Thursday 27 October 2011

Kesan SamPah SaraP??


Sepertimana yang telah diperhatikan, jenis sampah yang sering di buang dimerata-rata tempat adalah sampah yang terdiri daripada sisa-sisa makanan termasuk bahan-bahan bungkusan makanan dan minuman.

Jenis sampah seperti ini, jika dibiarkan akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan juga seterusnya menarik tikus dan lalat yang mana merupakan pembawa penyakit. Barang-barang yang dibuang itu juga selalunya terdiri daripada bekas-bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Selain daripada itu, sampah-sampah yang terdiri daripada benda-benda tajam seperti pecahan kaca dan potongan tin juga akan menyebabkan kawasan yang dikotori itu berbahaya kepada keselamatan.

Dari apa yang diperhatikan juga, benda utama sampah-sampah yang dibuang dimerata-rata tempat adalah benda-benda plastik, terutamanya beg plastik dan botol plastik. Benda yang diperbuat daripada plastik konvensional, tidak mudah reput dan jika tidak dibersihkan ianya akan kekal untuk mencemari kawasan itu.

Walaupun masalah pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat di darat ini lebih ketara dilihat tetapi masalah pembuangan sampah-sarap ke dalam air akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada hidupan-hidupan didalam air. Sebagai contoh, satu laporan Programme Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP menyatakan bahawa diantara mangsa kematian dikalangan hidupan laut seperti: penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan benda plastik. Mereka juga telah menggangarkan bahawa diseluruh dunia sebanyak lebih kurang seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik.

Selain daripada kesan secara fizikal, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan kedalam kawasan air yang sama boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya process “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.

Pembuangan sampah kedalam laluan air seperti longkang dan anak sungai juga boleh menimbulkan masalah banjir atau memburukan lagi keadaan banjir disesuatu kawasan disebabkan longkang-longkang atau anak sungai yang mengalirkan air keluar dikawasan itu tersumbat oleh sampah sarap.

Manakala,kesan kepada alam sekitar salah satu daripada kesan pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat ini adalah kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan juga boleh memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja, sepertimana peribahasa “sebab nila setitik rosak susu sebelangga”.


Sumber: Kementerian kesihatan malaysia Kesan penjagaan kebersihan 2009, Kuala Lumpur




Pengenalan Hutan Paya Bakau

Hutan paya bakau berdekatan dengan kawasan pinggiran laut dan muara sungai dan terletak di dalam zon pasang surut di mana air pasang membawa air masin dari laut dua kali sehari.
Kawasan pokok bakau merupakan habitat kepada pelbagai spesies tumbuhan dan menjadi punca makanan bagi ikan, udang dan ketam yang mempunyai ciri-ciri morfologi dan fisiologi yang istimewa dan unik yang berfungsi untuk penyesuaian kepada persekitaran yang sentiasa mengalami air pasang surut, kemasinan air yang tinggi, keadaan tanah berlumpur, terdedah kepada pukulan ombak serta tiupan angin sepanjang masa.


Organisma Yang Mendiami Hutan Paya Bakau

Sejenis ikan yang paling kerap dijumpai di kawasan paya bakau. Ikan ini boleh bergerak di permukaan tanah/darat. Ia boleh bernafas melalui insang dan melalui kulitnya. Ia menyimpan sedikit air didalam lehernya untuk membolehkan ia mendapat oksigen. Selepas beberapa minit, ikan ini mesti kembali ke air untuk bernafas. Ikan jantan selalu berlaga antara satu sama lain.


Hutan paya Bakau

Kebanyakan spesis pokok bakau yang terdapat di sini terdiri daripada keluarga yang berbeza tetapi secara amnya mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti akar pernafasan dan tabiat percambahan biji secara vivapari. Spesis-spesis pokok bakau yang biasa dijumpai terdiri dari


Rhizophora
Pokok spesis ini mempunyai banyak akar jangkang. Daunnya bujur tajam di hujung, hijau kehitaman tetapi daun muda kemerahan. Batang berbentuk silinder dengan banyak lantisel. Bunga spesis ini berwarna kuning dan selalunya berpasangan. Warna buahnya perang dengan bahagian hujung berpanjangan. Ia tumbuh pada kawasan Lumpur di muara sungai. Contoh spesis pokok ini adalah Rhizophora apiculata (Bakau Minyak) mempunyai batang berwarna kelabu dan ianya licin dan Rhizophora mucronata (Bakau kurap) mempunyai kulit yang kasar dan berwarna kelabu gelap dengan rekahan yang mendatar.

Bruguiera (bakau putih)
Pokok sehingga 20 m tinggi dengan Banir dan pneumatophores melengkung ke dalam, kelabu kulit kayu, licin; meninggalkan bertentangan, nipis, elips; stipules kuning pucat atau kehijauan. Digunakan sebagai kayu api dan kayu. Radicles muda boleh dimakan sebagai sayur-sayuran atau mengekalkan selepas mendidih. menghasilkan bau yang pelik yang menakutkan dari ikan. Diantara pokok bakau yang paling biasa di Singapura. Tumbuh pada tanah liat sengit di sebalik Avicennia di gigi laut dan boleh tumbuh di tanah yang baru ditubuhkan yang tidak sesuai untuk bakau yang lain.

Avicennia atau api-api
Pokoknya kecil atau bersaiz sederhana dengan akar pernafasan kelihatan macam pensel. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung yang tajam atau bulat. Bunganya berwarna jingga kekuningan. Buahnya berbentuk telur dengan hujung yang tajam dan dilitupi oleh bulu disebut tomentum. Batang pokok berbentuk silinder dengan liang pernafasan (lantisel). Pada kebiasaanya ia tumbuh berhampiran dengan air laut.



Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah, http://www.forest.sabah.gov.my/bm/resources/42JenisHutan.pdf

Tuesday 25 October 2011

KelUasan Kawasan BerHutan Di Malaysia


Sejumlah 18.23 juta hektar atau 55.19% daripada keluasan bumi Malaysia yang berjumlah 33.03 juta hektar adalah kawasan berhutan (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia 2008). Daripada jumlah tersebut, 5.84 juta hektar terdapat di Semenanjung Malaysia, 4.32 juta hektar di Sabah dan 8.07 juta hektar lagi di Sarawak (Jadual 1). Jumlah keluasan kawasan berhutan di Malaysia juga merangkumi hutan darat seluas 14.78 juta hektar, hutan paya gambut seluas 1.27 juta hektar, hutan paya laut seluas 0.58 juta hektar dan lain-lain (hutan ladang, tanah kerajaan dan kawasan perlindungan hidupan liar) seluas 1.60 juta hektar (Jadual 2). Malaysia juga mempunyai Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 15.34 juta hektar iaitu 4.74 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 3.60 juta hektar di Sabah dan 7.00 juta hektar terdapat di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, keluasan kawasan hutan perlindungan ialah 2.77 juta hektar dan kawasan hutan penghasilan pula seluas 12.57 juta hektar (Jadual 3).

Jadual 1 Keluasan kawasan berhutan di Malaysia (juta hektar)

KawasanKeluasan TanahJumlah Kawasan 
Berhutan
Peratus Kawasan 
Berhutan (%)
Semenanjung 
Malaysia
13.175.8444.34
Sabah7.414.3258.30
Sarawak12.458.0764.82
Malaysia33.0318.2355.19

Jadual 2 Taburan dan keluasan hutan jenis-jenis utama (juta hektar)

KawasanHutan 
Darat
Hutan Paya 
Gambut
Hutan Paya 
Laut
Lain-lainJumlah 
Kawasan 
Berhutan
Semenanjung 
Malaysia
4.250.210.101.285.84
Sabah3.760.120.340.194.32
Sarawak6.860.940.140.138.07
Malaysia14.781.270.581.6018.23

Jadual 3 Keluasan Hutan Simpanan Kekal (juta hektar)

KawasanHutan PerlindunganHutan PenghasilanJumlah
Semenanjung Malaysia1.183.564.74
Sabah0.593.013.60
Sarawak1.006.007.00
Malaysia2.7712.5715.34

RUJUKAN

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. 2008. Statistics on Comodities 2008. Kuala Lumpur.

Bandwidth

Apa itu BandWidth?

Dalam jaringan perkomputeran, Istilah bandwidth merujuk kepada kadar pemindahan data. Jumlahnya boleh dibawa dari satu titik yang lain dalam tempoh masa yang diberikan. Bandwidth biasa ditunjukkan dalam bit (data) sesaat (bps)

Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps – sumber dari www.netnw.net.uk/jargon.htm

Kaedah-kaedah keselamatan jalur lebar?

Keselamatan Data
Data dan rangkaian perlu dikawal daripada:
Pencapaian yg tidak sah:- kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan pengesahan (authentication) seperti kod pengenalpastian pengguna (user identification code) / password dan penyulitan (encryption)

1.Pengesahan (Authentication)
·Pengesahan pengirim sesuatu mesej.
·Ia mengesahkan identiti pengguna yang akan mencapai sumber2 yg terdapat dalam komunikasi data.
·Pengesahan boleh dilakukan dengan menggunakan kata-laluan (password).

Kata-laluan (Password)
·Bentuk keselamatan yg sering digunakan.
·Ia diperlukan oleh hos komputer atau peranti tertentu utk mengesahkan identiti sebelum memasuki  sesuatu     sistem.

 Terdapat 3 kaedah utk pengesahan dengan menggunakan password:
(A)Sesuatu yg dimiliki (Something possessed)
(B) Sesuatu yg wujud (Something embodied)
(C) Sesuatu yg diketahui (Something known).

Something possessed
Sistem komputer memeriksa identiti melalui 2 cara:
– Password
– Sesuatu benda yg dipunyai utk skema pengenalpastian.
 Contoh: password (nombor pin) yg digunakan bersama-sama dengan kad ATM atau kad pintar.

Something embodied
Melibatkan pemeriksaan ke atas pengguna utk ciri2 yg unik yg terdapat pada seseorang pengguna.
Prosedur ini sesuai untuk sistem keselamatan yg ketat  dimana ancaman ke atas
sistem boleh menyebabkan akibat yg teruk kerana kosnya adalah tinggi.
Contoh: pengenalpastian suara (voice recognition), cap jari (finger print), corak
anak mata (retinal pattern), dan tandatangan digital (digital signature).

Something known
·Dalam kaedah ini, dengan bertanyakan password, sistem komputer juga akan bertanyakan soalan yang bersangkutan dengan agen (pengguna).
·Contoh: soalan seperti tarikh lahir, nama ibu, nombor kad pengenalan dll.

Jenis-jenis Password 

·Kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna (User-generated password) = Pengguna mencipta password dengan sendiri.

·Kata-laluan yg dikeluarkan oleh komputer (Password Computer-generated password) = Komputer mengeluarkan password secara rambang.

·Kompromi antara kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna dan komputer (Tunable Password)

· Komputer memberi sebahagian password dan pengguna
· Menggunakannya utk mencipta password baru.



2.Penyulitan / Penyahsulitan
(Encryption / Decryption)

·Salah satu kaedah yg praktikal utk memelihara data adalah dengan
menukarkannya ke dalam bentuk rahsia di mana penerima yg sah sahaja dapat
memahaminya.

·Penyulitan (Encryption) = Pengirim menukarkan mesej asal ke bentuk rahsia dan menghantarkan ke   penerima.
·Penyahsulitan (Decryption) ~ menterbalikkan kembali proses penyulitan supaya
 mesej ditukar kedalam bentuk yang asal.

Proses Encryption / Decryption
·Pengirim menggunakan algorithma penyulitan dan kunci utk menukarkan data asal (plaintext) ke dalam bentuk data yg disulitkan (cipher text) 
·Penerima menggunakan algorithma penyahsulitan dan kunci utk menukarkan
 cipher text kembali ke data asal (plaintext).

Kaedah penyulitan dan penyahsulitan boleh dibahagikan kpd 2 kategori:
·Conventional (secret key)





Monday 24 October 2011

Sikap 'Luddites' dan 'Determinists' terhadap teknologi.

Sikap terhadap kewujudan dan perkembangan teknologi maklumat terbahagi kepada dua iaitu Luddites dan Determinists. Dua aspek ini amat berbeza diantara satu sama lain.

Luddites adalah merujuk kepada sikap individu dan masyarakat yang anti serta menolak kewujudan teknologi maklumat dalam kehidupan mereka. Mereka beranggapan bahawa teknologi yang wujud membawa pelbagai impak negatif dalam kehidupan mereka seharian.

Manakala...

Determinists pula merujuk kepada sikap individu dan masyarakat yang terlalu yakin dengan perkembangan teknologi yang semakin hari semakin berkembang maju. Mereka juga percaya bahawa dengan adanya teknologi yang semakin canggih sekarang akan membawa banyak faedah kepada diri mereka.


Pelbagai faktor yang mendorong kepada wujudnya sikap sebegini terhadap teknologi dalam diri individu dan masyarakat itu sendiri,antaranya ialah:

Faktor pendorong kepada Luddites
  1. Membahayakan diri sendiri:- Mendedahkan kita dengan pelbagai maklumat yang boleh membahayakan.
  2.  Melalaikan:- Teknologi yang semakin berkembang boleh melalaikan individu itu sendiri,iaitu melalui hiburan yang tiada sempadan.
  3. Pendedahan maklumat peribadi:- Teknologi yang semakin berkembang mendatangkan risiko yang besar yakni maklumat peribadi individu terdedah kepada umum. Misalnya nombor akaun bank,fail-fail peribadi dan syarikat dan sebagainya.
  4. Jenayah:- Penjenayah sama ada diperingkat tempatan mahupun antaranagsa mudah untuk menggodam sistem maklumat dan keselamatan yang dibuat. Contohnya baru-baru ini laman sesawang kerajaan Malaysia telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat dan rahsia sulit kerajaan negara kita.
  5. Penularan budaya:- Melalui teknologi,masyarakat Luddites beranggapan budaya tidak sihat mudah tersebar. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai laman sesawang boleh diakses dengan mudah dan cepat. Penularan budaya daripada budaya luar akan menyebabkan budaya tempatan terhakis dan tidak mustahil akan turut memesongkan akidah individu.

Faktor pendorong kepada Determinists
  1. Mudah:- Kewujudan teknologi maklumat dapat memudahkan segala urusan. Contohnya sebelum kewujudan teknologi, anda terpaksa beratur panjang dalam masa yang agak lama untuk berurusan dengan pihak bank, tetapi sekarang teknologi memudahkan urusan anda itu dengan adanya perkhidmatan internet banking. Semua urusan dan transaksi kini boleh dilakukan dimana sahaja dan dalam masa yang singkat.
  2. Maklumat tersedia:-  Teknologi maklumat terutamanya internet menyediakan pelbagai maklumat kepada setiap penggunanya. Pengguna hanya perlu melayari laman sesawang yang dikehendaki untuk mendapatkan maklumat dengan cepat.
  3. Perhubungan:- Teknologi membantu dalam proses perhubungan. Teknologi dapat menghubungkan individu yang jauh dengan kita melalui wujudnya pelbagai laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype dan lain lagi.

Hutan/ Forestry



JABATAN / AGENCY
DASAR / POLICY

 
PERUNDANGAN / LEGISLATION
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
1) Dasar Undang-Undang
2) Dasar Pemahaman Akta 
 
Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan
2) Akta Lembaga Penyelidikan & Pembangunan Hutan Malaysia (MFRDB) 1985
3) Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
   
JAWATANKUASA / MAJLIS/ COMMITTEE
Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan
1) Majlis Perhutanan Negara
2) Kumpulan Kerja Pakar Mengenai Inisiatif Heart of Borneo
3) Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Persisiran Pantai Negara 
4) Jawatankuasa Kebangsaan CITES
5) Jawatankuasa Kebangsaan Inventori Biodiversiti
6) Pasukan Petugas Khas Peringkat Nasional bagi Menangani Isu Pembalakan Haram
PENERBITAN / PUBLICATION
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 
 1) Buku Terbitan
 2) Majutan
 3) Laporan Tahunan
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
   
   
PAUTAN BERKAITAN / RELATED LINK
1) United Nations Forum on Forest (UNFF)

www.un.org
2) Food and Agriculture Organization (FAO)
www.fao.org
3) Convention on International Trading Endangered Species (CITES)
www.cites.org
4) Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)
http://www.aseansec.org
5) ASEAN Social Forestry Network (ASFN)
http://www.asfnsec.org
6) Jabatan Hutan Sarawak
www.forestry.sarawak.gov.my
7) Jabatan Perhutanan Sabah
www.forest.sabah.gov.my
PENYELIDIKAN / R&D  
HUBUNGAN / RELATION
PERKHIDMATAN / SERVICE
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
1. Perlesenan
    - Lesen Hasil
    - Industri Kayu
     
    
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 
Penyelidikan, Pembangunan, Perundingan, Pemindahan teknologi dan perkhidmatan ujian untuk industri perhutanan dan keluaran hutan termasuk bioteknologi hutan dan tumbuhan hutan.
STATISTIK / STATISTIC
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
KERTAS / PAPER
 Tiada
 
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN/
NON GOVERNMENT ORGANISATION
World Wildlife Fund (WWF)
www.wwf.org
Malaysian Nature Society (MNS)
www.mns.my

The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC)
www.traffic.org

Sahabat Alam Malaysia (SAM)
www.foei.org

Global Environment Centre (GEC)www.gecnet.info 
Sumber dipetik daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,2011

Alam Sekitar dan Perubahan Iklim / Environment and Climate Change

http://www.nre.gov.my/Environment/Pages/default.aspx

National Environment Policy, Climate Change Policy and National Environmental Quality Act 1974 is the basis of environmental management in our country. Department of Environment (DOE) to enforce the Environmental Quality Act while the Division of Environmental Management and Climate Change (BPASPI), NRE is responsible for the policies relating to environmental and climate changes such as the National Environmental Policy and the National Climate Change Policy.
In order to implement environmental programs or projects that benefit the global environment effectively, NRE also optimize resources while ensuring that the international financial obligations of countries in various international environmental conventions met to preserve the good image of the country.
MAIN GOAL
There is 11 goals has identified below this Main Field (Environment);
1.      Emission Reduction of Greenhouse Gases (GHG)
2.      Development of Malaysian Environmental Performance Index (EPI)
3.      Utilizing Global Environment Facility Fund (GEF) for Global Environmental Benefits
4.      Strengthen Environmental Quality Act (1974)
5.      Strengthen Enforcement Activities
6.      Enhancing Water Quality
7.      Enhancing Marine Water Quality
8.      Enhancing Air Quality
9.      Protecting Ozone Layer
10.    Development of Environmental Awareness and Commitment Index
11.    Enhance Awareness on Environment and Climate Change
MAIN STRATEGIES
There is 5 strategies has identified below this Main Field (Environment);
1.     Encouraging Low Carbon Society
2.     Environmental Performance Measurement
3.     Fund Management of the Global Environment Facility (GEF5)
4.     Enforcement of the Environmental Quality Act
5.     Environmental Education and Awareness
           

