E-Mail: lippikmkk@gmail.com

28 Februari 2009

Umat Islam Perlu Jatidiri Kukuh Hadapi 5S



Lihatlah gambar di atas. Ia menjadi bukti, tiada alasan bagi umat Islam meninggalkan solat. Sebagaimana sabda Nabi saw " Solat tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agamanya".

Persoalannya, mutakhir ini ada segelintir umat Islam yang mencuaikan solat dengan pelbagai alasan. Allah telah berfirman " Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar.." Namun begitu, masih ada yang tidak melaksanakan solat kerana kesibukan dalam mengejar dunia atau hal-hal yang remeh.

Pembaca yang budiman, tahukah kita semua-Yahudi dan Nasrani telah melancarkan 5S sekian lama untuk melemahkan pegangan agama umat Islam. 5S tersebut ialah :

1) Sex - Kini remaja Melayu Islam semakin biasa dengan seks bebas sebelum berkahwin.

2) Song - Kini banyak lagu-lagu lagha yang tidak membawa pendengarnya mengingati Allah

3) Sport - Diberikan alasan, jika tidak memakai seluar pendek maka pergerakan akan sukar. Bagaimana pula dengan Ruqaiyyah yang memenangi pingat emas Suka Asia 2006 dengan pakaian yang menutup aurat? Islam telah menawarkan pakej pakaian yang terbaik kepada umat manusia.

4) Screen - Semakin banyak lambakan vcd dan filem lucah di negara umat Islam

5) Smoke - Di Malaysia sahaja, hampir 3 billion dibelanjakan untuk rokok. Tahukah kita kebanyakan syarikat pembuat rokok terkemuka dunia adalah milik Yahudi seperti Salem dan sebagainya?

Justeru, Islam adalah penyelesai segala masalah dan Islam agama yang terbaik. Umat Islam perlu menunjukkan contoh dengan akhlak yang terpuji agar dengan asbab itu, non-muslim tertarik untuk mengenali Islam.

Roh & Jasad Umpama 'Sim Card' & 'Handset'


Mungkin ada yang tertanya adakah begitu sekali perbandingan yang dibuat? Sebagaimana yang kita maklum perumpamaan merupakan salah satu kaedah Allah mendidik manusia untuk memahami mesej yag terkandng di dalam Al-Qur'an. Misalnya dalam surah al-Ankabut, Allah menyebutkan tentang bandingan mereka yang mengambil selain dari Allah sebagai Tuhan di dalam hidupnya

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (41)

(Surah al-‘Ankabut ; Ayat 41)
Maksudnya : “Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan”.

Saya ingin mengemukakan perbahasan yang menarik oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah di dalam kitab al-Amthal fi al-Qur'an tentang ayat 41, Surah al-‘Ankabut. Beliau menegaskan bagaimana mereka yang mengambil pelindung dan Tuhan selain Allah adalah seumpama labah-labah yang membuat sarangnya yang memang diketahui lemah dan tidak kuat. Tambah beliau, perumpamaan ini Allah bandingkan dengan golongan kafir yang jauh dari kebenaran dan petunjuk Allah.

Mereka bukan tidak tahu bahawa sembahan mereka tidak mampu mendatangkan manfaat atau mudharat kepada mereka sebagaimana mereka tahu sarang labah-labah adalah tempat perlindungan paling lemah, namun demikian, Allah sebenarnya telah menafikan ilmu mereka tentang kecenderungan mereka untuk mengambil Tuhan selain Allah sebagaimana labah-labah yang tetap juga membuat sarangnya sebagai tempat perlindungan.

Oleh itu, bila saya bandingkan roh dan jasad umpama sim card dan handset memang tepat. Cuba kita bayangkan sebuah handset yang canggih misalnya Nokia E90 yang boleh bertindak sebagai navigator dan penunjuk arah tetapi tidak dapat berfungsi kerana tiada sim card di dalamnya, sudah tentu kita tidak mampu mendapat manfaat dari handset canggih itu.

Begitu jugalah seorang manusia yang mempunyai paras rupa yang cantik atau menawan dengan tubuh yang tegap atau pinggang yang ramping tetapi terbujur kaku kerana roh telah dicabut, sudah pasti jasad itu akan segera ditanam kerana dibimbangi akan mengeluarkan bau busuk.

Maksud yang ingin saya sampaikan di sini ialah, mutakhir ini ramai orang sibuk menjaga paras rupa fizikal lebih dari menjaga kesucian hati. Begitu jugalah hari ini, orang sibuk membeli handset yang canggih tetapi hampa apabila tidak dapat membuat panggilan call-out kerana kehabisan credit!

Sebab itu, mereka yang bergaji besar seperti pensyarah atau doktor handsetnya kadangkala lebih koman berbanding handset seorang student universiti! Alasan yang mereka berikan "Buat apa handset mahal, yang penting asal boleh telefon orang dan orang telefon kita dan boleh tulis dan terima sms cukup"! Sebab itu, perlu diingat, yang hanya akan menanggung siksaan atau nikmat di akhirat nanti adalah ruh semata-mata sedangkan jasad akan hancur dimakan ulat. Begitu jugalah handset yang canggih tiada kegunaannya jika tiada sim card di dalamnya. Renung-renungkanlah!

Prinsip 5S Usaha Tingkat Mutu Kerja

Oleh: NOOR AZMAH IBRAHIM

Jepun bukan sahaja terkenal dengan kemajuan dan pembangunan yang hebat, malah disiplin dan semangat kerja yang tinggi di kalangan rakyat.

Berbanding negara-negara lain, perbuatan salah laku musnah atau vandalisme ke atas kemudahan awam seperti telefon juga jarang berlaku di negara matahari terbit itu.

Antara faktor yang menjadikan masyarakat Jepun berdisiplin ialah latihan dan pendidikan 5S yang diamalkan di tempat-tempat kerja. Amalan tersebut tidak hanya terhad semasa bekerja tetapi turut diaplikasikan ketika berada di rumah mahupun di tempat-tempat awam.

Jurutera Perindustrian MBA, Lam Foo Yew berkata, pengurusan domestik 5S adalah kaedah yang diamalkan dengan meluas di Jepun khususnya di bidang industri pengeluaran.

Katanya, prinsip asas yang bertujuan meningkatkan mutu kerja secara berterusan ini boleh diamalkan di mana-mana sahaja termasuk di pejabat, asrama dan rumah.

``Bukan sahaja di Jepun, malah disiplin unik ini turut diamalkan oleh syarikat-syarikat pengeluaran multi-nasional di Barat.

``Penglibatan semua secara kerjasama bukan sahaja meningkatkan produktiviti, tetapi juga menjadikan seseorang itu lebih berdisiplin,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada Seminar Keberkesanan Teknik-Teknik Pengurusan Rumah Tangga Jepun 5S di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Lam, prinsip 5S yang diamalkan itu ialah Seiri, Seiton, Seiso, Sheiketsu dan Shitsuke mengikut turutan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam prinsip 5S ialah Seiri yang bermaksud mengasingkan barang-barang yang perlu dengan yang tidak perlu.

``Tidak kira sama ada di rumah, pejabat atau kilang, keadaan akan lebih teratur jika hanya barang yang perlu sahaja disimpan.

``Apa yang perlu dilakukan ialah senaraikan barang-barang mengikut keperluan selepas ia diasingkan dengan barangan yang tidak diperlukan,'' katanya.

Tegas Lam, amalan tersebut mesti diikuti dengan Seiton atau mengatur, menyusun dan meletakkan label pada barangan tersebut.

Semasa melakukan Seiton, seseorang perlu memutuskan di mana barang-barang itu perlu disimpan, bagaimana keadaan susun-aturnya serta melabelkannya.

``Contohnya, selain pejabat, rumah juga memerlukan fail-fail untuk menyimpan dokumen yang disusun mengikut jenis dan keperluan.

``Keadaan ini bukan sahaja menyedapkan mata memandang serta mewujudkan persekitaran yang selesa, tetapi juga mudah untuk mengambilnya apabila perlu,'' ujar beliau.

Sebagai prinsip pengurusan domestik yang berkesan, soal kebersihan tidak ditinggalkan melalui amalan seiso.

Seiso bukan sekadar membersihkan barang dan persekitaran, tetapi juga mengenal pasti punca kekotoran dan menetapkan satu piawaian untuk mengekalkannya.

``Tidak kira di rumah atau di pejabat, kebersihan memainkan peranan penting untuk keselesaan yang akhirnya menjurus kepada kualiti kerja.

``Bagaimanapun, pastikan ia dilaksana secara kerjasama dengan ahli keluarga atau kakitangan yang lain khususnya bagi kawasan persekitaran dan peralatan kegunaan umum,'' katanya lagi.

Sementara itu, prinsip kelima iaitu Sheiketsu pula sentiasa melaksanakan seiri, seiton seiso manakala Shitsuke menjadikan prinsip tersebut sebagai budaya hidup.

Kedua-duanya boleh dilaksanakan dengan menetapkan satu undang-undang yang difahami oleh setiap orang dengan hanya sekali pandang.

``Untuk menggerakkan 5S di pejabat, kilang atau asrama, latihan perlu diberikan bermula dengan kumpulan pengurusan teratas diikuti kakitangan yang lain.

``Selain itu, kempen akan membantu menyedarkan serta membuatkan kita lebih peka dan ghairah melaksanakannya,'' katanya lagi.

Tidak ketinggalan, jawatankuasa 5S perlu ditubuhkan untuk mengendalikan audit ke atas kaedah itu secara berterusan.

Bagaimanapun, pelaksanaan 5S di rumah sedikit berbeza kerana ia hanya melibatkan suami, isteri dan anak-anak.

Untuk memastikan pelaksanaan secara berterusan, ia tetap memerlukan kerjasama dan pemantauan dari semasa ke semasa.

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Ogos 2001

UMP Laksana Amalan 5S

KUANTAN 17 Feb. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) diiktiraf sebagai universiti pertama melaksanakan amalan 5S dalam sistem pengurusannya oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) baru-baru ini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Mohd. Nasir Ibrahim berkata, 5S (seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke) atau sisih, sapu susun, seragam dan sentiasa amal itu merupakan kaedah pengurusan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat di Jepun.

''Amalan 5S yang dilaksanakan ini mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dalam organisasi, menentukan kepatuhan kepada piawaian serta memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

''Budaya penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi mempertingkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan," katanya di sini semalam.

Daing Mohd. Nasir berkata, pengiktirafan daripada MPC itu dinilai dalam beberapa aspek seperti sistem fail, pengurusan setor dan inventori yang sistematik serta mengoptimumkan penggunaan ruang yang terhad di pejabat dan makmal.

Selain itu, kata beliau, pengiktirafan diambil kira daripada segi persekitaran kerja yang kondusif, bersih, ceria dan sistematik, pengurusan peralatan yang lebih cekap serta pengurusan stok yang lebih berkesan.

''Kaedah dan piawaian kerja yang lebih jelas dan persekitaran kerja yang selamat adalah selari dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994. Ia juga berkaitan imej positif kepada pelanggan dalaman dan luaran yang berurusan dengan jabatan tersebut," katanya.

Beliau berkata, kejayaan UMP memperoleh persijilan Amalan 5S adalah hasil daripada komitmen dan kesungguhan kakitangan universiti mengamal dan membudayakan kaedah itu secara konsisten sejak setahun yang lalu.

''Kakitangan berjaya mengenal pasti dan mengurangkan pembaziran di tempat kerja, meningkatkan keberkesanan menjalankan operasi dan meningkatkan semangat kerja berkumpulan," ujarnya.

Daing Mohd. Nasir memberitahu, antara jabatan yang memperoleh persijilan Amalan 5S (Persekitaran Kerja Berkualiti) ialah Pusat Pembangunan Staf Akademik (ASDC), Jabatan Bendahari, Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH).

Sumber: Utusan Malaysia Online


Adat Tradisi Melayu

Bersiul atau bernyanyi di dapur
Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua. Apabila anak gadis mendengar nasihat itu tentunya akan berhenti berbuatan tersebut. Ini kerana anak gadis tentunya tidak mahu bersuami dengan seorang lelaki yang tua. Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

Duduk atas bantal
Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.

Menjahit pada waktu senja
Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, “Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta.” