Wednesday 9 May 2012

antara cinta, aku dan dia....


Kadang-kadang kita tidak pernah sedar, kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita. Dia intai kita dalam senyap, dia bukak wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru. Dia tengok semua gambar kita dalam album.

Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak. Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi. Dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita. Dia siap cadangkan  lagi jalan penyelesaian yang membina, walaupun kadang-kadang hatinya terluka. Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.


Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita. Dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaannya, kita merasa sunyi tanpa dia,  kita rasa ada yang kurang dalam hidup kita tanpa dia. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya.

Itulah sebenarnya yang bernama cinta, kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta, antara kasih dan sahabat, antara kemahuan dan keperluan kerana kita tidak pernah sedar apa yang terlintas di kotak fikiran kita. Namun ini adalah realitinya, terkadang kita tidak mampu melihat kebenaran dalam cinta, kita buta melihatnya. Hingga akhirnya kita hanya mampu berdiam diri tanpa berbuat apa-apa pun..

Bila dia tiada disisi kita, baru kita menyedari ada sesuatu yang hilang, hingga akhirnya kita kehilangan dia untuk bisa berada disisi kita..

Hati dia mungkin merintih kerana tidak mampu mengungkapkan bahawa sesungguhnya dia mencintai kita. Hanya mampu mencintai kita dengan diam. Mungkin hanya berdiam diri, dia mampu merelakan setiap keinginannya untuk bisa mengungkap aku cinta padamu atau aku memang sangat menyukaimu.

Tapi bisa ke bertahan hatinya untuk merelakan gadis yang disukainya  bahagia bersama orang yang dicintainya.

Cinta memang memerlukan pengorbanan, cinta bukan hanya bermanja dengan hati tapi ia lebih dari segala yang kita bayangkan. Cinta bukan sekadar ungkapan Aku cinta padamu atau i love you, tapi ia lebih dari itu. Begitulah cinta, selalu meminta perhatian dari hati yang merasakan getarannya.

****

Pejamlah mata seketika dan tanya pada hati kita, apakah ada cinta, kasih, sayang dan rindu pada dia, jika benar cinta itu ada, apa salahnya untuk meluahkan apa yang kita rasa, jangan pendam terlalu lama. Belum cuba belum tahu, Kalau dah cuba mestilah dah tahu kan.

Tapi kadang-kadang, cakap memanglah senang tapi kalau nak buat mestilah susah.

Lantaran itu kita hanya mampu memandangnya dari kejauhan mesti perit namun rela menangungnya yang penting orang di sayangi akan bahagia selalu.

Akhirnya kita hanya mampu mencintainya dalam diam.



No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).