JABATAN / AGENCY
DASAR / POLICY
PERUNDANGAN / LEGISLATION
Akta, Peraturan dan Perintah
JAWATANKUASA / MAJLIS/ COMMITTEE
Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
  
1) Jawatankuasa Kabinet Menyelaras Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi dan Pulau-Pulau
2) Pasukan Petugas Pegawai Kanan Mengenai Penyelarasan Pembangunan di Pulau-pulau
3) Jawatankuasa Kabinet mengenai Perubahan Iklim
4) Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Perubahan Iklim
5) Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism)
6) Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Konvensyen Stockholm Mengenai Persistent Organic Pollutant
7) Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Konvensyen Rotterdam Mengenai Prior Informed Consent
8) Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Jerebu
9) Dialog NGO-NGO dengan NRE
10) Projek Monitoring Committee untuk pelaksanaan national communication di bawah UNFCCC
11) Jawatankuasa  Pemandu Projek Environmental Hazardous Substance (EHS)
12) Jawatankuasa EANET Kebangsaan
PENERBITAN / PUBLICATION
Penerbitan oleh JAS  
  1) Muat Turun Penerbitan​
Penerbitan oleh BPASPI

  1) Initial National Communication (INC)​
  4) Laporan Tahap Tampungan dan Garis Panduan Pembangunan Pulau Langkawi
    - Laporan Tioman
    - Rajah Ringkasan Tioman 
  5) Laporan Tahap Tampungan dan Garis Panduan Pembangunan Pulau Redang
    - Ringkasan Laporan
    - Lokasi
    - Rajah Kecerunan
    - Guna Tanah
    - Kesediaan Tanah 

  6) Laporan Tahap Tampungan dan Garis Panduan Pembangunan Pulau Tinggi
    - Ringkasan Laman
    - Pulau Tinggi Laman 

  7) Laporan Tahap Tampungan dan Garis Panduan Pembangunan Pulau Sibu
    - Pulau Sibu Laman
    - Rajah Lokasi
    - Kecerunan
    - Saliran Tadahan
    - Rajah GunaTanah
    - Projek Komited
    - Rajah Kesediaan
    - Rajah Terumbu
PAUTAN BERKAITAN / RELATED LINK
PENYELIDIKAN / R&D
 Tiada
 
HUBUNGAN / RELATION
1)  Hubungan Hal Ehwal ASEAN
2)  Hubungan Hal Ehwal Antarabangsa    
3)  Hubungan Hal Ehwal Dua Hala (Bilateral)
PERKHIDMATAN / SERVICE
1)  Kelulusan melaksanakan projek
2)  Mengeluarkan lesen
3)  Penguatkuasaan
4)  Menyelesaikan aduan orang ramai
5)  Perhubungan dengan orang ramai
6)  Kutipan hasil
7)  Perhubungan dengan pihak atasan 
STATISTIK / STATISTIC
KERTAS / PAPER  
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN/
NON GOVERNMENT ORGANISATION

Monday 17 October 2011

seed OF HoPes

Exhibition 'Seed Of Hope'



Time
Tomorrow at 09:00 - Thursday at 17:00

Location
DKP 1 Foyer, UMS

Created by:crew IT

More info
Exhibition 'Seed Of Hope' is an event to against the Global Crisis. Organise by Soka Gakkai International & Earth Charter International through Student Representative UMS. This event has already gone through around the world, hundred of country shows positive response. The next station of the exhibition will be held at UNIMAS, 18-20 November 2011. 'Seed of hopes' at station UMS. You are welcome to come and visit, join us.

Tuesday 4 October 2011

Ahli kumpulan Crew IT

Aizat Safwan Amir
Jumania Bte Mansyur
Yusri Hafizzan Bin Suip
Sharul Azmeer Bin Pateno
Hasnah Bte Jusid
Juliza Bte Mohama
Noor Amera Bte Mohd Nawi
Tazmahal Binti Khani