ROAD RELAY BAKAL MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN C-Fest Keenam USIM 2008 2:07 AM

Larian Perdana C-FEST 6 ini merupakan acara pembukaan sempena Majlis Perasmian C-FEST 6 2008. Larian Perdana ini adalah berkonsepkan “Road Relay”. “Road Relay” ini merupakan acara lari berganti-ganti dalam jarak yang tertentu dan telah ditetapkan.

Bagi acara ini, para peserta yang berminat boleh mendaftarkan diri bersama pasukan masing-masing. Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang peserta. Setiap peserta akan di tempatkan di beberapa tempat yang tertentu (checkpoint). Terdapat sebanyak 8 checkpoint di mana setiap pasukan akan berlari secara berganti-ganti berdasarkan jarak yang telah ditentukan (rujuk peta laluan). Laluan peserta adalah sekitar kampus USIM.

Acara ini terbuka kepada mahasiswa dan mahasisiwi USIM sahaja. Hadiah disediakan kepada pemenang tempat 1 hingga 10 bagi kedua-dua kategori.

Sebarang pertanyaan/pendaftaran sila hubungi saudara Mohd Razlan Ahmad (012-5640201).

0 comments: