KUIL DAN KEADILAN ISLAM

Tuesday, September 29, 2009 ·


Awal Ramadhan tahun ini negara kita dihebohkan dengan satu demonstrasi tidak bertamadun, membawa kepala lembu bagi memprotes pembinaan sebuah kuil hindu di syeksen 23 Shah Alam, keadaan ini telah mengguris perasaan masyarakat Hindu, ini adalah kerana lembu adalah satu haiwan yang dianggap suci oleh penganut agama tersebut, ia sedikit sebanyak telah membakar api perkauman dan sensitiviti penganut hindu di negara ini. walaupun isu ini telah pun reda tetapi berkemungkinan perkara yang sama juga akan berlaku di masa akan datang jika ia tidak dibendung. Isu sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh fahaman politik yang sempit, beginilah jadinya jika pemimpin-pemimpin yang dipilih adalah bukan di kalangan ulamak.

Tuduh menuduh fitnah menfitnah adalah satu mainan pada hari ini, si jahil yang tidak kenal "wau buta" pun sudah berani mengkafirkan ulamak, Apa yang berlaku di Shah Alam , pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat di selangor dipertanggungjawabkan atas isu ini, sebagaimana yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini, isu sama pernah berlaku di kelantan beberapa tahun lalu apabila Dato Menteri Besar Kelantan melawat sebuah kuil Budha di Tumpat kelantan . Di selangor ahli perlimen Shah Alam YB Khalid Samad digelar sebagai "Khalid Kuil" kerana beliau juga bertanggungjawab dalam isu ini, ini kerana Syeksen 23 ini terletak di bawah kawasannya, walaupun Tuan Guru tidak digelar dengan apa-apa gelaran kesat seperti Yb Khalid tetapi beliau juga tidak terkecuali daripada ditohmah kerana isu yang sama, kerana ingin menunjukkan keadilan Islam kepada rakyat keseluruhannya , pemimpin ini ditohmah sedemikian rupa, ini adalah kerana faktor kejahilan melampau tentang sejarah islam. lantaran terpengaruh dengan fahaman politikus yang sempit.

Pesoalannya adalah boleh atau tidak membina kuil atau rumah ibadat non muslim di negara islam?? bagi menjawab persoalan ini perlulah kita kembali kepada sejarah, dalam sejarah islam tidak pernah tercatat bahawa kerajaan islam terdahulu merobohkan rumah-rumah ibadat orang bukan islam tanpa sebab , hal ini menunjukkan keadilan islam , islam sentiasa berpaksikan kepada keadilan. tidak hairanlah jika kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng menjadikan pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai qudwah dalam pemerintahannya, dengan berslogankan "Amar Makruf Nahi mungkar". hal ini terbukti bahawa keadilan islam bukan hanya untuk orang islam sahaja bahkan untuk semua, "islam for all".

Firman Allah Taala dalam surah almaidah ayat ke8 yang bermaksud : "bertindak adil, ianya rapat kepada ketakwaan " . dalam ayat ini jelas bahawa keadilan adalah berkait rapat dengan keadilan . Keadilan mestilah dilakukan kepada semua walaupun kita tidak menyukainya, ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang firman Allah yang bermaksud " dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil" . sebagai non muslim yang berstatus kafir zimmi di negara ini, mereka juga berhak mendapat hak keadilan sepertimana orang-orang islam. islam juga adalah bukan agama perkauman, Islam tidak pernah mengiktiraf mana-mana kaum hatta bangsa arab sendiri, jika ada yang menyatakan melayu itu islam, tanggapan ini salah sama sekali. walaupun di dalam perlembagaan ada menyatakan seseorang itu melayu jika beragama islam, bertutur dalam bahasa melayu, dan juga mengamalkan budaya hidup melayu, tetapi kita lihatlah melayu hari ini bagaimana. Di manakah islam mereka?? adakah pada melayunya???.

Berbalik kepada isu kuil tadi, sebenarnya amalan membenarkan pembinaan gereja ini menjadi amalan beberapa kerajaan Islam sejak abad pertama lagi, misalnya pembinaan gereja Marqus di Mesir yang dibina sekitar tahun (30-56 Hijrah). Demikian juga dengan Abdul Aziz bin Marwan, tatkala membuka bandar Hilwan di Mesir, beliau membenarkan pembinaan beberapa gereja, bahkan al-Muqrizi dalam kitabnya al-Khutat menyatakan, kebanyakan gereja dibina di Mesir adalah berlaku pada zaman kerajaan Islam.(sumber al-Qardhawi , Ghair al-muslimin , halaman 21)

Di dalam islam banyak dicatatkan segala perjanjian yang memperakui kedudukan kedudukan Ahl al-Zimmah dalam negara islam, hak keadilan mereka di jaga , hak-hak keselamatan harta benda mereka juga harus dilindungi, kehormatan dan rumah-rumah ibadat mereka juga tidak boleh dicabuli dan dimusnahkan. Sebagai contoh , di dalam kitab tarikh Attabari 3/609 menjelaskan ketika Saidina Umar Alkhattab menjadi Khalifah , satu perjanjian telah dimeterai antara kerajaan islam dan juga penduduk Kristian Al-Quds, iaitu memlihara hak kebebasan beragama , hak mendirikan rumah-rumah ibadat dan menjaga keselamatan harta benda mereka . perjanjian ini terkandung di bawah kaedah kaum bukan islam mendapat hak yang serupa dengan penganut islam kecuali dalam beberapa perkara yang ditentukan.

Demikian juga pada zaman panglima Khalid Al-walid R.A. suatu perjanjian juga telah dimeterai dengan ahl al-zimmah, iaitu mereka bebas memukul loceng ibadat mereka , sama ada siang ataupun malam , kecuali pada hari dan waktu-waktu solat umat islam, mereka juga bebas mamakai simbol-simbol agama pada hari raya mereka. walaupun kelonggaran ini diberikan namun mereka juga tidak harus lupa diri dengan segala keadilan yang diberikan oleh islam, dengan melapaui batas sehingga boleh menyentuh sesitiviti umat islam.

Dalam hal yang berlaku sekarang ini, kita sebagai umat islam haruslah tunjukkan qudwah tauladan yang baik di mata orang-orang bukan islam, janganlah terlalu obses dengan semangat perkauman kemelayuan, sehingga kita lupa tentang matlamat asal kita hidup di dunia ini, iaitu mencari redha ilahi, mencerca mnefitnah dan menghasut adalah bukan budaya kita. sebaliknya kita haruslah benyak bertoleransi dan bertasamuh dalam hal ini, cuba kita bayangkan jika jika berada di negara-negara yang majoritinya bukan islam serperti di barat, di Amerika Syarikat dan sebgainya, jika mereka juga tidak membenarkan kita membina masjid dengan alasannya majoriti penduduk bukan islam .. fikir-fikirkanlah, janganlah kerana semangat perkauman yang menebal kita hilang kewarasan akal untuk berfikir..

wallahuaklam ...

p/s aku menulis artikel ini bukanlah kerana untuk membela mana-mana pihak , tetapi ianya sekadar untuk membuktikan keadilan islam, dan juga ingin respon kepada isu yang telah berlaku baru-baru ini.. aku bukanlah penulis yang hebat, apa yang ku tulis hanyalah sekadar untuk berkongsi pendapat dengan kalian yang budiman , jika ada yang tersalah silap mengguris perasaan sesiapa, aku dengan rendah dirinya memhon maaf dan perbetulkanlah... sesungguhnya aku bukanlah dari kalangan yang maksum dari segala kesilapan ..

Mujahid Muda









0 comments:


ANDA PENGUNJUNG KE:

KOLEKSI GAMBARKU

Koleksi Soal Jawab Agama

SAIFULISLAM

HADIS DAN ISU SEMASA

SELOKA AURAT



Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nakbertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati.........

LIVE CHATTING

SIAPA AKU.....

My photo
Berasal dari KELANTAN+ PAHANG, Malaysia
Aku hanyalah insan kerdil yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk memperhambakan diri kepadaNya, pada hakikatnya aku tidak punya apa-apa kelebihan namun aku cuba untuk berbakti dan memberi manfaat kepada seluruh warga dunia ini... Hidup biarlah bermanfaat "Agi idup agi ngelaban" aku adalah keponakan yang masih lagi belajar seandainya tersalah silap mohon tunjuk ajar dari kalian yang ilmunya penuh di dada. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN - Mendapat pendidikan awal di Pasti Nur falahiah Sungai Sok ( 1991). - Meneruskan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok ( SKSS 1993-1998 ) - SMU ( A ) Falahiah Sungai Sok (1999- 2004 ) - Maahad Rahmaniah Kuala Krai (2005). - USM - Universiti Sains islam Malaysia ( 2006 - now )

FOLLOWERS