My NEW Number

Saturday, September 18, 2010

Akibat kes kecurian yang melesapkan handphone dan laptopku...terpaksa la aku mencari phone baru untuk ganti phone aku yang hilang tu. Inilah handphone2 aku sekarang . . .


014-8271133


017-8643681


Sengaja aku bagi number phone skali spaya senang korang cari aku. Lebih2 lagi keluarga dan kawan2 aku. Kalau korang tu musuh aku, jangan la cuba2 call or sms aku ya ~ ~ hahahaha . . .

Aku Hanya Mampu Tersenyum

Tuesday, September 14, 2010

Semalam tanggal 14hb September 2010 bersamaan hari raya ke-5, sesuatu telah berlaku. Apa yang berlaku?? Rumah sewa tempat aku stay dimasuki pencuri. Natijahnya . . sebuah laptop dan dua buah telefon bimbitku lesap dikebas sang pencuri durjana. Kalau ditafsir, kerugian berjumlah RM 3000.00. Apa yang boleh akucakap, benda dah terjadi, aku hanya mampu tersenyum.

Bagaimana boleh berlaku? Begini kisahnya. Hari tu aku tidur di rumah kawan aku di Indah Permai..seperti hari2 sebelum itu. Namun pada pagi kejadian, aku tersedar jam 8.10 pagi. Pada waktu tu, laptop dan handphoneku masih ada. Sempat lagi aku baca SMS resipi Chef Wan yang dihantar Maxis. Then, aku tidur la balik sebab plan jam 8.30 gitu mahu pulang ke Klaster. Pabila aku bangun jam 8.30 pagi, aku terus mencari-cari handphoneku. Namun tak pula aku jumpa. Mungkin aku campak ketika tidur.hehe. Then aku perasan yang laptop di sebelah tempat aku tidur..macam tiada pula. Mula la aku berfikir panjang dan mensyaki benda2 tu dah dicuri memandangkan pintu utama dah terbuka. Tidak juga la aku marah atau gelisah...aku cuma hanya mampu tersenyum. Kenapa aku senyum?? Sebabnya...bila mengenangkan ini raya terakhir aku di Sabah, ini pula yang aku dapat.hahaha~

Aku sangkakan yang aku ni bertuah la sebab wallet aku dia tak ambil. Maknanya ada la wang untuk aku makan kan. Tapi bila aku buka wallet aku tu... Kosong pula isinya. Sial punya penyamun. Sekali lagi aku hanya mampu tersenyum mengenangkan yang aku tiada punya apa2 sekarang. Dah la laptop and handphone kena kebas, duit aku pun disapunya.hahahaha... Malang betul nasib aku di hari raya ni.

Jika difikirkan ini, ini bukan kali pertama handphone aku hilang. Sejak berada di Sabah sahaja, x kurang dari 5 buah sudah hanphone aku hilang. Sama ada aku tertinggal di mana2 mahupun aku tercampak tanpa aku sedari. Tapi inilah kali pertama...sepanjang aku berada di Sabah, barangku hilang dicuri sang pencuri..sebab sebelum ni, aku yang selalu menghilangkan semua handphone aku tu.hehehe ~

Tapi benda dah terjadi, apa lagi aku boleh buat. Police report sudah aku lakukan. Tawakkal je la selepas ni. Barang yang lepas jangan dikenang... Bikin susah hati je. Jadi teruskan hidup gembira dan bersyukur la aku, sebab aku cuma hilang handphone dan laptop. Sekurang-kurangnya nyawa aku tidak hilang ~

Seram

Monday, September 13, 2010

Tadi aku baru lepas tengok citer MOMOK THE MOVIE kat TV3. Aku bukan nak tulis pasal citer tu.. tapi citer tu bagi aku inspirasi untuk menulis pasal kisah2 seram yang aku pernah dengar di UiTM Sabah. Sebab sudah 5 tahun aku di sana...so banyak la kisah2 yang aku dengar. Ada yang menyeramkan dan ada juga yang membosankan. Jom dengar sama2. Kalau x sempat habis, aku sambung lagi nanti. Aku tulis dulu mana2 yang sempat aku tulis.

Bila aku masuk penghujung tahun 2005, macam2 aku dengar daripada senior. Tak taw la sama ada diorang sengaja reka atau memang betul apa yang diceritakan tu. Ni senior la yang cerita. Kata mereka, tapak UiTM Sabah ni adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu. Bagi membuka kampus ni, satu perjanjian telah dibuat antara pihak UiTM dan jin tersebut. UiTM boleh dibina dengan perjanjian, 3 syarat yang mereka berikan mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Dengan kata lain, ada 3 perkara yang kita dilarang buat di kawasan kampus. Kalau tidak, penghuni UiTM akan terima balasan. 3 syarat tu aku tak boleh la jelaskan apa sebab aku pun tak berapa pasti sangat apa syarat2 tu. Tapi yang aku dikhabarkan, dua dari syarat tu telah dilanggar. Sebab itulah makin banyak kejadian aneh berlaku kat kampus ni. Tak tahu la kesahihan cerita ni sebab aku pun tak berapa nak percaya sangat. Tapi begitulah kisah yang disampaikan oleh senior2 sejak turun temurun.hehehe. Kalau korang nak atau taknak percaya, suka hati la kan.

