Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

Serimuka utk Majlis di Grand Nile Tower




Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg singgah dapurmamasya.Pada para guru selamat bercuti pjg.
Entry kali ni nak kongsi kuih serimuka mama buat utk satu majlis pada 12 Nov lepas anjuran Embassy Malaysia yg diadakan sebelah malam di Grand Nile Tower. Tetamu jemputan terdiri dari rakyat Msia yg berada di sini dan para tetamu dari negara lain.
Sama spt thn lepas mama buat serimuka juga utk majlis yg sama. Dan 2 thn lepas pula , mama buat apam polkadot dan apam mekar juga utk majlis yg sama, boleh tengok sini.
Selain mama ada juga beberapa org kwn mama yg buat kuih serimuka.....5 org semuanya yg buat.Dan semua kuih serimuka habis licin.....menurut mrhusben dia dpt kepingan yg last sekali....rupanya ramai peminat seri muka.


Sehari sebelum itu mama mencuba satu resepi serimuka yg lain sbb ingat nak sediakan utk majlis serimuka resepi yg baru tp tak menjadi....atasnya agak lembik wpun dah kukus agak lama melebihi 1/2 jam.Jadi mama guna saja resepi sama yg pernah buat sebelum ini. Kali ni mama buat 2 adunan.....atas permintaan utk mama sediakan dlm 50 keping. Utk pulut mama kukus sekaligus, dan kemudian mama bahagikan 2 utk kukus lapisan atas. Nasib baik elok tak meragam....biasa kuih yg berkukus ni kdg2 buat hal juga...itu yg tak berani nak kukus semua sekaligus. Dari 2 loyang ni....mama potong 60 kpg utk majlis dan selebihnya utk mkn sendiri di rumah. Utk mudahkan rujukan mama copy semula resepi di sini;

Kuih Serimuka
Sumber; Blog Ijan @ Adunan Citarasaku dan Blog K.liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan A
2cwn beras pulut-rendam 2jam
2 1/2cwn santan cair - 2 cwn dah cukup (mama guna 3/4 pek santan debu S&P)
sedikit garam - pastikan garam letak secukupnya utk rasa lemak pulut

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dan sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran (8 X 8)(mama guna loyang 7' x 10')
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan lapisan atas/hijau.
NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

B[lapisan hijau]
2cwn santan pekat - (mama guna 1 1/2 santan debu S&P)
1/2cwn t kastad + 1 sdb t ubi
1/2cwn t gandum
1bj telor
1/2cwn gula pasir - tambah@ 3/4 cwn gula kalau nak manis
sdkt garam
3-4 helai daun pndan - guna pandan paste
sedikit pewarna hijau[jika perlu]

cara2nya:
1.blend d pndn dngn sdkt air.tapis..campur dngn santan...jdkan[ 2 cwn santan pekat]
2.Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


60 keping serimuka dah berbalut plastik siap utk majlis yg diadakan di Grand Nile Tower, yg terletak dpn Sg Nil......majlis apa? nanti kalau sempat mama kongsikan gambarnya....

Sunday, July 14, 2013

Kuih Cara Manis



Assalammualaikum buat semua. tkasih yg sudi berkunjung ke dapurmamasya dan semua yg tinggalkan komen.Maaf ada blog yg mama belum sempat lawatan balas.
Entry ringkas hari ni.Pasti ada pengunjung blog.....teman-teman...surirumah yg tgh mencari idea kuih manis buat berbuka.Mungkin boleh membuat kuih cara.Mama suka kuih cara manis berbanding cara berlauk.....gabungan lemak dg air gula manis yg meleleh....sedappp.
Tapi kuih cara ni buat sebelum puasa lagi......buat masa nak bawa ke rumah kwn yg menjemput kami sekeluarga mkn mlm. Simpan sikit utk mkn dirumah juga.


Kuih cara ringkas bahan2nya. cuma nak masak itu kena pandai adjust api yg sesuai. Mama pun beberapa kali juga buat....ada yg cantik masak, ada yg tak. kalau kuat api, kuih cepat hangus tp dlm tak masak lagi. kalau perlahan sgt kuih tak masak. Eloknya cuba sebiji dulu masak utk tahu api yg sesuai dan pastikan sapu minyak di acuan.Cuma kalau dpt letak pandan dan kelapa yg fresh pasti lagi sedap, di sini mana ada. kena ganti yg segera saja. Utk resepi spt di bawah,t.kasih CMG kongsi resepi.

Kuih Cara
Sumber; Blog CMG
0leh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)- mama guna 1 pkt santan debu S&P
2 biji telur
3 helai daun pandan - letak 1 sk paste pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.

Monday, June 17, 2013

Donut Mudah & Lembut



Assalammualaikum buat semua dan selamat berhujung minggu
Beberapa hari blog berehat sbb bagi laluan pada promosi jubah, jubah masih ada lagi, kpd yg berminat boleh klik sini.Tambahan mama sibuk sikit beberapa hari ini....termasuklah masak2 utk dinner di rumah mlm khamis lepas.Citer ttg dinner ni,nanti sembang next entry. Dan utk hari ni mama nak kongsi donut yg mama buat utk dinner....kira salah satu kuih yg mama sempat sediakan. Ada 2-3 jenis yg manis2.. tak da yg goreng. Jadi mama sediakan satu yg goreng....iaitu donat ball. Lagipun dah lama tak buat donut...anak2 pun suka.


donat ball mudah sikit buat sbb tak payah nak terap...bulatkan saja..cepat.saiz kecil molek.. mudah budak2 nak mkn.


Donut ni mmg lembut....mama sgt puas hati.boleh buat lagi nanti.


Untuk resepi donut ini, mama berkenan mencuba resepi donut mudah dari MYR. sukatan tak payah timbang...buatnya pun mudah. Adunan agak lembik, jadi kena pandai2 nak bentukkan....itu yg mama buat bulat...lagi senang nak bentuk.tkasih byk buat empunya resepi.

Donut Mudah
Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..


atau utk buat donut bulat spt di atas lepas adunan rehat 45 min. bentukkan donut bulat2..kena letak byk tepung gandum ditangan masa bulatkan.rehat kejap.dah naik mcm gambar diatas....licin je bentuk donut...barulah digoreng.


bhg dalam donut...lembut je.


mulanya ingat nak salut coklat tp takut sempat , jadi ayakkan saja gula aising atas donut.


Hidangan dessert termasuk donut antara yg disediakan utk tetamu....lain2 gambar masa makan2 akan menyusul next entry. sekian dulu.....

Thursday, April 18, 2013

Bebola Keledek @ Jembleng



Assalammualaikum buat semua
Dah lama rasanya tak kongsi resepi di blog mamasya ni...sejak belum bercuti hingga lepas cuti...sibuk dg entry lain.Sebenarnya tak da resepi menarik nak dikongsikan.... sbb masakpun biasa2 saja....belum ada mood nak mencuba resepi baru. Wbpun utk entry hari ni..nak kongsi kuih yg simple...bebola keledek yg dibuat sebelum bercuti lagi. Biasanya kalau ada keledek suka buat kuih cek mek molek, kali ni nak cuba resepi yg lain sikit.


Tengok di blog kwn2 ada yg dah mencuba kuih bebola keledek. Ringkas bahannya....utk resepi, mama dapatkan resepi dari bibik mama...biktin kata di kgnya kuih ni dipanggil jembleng. Jom tengok resepinya ;

Bebola Keledek @ Jembleng
Oleh; Dapurmamsya

Bahan
1 cwn ubi keledek yg dah dilenyek - ubi keledek dikukus dulu, lenyek & sejukkan.
1 cwn kelapa parut @ 1 cwn kelapa kering yg dikukus dg sedikit air/masukkan dlm microwave
1/2 cwn tepung pulut
3 sudu teh gula
1/2 st garam @ secubit

Cara;
1.Campurkan semua bahan dan uli menjadi satu adunan.
2.adunan bulat2 spt bola.
3.goreng hingga kekuningan.
4.angkat dan toskan. siap.


adunan dibulatkan kecil


goreng hingga masak


Dah boleh hidang utk minum ptg....jika suka boleh tabur gula icing.

Thursday, February 14, 2013

Bingka Labu Lemak Tanpa Telur



Assalammualaikum buat semua.
Sunyi sikit blog minggu ni sbb ramai yg bercuti pjgkan.....moga semua ceria bercuti bersama keluarga tersayang. Wpun tak kemana2...mama tak dpt nak update blog cepat sbb talian internet di rumah perlahan sgt minggu ini.....lama nak tunggu blog keluar gambar dan upload....itu yg buat malas nak ngadap blog.
Tapi utk entry hari ni....ringkas saja.. nak kongsi kuih iaitu Bingka Labu Lemak Tanpa Telur. Bingka ini dah lama buat utk potluck....dah lupa utk acara apa. Wpun pernah beberapa kali buat bingka labu sebelum ini, teringin pula nak mencuba resepi dr MYR ni sbb tidak mengunakan telur....namun tetap lemak terasa. Jom tengok resepinya...

Bingka Labu Lemak Tanpa Telur
Sumber; MYR (K.Fida)
oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc atau 2 biji acuan pecah 8 )
250 g labu - tanpa kulit, direbus
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan susu cair/sejat
1 sb susu manis
1/2 sk garam
1 cawan tepung gandum
1 sb mentega/majerin
sedikit pewarna kuning (akak tak bubuh)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 dalam blender dan kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak
Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
Sejukkan bingka,potong kecil dan boleh dihidangkan.
Dengan resipi yang sama,labu boleh diganti dengan kentang,keledek kuning,merah/oren atau ungu dengan kuantiti yang sama... :)

Friday, February 1, 2013

Churros cicah Choc Sos



Assalammualaikum semua....moga sihat dan sejahtera.
Entry ringkas kali ni iaitu churros yg dibuat beberapa hari lepas. Ada lebih choc sos masa buat Creamy Choc Oreo , itu yg teringat nak buat churros cicah dg choc sos sbb anak2 mmg suka apa2 yg bercoklat.Mulanya buat 1 adunan....nak test dulu anak2 suka ke tidak....hidang terus habis licin, jadi buat lagi 1 adunan, itupun habis. Esoknya buat lagi 1 adunan.....kalau anak2 dah suka, mmg rajin sikit mama nak buatnya.Lagipun bahan2 utk buat churros nipun mudah.


Cara dan bahan2 utk buat churros ni lebih kurang spt cream puff, cuma beza ni versi goreng. Mcm cream puff juga, rasanya mmg tawar dan kenalah mkn dg choc atau tabur gula. Nak membuatnya dah lama tapi asyik bertangguh hinggalah jumpa resepi di blog Reen, terus teringin nak mencuba,t.kasih Reen kongsi resepi. Utk sos choc boleh tengok resepi sebelum ini.

CHURROS
Sumber; Blog Reenkhan
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
1 1/2 cawan tepung gandum - saya bubuh 1 1/4 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
#Gula+cinnamon powder atau hot chocolate

Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula.
Kecilkan api. Masukkan tepung.
Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2.
Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.
Panaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam acuan (boleh gune nozzle bentuk bintang dan masukkan dalam piping bag).
Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers.
Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.


sukanya Syakirah bila dpt cicah dg choc....


betul tak Syakirah ?....betul mama....


sorang lagi yg suka mkn churros cicah coklat...iya kan abg Syazrin.


churros ni sesuai utk minum ptg sekeluarga.kalau tak nak mkn dg choc...boleh tabur gula saja.

Thursday, January 10, 2013

Cream puff jagung lagi.....




Assalammualaikum buat semua....moga sihat sejahtera.. Cuaca minggu ni makin sejuk...dg semalam pula hujan...tengok suhu belah mlm 9 'C...grrr. Anak merungut sejuk di sek wpun pakai 2 lapis baju + jaket, jadi hr ni mrk pakai 3 lapis baju dg 2 lapis seluar utk abg no 4, no 3 pula pakai 3 lapis baju + 1 sweater + 1 jaket....sejuk katanya. Dan utk entry hr ni.....kongsi lagi kuih cream puff...antara kuih yg dihidangkan buat tetamu masa makan-makan di rumah. Kebetulan gambar cream puff ni dah siap dipilih ada dlm folder....terus je update diblog. Dah buat beberapa kali sebelum ini sbb ada kwn tempah.


Jgn risau kalau cream puff yg baru masak...masa panas agak keras sbb bila sejuk akan lembut. Satu lagi masa pipe adunan di dulang, jika adunan terus turun ....adunan itu terlembik....mungkin saiz telur besar, mama guna saiz sed. Nak mudah masa pipe...tak payah guna noozle, masukkan adunan dlm plastik bag, gunting bucu dan pipe bentuk bulat di atas dulang. Resepi pernah ada di blog sebelum ini....tp mama kongsikan semula.

Cream Puff Jagung
Sumber , Zaliana, My Resepi
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur

* Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. *- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25-30min min; 180'C (api atas bawah)
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff


inti kastad jagung.....kekuningan sbb tpg kastad sini kuning terang warnannya.

siap pek utk kwn yg tempah...

tempahan baru-baru ini..

cream puff mmg tak puas mkn....tambah inti jagung mmg sedappp. Slmt mencuba!

Wednesday, October 3, 2012

Kuih Ketayap Hijau Kuning



Assalammualaikum buat semua....
PC mama dah pulih semula setelah bbrapa hari mogok, bolehlah laju sikit update blog tp utk minggu ni saja sbb minggu dpn busy sikit dg pelbagai xtvt. Cuaca disini pula masih panas tp dah hujung2 musim panas....waktu Maghribpun dah awal jam skrg 5.38 ptg...kalau kat Msia anak2 tgh main bolakan masa ni, manakala subuhpun dah lewat sikit tp syuruk awal 5.39 pg.
Berbalik pada entry hari ni....kongsi menu tertunggak lama, masa hujung2 Ramadan yg lalu iaitu kuih Ketayap, buat utk pot luck berbuka puasa yg dihadiri oleh mr husben.kalau ikutkan senang buat kuih yg jenis potong-potong kalau pot luck tp sbb kelapa kering byk...itu yg buat kuih ketayap. bila bulan Ramadan kelapa kering senang dpt di sini.....jual timbang.. di supermarket, kelapa kering diletakkan mcm beras dlm bekas besar tp bila bukan bulan Ramadan tak byk sgt dijual.Kelapa biji ada juga dijual...8-10 Le/RM 4-5 sebiji tp tak da kedai mesin kelapa.

DSC_1157"

Kuih ketayap kali ni guna resepi k.Liza tp intinya letak lempuk macam pernah buat sebelum ini, masa buat kuih ketayap polkadot, boleh klik di sini. lebihan inti boleh simpan tempat beku, bila2 nak mkn senang...hanya buat dadarnya saja.
Kuih Ketayap aka Kuih Gulung
Sumber Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan - ganti pandan paste
mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam
Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

DSC_1109"

tentu ramai yg pernah bacakan... mcm2 gelaran diberi pada kuih lucu2 bunyinya, ada kuih paling lembab, kuih paling cun, kuih gangster, kuih paling kaya...kuih paling selekeh ...dan kuih paling alim.


penamat entry kali ni.. buat semua pengunjung blog..... Senyum-senyumlah selalu....
jumpa lagi & salam mesra dari Dapurmamasya

Monday, September 24, 2012

Mencari Serimuka Idaman hati.



Assalammualaikum buat semua dan tkasih byk2 buat pengunjung dapurmamasya...terutama yg sudi tinggalkan komen, nanti lapang mama akan buat kunjungan balas.
Utk entry hari ni nak kongsi kuih serimuka yg mama buat hari rabu lepas.Mama jarang buat kuih serimuka sbb anak2pun kurang mkn kuih manis, adalah 3-4 kali...ada yg menjadi dan ada yg tidak. Rajin nak buat minggu lepas sbb nak cuba resepi mana yg menjadi pilihan hati utk satu acara nanti.Hari rabu itu buat 2 resipi sekali gus, 1/2 adunan utk setiap resepi. Sebelum hari rabu itu...mama intai beberapa resepi kuih serimuka....dr resepi yg dilihat utk bhg pulut sama cuma bhg atas/hijau ada pelbagai resepi...


dan utk resepi pertama yg dicuba, mama berkenan dg kuih serimuka yg dikongsi oleh Blog Ijan @ Adunan Citarasaku yg mmg ambil tempahan kuih serimuka.Nampak elok kuih serimukanya...itu yg berkenan nak cuba.Resepi asal dari K.Liza dg diubahsuai sedikit tambahan tpg ubi.Dimana resepi asal ni mama baru teringat pernah cuba masa di dapur Fp dulu. Buat 1/2 adunan (loyang 4 in x 8in) bila potong 2 in x 1 in dpt 16 kpg. Jadi kalau 1 adunan (loyang 8 in x 8 in) boleh dpt dlm 32 kpg.Resepi penuh spt dibawah, t.kasih Ijan dan K.Liza yg berkongsi resepi.

Kuih Serimuka
Sumber; Blog Ijan @ Adunan Citarasaku dan Blog K.liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan A
2cwn beras pulut-rendam 2jam
2 1/2cwn santan cair - 2 cwn dah cukup
sedikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran (8 X 8)
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan lapisan atas/hijau.
NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

B[lapisan hijau]
2cwn santan pekat
1/2cwn t kastad + 1 sdb t ubi
1/2cwn t gandum
1bj telor
1/2cwn gula pasir - tambah@ 3/4 cwn gula kalau nak manis
sdkt garam
3-4 helai daun pndan - guna pandan paste
sedikit pewarna hijau[jika perlu]
cara2nya:
1.blend d pndn dngn sdkt air.tapis..campur dngn santan...jdkan[ 2 cwn santan pekat]
2.Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


hasilnya...mama puas hati sbb menjadi kuih serimuka ini dan sedap rasanya....
resepi serimuka ke 2 nanti akan menyusul...jumpa lagi....

Thursday, September 20, 2012

Apam Balik Rangup




Assalammualaikum buat semua.utk permulaan entry hari ni...sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat Bonda Nieza @ Our Journey Begins yang pulang kerahmatullah pada 16 Sept dan ayahanda K.Ina KL @ Tertunailah Hasrat Di Hati pada hari ni 20 Sept.Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan dicucuri rahmat.Amin.. Moga Nieza dan K.Ina tabah menghadapi pemergian orang tersayang. Alfatihah.....
Berbalik kepada entry hari ni nak kongsi Apam Balik Rangup yg juga dah lama simpan dalam draf. Lepas menjadi buat apam balik dulu, terus mama cari resepi apam balik rangup yg mcm pasar malam itu.Kalau kat Msia confirm mama beli je.....dok jauh ni pandai2lah cuba buat sendiri. Tak yakin sgt nak buatnya tp tengok Blog My Kitchen cantik elok jadinya...itu yg nak cuba juga. Dan hasil yg mama buat....


1/2 adunan menjadi dan 1/2 adunan pertama tak menjadi.....mulanya salahkan kuali...sampai 3 biji kuali non stick,1 biji kuali crepe...cuba juga kuali roti jala.....tp semua tak jadi juga. Dah merajuk nak buat bila 1/2 adunan tak jadi apamnya, ada adunan melekat dikuali ...tak boleh tanggalkan. bila sapu butter....kulit adunan apam jadi tak begitu elok dan ada yg tak rangup. Kemudian tukar nak masak mcm apam balik biasa....tp tak boleh sbb kulit apam guna resepi apam rangup ni cepat masak kulit luarnya tp dlmnya belum. Dah serba salah...nak hadiahkan ke cik tong atau nak cuba lagi. Tak apalah cuba lagi...sayang hadiahkan pada cik tong....kali ni cuba semula guna kuali non stick yg paling kecil dan caranya adunan kena betul2 letak tipis dlm kuali yg dah panas.lebihan adunan disapu keluar dan api sed panas...kena cuba beberapa biji...dptkan teknik yg betul. Resepi penuh spt di bawah.kalau ada kwn2 yg mencuba tak menjadi mamapun sama mulanya...kena cuba jaya...dkt Blog My Kitchen pun siap Q & A ttg apam ni.

Apam Balik Rangup
Sumber; Blog My Kitchen
Oleh; Dapurmamasya

Ingredients:
170 gm all purpose flour
100 gm rice flour
30 gm cornstarch
2 tsp double action baking powder- ganti 2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
2 large eggs
1 tsp vanilla essence
6 - 7 ozs water
150 gm fine granulated sugar - boleh kurangkan sbb tak perlu manis sgt

Filling:
120 g melted butter- letak sikit setiap kpg, x letakpun tak pa
150 gm fine granulated sugar - letak sikit je sbb adunan dah manis
1 cup chopped roasted peanuts

Method:
Mix all the ingredients together, strain and leave in the fridge for at least 3 hours. (i left it overnight)
Heat a crepe pan or a small nonstick pan slightly. (just hot enough for batter to stick to pan)
Pour in a 4 oz ladle of batter and swirl pan so that batter is coating the edge. Remove the excess batter and sprinkle in some sugar on the pancake.
Cook till the bottom of pancake is golden brown.
Sprinkle with melted butter and then chopped roasted peanuts.
Fold the pancake into a half and leave to cool.(it will be crispy as soon as it gets cold)


inti choc.....pilihan anak2


inti kacang dan jagung...ini mama punya


saiz apam ni kecik je....tengok sebesar saiz tangan abg Syazrin..


wpun hasilnya tak 100% mcm org jual di pasar mlm tp jadilah....dapat juga makan apam balik rangup.anak2 paling suka makan.....tak rugi mama mencuba.

Wednesday, September 19, 2012

Cream Puff Lagi....



Assalammualaikum buat semua
Entry ringkas hari ni....nak kongsi cream puff yg dah lama buat...sebelum Ramadan lagi...uploadpun dah lama kat draf cuma baru sampai giliran muncul di blog. Pernah buat cream puff sebelum ini, ada step by step boleh tengok sini. Dan cream puff dlm entry kali ni buat tak lama lepas yg sebelum ni....tak puas mkn...kalau cream puff mmg suka terutama part inti creamnya itu.


Cuma untuk cream puff kali ni guna resepi lain pula.Hasilnya sama elok menjadi. pernah juga buat tak jadi cream puff...cream puff tak naik elok....setelah diteliti...bahan2nya dah betul tp rupanya oven yg digunakan tak begitu panas dan masapun tak cukup utk bakar cream puff...tu yg cream puff macam merajuk tak nak kembang....dah tahu silap kat mana, jadi bila buat lagi mmg pastikan suhu dan masa bakar adalah betul.
untuk inti custad boleh tengok resepi sebelum ini. Resepi penuh dan cara spt dibawah....

Cream Puff
Sumber; Yani @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4 Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.- mama tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25-30 min; 180'C api atas bawah
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.


Wpun guna nozzle yg sama.....cara picitpun sama...tp bila dah masak..macam2 rupa pula jadinya....tp tak apakan asal rasanya tetap sama sedappp....

Tuesday, August 7, 2012

Talam Pandan Gula Merah Utk Pot Luck Iftar




Assalammualaikum buat semua....moga sihat sejahtera dan terimakasih berkunjung ke blog ni.
Pada ptg Jumaat lepas kami sekeluarga dan rakan2 Msia yg lain Iftar beramai2 di Rumah Msia. Untuk kuih bagi juadah berbuka...pot luck... masing-masing diminta bawa kuih. Mulanya tak da idea nak buat kuih apa....jadi cari di internet kuih-muih yg belum pernah cuba...berkenan dgn kuih Talam Pandan Gula Merah dari blog k.Paty. Talam ni tidak menggunakan santan dan spt komen k.Paty kuih ni kombinasi kuih kosui dibhg bawah/hijau dan seri muka gula merah utk bhg atas. Cuma kuih mama punya nampak tak basah...tak secantik mcm kuih k.Paty...mungkin kukus agak lama. Untuk resepi spt di bawah..t.kasih k.Paty kongsi resepi;
Talam Pandan Gula Merah
Sumber; Paty's Kitchen
Oleh; Dapurmamasya (guna loyang 7' x 10')

bahan
bhg bawah
3/4 cawan gula putih masak dengan 2 cawan air hingga mendidih...ketepikan

dalam periok berasingan campurkan;
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
air daun pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 1 cawan air)- guna pandan paste
secubit garam
1 sudu teh air kapur
sedikit pes pandan
Gaul semua bahan rata...tuangkan air gula tadi dan kacau rata....letakkan atas api perlahan dan kacau hingga bancuhan mula nak likat (jangan pekat sangat)...kukus dalam bekas kaca atau acuan kecil selama 20 minit. - mama kukus 15 min je

bhg Atas
1 cawan gula merah
1 cawan air

masak gula merah dengan air sehingga sula hancur dan biarkan sejuk.
2 biji telur
1 cawan tepung
2 tsdb tepung hong kue.
Campurkan bahan gula merah dengan bahan diatas tadi. Gaul rata tapis dan masak di atas api kecil sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit. ( note dr mama; kalau kuih dah masak boleh kurangkan masa kukus ).Sejukkan sebelum dipotong.



Iftar 15 Ramadan di Rumah Msia


Gambar sebahgian yg hadir semasa majlis Iftar di Rumah Msia.ada program ceramah agama dan majlis perpisahan sebelum berbuka. ramai yg hadir utk Iftar thn ni...


Untuk lauk-pauk...masing2 masak, setiap ladies...ahli PERWAKILAN diberikan tugas utk masak lauk tertentu.semua lauk hingga nasi habis licin.....mmg meriah sambutan Iftar thn ni. Antara lauknya ayam masak kari, daging blackpepper, sayur campur, sambal telur,gulai ikan masin, ulam dan sambal belacan. Utk pot luck kuih mcm2 kuih ada spt karipap, onde2, puding dll....sayang mama tak sempat nak ambil gambar semua makanan...hanya ambil sikit gambar kuih itupun dah hujung...


yg paling seronok adalah Syakirah dpt jumpa kawan2.....

Klik Nuffnang2