Ahli Yang Datang Bertandang

Saturday, March 10, 2012

Maafkan Saya

Saya minta maaf.

Saya tak berniat buat awak menangis. Saya tak tahu dah berapa kali agaknya saya buat awak menangis. Tapi, saya percaya lebih daripada sekali.

Saya sedar, saya sering melakukan kesilapan. Mungkin saja saya sering melukakan hati awak. Buat awak terguris dan tercalar perasaan.

Saya insan biasa. Saya tak selalunya mampu kawal diri dan tutur kata. Namun saya berusaha sebaiknya untuk tidak melukakan hati orang lain. Sebab saya tak suka rasa bersalah bila orang lain terluka kerana saya.

Sebab tu, tolonglah...saya rayu kepada awak supaya jangan menangis lagi. Berhentilah menangis...saya tak pandai nak pujuk orang dengan kata-kata manis. Saya hanya mampu meminta supaya awak berhenti dari menangis lagi...

Awak...awak jangan menangis lagi...

.

.

.


Awak yang tu...

.

.

.


Tu...

No comments:

Post a Comment

Suka?Komenlah Apa-apa,hahaha