Monday 18 April 2011

KERABU SOTONG BAKAR



Bahan-bahan:
  • 10 Ekor Sotong -dibakar
  • 2 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 Mangkuk kecil mangga muda (dihiris halus)
  • 2 Batang serai (dihiris)
  • 4 Biji cili api (dihiris)
  • Sedikit kelapa parut - ditumbuk kasar
  • Bunga kantan -kalau nak menambah bau 
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1.  campurkan kesemuanya,garam dan gula.siap.....

KEENAKAN BUAH KUNDUR

 



Nama botaninya Benincasa hispida.Nama lain ialah Benincasa cerifera G. Savi.Di Malaysia buah kundur di kenali juga dengan beligu. Orang Jawa mengenalinya dengan nama beligo atau belonceng. Nama Inggeris untuk kundur ialah wax gourd, white gourd dan ash gourd. Perkataan gourd merujuk kepada pelbagai jenis buah dalam famili Cucurbitaceae seperti peria (bitter gourd), labu (musky gourd), labu air (bottle gourd) dan sebagainya. Perkataan wax white dan ash merujuk debu putih yang terdapat pada kulit buah kundur.

Di kalangan Orang China, buah ini dinamai tung kua yang bermakna labu musim sejuk. Selain dimasak dengan pelbagai hidangan,buah labu kundur ini juga banyak khasiat dan keenakannya.Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan.Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk penyakit luka.Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak
 

SUP KUNDUR CIK EYA



Bahan-bahan:
  •  1 Mangkuk buah kundur yang telah dipotong
  • 2 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 Ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 Cawan air
  • Sedikit tauhu kering
  • 2 Batang jagung muda
  • 1 Mangkuk kecil fish ball 
  • Sedikit daging ayam 
  • Garam
  • Sedikit perasa
  • Daun sup
  • Bawang goreng

cara membuatnya: 
  1. Tumiskan bawang merah,bawang putih,daging ayam serta air.Setelah ia mendidih masukkan kundur,jagung muda,fish ball,tauhu kering.
  2. Biarkan kundur empuk,akhir sekali masukkan garam dan perasa.
  3. Taburkan daun sup dan bawang goreng. 

CUBA TEKA,APA YANG ADA PADA GAMBAR INI?????


Saturday 9 April 2011

IKAN MASAK TAUCU


Bahan-bahannya: 
  1. 2 keping ikan merah/ ikan bawal
  2. 1 cawan taucu
  3. 1 batang timunn (dipotong kecil)
  4. 1 batang lobak (dipotong kecil)
  5. 1 cawan air asam jawa
  6. 1 S/k serbuk kunyit
  7.  gula
  8. 1 cawan kecil air


Bahan dihiris:
  1. 3 ulas bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 3 batang cili api
  4. 1 biji bawang holland
  5. 1 biji  tomato 
  6. 1 mangkuk kecil daun sup 
  Cara menyediakan:
  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam,digoreng dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih sampai naik wangi,dan masukkan taucu,asam jawa,cili dan gula.Biarkan ia mendidih.
  3. masukkan lobak,timun,bawang holland,tomato dan daun sup.Kacau rata dan biarkan sos pekat.
  4. Akhir sekali tuangkan ke atas ikan tadi.

SINGGANG DAGING KAMPUNG

Bahan-bahannya:
  •  500 gm daging (dihiris nipis)
  • 3 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 Ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 Cm kunyit   (dihiris)
  •  4 Cm lengkuas (dihiris)
  • 1 S/b ketumbar
  • 1 S/k jintan manis (ditumbuk kasar) 
  • 2 Cawan air
  • garam
  • serbuk perasa
  • 5 Biji cili api
  • 2 keping asam keping
Cara membuat:
  1. Masakkan semua bahan kecuali cili api dan garam ke dalam periuk,masak sehingga daging empuk,
  2. Masukkan cili api dan garam,
  3. Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan serta ulam-ulaman. 

AYAM GORENG BERLADA MAK CIK EYA

Bahan-bahannya:

  • 5 ketul ayam
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Mangkuk kecil cili api 
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • Garam 
  •  Serbuk perasa  
  • Minyak 
 Cara membuat:
  1.  Gaulkan ayam yang telah potong bersama serbuk kunyit, dan garam.perap ayam dalam 5 minit.Setelah itu panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Bolehlah diangkat dan diketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih,cili api sehingga hancur.Dan panaskan minyak,masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali,kacau dan masukkan garam serta serbuk perasa.
  3. Akhir sekali masukkan ayam goreng,gaul seketika.
  4. Siap untuk dimakan bersama nasi panas,sayur campur air.