Donut Mudah  Lembut

Assalammualaikum buat semua dan selamat berhujung minggu
Beberapa hari blog berehat sbb bagi laluan pada promosi jubah, jubah masih ada lagi, kpd yg berminat boleh klik sini.Tambahan mama sibuk sikit beberapa hari ini....termasuklah masak2 utk dinner di rumah mlm khamis lepas.Citer ttg dinner ni,nanti sembang next entry. Dan utk hari ni mama nak kongsi donut yg mama buat utk dinner....kira salah satu kuih yg mama sempat sediakan. Ada 2-3 jenis yg manis2.. tak da yg goreng. Jadi mama sediakan satu yg goreng....iaitu donat ball. Lagipun dah lama tak buat donut...anak2 pun suka.


donat ball mudah sikit buat sbb tak payah nak terap...bulatkan saja..cepat.saiz kecil molek.. mudah budak2 nak mkn.


Donut ni mmg lembut....mama sgt puas hati.boleh buat lagi nanti.


Untuk resepi donut ini, mama berkenan mencuba resepi donut mudah dari MYR. sukatan tak payah timbang...buatnya pun mudah. Adunan agak lembik, jadi kena pandai2 nak bentukkan....itu yg mama buat bulat...lagi senang nak bentuk.tkasih byk buat empunya resepi.

Donut Mudah
Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Ca ra-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..


atau utk buat donut bulat spt di atas lepas adunan rehat 45 min. bentukkan donut bulat2..kena letak byk tepung gandum ditangan masa bulatkan.rehat kejap.dah naik mcm gambar diatas....licin je bentuk donut...barulah digoreng.


bhg dalam donut...lembut je.


mulanya ingat nak salut coklat tp takut sempat , jadi ayakkan saja gula aising atas donut.


Hidangan dessert termasuk donut antara yg disediakan utk tetamu....lain2 gambar masa makan2 akan menyusul next entry. sekian dulu.....
Published: 1970-01-01 Hit: 86 Laman Asal
Diam Itu Lebih Mudah Dari Berkata-kata
"Kau dengan sape?" "Aku?" " Aku dengan tuuut...hari-hari kami ber'im'..""Kau pulak dengan sape?" "Aku dengan Si Polan tu..dia kan satu kelas dengan aku..in sha allah suatu hari nanti kami ak .. ..
Cara Mudah Ubati Ruam Kaligata
Ruam kaligata adalah ruam kemerahan pada kulit yang timbul akibat alergi, memiliki ukuran dan bentuk bermacam-macam, halus dan seringkali gatal. Ruam ini dapat hilang tanpa sebarang ubatan yang serius .. ..
Gps Tracker Terbaru Canggih Mudah Dan Berbaloi
CANGGIH, MUDAH DAN BERBALOI!!!! Disini kami memperkenalkan GPS TRACKER tercanggih yang boleh memproses data kereta anda, mengesan kerosakkan kereta anda serta melaporkan setiap maklum .. ..
TEGAS DENGAN PRINSIP, LEMBUT DALAM BERDAKWAH
SALAM, PETANG SEMALAM SELEPAS SOLAT ZOHOR, SEORANG STUDENT BERTANYAKAN SATU SOALAN BERKAITAN DENGAN MUZIK. HAMBA ALLAH NI MEMANG KOMITED DENGAN KERJA-KERJA ISLAM DAN GERAK KERJA JAMAAH. SOALAN LEBIH M .. ..