Kita sambung lagi kisah2 seterusnya.... Dulu kelas kami semua di Fasa 3. Di sana pun banyak kisah2 seram yang aku dengar daripada pak guard dan staf2 yang bertugas di sana. Tempat yanmg paling menyeramkan di Fasa 3 tu ialah di anjung..tempat makan di sana. Aku diberitahu yang di sana adalah tempat pontianak sebab memang ada yang pernah nampak pontianak tu di sana. Selain di anjung tu, bangunan InEd sekarang adalah salah satu bangunan yang berhantu... Dulu, di sana adalah tempat pengawal...pengawal yang tinggal sana selalu diganggu malam2.Dekat2 dengan kawasan pejabat HEA pun 'keras' juga. Memang di sana tu seram sikit. Aku p stay malam2 pun memang menyeramkan. Orang cakap, di sana tu adalah laluan hantu. Malam2 akan ada kelibat hantu di sana. Errr... ~ Seperti yang aku cakap, dulu di sana tu kelas. Staf2 yang bekerja malam2 di sana selalu kena. Macam mana kena? Bila diorang tutup lampu, akan ada yang on balik tu lampu. Pernah diorang nampak 'sesuatu' jalan2 sekitar bangunan tu di tengah2 malam. Ada sorang brader ni citer, dia pernah sapa sorang guard yang dia jumpa. Tapi guard tu senyap jak. Bila brader tu jalan depan lagi, dia terserempak lagi guard td. Terus dia tanya macam mana guard tu ada di sana sedangkan tadi dia baru je terserempak. Rupa-rupanya guard tu baru je sampai. Naaa..maknanya........ siapa la yang dia jumpa td?? Meremang bulu roma aku tulis kisah ni.

Kolej lama di sebelah library memang menjadi bangunan yang paling ditakuti oleh semua warga kolej. Kenapa? Sebab ia adalah banngunan yang ditinggalkan dan dikhabarkan terdapat lebih 300 jin yang tinggal di sana sekarang. Orang cakap, apabila ada histeria, 'benda' dalam badan budak tu akan dihalau p kolej lama ni. Memang patut la orang takut kan.hahaha. Dulu di sana adalah pejabat kokurikulum. Ada komander pernah cerita yang diorang pernah nampak hantu berdiri depan diorang.. Lintang pukang diorang. Nama MELATI memang popular di kalangan pelajar UiTM. Bagi diorang Melati adalah hantu jelmaan daripada seorang pelajar yang bunuh diri di kolej lama. Entah la betul ka xdak cerita tu. Aku tak berapa percaya sangat. Memang ada aku dengar pelajar kita pernah buuh diri...tapi tak tahu la d mana dia bunuh diri tu. Tapi memang Melati cukup dikenali. Bahkan bdk2 yang histeria..bila ditanya siapa mereka.. jawapannya tetap sama.. MELATI..... Hantu pun suka guna nama Melati. Sah la memang Melati tu paling popular di UiTM Sabah.

Semua yang aku cerita tu hanya sebahagian dari kisah2 yang ada... Banyak lagi cerita, tapi aku stop dulu sebab aku dah ngantuk nak menaip. Nanti aku sambung lagi kisah2 hantu yang ada di UiTM Sabah ni. Tunggu la sambungan selepas ini ~ ~ ~ Usah biarkan hidup anda diselubungi MISTERI . . .

Tuanku Muhammad Faris Petra Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan



Hari ini aku merupakan hari yang cukup bersejarah buat seluruh rakyat Kelantan kerana hari ini Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Al-Sultan Kelantan yang baharu. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.”  

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sebagai rakyat Kelantan, patik ingin menyampaikan sembah tahniah kepada Tuanku Sultan. DAULAT TUANKU !!!!!

Sunday, September 12, 2010

9/11 Penuh Konspirasi

Saturday, September 11, 2010


Hari ini merupakan 9 September. Tarikh ini pasti mengembalikan ingatan kita semua kepada tragedi 9 tahun lepas di mana World Trade Centre dirempuh pesawat sehingga tercetusnya perang antara Amerika dan dunia Islam. Di seluruh dunia diselubungi awan ISLAMOPHOBIA. Islam dicop sebagai agama yang mengakjar keganasan dan umat Islam digelar sebagai pengganas dan ancaman kepada tamadun dunia hari ini. Biarpun tiada bukti kukuh yang mengaitkan serangan berdarah 9/11 dengan mana2 kumpulan Islam, Amerika dengan yakin menuduh kumpulan Al-Qaeda yang diketuai OSAMA bin Laden sebagai dalang serangan.

Entah di mana silapnya, dunia seakan-akan percaya dengan kata2 BUSH (Presiden Amerika ketika itu), lantas menyalahkan ISLAM dan kumpulan2 pejuang ISLAM terus diburu. Perang ke atas negara2 ISLAM diperhebat dengan alasan perang menentang keganasan. Bermula di AFGHANISTAN, kemudian IRAQ, LUBNAN dan tak terkecuali PALESTIN. Satu persatu negara umat Islam diceroboh dan pemimpin2 Islam dibunuh. Tak cukup dengan itu, negara umat ISLAM dijajah dan ditawan sesuka hati. Di saat semua itu berlaku, negara Islam terus membisu dan seakan-akan membiartkan sahaja ia berlaku. Di mana silap kita? Walaupun MALAYSIA lantang bersuara dan mengkritik, tiada yang membantu. Dihentam ada la. DR MAHATHIR pula dicop anti-BARAT dan anti-YAHUDI oleh kroni2 Amerika dan sekutunya.


Tragedi 9/11 memang meninggalkan impak yang cukup besar dalam sejarah dunia. Pelbagai andaian dan teori disuarakan berkenaan kejadian tersebut. Walaupun disertakan bukti sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa. Kuasa bukan milik kita. Ada yang bilang bahawa 9/11 hanyalah ciptaan dan konspirasi BUSH yang sengaja mencari alasan untuk menakluk Afghanistan. Memburu OSAMA hanyalah alasan yang dicipta mereka. Jika diikutkan dengan kecanggihan teknologi yang Amerika ada, xkan la x dapat kesan di mana OSAMA? Kita bergerak di dalam rumah pun boleh diperhatikan mereka. Inikan pula mencari seorang manusia di tanah gersang. Tak masuk akal. Tapi apa boleh kita buat? Didengari ka suara kita?

Ada juga pihak yang mendakwa bahawa YAHUDI adalah dalang di sebalik serangan 9/11 dan meletakkan ISLAM sebagai mangsa. Buktinya adalah dengan dakwaan bahawa semua orang Yahudi di bangunan WTC telah diarahkan bercuti pada hari kejadian. So, maknanya mereka sudah tahu dari awal bahawa serangan bakal berlaku. Penumpang pesawat yang terlibat juga sebenarnya tiada dalam penerbangan. Ini terbukti apabila beberapa nama yang diistiharkan terbunuh dalam kejadian tampil memberi kenyataan bahawa mereka tidak naik pun pesawat yang dimaksudkan. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa umat Islam pula yang dituduh sedangkan mereka juga ada yang menjadi mangsa.


Konspirasi 9/11 terus menjadi perbincangan dan perdebatan. Teori demi teori dikeluarkan. Tapi satu persatu ditepis oleh Amerika dan sekutunya. Dunia Islam terus membisu seperti mana mereka membisu dalam isu Palestin. 9/11 terus menjadi ingatan dan menjadi alasan kepada setiap tindak tanduk kejam Amerika. Biarpun Presiden berganti, ia tetap tidak mengubah apa2. Umat Islam terus dicoba dan diuji. Moga ALLAH SWT membantu umat ISLAM di seluruh duinia. AMIN ~

Aku di 1 Syawal

Friday, September 10, 2010

1 Syawal dah berlalu. Rupanya baru sehari Aidilfitri berlalu. Tapi bagi aku macam dah 1 minggu ia berlalu.hahaha. Tak sedar yang baru semalam aku solat sunat Aidilfitri. Hari pertama raya tahun ni bagi aku macam biasa2 ja. Ingat lagi, pada malam raya, aku bertakbir sorang2 di Pusat Islam UiTM Sabah ni. Kerana kesunyian di kolej, aku ambil keputusan untuk stay di PI pada malam tersebut sambil layan drama Jepun.hehe (bagi hilang seram) . . .

Pagi2 raya semalam....lepas ja selesai solat Subuh, aku terus gerak balik ke kolej untuk bersiap sembahyang raya pula. Walaupun aku tidak pulang beraya, aku tetap ada baju raya yang dikirim dari Kelantan.hehe.

Ni la baju raya aku..warna purple.hehehe ~


Then, lepas bersiap berpakaian baru, aku gerak ke PI. Time aku sampai, belum ada sorang pun yang datang. Mungkin terlalu awal aku p sana. Semangat raya kan...hehehe. Tapi lepas sejam aku tunggu, masih tiada orang. jam dah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Terdertik pula di fikiran aku... "Ada ka xdak sembahyang raya ni?". Mana la tau kan ... Maklum la semua student dah balik kampung. Lepas tu nasib baik la ada orang mula datang. Lebih kurang jam 8 pagi, kami menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Ustaz Rosmat. Ramai juga la yang datang...ada la dalam dua saf gitu makmum. Yang meramaikan pun hanyalah keluarga staf. Kalau dikira student, macam aku sorang je yang ada.

Lepas sembahyang tu, ada la sedikit jamuan raya di PI tu. Menunya pelbagai...ada nasi himpit, nasi hujan panas, laksa dan macam2 lagi la. Thankz to all staf yang membawa juadah pagi tu. Dapat juga la aku merasa dan mengisi perut aku. Abis je jamuan... aku pun balik ke kolej. Sementara menunggu nak solat Jumaat pula, aku rehat la kejap. Ingatkan kejap, rupanya jam 3 petang baru aku bangun. Terlepas la pula solat Jumaat hari tu. Maklum la, semalaman aku tak tidur akibat leka melayan drama Jepun.hehehe.

Bila bangun tu, mulalah terasa lapar. Jadi aku keluar la m,encari makanan. Malangnya semua kedai tutup. Yang buka hanyalah KFC. So, daripada lapar, belilah aku Colonel Rice Chicken untuk santapan petang dan malam sekaligus. Sebenarnya aku bercadang nak beraya di ruamh staf lepas solat Jumaat tu...tapi sebab bangun lambat, dan kebetulan hari mau hujan, tak jadi la p beraya. KFC jugalah jadi menu hari raya aku kali ni. Nasib aku la kan.... Siapa suruh tak balik kampung.


Ingat malam baru p beraya...tapi hujan pula turun dengan lebatnya. So, di UiTM je la aku stay. Mula2 tu ingat nak stay di PI je..tapi sebab banyak nyamuk...aku balik la tidur di hostel yang sunyi geler tu. Yang kedengaran hanya la lagu raya yang aku pasang kuat2.hehehe ~ Begitulah perjalanan 1 Syawal aku yang tanpa pengisian bermakna. Tapi memang sudah ku duga ia akan berlaku begini. Hari ni tak taw la macam mana. Cadang mau p beraya sebab teringin mau makan lemang dan ketupat bersama kuah kacang. ~

Jangan Buat Kecoh !!!

Dalam kemeriahan dan kegembiraan umat Islam menyambut Aidilfitri. Aku terpandang la satu artikel pasal seorang pastor di Florida yang namanya Terry Jones. Bukan la apa sangat dia ni, tapi kenyataan yang dikeluarkan telah menggemparkan satu duinia. Kenyataannya lebih kurang macam ni la bunyinya, "9-11: Bakar Quran" . . .katanya sebagai amaran kepada dunia Islam agar berhenti melakukan keganasan. Derrrr..tolonglah. Suka hati dia je nak cakap gitu. Berani betul dia nak bakar Al-Quran yang menjadi pegangan unat Islam seluruh dunia. Bukan je umat Islam yang protest kenyataan dia tu, tapi orang Kristian pun x suka dengan kenyataannya tu yang disifatkan melampau dan memalukan Kristian dan pihak Gereja.

Biarpun aku dengar yang dia akan batalkan upacara pembakaran Quran tu, tapi bila dia dah tersebut benda...memang cari nahas la. Ia adalah satu penghinaan terbesar kepada dunia Islam. Silap2 boleh mewujudkan persengketaan terburuk agama. Dan ini merupakan wake up call bagi seluruh umat Islam supaya bersatu mempertahankan kesucian agama Islam. Kalau ada la umat Islam yang tak kesah benda2 macam ni, susah aku mau cakap. Jawab la sendiri ngan ALLAH SWT.

Di bawah ni aku sertakan video temuramah Terry Jones dengan salah satu stesen rancangan TV. Yang menemuramah pun bengang bha ngan dia ni. Korang tengok la sendiri. kalau mau lebih video...cari jak di Youtube.

Amalan Mulia di Aidilfitri

Thursday, September 9, 2010

Dalam menyambut 1 Syawal ni dan sebelum kita memulakan hari 1 Syawal ni, aku nak kongsikan beberapa amalan sunat yang boleh diamalkan sempena Aidilfitri kali ini. Ini aku ambil dari laman web SPA . . .

AMALAN MULIA DI AIDILFITRI

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan salam dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturrahim sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.

 http://www.spa.gov.my/images/SPAnavigator/images/puspanita/buletin/buletin/amalan_mulia.htm 

Takbir Raya

 
Takbir Raya dari Masjid Al-Ghufran 2009 


TAKBIR RAYA


Satu Hari Di Hari Raya



Satu Hari Di Hari Raya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Lrik/Lagu/Penyanyi: M. Nasir 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, September 8, 2010



Sebelum aku mulakan entry aku kali ni, aku ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada keluarga, rakan2 dan sahabat2, cikgu2 aku dan semua la yang mengenali insan bernama Ahmad Ghazali Ismail ini...x lupa juga kepada musuh2 aku di luar sana.hehehe. Ok la...memandangkan esok dah raya, jadi kali ni aku nak cerita pengalaman aku beraya selama aku hidup. Mungkin ada yang terkena di hati... lantak korang la.hahaha.. ~

Raya aku setiap tahun sama ja lebih kurang. Dulu time kecik2, biasa la ragam budak2 beraya. P rumah ke rumah beraya. Tapi aku ni x la seperti budak2 lain sebab aku ni x suka sangat beraya ke rumah orang yang aku tak kenal. Bikin malu jak.hehe.. Rutin hari raya aku lebih kurang jak setiap tahun selama beraya di Kelantan. Pagi2 raya aku sekeluarga akan p semayang raya di surau dekat umah aku tu. Selepas tu bermaaf-maafan dengan ibu bapak. N then bru teruskan p beraya di rumah jiran2. Memang dah menjadi tradisi pla orang kita ni menziarahi kubur...x terkecuali bagi aku. Aku pun p ziarah kubuir juga... Setiap kali raya kedua, kami sekeluarga akan ke kampung mak aku di dekat Rantau Panjang sebab di sana la bersemadinya jasad atuk dan nenek aku. Lepas balik dari kubur, baru la kami menziarahi sanak saudara. Itulah jadual kami sekeluarga hari rayua pertama dan kedua setiap tahun.

Apa yang best sangat di hari raya ni? Juadah raya atau duit raya? Aku x kesah sangat pasal duit raya sebab aku taw yang aku xkan dapat banyak sangat duit raya. Kalau ad pun , cuma dari keluarga sendiri je. So, untuk raya ni, aku lebih teruja dengan juadah raya. Macam2 ada terhidang di hari raya. Tak kira la di rumah sendiri, rumah jiran, rumah saudara, mahupun rumah kawan2. Setiap rumah yang dilawat pasti akan dijamu dengan pelbagai hidangan. Aku paling suka nasi himpit, satay n kuah kacang. Biarpun xdak spesel sangat, tapi di hari raya, ia sangat menjadi istimewa. Kalau sebut pasal kuih, aku paling suka 'almond london' dan kuih makmur. Kalau ada yang sudi, buat la untuk aku.hehehe..

Camna raya korang? Apa peristiwa menarik time2 raya bagi korang? Kalau tanya aku, memang banyak cerita di hari raya ni. Macam2 yang terjadi sepanjang raya aku baik di Kelantan mahupun di Sabah. Kalau beraya di Kelantan, perkara wajib aku dan kawan2 akan buat adalah beraya di rumah cikgu2 sekolah rendah kami dulu. Memang semangat kami, pasti terselit satu hari di mana kami akan menjelajah ke rumah2 cikgu di hari raya. Sebelum tahu naik motor, kami sama2 akan naik basikal ramai2 (x la ramai sangat..6, 7 org ja.hehe). Satu persatu rumah yang kami lawat. Bukan dekat, ad juga perjalanan selama 30 minit. Kalau naik kereta memang dekat, tapi sebab naik basikal ni..penat la sikit.haha. Walaupun penat, kami tetap mengayuh menuju destinasi. Itu dulu la.. Lepas tu kami transformasi menziarah guna motosikal dan kini, kereta la pula jadi kenderaan kami menziarahi cikgu2... Walaupun sekadar sekejap ja menziarah..tapi kami tahu, bagi cikgu, kehadiran kami amat bermakna. Ini sebagai tanda ingatan kami kepada cikgu2 kami. kami tak pernah lupa jasa cikgu2 kami. Tapi sekarang, sejak dua menjak di Sabah ni, aku tak lagi berpeluang beraya ke rumah cikgu2.. Mungkin raya akan datang, kami akan kembali menggegar rumah cikgu di hari raya. TUNGGU LA KEDATANGAN KAMI CIKGU..hehehe~

Ada lagi peristiwa menarik bagi aku. Korang ingat lagi entry aku sebelum ni...aku ada cerita yang selama sebulan puasa aku hanya di rumah kawan aku. Ingat ek?? Tidak? Suka ati korang la. Aku nak cakap yang ia x terhenti di situ. Bukan je puasa, raya pun aku di sana. Kenapa? Begini ceritanya. Keluarga kawan aku sorang ni bisness satay. So, time2 raya ni permintaan satay tu meningkat. Jadi aku dan beberapa orang lagi yang tolong cucuk n bakar satay tu. Kami mula bakar satay sehari sebelum raya, kerana terlampau banyak (puluh2 ribu juga la), terpaksa la kami bakar sehingga la di pagi raya. Orang selesai semayang raya, baru la kami selesai.. Maknanya aku tak semayang la kan.hehehe. Memang penat. Natijahnya, balik je rumah, terus aku tidur, dekat maghrib baru aku tersedar. Punya lama aku tidur. Saudara aku datang pun aku tak sedar.hahahaha.

 Dalam kegembiraan menyambut raya, ada juga peristiwa sedih aku di hari raya. Peristiwa ni berlaku pada tahun 2002. Raya kali tu adalah raya yang paling menyedihkan bagi keluarga kami. Mengapa? Sebab di malam raya tu, keluarga kami terima panggilan telefon yang mengatakan sepupu aku accident dan meninggal dunia dalam perjalanan ke rumah kami. Waktu tu, kami tidak tahu yang dia akan datang. Surprise la dia mau bagi. Sekali memang benar surprise kami terima... Dia accident di Pahang. Dia bukan berseorangan ketika kejadian. Ada juga 5 orang anaknya dalam kereta yang dipandunya tu. Tapi nasib baik la yang lain tu selamat...cuma dia seorang yang . .. ... Kerana kejadian itu, secara automatis anak2nya menjadi yatim piatu sebab setahun sebelum tu, suaminya telah dijemput Ilahi. Bila terima berita tu, kami sedar yang tiada raya bagi kami untuk tahun itu. Ayah n ibu aku ke sana untuk mengambil jenazah. Sekitar jam 7 pagi, tiba la van yang membawa jenazah ke rumah kami. Aku tak tahu nak cakap apa. Mereka yang datang beraya di rumah aku bertukar menjadi melawat jenazah. Memang suasana ketika tu hiba sangat. mana tidaknya... di saat orang lain gembira beraya...kami menghadap jasad kaku saudara sendiri. Tapi itu semua takdir dari DIA.. Aku terima sebagai ketentuan ILAHI... Memang raya kali tu, ramai sanak saudara berada di rumah aku tu.... Itulah yang berlaku ~

 Sekadar gambar hiasan

Tahun ini adalah tahun  kelima aku beraya di kampus. Aku sudah biasa. Cuma kali ni, tiada lagi kawan2 yang menemaniku. Kali ni aku sendiri beraya.hehehe. Jadual kali ni mungkin tetap sama... Semayang raya, jamuan raya dan melawat rumah2 staf .... Yang selebihnya, biar la aku pikir apa lagi mahu dilakukan. Aku tak sedih beraya sendiri dan jauh dari keluarga, cuma aku kesal kerana tidak berkesempatan melakukan apa aku dan kawan2 lakukan sebelum ni. Lagipun lama sudah aku tidak menziarahi kubur di kampung. Mungkin next raya...akan ada sinar baru... AMIN~

Di sini aku ingin memohon sejuta kemaafan daripada semua yang pernah aku salah tersilap sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Raikan lah Aidilfitri ini dengan keikhlasan dan kesederhanaan. Salam sayang dari aku.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI . . . MAAF ZAHIR & BATIN  

Suasana Aidilfitri di UiTM Sabah

Tuesday, September 7, 2010

AIDILFITRI hanya dua hari sahaja lagi jaraknya. Maka bermulalah dengan hebatnya persiapan hari raya terutamanya di rumah2. Kalau sebelum ni sibuk shopping baju raya, sekarang tibalah masanya giliran rumah pula untuk dihias. Semua ditukar dengan yang baru, kalau boleh, rumah2 pun mahu ditukarnya. Begitulah semangatnya kita menyambut raya. hehehe. Bagi aku, tiada apa yang mahu dihias, sebab raya pun di kolej ja.hahaha ~

Kali ni aku nak bercerita SUASANA MENJELANG RAYA. Sebab aku di kolej, jadi aku nak cerita lah sikit kan bagaimana suasana beraya di kampus ni. Bukan semua orang pernah rasa kan. Jarang2 jak orang macam aku ni rasa beraya di kolej dan jauh dari keluarga. Kalau di kampus ni, x nampak sangat mood raya. Macam mana mau rasa kan kalau orang pun tiada. Kalau sebelum2 ni, ada juga la tuan imam dan bilal menemani aku beraya. Tapi kali ni semuanya tiada..yang tinggal di kampus hanyalah Ustaz Rosmat (Pegawai PI) dan En Amran (Pengurus Asrama). Nasib baik la diorang tak balik, jadi raya nanti boleh la p umah diorang kan. Tak la kelaparan sangat aku di hari raya.hehehe.

Kolej cukup sunyi di kala raya ni. Semua bilik gelap gelita di malam hari. Cuma bilik aku dan beberapa student lain yang kelihatan cerah. Student yang lain bukan tak balik, tapi lambat balik sebab masih ada kelas. Jadi sehari dua ni, ada lagi la orang di kolej tu...walaupun sorang dua.hehe. Beberapa malam sebelum ni, aku stay di umah kawan aku. Tapi semalam aku mula lah nak stay di kolej. Bila aku balik, punyalah sunyi tu kolej. Seminit yang berlalu ibarat satu jam lamanya. Hanya lagu2 raya yang aku pasang di laptop menjadi teman kesunyianku. Mungkin korang kesian kat aku kan?? Biarlah, lagipun aku dah biasa begini. Ini merupakan kali kelima aku beraya di kampus UiTM Sabah. Jadi, dah lali dengan suasana macam ni. Buat je macam hari2 biasa.hehehe...

Semalam pula bila aku semayang terawih, lengang je PI tu. Ketika aku datang, hanya keluarga Ustaz Rosmat yang bersolat. Dah masuk rakaat kelima baru muncul keluarga Ustaz Kamari. Cubalah korang hitung berapa ramai yang ada? Kalau dikira semalam, hanya sekitar 10 orang je yang datang solat terawih di PI. Tu pun nasib baik la ada keluarga Ustaz Rosmat n Ustaz Kamari. Kalau tidak, aku rasa, tinggal dua orang je yang solat terawih.hehehe... Tapi memang begitulah suasana di PI menjelang raya ni. Tunggu la nanti malam raya. Confirm tinggal aku n Ustaz Rosmat je yang bertakbir di sana. Kalau tidak, aku sorang la gamaknya yang bertakbir nanti.haha..

Biarpun sudah tidak ramai student yang tinggal, tapi bunyi mercun tetap kedengaran di UiTM ni. Entah la dari mana bunyi mercun tu. Mesti hantu raya yang main mercun tu kan.hahaha. Tapi biarlah hantu raya tu main, tiada juga sudah orang kisah. Encik Ardey pun dah tak kejar korang lagi.hahaha. Betul x En Ardey??

Tapi memang terasa juga la beraya jauh dari keluarga ni...sendirian lagi tu. Lagu2 raya pun seakan-akan suruh pulang beraya. Haishh~SEDIH?? Ermm.. macam tak berapa juga la. tapi tetap la terasa di hati bila dengar lagu2 raya yang touching2 tu... Bagi yang pulang tu, skali lagi aku nak ucapkan 'Selamat Pulang BERAYA'



Dah la k cerita...aku mau undur diri seketika. Bila kita berjumpa nanti, akan aku ceritakan pengalaman hari raya dalam hidupku.

INDAHNYA BERAYA DI DESA ~ ~ 

Ragam Menjelang Syawal

Sunday, September 5, 2010

Kurang dari seminggu lagi, Aidilfitri akan menjelang tiba. Sekarang kelihatan la bandar2 dan pusat2 membeli belah sesak dengan orang ramai yang kepingin ‘shopping raya’. Tapi dari satu sudut yang lain, ada satu tempat dan ketika yang pengunjungnya kian hilang. Cuba teka di mana. Jawapannya adalah masjid iaitu ketika solat terawih.hehe... Ye la kan, dah makmum sibuk shopping, maka jarang2 la orang smayang terawih ni. Nasib baik la imam ada. Cuba bayangkan kalau imam pun kaki shopping. Kan naya tu..hahaha..

Rakyat Malaysia ni memang terkenal ngn shopping raya. Lagi2 kalau dah nak dekat raya. Maklum la, diorang cakap, time2 gini, harga barang ni murah. Diskaun sana, diskaun sini. Ermm... btul ka? Aku pun tak taw sebab aku ni bukan jenis yang suka shopping sangat. Mungkin betul la harga tu murah...ataupun nafsu membeli diorang ni yang buat harga nampak murah.hehehe.. Macam yang aku cerita pasal bazaar tu hari la. Semua nampak sedap dan murah, makanya, sebelum Ramadhan pun sama jak menunya. Mungkin sebab kelaparan time puasa, sumua yang dibaham bilang sedap. Itulah realitinya. Tak dapat aku nak sangkal.

Berbalik cerita shopping tadi. Macam2 ragam dapat dilihat bila manusia shopping. Lagi2 shopping untuk raya. Semalam pun aku sempat ke pasaraya ‘Survey’ di Likas. Di situ punya la ramai orang.. Lebih ramai daripada biasa... kalah Masjid Bandaraya Likas.hehehe. Masing2 sibuk mencari apa yang boleh dibeli untuk raya. Maklum la, semua kena yang baru kalau bab raya ni. Yang ibunya sibuk dengan bahagian dapur... Bapanya pula sibuk mengikut ibunya (jadi pengangkat barang rupanya...hehehe.) sambil mengomel dan berkata, “Kita beli je pasaraya ni maknya..”.hahaha. Dalam kesibukan manusia tu juga, terdengar la suara anak2 kecil memanggil ibunya... Rupanya sibuk shopping, anak ditinggalkan.ish3x.. Tak patut..memang tak patut.

Itu baru di dalam pasaraya. Kalau di jalanraya, masyaALLAH.. sesak betul jalan. Jadi kesimpulannya, sebut apa sahaja pasal raya... tolak hantu raya ja....semuanya sibuk dan sesak. Jadi, peringatan untuk yang nak shopping raya tu, carilah masa2 yang betul sesuai agar anda tidak menyesal kemudian hari. Sama ada menyesal sebab tak dapat harga murah atau menyesal sebab terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Tapi jangan pula lupa yang puasa masih berbaki beberapa hari lagi dan terawih pun maw habis sudah. Jangan ketinggalan mencari pahala di samping mencari baju raya..hehe..

BALIK KAMPUNG...HO HO HO BALIK KAMPUNG . . . .(macam la aku ni balik..huhuhu) ~

Aduan

Wednesday, September 1, 2010

Sudah lebih dua pertiga Ramadhan berlalu rupanya. Cepat betul masa ni berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak raya.hehe. Maaflah kalau dah lama aku x menulis dalam blog aku ni. Seingat aku, last skali aku menulis ialah ketika aku di Klaster B. Apa boleh buat kan, di kolej baharu ni tiada wireless. So, sabor je ler . . . Tapi kan, macam biasa yang aku ungkapkan, suka hati aku la nak menulis ka xdak dalam blog ni. Blog aku juga pun, bukan korang punya blog.hahahaha... Gurau2 jer.hehehe~ Dalam entry kali ni, aku ingin menulis ADUANKU....

Ok la.. kali ni aku nak mengadu di sini yang masa untuk peribadiku seakan telah dicuri sejak kebelakangan ni. Aku ingatkan, di bulan Ramadhan yang mulia ni, dapatlah aku berehat daripada aktiviti2 universiti yang sebelum ni banyak menyesakkan masa aku...rupanya aku silap. Makin bertambah pula kerja aku memandangkan banyak program selepas raya, jadi sebelum ramai cuti beraya, nak taknak terpaksa la kasi settle dulu apa yang patut. Kalau tak, mati la aku nanti lepas raya. Terlampau banyak nak dilakukan. Hurm....

Aku juga nak mengadu yang tidur aku kini tak lagi menentu. Di saat orang lain tidur, aku celik. DAN di saat orang lain semangat di siang hari, aku pula layu terkulai di katil. Aku pun tak taw apa mau buat. Mungkin sebab aku semangat mahu sahur, jadi aku sanggup tak tidur tuggu waktu bersahur. Maklum la kan, lewatkan bersahur itu adalah SUNNAH RASULULLAH S.A.W. . . . Dalam fikiran aku, kalau aku tidur, memang confirm aku terlepas sahur dan suboh. Ish3x.... Jadi jalan penyelesaiaannya, terpaksa la bersengkang mata di malam hari sambil ditemani drama Jepun.hehehe.

Aku ingn buat aduan yang makanku juga macam tak terjaga. Di saat orang lain menjamu selera yang enak2 waktu berbuka, aku cuma minum air kosong dan makan roti untuk mengalas perut. Bukan la hari2 begitu, tapi kebanyakannya memang begitulah menu berbuka bagi aku. Bukan apa, tapi aku malas betul mahu ke kedai atau cafe untuk tapau makanan. Oleh sebab kemalasan aku tu, terpaksa la kunyah roti jer. Jika roti di waktu berbuka, sahur lagi la sandi...hanya air kosong yang diteguk sekadar mengambil berkat sahur. Mengapa? Sebab hanya itulah yang ada di bilikku. Bukan aku tidak mahu membeli, tapi setiap pagi dekat2 waktu bersahur, mesti gastrik aku muncul dan sekaligus mematikan keinginan makanku. Nasib badan ~~

Aduan aku yang seterusnya adalah berkenaan mercun. Yang ni aku tak tahu nak klasifikasikan perasaan aku macam mana. Nak kata marah, tidak juga sebab bunyi mercun ni bikin meriah suasana..hehe. Tapi nak kata tak marah, tidak juga sebab diorang main mercun ni melampau-lampau. Tak melampau ka kalau dari korang berbuka sehinggalah korang bersahur, diorang masih lagi bermain mercun. Gila ka apa budak2 yang main mercun tu? Takda akal ka? Aku dulu tym kecik2, memang kaki mercun juga di rumah. Pantang malam sikit, mesti meletup tu mercun oleh aku. Tapi sejak makin besar ni, dah x berapa nak main sebab...ntah la, mungkin dah hilang feel mercun tu. Tapi kalau ada di tangan, confirm aku main juga.hahahaha...

Ada banyak lagi mau mengadu ni, tapi takut korang pula buat aduan cakap aku ni mengarut...biar la aku coretkan aduanku yang terakhir sempena Ramadhan ni. Aku nak mengadu yang tiada sorang pun yang mau teman aku beraya di kolej.huhuhu. Semua orang yang aku tanya, mesti diorang jawab yang diorang balik beraya di kampung masing2. Kalau diiukutkan, memang aku mahu balik dan aku memang diminta balik ke Kelantan. Mengingatkan yang ini mungkin kali terakhir aku beraya di negeri orang, aku buat keputusan untuk beraya di kolej sahaja. Walaupun ada ajakan dari orang tempatan Sabah untuk bawa aku pulang beraya tempat diorang, aku menolak sebab aku ingin sekali berhari raya buat yang terakhir kalinya di UiTM... UiTM Sentiasa Di Hatiku ~

Ok la.... itu je la aduan aku untuk kali ni. Waktu berbuka pun dah hampir. Bak kata orang Sabah. “Mau sungkai suda ni” . . . Sungkai = Berbuka.

Selamat meneruskan ibadah puasa di Bulan Ramadhan dan yang penting.... JANGAN PONTENG PUASA TAW!!!!