Sunday, August 9, 2009

Renung-Renungkan Lah..

Cinta Buta..!!
  • Ni cinta kita, cinta sesama manusia. Nampak elok belaka. Dosa pun dah nampak macam pahala. Nampak muka si dia je sampai dah tak nampak Tuhan. Zikir nama si dia, solat pun nampak muka dia. Sudahnya hati jadi buta, tak nampak hakikat, mudah sangat terjebak dengan maksiat..


Cinta Dunia..!!
  • Ni pun cinta kita, kita semua memang gila kat dunia. Bila semua dah gila dunia maka siapa yang tak gila dunia pulak dituduh gila. Siapa tolak projek juta-juta, gila !! Siapa tolak anugerah, gila !! Siapa tolak kuasa, gila !! Pasal tu sekarang ramai yang tak solat. Nak kata apa, diorang tu gila. Orang gila je tak jatuh hukum wajib solat..


Cinta Nafsu..!!
  • Ni kita juga tapi malu nak mengaku. Nabi suruh lawan nafsu, suruh perangi nafsu, kita buat tak tahu je. Makan ikut nafsu, marah ikut nafsu, kerja ikut nafsu, apa benda dalam hidup ni yang kita tak buat dengan nafsu ? Sudahnya putus nafas dengan nafsu juga. Nak buat macam mana sepanjang hayat bertuhankan hawa nafsu..


Cinta Suci..!!
  • Patutnya orang islam semuanya pencinta suci. Cintakan kesucian, cintakan keamanan, cintakan sekalian alam kerana cinta kepada Tuhan yang menjadikan semuanya. Tak ada benci membenci, tak ada hasad dengki, tak ada iri hati, tak ada nak kecil hati sebab hati dipenuhi nikmat cinta pada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Baru lah rasa hidup macam dalam syurga..


Cinta Abadi..!!
  • Ni bukan kita. Ni cinta Tuhan pada kita. Kita tak mampu nak menyintai apa sahaja sehebat cinta Dia. Kalau tak kerana cinta Dia kita tak hidup sekarang ni, tak diberi rezeki, tak diberi rahmat, tak diberi rasa cinta. Kita hari-hari buat dosa, hari-hari lupakan Dia. Kita curang pada Dia, kita khianati janji pada Dia malah kita hina Dia. Kita pilih dunia, manusia, nafsu, pangkat, harta dan kita tolak Dia. Dia buat apa kat kita ? Dia tetap perintahkan matahari menyinari siang kita, hujan menyirami bumi kita, angin memghembus mambelai tubuh kita. Itu pun kita tak nak akui cinta Dia. Entahlah..

Saturday, August 1, 2009

Sangka-Sangka..

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik..Ada sangkaan buruk..
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kia buat
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya..

Monday, July 20, 2009

"Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-Nya yang mengangkat tangan lalu berdoa, tiba-tiba tak diberinya permintaan itu."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Tip Agar Doa Dimakbulkan..

  • Berdoa dengan ikhlas dan jujur kepada Allah SWT.
  • Memulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  • Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  • Menghadirkan hati dan bersungguh-sungguh ketika berdoa.
  • Berdoa dengan khusyuk dan merendah diri.
  • Berdoa dalam keadaan senang atau pun susah.
  • Jangan sesekali mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri atau orang lain.
  • Menghindari berdoa di tempat maksiat.
  • Bertaubat kepada Allah sebelum berdoa.
  • Berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Saturday, July 18, 2009

Sentiasa Berdoa..

Doa adalah senjata yang tidak dimiliki oleh orang lain melainkan mereka yang beriman sahaja. Kerana itulah, orang yang benar-benar beriman tidak pernah kenal erti putus asa atau kecewa.

Mereka sedar bahawa sebesar mana pun halangan dan seberat mana pun bebanan yang datang, mereka masih mempunyai tempat untuk mengadu.

Friday, July 17, 2009

Formula Genius..

Pelajar + Takwa = Cemerlang
Pelajar - Iman = Kecundang

Taat Kepada Allah

Allah Yang Maha Bijaksana, meletakkan keimanan, ketakwaan dan ketaatan pada kedudukan yang sama dengan kebijaksanaan, kepintaran dan kealiman seorang hamba. Tetapi ini tidak bererti semua orang yang bijak itu adalah orang yang beriman, dan setiap orang yang pintar itu adalah orang yang bertakwa. Tetapi, setiap orang yang beriman itu adalah bijak. Dan hanya orang yangbertakwa menjadi orang yang pintar.