Thursday, September 17, 2009

Kisah Di Subuh Hari

Nukilan dari hati si sunyi, gundah gulana di malam hari. Tidurku tak keruan,sedarku tak bersinar. Bukannya sukar melafazkan kalimah cin... “Bai..bangun,Zulkep kat sebelah”. Suara halus juara Silat Malaysia menyedarkan aku dari mimpi Gay aku tu. Tak ganas langsung mimpi pasal cintan cintun. Apa barang. Tak true la, kata metalhead.

Sayup kedengaran suara Ketua Kumpulan Gagak Hitam ,mempunya kebolehan melompat pagar setinggi 5 meter, atau nama timangannya “Si Mulut Manis”, selepas kegebangan dia konon nak bawak student pergi Sarawak time form 2 dulu. Pedulikan. Bukan masa nak imbau kenangan lampau. Sambar gayung berisi alatan mensucikan diri ku jengah ke luar pintu bilik terbersih untuk 2 tahun. Bukan nak riak, tapi memang best dapat pergi Genting bila ada orang payung . Bilik lain menang pun paling jauh dapat pegi dusun, apa kes. Ternyata bilik mereka bersih tahap dusun je.

Selipar biru hot market cantik tersepit di belakang rak kasut.ku tarik perlahan.”BABI!..sebelah je ade?”bentak ku dalam hati. Usha bilik sebelah, ada selipar asadi warna biru, konon-konon tak jatuh bila pergi tandas. “kalau reti eja A B C..mesti tau A S A D I..ASADI!!”..tibe-tibe je iklan haram tu muncul.

Mula dengan langkah kanan,kalimah Maha Pencipta ku lafazkan. Semoga perjalanan ke tandas takkan ada halangan. Ye la, mana tau tiba-tiba tuan punya selipar tu jerit mintak selipar kan. Pegi mampos, taknak kasi orang pinjam pegi simpan bawah bantal ar.

Tandas da penuh. Yang gosok gigi, yang gosok mata, yang gosok hidung, tak lupa yang sedang khusyuk menggoreng, suma ada dalam tu. Satu pili air kelihatan suci tanda masih tiada orang yang guna. Berus gigi putih biru ku keluarkan dari gayung tanpa menoleh siapa kat sebelah selamba badak je rembat ubat gigi dia. Kata kawan-kawan, takkan nak berkira kan?.

Sambil khusyuk menggosok struktur kukuh di dalam mulut munggil aku, kedengaran suara si Polan memanggil si Palan. “Weh..ko ada shower foam tak?”soal si Polan. Bergegas si Palan masuk semula ke dalam. Selang beberapa saat, dia keluar dengan muka takde perasaan dia tu. “Tak boleh cabut ar!!”

Ahli jemaah ‘penggosok struktur kukuh dalam mulut’ kebingungan. “takleh cabut?”soal dalam hati masing2. Si Polan lontarkan soalan bernilai 500hengget kat si Palan. “huh?takleh cabut?amende yang takleh cabut?” sambil dia menggaru..errr...garu kepala. Pantas si Palan menjawab “Ni ha..shower foam ni ha..takleh cabut!ketat!”.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



3 saat yang sunyi............. .



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..AKU MINTAK SHOWER FOAM AA!! BUKAN KEPALA SHOWER TU!!”


Pagi itu dalam kelas, topik Shower Foam lebih hangat dari kes Khir Toyo kasi penyapu kat kakitangan awam. Liputan meluas mengalahkan liputan Imam Kahar. Ternyata satu fenomena. Baru ku tahu, selama ni dia mandi tak pakai sabun, pakai kepala shower tu je gosok kat badan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

juwei said...

owh ni ke cte sbnarnye. lawak2. haha

syvzwvn said...

ni cite versi panjang.diolah sedikit supaya tak menyakiti mana-mana pihak.

azri said...

terbaeekkk~

starfiey said...

ak nk cite 'payong'.kamon wan..lololol

syvzwvn said...

payung tak dapek a jang,tak dapek a.

Anonymous said...

hahahaha... bleh pegi jauh cite nh... siyes

 

Double8-Towards A Reunion Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez