NASIHAT ATAS 7 PERKARA

Hazrat Abu Zar Al-Ghifari R.a berkata,” Kekasihku Rasulullah SAW pernah menasihatiku dengan tujuh perkara:
1)      Aku telah diperintahkan, sayangilah orang-orang miskin dan bergaullah dengan mereka.

2)      Aku telah disuruh agar tidak memandang kepada orang yang berkedudukan yang lebih tinngi (kaya) daripadaku supaya aku memandang kepada orang yang rendah darjatnya daripadaku (memikir akan keadaan mereka).

3)      Aku telah diperintahkan bersilaturrahim walaupun mereka yang aku bersilaturrahim berpaling daripadaku. (Yakni, orang yang aku bersilaturrahim itu menjauhi daripadaku, jauh atau tidak memeperduli kepadaku atau bersombong dengan aku,
             ( walaupun ia menzalimiku)

4)      Aku diperintahkan supaya tidak meminta-minta apa-apa dari sesiapa.

5)      Aku diperintahkan untuk menerangkan kebenaran walaupun ianya pahit bagi    
            sesiapa.

6)      Aku diperintahkan agar tidak memperdulikan celaan sesiapa untuk  keredhaan Allah SWT.( Yakni, mengamalkan sesuatu yang disukai Allah: jika mana –mana orang bodoh mencela kerana amalan itu maka tidak mengapa).
7)      Aku telah diperintahkan supaya memperbanyakkan bacaan:
           
                        “LA HAULAWALA QUWWATA IILLA BILLAH”
      Sebab kalimah-kalimah ini diturnkan dari satu khazanah yang khas dibawah Arasy. {MISHKAT}

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk suami dari isteri Solehah

Muqaddimah Manzil