dikutuk hanya kerana aku janda, aku tak kisah pun. Tapi nak buat jahat nak buat maksiat tak perlu ajak aku, aku memang tak berminat aku ni jenis terus terang je. Tak suka aku kata tak suka.

Memang aku bukan perempuan yang terbaik, bukan muslimah pun, dari pandangan mata kasar, dari penampilan aku memang nampak ranggi, tapi sebenarnya aku sederhana dan  sekurang-kurangnya aku masih boleh kawal diri dan tak pernah cuba untuk ambil kesempatan kepada sesiapa dalam apa keadaan sekalipun, malah tak de niat nak ajak orang ke arah tidak baik. Niat sesungguhnya nak cari pasangan yang halal je. Banyak sungguh halangan dan cabaran yang buat aku sedih dan terkilan. Tapi dari hari ke hari aku tetap perbaiki diri. memang begini la perjalanan kehidupan manusia, dah lama aku redha.

Hati ni susah nak terima, yang aku suka sebenarnya yang aku tak mahu, yang aku tak suka yang mahukan aku. cinta tak boleh dipaksa itu adalah sebenarnya. Cukup aku menolak dengan baik. Jangan sampai 1 tahap aku terpaksa berkasar dan ini lebih menyakitkan.

Aku akan terima jika dah jodoh, tetapi setakat ini masih kekal begini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA