Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

MASA ITU EMAS

Sunday 24 February 2013

SUBHANALLAH...


SESUNGGUHNYA, JANJI ALLAH ITU BENAR........

KOORDINASI KIMIA DALAM BADAN











OTAK

Serebrum
Í   Bahagian otak terbesar
Í   Permukaan berlipat-lipat: Untuk menambah luas permukaan otak supaya dapat menyimpan lebih banyak neuron
Í   Fungsi:  Mengawal tindakan terkawal

Serebelum

  Fungsi: 
1.     mengawal keseimbangan badan
2.     memelihara postur badan

Medula Oblongata
é   Fungsi:  Mengawal tindakan luaR kawal seperti:
(a)   Peristalsis              
(b)   denyutan jantung
(c)    rembesan peluh
(d)  peredaran darah










Tindakan Refleks


¥   Maksud:  Gerak balas yang serta merta atau automatik terhadap rangsangan tanpa dikawal oleh otak
¥   Dikawal oleh saraf tunjung
¥   Kepentingan:  Elak daripada kecederaan
¥   Contoh:
8Sentakan lutut
8 Bersin
8 Menarik tangan apabila   
    tersentuh  objek tajam/ panas
8 mengerdip mata untuk
    mengelakkan objek memasuki   
     mata
¥   Arka refleks: Lintasan yang dilalui oleh impuls dalam satu tindakan refleks

Saturday 23 February 2013

FRIENDS FOREVER.....


DERIA KINESTESIS


   Maksud:  Deria yang menyedarkan kita tentang kedudukan dan gerakan badan tanpa melihat
Kepentingan: Untuk mengimbangkan kedudukan dan koordinasi badan

†-  Dibantu oleh serebelum  dan salur separuh bulat dalam telinga
  -       Penting bagi orang yang buta
 -   Kinestesis disebabkan oleh reseptor-reseptor regang pada otot,tendon, sendi dan ligament
 -†   Reseptor regang sangat peka terhadap perubahan  dalam regangan semasa gerakan berlaku
 -   Ketegangan otot, tendon,ligament dan senidi yang berubah akibat gerakan akan merangsangkan reseptor regang serta mencetuskan impuls.
  -  Impuls dihantar ke otak untuk ditafsirkan
   -  Seterusnya otak akan menghantar impuls ke bahagian-bahagian badan yang terlibat untuk gerak balas.
   Contoh: - mengenakan butang baju tanpa melihat
Œ-ahli sarkas berjalan atas tali
Œ-jurutaip menaip walaupun
  - mata tertumpu pada teks



Neuron

NEURON DERIA


NEURON MOTOR


NEURON PERANTARAAN

KOORDINASI BADAN- SAINS TINGKATAN 4


Koordinasi badan
Penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas terhadap perubahan di persekitaran kita


Koordinasi saraf                                                       Koordinasi Kimia
Gerak balas badan akibat tindak balas                            Gerak balas badan akibat tindak balas  
sistem saraf                                                                 sistem endokrin

Kepentingan
·        Membolehkan badan menjalankan pelbagai aktiviti
·         Membolehkan bdan melindungi diri daripada rangsangan luar
·         Menjaminkan kesihatan dan kesejahteraan badan


- Sistem Saraf Manusia

Neuron
Takrif: Unit asas sistem saraf
Fungsi:  Membawa impuls saraf
Binaan: Terdiri daripada
(1)  Dendron: gentian bersitoplasma  dan diakhiri 
     dengan cabang kecil yang  disebut dendrit  dan  
      membawa impuls ke badan sel
(2)  Akson: gentian bersitoplasma dan membawa impuls
      menjauhi badan sel
(3)  Salut mielin:  Melindungi akson /dendron
                            Mempercepatkan pengaliran impuls
(4)  Badan sel:  bahagian neuron yang mempunyai
      nukleus dan dikelilingi oleh sitoplasma.
      Fungsi :  Mengawal segala aktiviti neuron








Thursday 21 February 2013

PENYIASATAN SAINTIFIK - SAINS TINGKATAN 4

- Sains ialah ilmu tentang alam sekeliling kita. Untuk mengkaji tentang alam sekeliling kita, penyiasatan saintifik hendaklah dilakukan

Langkah-langkah penyiasatan saintifik mengikut turutan :

Mengenal pasti masalah
Membuat hipotesis
Merancang penyiasatan
mengawal pemboleh ubah
Mengumpul data
Menganalisis data
Membuat kesimpulan
membuat laporan

Terdapat 3 Jenis pemboleh ubah (PU) dalam penyiasatan saintifik

 a.   PU yang dimalarkan-apakah perkara yang disamakan?
 b.   PU yang dimanipulasikan-apakah perkara yang di ubah-ubah?
 c.   PU yang bergerak balas-apakah yang dilihat(diperhatikan)?