Thursday, December 3, 2009

Makna Sebuah Hadiah


Islam menganjurkan umatnya agar saling mendekati hati, saling bersaudara dan mencintai anatara satu sama lain. Antara cara yang disarankan ke arah keakraban itu adalah dengan memberikan hadiah. Amalan ini dikatakan mampu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan menenangkan kemarahan, dan melenyapkan rasa iri hati dan dengki.

hadiah akan membawa kesan pendamaian, rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada si penerima. disebabkan itu juga, Rasullah menganjurkan amalan memberi dan menerima hadiah kerana amalan ini adalah pengaruh tersendiri.

Baginda bersanda yang bermaksud,
"saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian saling mencintai."(sahih Muslim)


pesan baginda lagi,
"penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..."
(riwayat Ahmad dan Bukhari).

dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa salah satu hadiah yang tidak pernah ditolak Rasullah adalah wangi-wangian. malah Rasullah ada berpesan mengenai hal ini "sesiapa sahaja yang dihadiah 'raihan' (wangi-wangian), maka janganlah menolaknya sebab ianya ringan dibawa, namun sedap baunya." (riwayat Muslim).

pemberian hadiah hendaklah didahullukan kepada kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, dan suami isteri. selain itu boleh juga didahulukan orang dekat dihati kita. imam Bukhari ketika mengulas mengenai siapa yang lebih dahalu memberi hadiah, telah menengetengahkan dua hadis. Yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar mendahulukan pemberian hadiah kepada pak cik sebelah ibu dan dan kedua ketika ditanya padanya, mana antara dua jiran yang patut didahulukan, beliau menjawab, "yang paling dekat pintunya dengan kamu".

No comments:

Post a Comment