Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Tuesday, December 5, 2006

BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN


Add caption

Komen: Kenapalah Liana Afiera Malik nie namakan dia 'Larasati Aisha". Nama aje dah nampak kehidupan yang akan dilaluinya penuh onak dan duri. Hemmmm... Novel pilihan No 1 untuk diriku. BEST.

"Puteri bangga punya keluarga yang amat sayangkan diri Puteri, tapi sayangnya diri Puteri tak sebertuah orang lain. Hidup Puteri sering dirundung malang. Adakah kehadiran Puteri ke dunia ini hanya untuk bermandikan air mata, Uncle?"

Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahandanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuat memori , dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan . Apa yang diharapkan tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna.Sinar mentari yang diidamkan , gerhana juga yang datang......

Kesedihan itu tambah berat tatkali dia mencium hubungan intim mamanya dengan Datuk Rahim kira-kira enam bulan selepas kematian abah. Dia menjadi semakin rindu pada abah yang tiada . Kerana itu dia membawa hati. Dia tidak mahu tinggal serumah dengan mamanya lalu minta dihantar ke sekolah berasrama penuh di sekitar Kuala Lumpur juga .Permintaan itu pada awalnya ditolah mentah-mentah oleh Datin Seri Fariza dengan alasan dia akan kesunyian tanpa anak gadisnya itu. Namun kedegilan Larasati 'Aisya tiada siapa yang dapat menghalangnya. Dia nekad membuat permohonan pertukaran sekolahnya sendiri. Dan atas tiket pelajar terbaik, dia akhirnya diterima masuk ke sekolah yang dipilihnya. Dan bermula dari detik itulah dia semakin jauh dan jauh dan jauh ...... dari sisi mamanya......

LIANA AFIERA MALIK
(Liana Afiera Malik telah kembali ke Rahmahtullah pada tahun 2011)


RM49.90



Percetakan Creative Enterprise


No comments: