Ahad, 5 Julai 2015

RAHSIA MAKRIFAT

Sangat sulit menjelaskan hakikat dan makrifat kepada orang-orang yang mempelajari agama hanya pada tataran Syariat saja, menghafal ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadist akan tetapi tidak memiliki ruh dari pada Al-Qur’an itu sendiri. Padahal hakikat dari Al-Qur’an itu adalah Nur Allah yang tidak berhuruf dan tidak bersuara, dengan Nur itulah Rasulullah SAW memperoleh pengetahuan yang luar biasa dari Allah SWT. Hapalan tetap lah hapalan dan itu tersimpan di otak yang dimensinya rendah tidak adakan mampu menjangkau hakikat Allah, otak itu baharu sedangkan Allah itu adalah Qadim sudah pasti Baharu tidak akan sampai kepada Qadim. Kalau anda cuma belajar dari dalil dan mengharapkan bisa sampai kehadirat Allah dengan dalil yang anda miliki maka PASTI anda tidak akan sampai kehadirat-Nya.

Ketika anda tidak sampai kehadirat-Nya sudah pasti anda sangat heran dengan ucapan orang-orang yang sudah bermakrifat, bisa berjumpa dengan Malaikat, berjumpa dengan Rasulullah SAW dan melihat Allah SWT, dan anda menganggap itu sebuah kebohongan dan sudah pasti anda mengumpulkan lagi puluhan bahkan ratusan dalil untuk membantah ucapan para ahli makrifat tersebut dengan dalil yang menurut anda sudah benar, padahal kadangkala dalil yang anda berikan justru sangat mendukung ucapan para Ahli Makrifat cuma sayangnya matahati anda dibutakan oleh hawa nafsu, dalam Al-Qur’an disebuat Khatamallahu ‘ala Qulubihim (Tertutup mata hati mereka) itulah hijab yang menghalangi anda menuju Tuhan.

Rasulullah SAW menggambarkan Ilmu hakikat dan makrifat itu sebagai “Haiatul Maknun” artinya “Perhiasan yang sangat indah”. Sebagaimana hadist yang dibawakan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya sebagian ilmu itu ada yang diumpamakan seperti perhiasan yang indah dan selalu tersimpan yang tidak ada seoranpun mengetahui kecuali para Ulama Allah. Ketika mereka menerangkannya maka tidak ada yang mengingkari kecuali orang-orang yang biasa lupa (tidak berzikir kepada Allah)” (H.R. Abu Abdir Rahman As-Salamy).

Di dalam hadist ini jelas ditegaskan menurut kata Nabi bahwa ada sebagian ilmu yang tidak diketahui oleh siapapun kecuali para Ulama Allah yakni Ulama yang selalu Zikir kepada Allah dengan segala konsekwensinya. Ilmu tersebut sangat indah laksana perhiasan dan tersimpan rapi yakni ilmu Thariqat yang didalamnya terdapat amalan-amalan seperti Ilmu Latahif dan lain-lain.

Masih ingat kita cerita nabi Musa dengan nabi Khidir yang pada akhir perjumpaan mereka membangun sebuah rumah untuk anak yatim piatu untuk menjaga harta berupa emas yang tersimpan dalam rumah, kalau rumah tersebut dibiarkan ambruk maka emasnya akan dicuri oleh perampok, harta tersebut tidak lain adalah ilmu hakikat dan makrifat yang sangat tinggi nilainya dan rumah yang dimaksud adalah ilmu syariat yang harus tetap dijaga untuk membentengi agar tidak jatuh ketangan yang tidak berhak.

Semakin tegas lagi pengertian di atas dengan adanya hadist nabi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagai berikut : “Aku telah hafal dari Rasulillah dua macam ilmu, pertama ialah ilmu yang aku dianjurkan untuk menyebarluaskan kepada sekalian manusia yaitu Ilmu Syariat. Dan yang kedua ialah ilmu yang aku tidak diperintahkan untuk menyebarluaskan kepada manusia yaitu Ilmu yang seperti “Hai’atil Maknun”. Maka apabila ilmu ini aku sebarluaskan niscaya engkau sekalian memotong leherku (engkau menghalalkan darahku). (HR. Thabrani).

Hadist di atas sangat jelas jadi tidak perlu diuraikan lagi, dengan demikian barulah kita sadar kenapa banyak orang yang tidak senang dengan Ilmu Thariqat? Karena ilmu itu memang amat rahasia, sahabat nabi saja tidak diizinkan untuk disampaikan secara umum, karena ilmu itu harus diturunkan dan mendapat izin dari Nabi, dari nabi izin itu diteruskan kepada Khalifah nya terus kepada para Aulia Allah sampai saat sekarang ini.

Jika ilmu Hai’atil Maknun itu disebarkan kepada orang yang belum berbait zikir atau “disucikan” sebagaimana telah firmankan dalam Al-Qur’an surat Al-‘Ala, orang-orang yang cuma Ahli Syariat semata-mata, maka sudah barang tentu akan timbul anggapan bahwa ilmu jenis kedua ini yakni Ilmu Thariqat, Hakikat dan Ma’rifat adalah Bid’ah dlolalah.

Dan mereka ini mempunyai I’tikqat bahwa ilmu yang kedua tersebut jelas diingkari oleh syara’. Padahal tidak demikian, bahwa hakekat ilmu yang kedua itu tadi justru merupakan intisari daripada ilmu yang pertama artinya ilmu Thariqat itu intisari dari Ilmu Syari’at.

Oleh karena itu jika anda ingin mengerti Thariqat, Hakekat dan Ma’rifat secara mendalam maka sebaiknya anda berbai’at saja terlebih dahulu dengan Guru Mursyid (Khalifah) yang ahli dan diberi izin dengan taslim dan tafwidh dan ridho. Jadi tidak cukup hanya melihat tulisan buku-buku lalu mengingkari bahkan mungkin mudah timbul prasangka jelek terhadap ahli thariqat.

Dalam setiap peristiwa yang mewarnai kehidupan ini, seringkali kita tidak mampu atau tidak mau menangkap kehadiran Allah dengan segala sifat-sifatNya. Padahal sifat-sifat Allah sangat terkait erat dengan ayat-ayat kauniyahNya yang terhampar di atas muka bumiNya. Betapa Allah –melalui ayat-ayat kauniyahNya- memang ingin menunjukkan keMaha KuasaanNya dan keMaha BesaranNya agar hamba-hambaNya senantiasa mawas diri, waspada dan berhati-hati dalam bertindak dan berprilaku agar tidak mengundang turunnya sifat JalilahNya yang tidak akan mampu dibendung, apalagi dilawan oleh siapapun, dengan upaya dan sarana kekuatan apapun tanpa terkecuali, karena memang Allahlah satu-satunya pemilik kekuatan dan kekuasaan terhadap seluruh makhlukNya.

Dikutip dari : Tulisan Syekh Samman

Jumaat, 3 Julai 2015

Tiada manusia yang benar2 bersih hatinya

Syariat - ilmu kehidupan lahiriah manusia, ilmu asas, dan segala jenis ilmu untuk beribadat. seperti : hukum hakam dalam Islam, sistem pendidikan, ekonomi, pertanian, kebudayaan, teknologi dan lain-lain sistem hidup mengikut ajaran Islam. (FIZIKAL)

Tarikat - ilmu berkenaan hati. Jenis-jenis nafsu, meletakkan diri kita sama paras dengan orang lain, ikhlas, cinta Allah, rasa kehebatan Allah, rasa gerun dengan Neraka, rasa berdosa, malu, rasa diawasi, kasih sayang, simpati, merendah diri, yakin, tawakal dan sebagainya. (HATI)

Hakikat - ilmu yang perlu menggunakan fikiran. Memahami maksud taqwa sedalamnya. memikirkan mengapa perlunya sabar. memikirkan mengapa marah itu datang dan cara mengawalnya. maqam sabar, maqam tawakal, maqam redha sehinggalah kesemua sifat-sifat mahmudah itu diperolehi secara tetap (istiqamah). Boleh jadi ada yang mendapat secara serentak sifat-sifat mahmudah itu. Inilah juga yang dikatakan dia telah mendapat hakikat. Iaitu mendapat intipati Islam (lubbun).  (AKAL)

Makrifat - ilmu yang didapati setelah syariat, tarikat, dan hakikat disempurnakan.. Iaitu fizikal, hati dan akal telah bersatu maka disitulah kita mengenal Allah Yang Maha Esa.. 

biji benih itu umpama syariat.

menanam pokok itu umpama tarikat.

buah itu umpama hakikat.

rasa buah itu umpama makrifat.

Dari ilmu syariat kita mengenal Allah adalah tuhan sekelian alam, nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah. Namun, pengenalan itu masih belum mendalam lagi. Untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam, kita perlu kenal diri sendiri terlebih dahulu..  Untuk mengenal diri sendiri adalah mengenal hati, akal dan fizikal kita.

Apakah yang membuatkan manusia itu tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain? Mengapa manusia dijadikan Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi? Namun ada juga darjat manusia yang lebih rendah daripada haiwan.

Jawapannya bagaimana cara manusia itu menggunakan kelebihan hati, akal dan amalannya..

Segala yang Allah jadikan itu mempunyai sebab. Maka di situ jadilah ekosistem kehidupan. Namun, orang yang ikhlas tidak mempunyai sebab dia membuat sesuatu. Hanya kerana Allah Taala tanpa mengharapkan balasan. Maka orang yang ikhlas adalah lebih lebih dekat dengan Allah. Kepercayaan dan keikhlasan adalah asas kepada iman.

Untuk mencapai keikhlasan yang hakiki, perlu belajar syariat, tarikat dan hakikat. Maka Allah akan memperkenalkan dirinya dengan lebih mendalam kepada orang yang bersungguh-sungguh untuk mengenal diriNya.

Syariat = tubuh
Thariqat = nyawa
Hakikat = ruh
Makrifat = berhimpun semuanya

Selasa, 4 Mac 2014

Tahajjud

http://www.kedahlanie.info/2014/02/8-keajaiban-solat-tahajud-yang-umat.html?m=1

Khamis, 15 Ogos 2013

Keimanan, keteguhan, ketegasan Morsi

http://fbcdn-video-a.akamaihd.net/hvideo-ak-prn2/v/1050549_1390254667861256_1424580625_n.mp4?oh=c33e00a7754dd8d50b6673328e3248a9&oe=520E981A&__gda__=1376711562_326496a446fd06e90b977660d03630b4

Selasa, 30 Julai 2013

Luahan DR M

Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam satu sesi dialog bersama NGO Kelab Che Det (26/7/2013) di Yayasan Kepimpinan Perdana. "Kalau pemimpin bersin pun ahli UMNO akan tepuk tangan." "Mereka akan sokong tanpa bersoal jawab lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosakkan parti." "Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi, apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam UMNO." "Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya, dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli ke dalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa barulah diluluskan, begitu seterusnya cikgu pula enggan orang yang lebih berpendidikan darinya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan." "Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan." "Dulu waktu saya jadi Presiden, MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan, malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa." "Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkannya, malah keadaan bertambah buruk." "Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang." "Lihat sahaja isu EC yang diserah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat, begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan." "DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana difikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi." "1 Malaysia tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain. Pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagainya." "Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang di dengar oleh pemimpin." "Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu. Ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu. Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam." "Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya." "Saya didatangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib, malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib dilanggar." "Banyak pihak yang berjumpa dengan saya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang cina. Malah mereka ini sangat dilayan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya." "Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan." "Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti dikata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja." "Apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu." "Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada." "Adakah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu? Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga, tapi malangnya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu." "Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib." "BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya." "Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi. Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina." "Saya akan terus bersuara untuk Bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, ya saya akan kata saya rasis." sumber : PANEH MIANG

Ahad, 28 Julai 2013

Rindu

Rindu...pada sesuatu,pada seseorang, pada kenangan atau pada yang telah tiada. Mungkin kita akan dilabel berjiwa sentimental apabila selalu merindu. Adakah kerinduan hanya timbul dalam jiwa mereka yang tertentu sahaja? Ada pula yang mengatakan orang yang selalu merindu pada yang telah tiada akan menyusul mereka tidak seberapa lama.

Walau apapun tafsiran mereka tentang 'rindu', aku sanggup menerimanya kerana aku memang seorang perindu. Aku rindukan pada ahli keluarga besarku yang telah tiada, terutama menjelang hari raya. Setiap kenangan sewaktu bersama sering terbayang di mata.

Aku juga rindukan sahabat dan teman dahulu kala, sewaktu susah senang menguji persahabatan. Tidak ramai mereka yang bernasib baik mempunyai teman sejati dikala susah dan senang.

Dan aku juga merindu pada apa yang telah aku lalui sewaktu hayatku. Jika dapat diundurkan waktu, akan ku ukir setiap saat hidupku menjadi tatapan indah dihari tuaku.

p/s : mood merindui Nokia E7 ku yang telah tiada...

Selasa, 22 Januari 2013

Salam 2013

Salam 2013, selamat tahun baru... Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara nyaman tahun ini. Setelah sekian lama menyepi, blog ini akan kembali diaktifkan memandangkan ruang dan peluang yang diberikan memberi sedikit kesempatan untuk ber'blog' semula. Insyaallah dengan segala rahmat dan kurniaan yang diberikan. Cikgu Moden akan terus mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa.

Ahad, 8 April 2012

Hingga ke hari ini..

Hingga ke hari ini, telah banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin tidak keterlaluan jika aku melabel tahun 2012 ini sebagai 'kiamat' kecil bagi aku. Peristiwa kesedihan terbesar ialah perginya atok yang paling dikasihi dunia dan akhirat. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikasihani oleh Allah SWT. Hingga ke hari ini, kesedihan masih tetap bersisa.

Isnin, 12 Disember 2011

Otak Syaitan (2nd post)

"Manusia dikurniakan dengan komposisi otak yang serupa. Malah kebanyakkan manusia pula hanya menggunakan 5% sahaja dari keupayaan otak sepanjang hayat mereka. Otak kiri lebih bersifat mengingat dan logik, manakala otak kanan bersifat nombor dan algeb. Tetapi persoalannya, otak dibahagian manakah yang mempengaruhi andaian, ramalan dan telahan yang menjadi duri dalam daging yang merosakkan hubungan sesama manusia. Cara segelintir manusia yang membuat andaian dan telahan membabi buta dan kemudiannya melenting menyebabkan persoalan ini semakin menjadi tanda tanya.

Mungkin cara aku berfikir menyebabkan aku yang merasakan orang lain agak pelik. Namun bila persoalan ini dilontarkan, ramai lagi orang di sekeliling merasakan perkara yang sama. Kewujudan individu yang hidup diatas andaian dan telahan semata-mata amat menjelikkan. Bukankah hidup ini lebih indah tanpa prasangka dan andaian 'jahat'. Apa yang aku perhatikan, kekuatan rohani memainkan peranan dalam menangani persoalan ini. Dan kesimpulannya, tiada bahagian otak yang mendominasi perkara tersebut, tetapi lebih kepada benteng diri sendiri dari mendengar hasutan SYAITAN!!"

Aku pernah ulas tentang perkara ini sekali, malangnya aku terpaksa berhadapan sekali lagi dengan skrip yang serupa buat kali ke 2. Andaian membabi buta tanpa usul periksa menyebabkan masalah langsung tidak boleh diselesaikan. Gunakan otak anda sebelum membuat tindakan kerana ia adalah kurniaan Tuhan yang paling berharga.

Rabu, 1 Jun 2011

Surat Terbuka untuk Yusry KRU


Salam,
Sekadar mengisi masa lapang. Alhamdulillah, saya telah menonton Karak di Cineplex Malacca mall semalam. Tahniah atas kehebatan dan kecanggihanteknik kesan khas yang digunakan. Namun, sebagai anak jati Pahang, saya rasa terdapat beberapa kesilapan fakta berkaitan hantu dalam filem berkenaan, antaranya :
1. Babak dimana si suami meninggalkan isteri dan anaknya. Seingat saya, ia bermula ketika dalam perjalanan, si suami ingin membuang air kecil. Tanpa membuang masa si suami memberhentikan kereta di tepi gaung lebuhraya karak. Sempat berpesan kepada isterinya agar mengunci semua pintu dan tidak keluar walaupun apa terjadi. Sejam berlalu, namun si suami tidak muncul semula sehinggalah si isteri dikejutkan dengan satu dentuman di atas bumbung kereta. Kemudian, setiap kereta yang lalu akan memberi lampu tinggi sambil membunyikan hon namun tidak pula berhenti. Sehingga sebuah kereta patrol polis berhenti namun agak jauh dari kereta mereka. Polis memberi arahan menggunakan pembesar suara agar si isteri bersama bayinya keluar dan berjalan menuju ke arah mereka tanpa menoleh ke belakang.Dan ketika menoleh ke belakang alangkah terkejutnya si isteri apabila mendapati kepala suaminya berada di atas bumbung kereta itu.
2. Babak volkswagen kuning. Seingat saya pemandu yang akan memotong kereta tersebut berkali-kali dan bukannya kereta tersebut yang memotong.
3. Jembalang pemakan manusia itu sebenarnya masih wujud hingga sekarang. Namun hanya akan membunuh 10 tahun sekali. Sila temuramah peronda lebuhraya karak dan semak kes pembunuhan terpencil di situ. Anda akan terkejut apa yang mereka alami.

Saya harap pihak tuan tidak berkecil hati dengan komen ini. Untuk projek filem seram akan datang, tuan boleh mengambil kira untuk mengambil penceritaan kisah benar peristiwa seram di MRSM, kerana pada pendapat saya filem berdasarkan pengalaman sebenar lebih menarik untuk ditonton dan lebih realistik. Sekian

Ahad, 6 Mac 2011

Ciri-ciri Pemimpin Sejati

Entah mengapa tiba-tiba aku ingin menyentuh tentang topik kepimpinan kali ini. Adakah mungkin berkaitan isu semasa atau isu di tempat kerjaku. Biarlah apapun kaitannya, diharap ia akan menjadi pedoman sesiapa sahaja.

Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;

* Seorang pemimpin yang baik tidak semesrinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
* Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
* Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
* Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
* Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
* Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
* Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Ramai pemimpin yang dilahirkan melalui sistem, dan bukannya pilihan pengikut menyebabkan kebanyakkan ciri-ciri kepimpinan sejati itu hampir tiada. emmmm..fikir-fikirkan dan selamat beramal!!

Khamis, 21 Oktober 2010

Rentas Desa 2010

Gambar-gambar Terpilih Sekitar Aktiviti Rentas Desa




Khamis, 16 September 2010

Langkah Diteruskan

Salam Aidilfitri..
Aku baru sahaja selesai melayan anak-anak bermain bunga api.
Sambil itu bersembang dengan jiran lama dan 'baru'. Topik sembang semestinya tentang sambutan Hari Raya masing-masing dan pembunuhan Datuk Sosilawati. Erm..satu pembunuhan yang diluar jangkaan manusia normal yang tinggal di Malaysia. Mungkin ini merupakan kes pembunuhan berprofil tinggi bersiri paling gempar di Asia malah mungkin di dunia tahun 2010.

Walaubagaimanapun, pemikiran ku lebih tertumpu pada sesuatu. Iaitu projek yang akan aku gerakkan secara bersendirian dengan sokongan beberapa individu yang berpengalaman. Kemana-mana aku pergi mahupun beraya, pemikiranku ligat mencongak strategi untuk melaksanakan projek tersebut. Namun masih bukan masanya untuk aku umumkan disini. Insyaallah dalam sebulan dua setelah segalanya mula beroperasi.

Kini, aku telah menapak dalam beberapa bidang yang berbeza, dan pengalaman yang didapati sepanjang perjalanan itu akan aku gunakan sebaik mungkin dalam menjayakan projek ini. Aku sendiri mengharapkan agar diriku tabah dan tekun dalam menghadapi cubaan dan dugaan kerana ini merupakan projek dimana aku menduga kebolehan diri sendiri tanpa sesiapa.

Sabtu, 8 Mei 2010

Otak 'Syaitan'

Manusia dikurniakan dengan komposisi otak yang serupa. Malah kebanyakkan manusia pula hanya menggunakan 5% sahaja dari keupayaan otak sepanjang hayat mereka. Otak kiri lebih bersifat mengingat dan logik, manakala otak kanan bersifat nombor dan algeb. Tetapi persoalannya, otak dibahagian manakah yang mempengaruhi andaian, ramalan dan telahan yang menjadi duri dalam daging yang merosakkan hubungan sesama manusia. Cara segelintir manusia yang membuat andaian dan telahan membabi buta dan kemudiannya melenting menyebabkan persoalan ini semakin menjadi tanda tanya.

Mungkin cara aku berfikir menyebabkan aku yang merasakan orang lain agak pelik. Namun bila persoalan ini dilontarkan, ramai lagi orang di sekeliling merasakan perkara yang sama. Kewujudan individu yang hidup diatas andaian dan telahan semata-mata amat menjelikkan. Bukankah hidup ini lebih indah tanpa prasangka dan andaian 'jahat'. Apa yang aku perhatikan, kekuatan rohani memainkan peranan dalam menangani persoalan ini. Dan kesimpulannya, tiada bahagian otak yang mendominasi perkara tersebut, tetapi lebih kepada benteng diri sendiri dari mendengar hasutan SYAITAN!!

Selasa, 4 Mei 2010

Lebih 'awal' dari biasa

Hari ini aku bangun agak awal, namun ketiduran semula disebelah 'hero' lelaki aku. Melihatkan isteri ku sudah bangun menyeterika pakaian, aku sambung semula tidurku dengan harapan tidak lama, sekadar 10 hingga 15 minit. Tetapi apa yang berlaku, isteriku juga ketiduran hingga terjaga 15 minit lagi sebelum pukul 7. Apa lagi, terkocoh-kocohlah kami berdua menyiapkan diri dan anak-anak.
Walaubagaimanapun, apa yang menarik ialah, malam sebelum itu aku telah mempercepatkan jam dinding utama rumahku lebih 15 minit. Entah mengapa tergerak hatiku untuk berbuat demikian tanpa pengetahuan isteriku. Mungkin disebabkan sentiasa tergesa-gesa ke sekolah setiap hari kerana memandangkan aku yang perlu keluar kemudian sekali untuk menutup pagar dan semua suis di rumah. Jadi,ini bermakna, walaupun kami keluar pada jam menunjukkan 7.10 pagi, tapi pada hakikatnya jam baru pukul 6.55 pagi. Masih awal dari biasa bukan?..Tahniah untuk diriku sendiri di atas pembohongan tersebut. Dan tahniah sekali lagi kerana berjaya meng'update' blog ini untuk 2 hari berturut-turut. :)

4 May 2010

Salam...entry terakhir aku pada 4 Jan 2010. Ini bermakna telah 4 bulan aku tidak meng'update' blog ini. Kadang-kadang aku hampir lupa bahwa aku punyai sebuah blog. Mungkin ini penangan dari Mukabuku (facebook) yang lebih popular dan interaktif.
Hermmm...dalam melata hidup aku sepanjang 4 bulan ini, banyak juga kisah suka duka, kejayaan, kesilapan dan pahit manis yang aku tempuhi. Kalau mahu dikongsikan mungkin tidak terluah dengan kebatasan masa. Namun sedikit sebanyak akan aku paparkan juga apa yang aku lalui bagi lipatan peribadi dan tatapan sesiapa yang tersesat ke dalam blog ini.

Kerjaya
Masih lagi memegang pelbagai jawatan sebagaimana tahun sebelumnya dan tahun ini ditambah pula dengan jawatan baru seperti AJK PIBG, setiausaha PEKA dan kelab kebiru. Kesibukan aku bertambah namun paling ketara aku mula kurang mengendalikan latihan sukan dan permainan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Ini rentetan dari kehadiran guru-guru baru yang memikul sama tanggungjawab sebagai jurulatih dan juruletih pasukan sekolah. Aku doakan semangat yang ditunjukkan akan berpanjangan walaupun kini wujud sentimen panas tentang attitud guru baru yang mula tunjuk lagak.

Keluarga
Keluarga kecilku semakin ceria dengan keletah sepasang buah hati pengarang jantung kami. Makin nakal dan bijak dan senantiasa kecoh. Manakala keluarga besarku sedang menanti 'check in'nya seorang menantu merangkap adik ipar baru aku. Majlis dijangka berlangsung 3 Julai nanti.

Ekonomi
Ekonomi keluargaku berkembang dengan unjuran meningkat pada kadar yang sederhana. Ada beberapa insiden rezeki tak disangka-sangka. Contohnya cek dari Swisscash yang aku sangkakan lebur dan dari perniagaan perkongsian keluarga. Namun aku perlu menggandakan usaha untuk memastikan simpananku meningkat dari semasa ke semasa. Harapanku agar apa yang aku usahakan kini berterusan dan maju.

Sahsiah dan rohani
Pengisian jiwaku masih amat kurang. Hanya menjalankan ibadat wajib tanpa adanya selingan ibadat sunat. Aku tercari-cari motivasi dan bimbingan agar datangnya semangat untuk meningkatkan kecenderungan beribadah.

Itu sahaja coretan untuk 4 bulan kebelakangan ini. Kesinambungan penceritaan ini akan disambung dalam entry akan datang. Mungkin selepas 4 bulan nanti. :)

Isnin, 4 Januari 2010

4 Jan 2010

Kononnya ingin bangun awal, namun tetap berlengah2 hinggakan suntuk waktunya. Aku tiba di sekolah di saat semua parking telahpun penuh. Ialah, manakan gurunya ini pula ditambah dengan kenderaan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah terutamanya tahun 1.
Suasana di kantin kelam kabut, di saat loceng dibunyikan, suasana menjadi riuh rendah sehinggalah terdengar arahan dari guru bertugas supaya murid beratur di hadapan kelas masing-masing sebelum bergerak di tapak perhimpunan.
Perjalanan perhimpunan lancar dan sunyi sepi. Semua murid diam dan patuh sambil dikelilingi ibu bapa yang ramai. Hanya kedengaran suara cikgu bersembang2 dan bergelak ketawa termasuklah aku (agaknya apalah pandangan ibu bapa melihatkan keadaan ini).
Murid2 kelihatan kemas dan bersih. Maklumla hari pertama. Muka2 semuanya innocent seolah baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Lucu aku dibuatnya.
Perjalanan hari ini lancar dan menyeronokkan. Aku masuk ke kelas dengan wajah yang serius dan tegas ala2 Saddam Hussein. Sengaja biarkan 1st impression murid2 mengatakan aku ini garang. Baru senang nak control kelas. Pendekata hari ini tidak memenatkan malah aku tidak sedar masa balik sudahpun tiba ditambah dengan keadaan cuaca yang mendung tak hujan2 nih.
ooo..lupa nak update, 2 orang guru baru melapor diri lagi hari nih. Ermmm..maknanya jadual akan bertukar lagilah..

Ahad, 3 Januari 2010

Permulaan 2010

Esok 4 Januari 2010 merupakan hari pertama persekolahan. Kebanyakkan di kalangan murid dan guru telah pun masuk tidur awal untuk memastikan hari esok tidak terlewat bangun sementelah hampir 2 bulan tidur panjang. Bagi sesetengah guru, hari esok merupakan hari yang bermakna setelah sekian lama diulit kerinduan terkenangkan anak murid mereka. Tetapi ada sebilangan guru yang mula diserang migrain apabila mengenangkan nasib mereka untuk berhadapan dengan kerenah murid-murid yang tidak dapat dikawal.
Walau apapun yang terlintas di fikiran, guru tetap akan muncul di sekolah esok pagi dan berhadapan dengan anak didiknya untuk setahun lagi.
Selamat berjuang guru-guru se Malaysia...

Sabtu, 2 Januari 2010

Penutup Percutian 2009


Cuti tahun ini ditutup secara sederhana dengan aktiviti berkelah keluarga di Hutan Lipur Sg. Bantang Bekok. Kebetulan semua ahli keluarga ingin bertandang ke rumah, maka suatu perancangan adhoc dilakukan. Walaubagaimanapun aktiviti adhoc ini tetap meriah dengan diiringi hujan yang turun mencurah-curah. Tiada sebarang foto yang dapat dirakam memandangkan suasana basah dan kelam kabut. Namun sebetulnya aku sudah tidak bernafsu mengambil gambar menggunakan kamera digital mahupun kamera telefon. Aku amat mendambakan Nikon D5000 DSLR...

Khamis, 31 Disember 2009

Misi 2010

Ramai orang meramalkan tahun 2010 sebagai tahun bencana terutama di Indonesia. Malah ada juga ramalan mengatakan Perang Dunia ke 3 akan meletus pada November 2010. Apapun ramalan mereka, kita tidak berkuasa mengubah ketentuan Tuhan. Yang penting hidup perlu di teruskan seadanya.
Berbalik kepada misi peribadi 2010. Aku bahagikan kepada beberapa item iaitu karier, ekonomi, keluarga, impian dan rohani. Malu juga aku war-warkan disini kerana jika tidak terlaksana akan mengundang perlecehan orang yang membacanya. Walaubagaimanapun aku anggap ia sebagai cabaran dan tekanan positif terhadap diri sendiri.

Karier
Perjalanan karier sepanjang 2009 agak mencabar dan memenatkan. Namun mengikut perkiraan aku tahun ini, keadaan akan lebih terkawal dan sistematik. Mungkin aku tidak akan dapat mengekalkan pencapaian Guru Aktif & Dedikasi tahun 2009 kerana pembahagian tugas lebih seimbang berbanding tahun lepas. Malah dengan kehadiran guru baru mungkin akan meringankan tugas2ku sebelum ini.
Misiku untuk bekerja lebih sistematik, teratur dan berfokus. Kurangkan kerja bertangguhan serta aktif setiap masa.

Ekonomi
Ekonomiku bertambah baik pada tahun 2009. Hutangku akan cuba diminimakan dan struktur semula. Dan aku mengharapkan dengan bisnes yang aku ceburi akan terus melonjakkan pendapatanku ke 5 angka. Mungkin ada beberapa kesilapan sebelum ini tapi aku tidak menyesal kerana orang yang gagal ialah orang yang tidak pernah mencuba. Apa yang aku tagihkan dari diri sendiri ialah KEGIGIHAN, tidak berputus asa, kecekalan dan keberanian.

Keluarga
Keluarga masih tidak boleh dikembangkan pada tahun ini atas sebab2 perubatan. Insyaallah tahun hadapan. Dari segi keperluan dan kehendak, mungkin agak lebih mewah berbanding sebelum ini.

Impian
Kereta idamanku sudah berjaya dimiliki. Mungkin akan ditambah jika keadaan mengizinkan. Namun masih ada beberapa impian ku yang belum terlaksana. Antaranya :
1. Camera DSLR
2. TV Plasma 42 inch
3. Sebidang tanah
4. Pergi melancong

Rohani
Pengisian rohani juga tidak boleh diabaikan dalam kesibukan mengejar duniawi. Aku akan cuba :
1. solat di awal waktu.
2. berjemaah sekurang2nya 3 kali seminggu
3. khatam Al Quran
4. menambah amal kebajikan

aminnn..