Thursday, March 21, 2013

KITA YANG CARI PASAL...HUKUMAN ALLAH MAHA ADIL

Keluarga Kiram dakwa jadi sasaran bunuh

Posted on the March 21st, 2013 under Tempatan by admin


Sunny Ng dipercayai menginap di hotel ini (Hotel Maxim), yang berada di Resort World. Gambar kecil: Jamalul
SHAH ALAM – Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Kesultanan Sulu mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuh ketua mereka, Jamalul Kiram III, penasihat Pastor ‘Boy’ Saycon serta ahli keluarga mereka oleh komando Malaysia.
Memetik beberapa laporan media Filipina, jurucakap kepada Jamalul, Abraham Idjirani mendakwa, seorang berpangkat Kolonel bernama Sunny Ng bersama dengan empat komando tiba di negara mereka untuk menyelesaikan misi tersebut.

Abraham juga mendakwa pasukan komando ini turut mengupah tiga warga tempatan dari New People’s Army dari Daerah Quezon untuk membantu mereka.
Bercakap dari kediaman Jamalul di Bandar Taguig, Abraham berkata, rancangan ini telah didedahkan oleh seorang peguam yang pernah bekerja dengan Pastor Saycon, tetapi sekarang peguam tersebut bekerja dengan seorang usahawan Malaysia yang bernama Kenneth Lee.
Katanya, peguam tersebut yang bernama Mario Lozada bersama dengan Lee berjumpa dengan kumpulan Ng di Restoran Genting Palace yang berada di Resort World, Bandar Pasay pada petang Isnin lalu.
Dakwanya, perjumpaan tersebut membincangkan rancangan untuk membunuh Jamalul dan beberapa pengikutnya.
Selain itu, Abraham juga mendedahkan daripada maklumat yang diterima peguam tersebut, Ng dan kumpulan tersebut dipercayai menginap di Hotel Maxim, yang juga berada di Resort World.
Sinar

8 pengganas Filipina didakwa lancar perang di Mahkamah Tinggi Tawau

Posted on the March 21st, 2013 under Tempatan by admin


Anggota polis membawa keluar dua daripada lapan pengganas ke dalam trak polis selepas dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini – Foto Bernama
TAWAU – Lapan warga Filipina yang berdepan dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas, hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di sini.
Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau hari ini.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Hakim P.Ravinthran.
Mereka dikawal ketat sepanjang prosiding dan tujuh daripada mereka dipakaikan ‘straight jacket’ berwarna putih.
Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua menjadi ahli kumpulan pengganas, mereka didakwa di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Pendakwaan dikendalikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan dibantu Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan perbincangan peguam negara untuk melantik peguam bagi tertuduh, sama ada dilantik oleh Majlis Peguam, kerajaan Filipina ataupun tertuduh sendiri. – Bernama

Sabah diceroboh: Tertuduh dakwa dia diupah

Posted on the March 22nd, 2013 under Tempatan by admin

TAWAU – Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.
Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.
Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.
Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.
Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.
Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.
Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.
Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan ‘straight jacket’ seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan
berulang kali dalam bahasa Suluk.
Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.
Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.
Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.
Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan ‘nothing to say’ (tiada apa yang hendak dicakapkan).
Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.
Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.
Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.
Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.
Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.
Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.
Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. – Bernama

Plot bunuh: Filipina gesa Kiram henti berbohong

Posted on the March 21st, 2013 under Luar Negara by admin

MANILA – Kerajaan Filipina tidak mahu mengambil pusing berhubung plot pembunuhan yang didakwa oleh Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Saycon Pastor.
Jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda semalam meminta Jamalul berhenti berbohong dengan segera.
“Dakwaan ini tidak masuk akal. Setiap hari beliau mengeluarkan cerita sensasi,” kata beliau pada sidang media, semalam.
Lacierda turut membaca kenyataan Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia mengenai pengesahan komuniti perisikan mengenai plot pembunuhan itu adalah negatif.

“Siasatan yang dijalankan mengenai dakwaan kehadiran individu tertentu juga tiada sama sekali,” katanya.
Lacierda berkata, pihaknya juga tidak pasti sama ada cerita plot pembunuhan itu sahih atau tidak.
Beliau menambah, pihaknya sukar untuk mempercayai Jamalul kerana sebelum ini mereka pernah menyebarkan berita palsu.
“Kami mempunyai pengalaman yang sama sebelum ini, mereka tidak memberitahu kami cerita sebenar,” ujar Lacierda.
Beliau berkata lagi, Jamalul juga mesti memaklumkan kepada Biro Siasatan Negara (NBI) mengenai ‘cerita’ mereka itu.
Saycon dan peguam Jamalul, Leonard de Vera telah mengunjungi NBI petang semalam bagi melaporkan plot yang dikatakan mahu membunuh Jamlul, ahli keluarga terdekat dan para pengikutnya.
Menurut Saycon, mereka ada membincangkan mengenai ancaman sebenar ke atas Kesultanan Sulu.
Sinar

Jamalul Kiram mahu pengikutnya dibantu

Posted on the March 19th, 2013 under Luar Negara by admin


GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram dan adiknya, Bantilan Esmail Kiram II bercakap kepada media di Manila pada 26 Februari lalu
MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III meminta bantuan Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) bagi menyediakan khidmat undang-undang kepada para pengikutnya yang telah ditahan pihak berkuasa Malaysia di Sabah.
Menurut portal berita GMA News, jurucakap Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez (gambar kecil) semalam berkata, keluarga Jamalul Kiram melalui seorang anak perempuannya telah meminta khidmat Pejabat Peguam Awam untuk menghantar surat kepada Setiausaha Luar Negara, Albert del Rosario bagi memohon bantuan.

“Ia sedang dipertimbangkan untuk tindak balas,” Hernandez memberitahu para wartawan.
Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada mandat jabatan itu bagi memberi bantuan guaman kepada warga Filipina yang menghadapi masalah di luar negara.
Hernandez berkata, pemerintah Filipina perlu mengetahui pertuduhan yang dihadapi mereka terlebih dahulu dan bentuk bantuan diperlukan.
Hernandez berkata, pemerintah memerlukan akses ke atas pengikut Jamalul Kiram.
Pemerintah Filipina mendakwa hanya 10 warganya ditahan oleh kerajaan Malaysia dalam pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
“Kami selalu berkata yang kami sedia membantu orang kita untuk apa jua bantuan yang diperlukan,” kata Hernandez.
Hernandez berkata, langkah seterusnya bergantung kepada penilaian DFA terhadap kes itu.
Para penceroboh itu menuntut tanah yang didakwa milik Kesultanan Sulu di Lahad Datu menyebabkan pertempuran berlaku antara mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia bulan lalu. – Agensi

Jamalul arah tembak dan lari

Posted on the March 19th, 2013 under Luar Negara by admin


MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) menyatakan para pengikutnya tidak akan berundur dari Sabah dan sekali gus mengarahkan mereka melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia, lapor akhbar The Philippine Star semalam.
Jamalul Kiram kelmarin berkata, para pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya, Azzimuddie Kiram berada di tanah air mereka (Malaysia).
“Mereka sudah berada di tanah air mereka (Malaysia), justeru kenapakah perlu pulang?” katanya kepada wartawan di kediamannya di bandar Taguig dekat sini.

Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani pula berkata, perjuangan di Sabah akan diteruskan.
Menurut beliau, gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram baru-baru ini telah ditarik balik dan para pengikutnya telah diarah untuk melaksanakan operasi ‘tembak dan lari’ terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Idjirani turut mendakwa Azzimuddie dan para pengikutnya masih berada di Sabah.
Kosmo

Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu

Posted on the March 20th, 2013 under Tempatan by admin

mayat-pengganas-565x551
PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.

Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.
Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.
” Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.
” Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.
” Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya ketika ditemui wartawan Mynewshub.my di sini semalam.
Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.
Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.
Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.
Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.
Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.
” Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.
” Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.
Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.
Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.
Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.
” Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.
” Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.
Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.
Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.
Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.
” Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.
” Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
” Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya. – Mynewshub.my

PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin


Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.
“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.
Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.
Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.
DUN Negeri Sembilan merupakan dewan undangan pertama yang akan dibubarkan, pada 26 Mac.
Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini menjangkakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 25 Mac, sehari sebelum DUN Negeri Sembilan dibubarkan.
Lim bagaimanapun berkata, Parlimen juga mungkin dibubarkan lima hari lebih awal daripada 25 Mac.
Tempoh pentadbiran kerajaan persekutuan berakhir pada 28 April dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan serentak untuk kerusi Parlimen dan kerusi DUN.
Kenyataan PMO hari ini turut menjadi perhatian memandangkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menafikan, pada 12 Februari 2008, bahawa Parlimen akan dibubarkan pada keesokan harinya.
Abdullah secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, 13 Februari 2008 untuk mengadakan pilihan raya ke-12.
Malaysiakini

YANG MANA LEBIH UTAMA...SEGALA2 MILIK ALLAH...BILA2 ALLAH BOLEH AMBIK

Papa Gomo Muat Naik Klip Video ‘Perbualan Intim’

Posted on the March 22nd, 2013 under Politik by admin

PETALING JAYA: Penulis blog Papa Gomo telah memuat naik rakaman video klip yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan intim dengan seorang lelaki.
Ia merupakan respon blogger berkenaan selepas Ketua Pembangkang itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadapnya.
Papa Gomo berkata rakaman videko klip berdurasi 2.37 minit telah dimuat naik di laman blognya kerana Anwar telah memfailkan saman fitnah mendakwa beliau terlibat memuat naik gambar lucahnya.
“Saksikan video ini dan anda boleh nilaikannya sendiri adakah lelaki dalam video tersebut Anwar Ibrahim atau tidak,” tulis Papa Gomo dalam blognya.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar, duduk di atas sofa bercakap dalam nada suara ‘gatal’ dengan seorang lelaki lain.
Bagaimanapun tidak ada sebarang kata-kata atau perlakuan lucah dalam video berkenaan dan lokasi di mana pertemuaan itu berlangsung serta tujuan pertemuaan diadakan tidak didedahkan.
Penulis blog itu berkata beliau akan memuat naik lebih banyak rakaman video selepas ini.
Papa Gomo turut mendakwa dia telah berjumpa dengan lelaki yang tidak dapat dilihat dalam rakaman video berkenaan dan ketika ini dia bersama rakan-rakan lain sedang melindungi lelaki berkenaan.
Beliau mendakwa lelaki berkenaan merupakan seorang siswazah.
Papa Gomo berkata saman RM 100 juta yang difailkan Anwar memberikan satu peluang besar kepada untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan tidak bermoral pemimpin berkenaan dengan membawa saksi-saksi penting seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat Ng Lum Yum, Datuk S.Nallakaruppan, Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishan dan seorang pemimpin kanan PAS.
mStar

Video GlobalWitnes di Sarawak: SPRM kena siasat segera

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak segera terhadap pendedahan yang dibuat oleh Global Witnes melalui satu klip video yang kini menjadi video paling panas di Malaysia.
Anggota Lembaga dan Penal SPRM, Salahudin Ayub membuat desakan ini ekoran pendedahan yang dibuat oleh klip video berkenaan.
“Saya meminta SPRM membuat tindakan segera. Lagi lambat tindakan diambil lagi rosak nama baik kita (SPRM),” kata Salahudin (gambar) kepada Harakahdaily.

Sehingga berita ini ditulis, sudah lebih 135,221 orang menonton klip video Bahasa Inggeris tetapi mempunyai terjemahan yang baik dalam Bahasa Malaysia ini. Sudah 2,337 penonton video ini menyatakan ‘like’ kepada video ini.
Video klip ini mendedahkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Taib Mahmud mengumpul kekayaan untuk mereka dengan menipu dan melanggar undang-undang negara.
Klip bertajuk ‘Di sebalik bayang-bayang sebuah negeri di Malaysia – sebuah filem oleh Global Witnes’ mengisahkan cerita seorang aktivisnya yang menyamar untuk melabur di Sarawak.
Ia berupa kisah korupsi yang berlaku dalam sebuah keluarga elit yang memerintah Sarawak yang mengeksloitasi segala hasil dan rakyat negerinya untuk kepentingan mereka.
“Dengan menyamar sebagai pelabur, Global Witnes telah ke Sarawak untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana perniagaan ini dijalankan dan ke manakah wang itu disalurkan,” kata Global Witnes di awal video ini.
Ekoran itu, mereka telah bertemu dengan pegawai kerajaan yang bertugas bagi membolehkan pelaburan dibuat.
Namun, pegawai ini telah memperkenalkan mereka dengan keluarga Taib Mahmud untuk menjalan perniagaan ini termasuklah sepupu Taib, Fatimah Abdul Rahman.
Dari situlah Global Witnes mendedahkan segala-galanya tentang apa yang berlaku di Sarawak.
 


Harakahdaily.net

Video S’wak: 2 peguam dirujuk pada JK siasatan

Posted on the March 22nd, 2013 under Politik by admin


Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) memutuskan merujuk dua peguam yang terlibat dalam video dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud kepada jawatankuasa siasatan.
Presidennya Khairil Azmi Mohd Hasbie berkata, AAS juga membuat laporan polis petang ini bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kandungannya dan mengambil tindakan lanjut jika terdapat unsur jenayah.
Kedua-dua peguam itu akan disiasat kerana kemungkinan melakukan salah laku profesional bawah undang-undang dan peraturan profesyen guaman di negeri itu.

Jawatankuasa itu merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada 1988, yang mana anggotanya terdiri daripada peguam kanan yang dilantik hakim besar Sabah dan Sarawak.
Peguam itu Huang Lung Ong told sebelum ini mendakwa beliau diperangkap oleh organisasi aktivis antarabangsa itu dan perbualannya dengan lelaki ‘pelaku’ dalam video itu hanya “cakap-cakap kedai kopi”.
The Malay Mail semalam melaporkan seorang lagi peguam Alvin Chong tidak dapat dihubungi untuk reaksi balasnya. Bagaimanapun di hujung video GM itu terdapat kenyataan daripada firma guamannyayang menafikan Chong bertindak sebagai jurucakap undang-undang kepada pihak terbabit.
Malaysiakini

Sabah diceroboh: Tertuduh dakwa dia diupah

Posted on the March 22nd, 2013 under Tempatan by admin


TAWAU – Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.
Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.
Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.
Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.
Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.
Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.
Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.
Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan ‘straight jacket’ seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan
berulang kali dalam bahasa Suluk.
Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.
Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.
Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.
Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan ‘nothing to say’ (tiada apa yang hendak dicakapkan).
Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.
Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.
Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.
Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.
Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.
Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.
Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. – Bernama

Rozita: Seksi tu hak saya

Posted on the March 21st, 2013 under Artis by admin

rozita-che-wan-bertudung
KECANTIKAN dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi. Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.

Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.
Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.
Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.
“Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
“Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya,” kata Rozita kepada Zass, semalam.
Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’.
Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.
“Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula,” katanya.
Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.
“Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti,” katanya.
Sinar

Zain Hapuskan Akaun Instagram Kerana Maruah Rozita

Posted on the March 21st, 2013 under Artis by admin


Zain Saidin memegang watak Mr Henry Middleton dalam Oh My English musim kedua.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin membuat keputusan menghapuskan akaun laman sosial Instagram miliknya untuk mengelak cemuhan dan kritikan pengikutnya selepas dia memuat naik gambar-gambarnya bersama Rozita Che Wan.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, keputusan itu dibuat semata-mata untuk menjaga maruah, nama baik serta imej yang dibawa oleh kekasihnya itu.
“Ya… Saya padam akaun (Instagram) kerana tidak mampu untuk mengawal orang yang beri komen dan kutukan pada setiap gambar yang saya muat naik.

“Gambar-gambar itu hanyalah sekadar gambar biasa sahaja, bukannya gambar tidak sopan. Kalau ada pun mungkin hanya skirt (Rozita) tertarik sikit semasa sedang duduk,” ujarnya kepada ketika ditemui selepas sidang media pelancaran Oh My English! musim ke 2 di Sekolah Wawasan, USJ 16, Subang Jaya di sini pada Rabu.
Baca: Rozita: Seksi tu hak saya
Dia menamatkan akaun tersebut pada malam Isnin lalu selepas gambar bersama Rozita, 40, dikecam kerana wanita itu dituduh berpakaian seksi.
Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya selepas berumah tangga kelak, Zain berkata dia tidak pernah merancang untuk mendapat anak memandang faktor usia Rozita.
Bagaimanapun dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.
“Selepas berkahwin nanti saya merancang untuk buat bisnes agar kehidupan kami lebih stabil. Kalau boleh biarlah Rozita berehat dan kerja ikut kemampuan dia.
“Dari segi perancangan keluarga dan anak pula saya tidak meletakkan harapan atau perancangan, kita hanya serahkan kepada Allah,” katanya.
Dalam pada itu menerusi Oh My English! musim kedua ini, Zain tetap memegang peranan serupa iaitu sebagai cikgu Henry Meddleton .
Rancangan itu akan disiarkan pada setiap Ahad pukul 7.30 malam bermula 31 Mac ini menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Mustika HD (saluran 134).
Terdahulu media sebelum ini melaporkan Zain dan Rozita, telah membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan mereka dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.
Pasangan ini memberitahu akan mengadakan sidang media tentang perkahwinan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
mStar

BILA ADA MANUSIA TIDAK MAU KEAMANAN

Seorang tertuduh dakwa diupah

SEORANG daripada lapan lelaki Filipina dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Tawau semalam selepas menghadapi pertuduhan melakukan keganasan.


TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dengan dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dilakukan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati manakala bagi pertuduhan menjadi ahli kumpulan pengganas dilakukan mengikut Seksyen 130K(A) kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim P. Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukan perkara itu.
Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Pengganas Sulu wanita ditangkap


DUA lelaki ditahan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Labian semalam kerana tiada dokumen pengenalan diri.


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas bersenjatakan parang manakala seorang pengganas wanita diberkas dalam operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu di sini semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.
"Kita membunuh seorang musuh manakala seorang musuh wanita berusia 40-an ditahan.
"Anggota tentera daripada Unit Grup Gerak Khas (GGK) yang cedera pula stabil dirawat di Hospital Lahad Datu selepas pembedahan," kata beliau pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 di sini semalam.
Menurut beliau, pengganas lelaki yang ditembak mati itu hanya bersenjatakan parang manakala wanita itu pula tiada senjata semasa ditangkap.

Tuan rumah wanita ditawan empat penceroboh Sulu lapar

LAHAD DATU - Berpuluh-puluh penduduk di Kampung Kembara Sakti, Felda Sahabat 42 dekat sini semalam bertempiaran lari selepas kampung mereka didatangi empat lelaki bersenjata api dipercayai saki-baki kepada kumpulan pengganas Sulu.
Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam kemudian memasuki rumah seorang penduduk di situ dan menjadikan tuan rumah berkenaan sebagai tawanan.
Satu sumber memberitahu, tuan rumah berkenaan membabitkan seorang wanita yang semasa kejadian tinggal bersendirian di rumah tersebut.
Tuan rumah itu diikat kedua-dua belah kaki dan tangan sebelum mangsa turut diugut bunuh jika melawan atau membuat bising. Selepas itu, kumpulan pengganas terbabit masuk ke dapur dan sibuk mencari makanan kerana dipercayai terlalu lapar.
Tuan rumah yang menyedari kumpulan empat lelaki itu terlalu sibuk mencari makanan di dapur mengambil peluang melepaskan diri.

Warga emas, cucu tangkap buaya


SAMARIN menunjukkan buaya yang ditangkap setelah tersangkut pada pukat yang dipasang di Sungai Midin, Kuching semalam.


KUCHING - Seekor buaya tembaga yang sering timbul di permukaan Sungai Midin di Kampung Semariang Batu di sini tumpas di tangan seorang warga emas dan cucunya apabila reptilia itu tersangkut pada pukat yang dipasang di sungai berkenaan semalam.
Sang Bedal sepanjang dua meter dan seberat 70 kilogram itu ditangkap kira-kira lima kilometer dari kampung tersebut pada pukul 7.30 pagi.
Samarin Sarkawi, 21, berkata, beberapa hari lalu, dia bersama datuknya, Mat Tuyut, 60, mengesan tapak kaki buaya di kawasan tebing sungai sebelum bertindak memasang pukat kerana bimbang keselamatan penduduk.
Menurutnya, buaya itu dipercayai menjadikan sungai berkenaan habitatnya ekoran kerja-kerja mendalamkan sungai sedang dijalankan bagi mengatasi masalah banjir.
"Saya berharap kebimbangan penduduk kampung sedikit sebanyak dapat dikurangkan dengan tertangkapnya buaya ini.
"Pada mulanya, kami berdua menyangka pukat berat kerana terlalu banyak ikan tetapi apabila ditarik ke atas, didapati ada seekor buaya yang meronta-ronta untuk melepaskan diri," ceritanya ketika ditemui.

Kegembiraan berakhir tragedi


INILAH helikopter kawalan jauh yang menjunam dan menyebabkan kematian Nurdamia pada majlis perasmian Padang Bola Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban kelmarin.


SEREMBAN – Bapa kepada kanak-kanak perempuan yang maut terkena bilah kipas helikopter kawalan jauh pada majlis perasmian Padang Bola Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi kelmarin tidak menyangka keriangan mereka menyaksikan majlis itu berakhir dengan tragedi.
Banee Yamin Idris, 35, yang turut cedera parah di kepala berkata, dia bersama mangsa, Nurdamia Husnina, setahun enam bulan dan dua lagi anak perempuan berusia 6 tahun dan lelaki berusia 11 tahun datang ke kompleks berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah untuk menyaksikan kemeriahan majlis tersebut.
Ketika kejadian, ibu mangsa, Rafeah Zainal Abidin, 35, tidak mengikut mereka dan berada di rumah.
Katanya, ketika kejadian, anak bongsunya itu sedang tidur di bahunya sebelum dia melihat sebuah helikopter kawalan jauh yang digunakan dalam gimik pelancaran majlis itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum meluru ke arahnya.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak sempat mengelak kerana helikopter kawalan jauh tersebut meluru ke arah saya dengan laju.
“Tiba-tiba pandangan saya menjadi kabur kerana cermin mata yang saya pakai tercampak ke tanah sebelum darah mengalir laju membasahi muka saya manakala Nurdamia pula tidak bergerak dan kepalanya berlumuran darah,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini semalam.

Pejabat Naib Canselor UMT terbakar


KEPULAN asap keluar daripada bangunan Canselori UMT Kuala Terengganu yang terbakar semalam.


KUALA TERENGGANU – Tiga anggota bomba cedera ditimpa struktur bumbung bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang runtuh akibat kebakaran semalam.
Kebakaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi itu menyebabkan struktur bumbung bangunan menjadi tidak kukuh selepas api mula merebak daripada bilik Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo di tingkat tiga bangunan.
Difahamkan, ketika kerja-kerja memadamkan sisa kebakaran dijalankan, kerangka sokongan bumbung tiba-tiba runtuh menyebabkan tiga daripada lapan anggota bomba yang berada di tingkat tiga cedera.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Salleh Sarbini memberitahu, seorang anggota bomba terkena sedikit runtuhan manakala dua lagi mengalami calar-calar di badan.
“Mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui.

Bangunan Istana Presiden terbakar

API kelihatan marak di sebuah bangunan di dalam kawasan Istana Presiden Indonesia di Jakarta semalam..


JAKARTA - Kepulan asap berwarna hitam menjulang dari bumbung sebuah bangunan pentadbiran yang terletak di dalam kawasan Istana Presiden Indonesia semalam.
Bagaimanapun, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
Seorang pegawai khas kepada Presiden Indonesia, Daniel Sparingga berkata, tingkat tiga dan empat di bangunan Sekretariat Negara itu terbakar pada pukul 5 petang waktu tempatan.
Ketika kejadian, semua pekerja telah pulang ke rumah masing-masing.
Sparingga berkata, sebanyak 30 buah jentera bomba dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.
Kebakaran itu berlaku dalam tempoh lebih sejam.
Bangunan yang terbakar itu terletak kira-kira 50 meter dari pejabat Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Ketika kejadian, Susilo mempengerusikan mesyuarat kabinet.
Sparingga berkata, tiada dokumen penting pentadbiran yang disimpan di bangunan yang terbakar itu.
Bahagian paling atas bangunan itu yang menempatkan stor dan bilik mesyuarat mengalami kerosakan yang teruk.
Punca kejadian masih belum diketahui. - AP

Sanjay Dutt dihukum penjara lima tahun


SEJUMLAH orang berhimpun di depan bangunan yang menempatkan kediaman Dutt di Mumbai semalam.- AFP


NEW DELHI - Mahkamah Agung India semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bintang Bollywood, Sanjay Dutt.
Dutt didapati bersalah kerana menyimpan sejumlah senjata api milik kumpulan penjenayah yang terbabit dalam siri serangan bom terburuk di India pada tahun 1993.
Sebelum ini, aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu pernah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.
"Dia akan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan lagi. Kami akan menunggu salinan penghakiman mahkamah dan kemudian memutuskan tindakan yang selanjutnya," kata peguam Dutt, Satish Maneshinde.
Pada tahun 2007, Dutt dibebaskan daripada terlibat dalam satu siri serangan bom itu.
Bagaimanapun, dia didapati bersalah kerana memiliki sepucuk raifal AK-56 dan pistol.
Aktor yang berusia 53 tahun itu kini menjalani pengambaran filem terbaharunya, Policegiri.
Dutt yang merupakan anak pasangan legenda Bollywood, Sunil dan Nargis Dutt berkahwin dengan kekasih lamanya, Manyata pada Februari 2008.
Dia dikurniakan anak kembar dan seorang anak perempuan, Trishala daripada perkahwinan pertamanya.
Pelakon itu tidak berada di mahkamah ketika keputusan tersebut diumumkan.
Adik Dutt, Priya yang merupakan seorang ahli parlimen kecewa dengan keputusan itu.
Priya enggan bercakap dengan pemberita selepas dia keluar dari mahkamah. - Agensi

Budak maut akibat letupan bom di Pattani

HAT YAI – Anggota-anggota gerila pemisah semalam meletupkan sebuah bom yang mengorbankan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan mencederakan 10 yang lain di Pattani, Selatan Thailand, kata polis.
Jurucakap polis, Kolonel Tuanday Juthanan berkata, para gerila itu menyembunyikan bom itu pada sebuah motosikal dan meletupkannya pada waktu makan tengah hari.
Letupan tersebut turut merosakkan tujuh buah kereta dan tiga buah motosikal. – AP

Gitar yang pernah diguna Lennon, Harrison dilelong


GITAR yang pernah digunakan Lennon dan Harrison yang akan dilelong pada Mei depan.- REUTERS


LOS ANGELES - Sebuah gitar yang pernah digunakan oleh penyanyi terkenal, John Lennon dan George Harrison akan dilelong pada bulan Mei depan.
Rumah Lelongan Julien's Auctions semalam menyatakan, gitar berkenaan dijangka dilelong antara AS$200,000 (RM624,199) hingga AS$300,000 (RM936,299).
Kedua-dua mereka merupakan bekas anggota kumpulan The Beatles.
Lennon mati ditembak di New York pada tahun 1980.
Harrison meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2001 di Los Angeles. Lelongan itu akan diadakan di New York. - Agensi

China disyaki serang komputer Korea Selatan

SEOUL – Serangan penggodam ke atas dua buah bank dan tiga stesen penyiaran yang berlaku di Korea Selatan kelmarin didapati menggunakan alamat internet protokol (IP) yang berpangkalan di China, kata seorang pegawai di negara ini semalam.
Seorang pegawai Pejabat Presiden Korea Selatan menyatakan penemuan itu menunjukkan Korea Utara mungkin bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
Korea Utara merupakan sekutu China.
Serangan itu menyebabkan komputer di stesen penyiaran televisyen YTN, MBC dan KBS terjejas.
Komputer di bank Shinhan dan NongHyup turut diserang penggodam itu.
Serangan itu melibatkan tempoh lebih dua jam. – Agensi

Singa laut berjalan di atas lintasan pejalan kaki


GAMBAR yang dirakamkan dari YouTube semalam menunjukkan seekor singa laut menyeberangi sebatang jalan raya di Balneario Camboriu, Brazil.- YOUTUBE


BALNEARIO CAMBORIU, Brazil - Seekor singa laut berjalan di atas lintasan untuk pejalan kaki di sebatang jalan raya di sini pada Sabtu lalu.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut apabila mereka melihat haiwan itu menyeberangi jalan.
Singa laut sepanjang tiga meter itu keluar dari laut dekat bandar ini.
Beberapa buah kereta dan sejumlah orang ramai berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut menyeberangi jalan.
Anggota-anggota polis dan ahli bomba mencurahkan air ke arah haiwan itu bagi mengelakkan badannya menjadi kering.
Bagaimanapun, haiwan tersebut kembali semula ke laut selepas satu jam 30 minit ia berada di daratan. - Agensi

Enjin roket hantar angkasawan ke bulan dikeluarkan dari laut


SALAH satu komponen enjin roket Saturn V yang dikeluarkan dari Lautan Atlantik diletakkan di atas kapal Seabed Worker kelmarin. - REUTERS


CAPE CANAVERAL - Sebuah pasukan yang dibiayai oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos berjaya mengeluarkan beberapa komponen enjin roket Saturn V dari Lautan Atlantik.
Pendedahan itu dibuat oleh Bezos di laman web projek untuk mengeluarkan komponen enjin roket yang telah menghantar dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) ke bulan lebih 40 tahun lalu.
Enjin itu yang masih menjadi milik pemerintah AS akan dibaik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai.
Kapal Seabed Worker yang membawa enjin itu berlabuh di Port Canaveral, Florida semalam selepas tiga minggu ia berada di laut.
Enjin itu berada hampir lima kilometer (km) di dasar Lautan Atlantik dan terletak 579km dari sini.
Roket Saturn V itu membawa beberapa angkasawan ke bulan pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Selepas berlepas, roket itu jatuh ke dalam lautan, manakala kapal angkasa Apollo berlepas ke bulan. - Agensi

BILA MENCURI INI TIDAK DIHUKUM MENGIKUT UNDANG2 QURAN@ISLAM

Gempur empat pengganas

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Norfazlina Abdul Rahim
LAHAD DATU: Satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan sekumpulan pengganas di sebuah rumah tinggal di Kampung Kembara Sakti Felda Sahabat tengah malam tadi.
Menurut sumber, pasukan keselamatan menggempur rumah berkenaan yang menjadi tempat persembunyian sekumpulan empat pengganas bersenjata yang dilaporkan menawan seorang suri rumah selama dua jam, petang semalam untuk mencari makanan.
Pasukan keselamatan juga dikatakan mengepung setiap penjuru Kampung Kembara Sakti bagi memastikan kumpulan kecil pengganas itu tidak dapat melarikan diri.

Sehingga awal pagi ini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa tentang jumlah kematian atau tangkapan pengganas terbabit, bagaimanapun sumber pasukan keselamatan mengesahkan usaha dijalankan bagi menumpaskan kumpulan pengganas bersenjata yang dikatakan lolos daripada kepungan di zon merah itu.
Foto

Terdahulu petang semalam, sekumpulan empat lelaki bersenjata dipercayai saki baki pengganas yang melarikan diri daripada kepungan pasukan keselamatan bertindak mengikat tangan dan kaki seorang wanita di Kampung Kembara Sakti selama kira-kira dua jam sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari makanan.

Ketika kejadian, kira-kira jam 2 petang itu, suri rumah berusia 40-an sedang berada di dalam rumah manakala suaminya keluar bekerja.

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Mutiya Mambalusah, 41, kemunculan empat lelaki bersenjata itu secara tiba-tiba mengejutkan jirannya itu kerana kampung berkenaan terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Tanduo dan tidak dikategorikan dalam zon merah sebaliknya diisytihar sebagai kawasan selamat.

“Sebaik memasuki rumah, seorang daripada lelaki itu yang boleh berbahasa Melayu meminta makanan manakala dua yang lain bersembunyi di atas loteng mungkin sebagai persediaan jika ada orang lain memasuki rumah.

“Apabila dimaklumkan tiada makanan, mereka terus mengikat kaki dan tangan jiran saya sebelum menggeledah rumah itu untuk mencari makanan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, jirannya itu berjaya membuka ikatan berkenaan dua jam kemudian sebelum bertindak melarikan diri ke rumahnya.

“Saya yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus membantunya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis. Ketika itu tidak diketahui sama ada kumpulan terbabit masih berada dalam rumah jiran saya itu,” katanya.

Mutiya berkata, sebaik laporan polis dibuat, pasukan keselamatan kemudian mengarahkan semua penduduk berpindah ke masjid berhampiran.

‘Saya diarah, dibayar seseorang’

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
Tawau: “Saya diarah dan dibayar oleh seseorang. Saya amat bodoh kerana melakukan semua ini,” kata Holland Kalbi.
Dia dan tujuh lagi lelaki warga Filipina berusia 17 hingga 66 tahun menyatakan demikian sewaktu didakwa di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas tuduhan menjadi kumpulan pengganas ketika ditahan dalam Op Daulat.
Lelaki berkumis itu berkata demikian dalam bahasa Bajau selepas Hakim P Ravinthran bertanya sama ada dia ingin menyatakan sesuatu kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Ravinthran berkata, kenyataan Holland tidak akan dipertimbangkan tetapi hanya direkodkan mahkamah.
FotoANGGOTA polis mengawal rapi seorang daripada lapan penggganas di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam.

Mengikut pertuduhan, Holland dan lima tertuduh lain iaitu Atik Hussin Abu Bakar, Basad H Manuel, Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanduo, Jalan Kastam, di Lahad Datu, dekat sini

Bawa lembu naik Persona

Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Tindakan seorang lelaki menjual seekor lembu yang baru beberapa jam dicuri kepada rakannya memakan diri apabila kedua-dua mereka dibelasah penduduk di sebuah kampung di sekitar Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, seorang penduduk di Kampung Seri Tanjung di sini, menyedari kehilangan seekor lembu betinanya kira-kira jam 8.30 pagi sebelum berjaya mengesan semula binatang berkenaan, empat jam kemudian.
Sumber berkata, suspek berusia 28 tahun dipercayai melarikan lembu itu menggunakan kereta Proton Persona dan menempatkannya di sebuah kandang untuk dijual kepada seorang lagi suspek berusia 43 tahun.

“Menyedari kehilangan itu, mangsa kemudian meminta beberapa rakannya mencari lembu berkenaan dengan meninjau beberapa kandang di sekitar Masjid Tanah dan berjaya mengesan binatang itu diikat di kandang di depan rumah seorang daripada suspek.
FotoLEMBU yang hilang ditemui semula.

“Apabila ditanya, suspek berdegil mendakwa lembu itu kepunyaannya hingga menyebabkan penduduk membelasahnya dan menjadikan peraih lembu berkenaan sebagai umpan memerangkap pencuri sebenar,” katanya di sini, semalam.

3 bulan tak ke sekolah

Oleh Adnan Mohamad
Bachok: Meskipun tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana mengalami kemurungan dan tekanan yang sukar diramal dikenali sebagai ‘panic disorder’ ia tidak menghalang seorang pelajar untuk meraih 6A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan, semalam.
Mohamad Hakimi Mamat, 18, meraih keputusan A dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik manakala B dalam Biologi serta dua C dalam Bahasa Inggeris dan Kimia.
Katanya, disebabkan masalah itu, dia hanya belajar bersendirian di rumah sambil ditemani ibunya Mek Kiah Mat Daud, 55, sementara bapanya Mamat Abdullah, 56, keluar bekerja sebagai pencari barang lusuh.

“Selepas mengalami masalah tekanan, saya akui tidak boleh berada di sesuatu tempat yang ramai orang kerana menyebabkan saya menjadi cepat panik dan berpeluh.
FotoMOHAMAD Hakimi mencium ibunya selepas memperoleh 6A dalam SPM.

“Ekoran keadaan itu, saya tidak boleh belajar di sekolah bersama rakan lain. Namun begitu, setiap kali peperiksaan guru akan mengirimkan kertas soalan melalui rakan supaya saya menjawabnya,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, di sini, semalam.

Budak nyaris rentung main pemetik api

Jerantut: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris rentung selepas tindakannya bermain pemetik api mengakibatkan sebuah rumah di Felda Sungai Retang, dekat sini, terbakar, petang kelmarin.
Ibu kanak-kanak itu, Wan Saaudah Wan Saidon, 27, berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, anaknya Muhammad Muhaimin Haiqal Muhammad Muamar bermain dalam bilik tidur seorang diri.
“Saya sedang mencuci pinggan di dapur dan tiba-tiba terhidu bau asap dan terkejut apabila melihat api mula marak di pintu bilik dan panik melihat kebakaran itu saya serta ahli keluarga lain memanggil Haiqal namun tiada jawapan.

“Bimbang Haikal terperangkap dalam bilik itu, kami cuba memadamkan kebakaran menggunakan air sambil dibantu jiranyang datang sebaik melihat kepulan asap dan api keluar melalui tingkap rumah,” katanya.
FotoWAN Saaudah bersama anaknya Muhammad Muhaimin melihat keadaan bilik yang musnah terbakar.

Wan Saaudah berkata, ibunya, Che Wan Muteh Che Wan Alim, 57, juga bertindak menjerit meminta tolong sambil memanggil nama Haiqal, sebelum seorang jiran menemui Haiqal dalam keadaan ketakutan tidak jauh dari rumah.

‘Tak cukup duit belajar’

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
Klang: “Saya berkerja di tempat cuci kereta untuk menampung kehidupan harian di Malaysia dan membayar kos pengajian,” kata seorang warga Nigeria ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah tempat mencuci kereta.
Dia antara tujuh individu warga asing ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops 6P di dua tempat mencuci kereta di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Lelaki dikenali sebagai Augustine, 25, berkata, dia terpaksa berkerja di tempat mencuci kereta itu menampung pengajiannya di sebuah kolej swasta di Ampang, Kuala Lumpur.
“Saya tidak mempunyai biasiswa untuk membiayai pengajian saya, jadi saya minta wang dari keluarga angkat untuk membayar yuran pengajian,” katanya.

Menurutnya, dia sudah belajar di kolej itu sejak setahun lalu dan menghabiskan hampir RM5,000 untuk membiayai pengajiannya.

“Sekarang saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana saya tidak cukup duit untuk belajar,” katanya.
FotoWARGA Pakistan yang ditahan dalam operasi di sebuah tempat mencuci kereta di Taman Sentosa.
Augustine berkata, dia diberi upah RM20 sehari untuk mencuci kereta dan sudah sebulan berkerja di situ sebelum ditahan anggota imigresen kerana tidak memiliki pas perjalanan sah.

Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil bersama 11 anggota itu membabitkan penahanan lima lelaki warga India dan masing-masing seorang lelaki warga Pakistan dan Nigeria.
Othman berkata, semua yang ditahan berusia 25 hingga 47 tahun dan mereka ditahan kerana tinggal lebih masa, tidak memiliki pas perjalanan sah dan melanggar pas lawatan sosial.

“Semua yang ditahan akan dibawa Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau dikenakan enam sebatan,” katanya.

Mati kena 4 das

Oleh Na’imah Mohamed
Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui polis dalam keadaan tergamam dan hanya mampu menangis apabila kekasihnya mati ditembak empat das di dalam kereta BMW dinaiki mereka di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu mangsa yang berusia 31 tahun itu mati akibat cedera parah di dada, leher, tangan dan rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian disedari anggota polis yang bertugas berdekatan tempat kejadian dan terdengar bunyi letupan sebelum bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba, mereka dapati seorang lelaki sudah berlumuran darah di tempat duduk pemandu kereta manakala seorang wanita sedang menangis di sebelahnya.

“Pada masa sama, ada empat individu dipercayai lelaki menaiki dua motosikal Yamaha LC memecut meninggalkan tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa dan teman wanitanya baru saja mendaftar masuk di hotel berkenaan kira-kira 20 minit sebelum kejadian berlaku.
Zainuddin berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa, polis menemui beberapa peket disyaki dadah jenis syabu, Eramin 5 dan juga Ecstacy.

“Semakan terhadap kenderaan dinaiki mangsa turut mendapati kereta BMW itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan disamun dalam satu kejadian pecah rumah di Brickfields, Selasa lalu.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.

‘Ibu lihatlah ini’

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Cyberjaya: “Saya mahu bertemu ibu dan menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini kepadanya. Hanya itu impian dan hadiah paling bermakna buat saya,” kata Alia ‘Armani Ahmad Sazali seorang daripada 14 pelajar cemerlang Sekolah Seri Puteri di sini yang berjaya mendapat keputusan 9A+ dalam SPM.
Alia ‘Armani berkata, dia terpisah dengan ibu kandungnya, Aishah Othman, 41, sejak berusia 10 tahun, namun sangat berharap dapat menunjukkan keputusan SPM kerana mahu berkongsi kegembiraan dengan insan yang melahirkannya.
“Saya yakin, ibu pasti gembira dan berbangga melihat keputusan ini,” katanya yang ditemui selepas menerima hadiah wang tunai RM300 dan iPad yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Menurutnya, dia terpisah dengan ibu kandung disebabkan masalah keluarga, namun yakin wanita itu tidak pernah melupakan dirinya.
FotoALIA ‘Armani (kiri) dan Siti Hajar menunjukkan slip keputusan masing-masing.

“Walaupun saya tidak bertemu dengannya sejak kecil, saya percaya ibu sangat menyayangi, mendoakan kejayaan dan berharap saya menjadi anak yang baik.

Dilahir tanpa tulang kering

Melbourne: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan tanpa tulang kering, lutut atau buku lali akhirnya mampu memiliki sepasang kasut selepas dipasangkan kaki palsu.
Kaki baru Ted Johnson, 3, mempunyai jari tidak seperti beberapa kaki palsunya yang lain. Minggu ini, dia cuba memakai kaki palsu kaca gentian baru berwarna biru buat kali pertama di gelanggang bola keranjang di Hospital Kanak-Kanak Diraja di Melbourne.

Mesin pengimbas gagal mendedahkan Ted mengalami keadaan yang jarang berlaku tibial hemimelia ketika dalam kandungan ibunya, Abbie.
Di sinilah tibia tulang kering sama ada hilang sebahagian atau sepenuhnya ketika dilahirkan. Kakinya mungkin cacat atau mempunyai jari berlebihan. Keadaan Ted itu bermakna ibu bapanya, Abbie dan Peter terpaksa mengambil keputusan genting agar kakinya dipotong ketika dia berusia setahun.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilengkapi dengan dua lagi jenis kaki palsu tetapi ini adalah set kaki palsu pertama lengkap dengan jari kaki.

Dan sebaik saja kaki kaca gentian baru berwarna biru itu dipasang pada Velkro, Ted sudah boleh bergerak. Ibunya berkata: “Dia sangat hebat - tiada apa yang boleh menghalangnya.
FotoJOHNSON tanpa kaki palsu.
“Kami menyangka dia mungkin tidak memerlukannya untuk bergerak, jadi saya tidak percaya betapa hebatnya dia. Buat pertama kali kami akan membeli kasut untuknya esok.” Pakar protestik, Jim Lavranos yang membuat dan memperbaiki tiga pasang kaki palsu Ted berkata, biasanya kanak-kanak mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk bergerak seiring dengan perkembangan pemanjangan kaki. “Ted mendapatnya lebih awal daripada yang biasa kami alami kerana dia sangat yakin dan cepat. Dia akan terbang dengan kaki palsu ini.” - Agensi

Polis kecewa mangsa kemalangan tak mati

London: Seorang bapa begitu berang selepas mengetahui seorang anggota polis kecewa kerana anaknya tidak mati dalam satu kemalangan jalan raya.
Laura Thomas mengalami retak di kepala, patah tiga tulang di tengkuk dan belakang badan serta tiga pendarahan otak akibat kemalangan itu.

Ketika dia koma, seorang anggota polis yang menyiasat kejadian itu menghantar e-mel dalaman kepada seorang anggota lain dari cawangan siasatan kenderan.
Dia menulis: “Kelihatan pemandu itu akan selamat. Tidak ada kes kematian bagi saya.” Pegawai itu mengakhiri e-mel itu dengan isyarat ‘muka sedih’ :(.

Bapa Laura, Darren Thomas hanya mengetahu mengenai e-mel itu selepas mengemukakan permohonan Kebebasan Maklumat untuk melihat semua dokumen berkait dengan kemalangan itu.

Thomas dari Bilton berkata: “Saya terkejut melihat e-mel itu. Saya begitu tertekan dan marah. “Anggota polis itu seolah-olah kecewa anak saya tidak mati.” Laura, kini 22, cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Yorkshire itu empat tahun lalu.
“Saya dan keluarga berdepan dengan masalah besar sejak kemalangan itu. Kami bertambah tertekan apabila mengetahui mengenai e-mel berkenaan,” kata Laura.-DM

Penggal adik kerana insurans

Taipei: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh adik perempuannya dan kemudian meletakkan kepala mangsa yang telah ‘dijeruk’ di sebuah tandas awam.
Chen Chia-fu, 37, dipercayai membunuh adiknya itu kerana mahu menuntut bayaran insurans.

Laporan media tempatan merujuk kejadian itu sebagai ‘kes kepala jeruk’ kerana kepala mangsa ditemui dalam bungkusan plastik dengan disapu beberapa lapisan garam. Setakat ini, hanya kepala mangsa saja ditemui.
Wanita berusia 36 tahun itu dilapor hilang sejak Disember lalu. Polis berjaya membongkar kes berkenaan selepas menerima nota mengenai lokasi mayat mangsa. Nota itu yang didakwa mirip gaya tulisan Chen juga meminta polis mengebumikan mangsa secara sempurna.

Rakaman kamera pengawasan menunjukkan Chen membawa beberapa beg mengandungi objek yang tidak dapat dikenal pasti. Dia juga membeli sekurang-kurangnya empat polisi insurans untuk adiknya yang akan membolehkan dia memperoleh sejumlah besar wang jika wanita itu mati. Chen yang ditangkap semalam menafikan tuduhan membunuh. Bahagian lain mayat mangsa dan senjata yang digunakan untuk membunuh masih belum ditemui. - Daily Mail

Wednesday, March 20, 2013

ADA BERANI ROGOL...ZINA...CURI DAN MINUM ARAK JIKA HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN

Jamalul Kiram dakwa ada pihak mahu bunuhnya


GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram (tengah) berada di dalam rumahnya di Kampung Maharlika, bandar Taguig pada 1 Mac lalu.



MANILA - Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.
Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.
Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.
Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.
Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut.
Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.
Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. - Agensi

Bashar didakwa guna senjata kimia



SEORANG budak yang cedera akibat terkena senjata kimia dirawat di sebuah hospital di bandar Aleppo, Syria semalam.-AP



ISTANBUL - Pihak penentang Syria semalam menafikan tuduhan pemerintah bahawa mereka menggunakan senjata kimia.
Tentera Pembebasan Syria (FSA) itu sebaliknya menyalahkan rejim Presiden Bashar Al-Assad berhubung serangan roket yang menyebabkan orang awam mengalami masalah pernafasan.
"Kami difahamkan tentera menyerang kawasan Khan Al-Assal di bandar Aleppo menggunakan peluru berpandu jarak jauh dan maklumat awal kami mendapati ia ialah senjata kimia," kata jurucakap FSA, Louay Muqdad.
"Banyak nyawa terkorban dan ramai yang cedera pula sukar bernafas," katanya di Istanbul.
Beliau menafikan dakwaan oleh agensi berita SANA bahawa FSA melancarkan beberapa roket mengandungi senjata kimia ke arah Khan Al-Assal yang meragut 15 nyawa.
"Kami tiada peluru berpandu jarak jauh atau senjata kimia dan jika ada pun, kami tidak akan membedil kumpulan kami sendiri," katanya.
Beberapa penganalisis tentera menyatakan, stok senjata kimia Syria adalah yang terbesar di rantau Asia Barat.
Lebih 70,000 orang terbunuh sejak penduduk bangkit menentang pemerintahan rejim Bashar pada Mac 2011 kerana menuntut demokrasi dan kebebasan bersuara. - AFP

Tanah runtuh ragut 17 nyawa di Brazil



SEORANG pekerja penyelamat meniup wisel semasa dia melakukan kerja-kerja mencari mangsa tanah runtuh akibat hujan lebat di Petropolis dekat Rio de Janeiro kelmarin.



RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di sebuah kawasan pergunungan di Brazil, kata pihak berkuasa semalam.
Berpuluh-puluh penduduk lagi hilang tempat tinggal sejak Ahad lalu dalam bencana yang menimpa Petropolis dan kawasan sekitarnya.
Bekas bandar diraja itu terletak 68 kilometer ke utara Rio Janeiro.
Menurut seorang pegawai tempatan, antara yang terbunuh termasuk dua petugas keselamatan.
Gabenor Rio, Sergio Cabral meminta penduduk yang terjejas berlindung di penempatan-penempatan sementara ekoran hujan semakin lebat.
Pada masa yang sama, Datuk Bandar Petropolis, Rubens Bomtempo pula menggesa penduduk setempat agar tidak keluar rumah.
Beliau memberi amaran lebih banyak tanah runtuh diramal berlaku.
Satu kenyataan pertahanan awam menyatakan, hujan lebat turut menjejaskan beberapa bandar lain di negeri Rio termasuk Angra dos Reis, Mangaratiba, Niteroi dan Te resopolis.
Pada Januari 2011, lebih 900 orang terbunuh di negeri itu selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. - AFP

Lohan dihukum berada 90 hari di pusat pemulihan



LOHAN (kiri) duduk di sebelah Heller di Mahkamah Tinggi Los Angeles di Los Angeles kelmarin.



LOS ANGELES - Aktres bermasalah Amerika Syarikat, Lindsay Lohan kelmarin dihukum memasuki sebuah pusat permulihan selama 90 hari.
Pelakon berusia 26 tahun itu menjalani hukuman tersebut selepas dia bersetuju menerima perjanjian rayuan berhubung kes kesalahan kecil kemalangan kereta.
Lohan juga dihukum berada di bawah pemerhatian selama dua tahun selepas dia tidak membuat sebarang pengakuan dalam kes kemalangan kereta tersebut di San Monica pada Jun 2012.
Aktres itu juga perlu menjalani kerja-kerja komuniti selama 30 hari.
Kerja-kerja tersebut boleh dilakukannya di New York yang merupakan tempat tinggalnya.
Lohan yang tiba lewat hampir sejam juga dikehendaki menjalani psikoterapi selama 18 bulan.
Aktres itu tiba lewat kerana dia terlepas pesawat dari New York ke Los Angeles.
Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, James Dabney berkata, pelakon itu perlu mengikuti program selama 90 hari di pusat pemulihan tersebut.
"Adakah anda memahami dan menerima semua syarat pemerhatian dalam kes itu?", soal Dabney.
"Ya, tuan," kata Lohan.
Hakim itu memberitahu kepada peguam Lohan, Mark Heller bahawa aktres berkenaan perlu membuktikan bahawa tubuhnya tidak mengandungi dadah atau alkohol.
Dabney juga mahu Lohan tidak menggunakan sebarang dadah atau ubat yang dihadkan penggunaannya ke atas para pesakit tertentu sahaja.
Kes kemalangan kereta di Santa Monica itu melibatkan kereta Porsche yang dipandunya. Kereta tersebut melanggar sebuah trak di Lebuh Raya Pantai Pasifik.
Lohan pada mulanya mendakwa dia merupakan penumpang di dalam kereta tersebut.
Bagaimanapun, siasatan mendapati dia kemudian pemandu kereta berkenaan.
Selepas kemalangan itu, Lohan didakwa menghalang seorang pegawai polis, memberi keterangan palsu dan memandu dengan cuai.
Dakwaan itu sekali gus menunjukkan aktres itu melanggar syarat-syarat pemerhatian selepas dia dihukum kerana mencuri seutas rantai leher pada tahun 2011. - Agensi

Pejabat Peguam minta 38 pengganas Sulu diikat jamin

MANILA - Pejabat Peguam Awam (POA) semalam meminta Mahkamah Perbicaraan Wilayah Tawi-Tawi untuk membenarkan 38 orang yang didakwa sebagai anggota tentera Kesultanan Sulu dibenarkan diikat jamin atas tuduhan menghasut untuk berperang.
Menurut portal berita Inquirer.net, Ketua POA, Persida Rueda-Acosta berkata, pihaknya kini berada di Tawi-Tawi untuk menfailkan permohonan itu.
Pihak POA itu mahu memohon mahkamah untuk mengarahkan Jabatan Kehakiman bagi menyiasat semula kes tersebut.
Sebanyak 38 orang itu didakwa melanggar Artikel 118 Kanun Keseksaan kerana menghasut untuk berperang atau memberi motif untuk bertindak balas.
Mereka juga telah melanggar peraturan membawa senjata api.
Kesemua tertuduh kini berada di sebuah kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi.
Pada pagi 20 Mac lalu, seramai 38 orang itu yang terdiri daripada seorang wanita menaiki dua buah bot selepas mereka melarikan diri dari Sabah.
Dua buah bot yang dinaiki mereka dipintas dua bot tentera laut Filipina di selatan negara ini.
Kumpulan itu melarikan diri selepas anggota-anggota keselamatan Malaysia melancarkan serangan untuk memerangi pengganas Sulu.
Sejumlah senjata api termasuk M16 dan senapang patah turut ditemui di dalam bot tersebut.
Mereka menceroboh Lahad Datu selepas mengikut ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah Azzimuddie Kiram.
Azzimuddie merupakan adik pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram. - Agensi

Kenderaan robotik rakam warna di dalam batu Marikh



GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menunjukkan warna di dalam batu Sutton Inlier di planet Marikh. - AFP



FLORIDA - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin menyiarkan gambar-gambar yang menunjukkan warna yang terdapat dalam seketul batu Sutton Inlier di planet Marikh.
Batu itu pecah selepas kenderaan robotik Curiosity melanggarnya di planet tersebut.
Para saintis kini memikirkan apakah warna sebenar bahagian dalam batu itu jika mereka berada di Marikh.
Batu tersebut terdapat di kawasan Kawah Gale.
Tanah di kawasan itu kurang berwarna merah berbanding di tempat lain planet Marikh. - AFP

Ujian kapal angkasa lancar satelit kecil pada 2017



LAKARAN artis menunjukkan kapal angkasa milik syarikat Swiss Space System-S3 berada di atas sebuah pesawat Airbus A300.- AFP



GENEVA - Sebuah syarikat Switzerland, Swiss Space System-S3 akan mula melakukan ujian terhadap misi melancarkan satelit kecil di angkasa lepas pada tahun 2017.
Kos untuk melancarkan satelit kecil itu dengan menggunakan kapal angkasa milik syarikat tersebut hanya AS$10.5 juta (RM42.45 juta).
Ia merupakan empat kali lebih murah daripada kos sebenar.
Kapal angkasa itu boleh melancarkan satelit yang seberat 250 kilogram. Syarikat itu dimiliki oleh seorang angkasawan Switzerland, Claude Nicollier. - Agensi

Pelancong wanita terjun hotel takut dirogol



GAMBAR menunjukkan hotel yang didiami seorang pelancong wanita Britain yang bertindak terjun dari tingkap tingkat dua bagi mengelak dia dirogol di Agra, India semalam.AP



NEW DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut.
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya.
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan.
Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut.
Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India.
Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut.
Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu.
Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.

FBI tahu pencuri larikan 13 lukisan RM1.5 bilion


LUKISAN karya pelukis Rembrandt yang berjudul A Lady and Gentleman in Black pada tahun 1633 yang dicuri dari Muzium Isabella Stewart Gardner di Boston. REUTERS



BOSTON - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kelmarin menyatakan, ia telah menyelesaikan misteri selama berdekad-dekad berhubung siapa yang mencuri 13 buah lukisan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion) daripada Muzium Isabella Stewart Gardner di sini.
Lukisan yang dicuri pada 18 Mac 1990 selepas tengah malam itu meliibatkan lukisan yang dihasilkan pelukis terkenal, Rembrandt dan Vermeer.
Dua orang yang menyamar sebagai pegawai polis mencuri lukisan-lukisan tersebut dalam tempoh 81 minit.
Ketua FBI di Boston, Richard DesLauriers berkata, ejen-ejen biro itu mengesahkan bahawa identiti pencuri yang memasuki muzium tersebut dan pihak yang bersekutu dengannya.
Beliau yang membuat pendedahan itu pada satu sidang akhbar di sini menyatakan terdapat perkembangan yang penting dalam siasatan tersebut.
Bagaimanapun, pencuri-pencuri yang memasuki muzium tersebut dengan memakai pakaian seperti pegawai polis itu akan terlepas daripada pendakwaan.
Para pencuri itu mengikat dua pengawal sebelum mereka mencuri lukisan tersebut.
Pencuri-pencuri tersebut terlepas daripada dakwaan kerana lukisan itu dicuri 23 tahun lalu.
Menurut Peguam Negeri, Garmen Ortiz, para pencuri itu terlepas kerana undang-undang tidak membenarkan suspek pencuri didakwa dalam kes yang berlaku 23 tahun lepas.
DesLauriers menyatakan, FBI percaya para pencuri itu bekerja untuk sebuah pertubuhan penjenayah yang berpangkalan di New England dan di beberapa negeri-negeri di timur Amerika Syarikat.
Namun, identiti pencuri itu tidak didedahkan.
Pihak FBI juga setakat ini masih belum mengetahui lokasi lukisan-lukisan tersebut disembunyikan. - Agensi

Julia Perez jalani hukuman penjara

JAKARTA - Penyanyi dangdut dan pelakon terkenal, Julia Perez semalam menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pondok Bambu di sini kerana kesalahan mencederakan seorang lagi artis, Dewi Persik.
Perez yang merupakan artis seksi yang popular dengan nama Jupe itu dilihat memakai pendakap leher ketika dibawa ke penjara itu dari Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur.
Dia sebelum ini ditempatkan sementara di pejabat pendakwa tersebut.
Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya dari kediamannya di kawasan perumahan Raffles Hills Cluster Spring, Cibubur, Jakarta Timur malam kelmarin.
Artis kontroversi itu sebelum ini telah dua kali gagal menyerah diri ke pejabat itu pada 14 dan 25 Februari lalu untuk menjalani hukumannya.
Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan Persik yang juga seorang penyanyi di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.
Perbuatan tersebut dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.
Persik yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana terlibat dalam pergaduhan itu belum lagi menjalani hukumannya. - Bernama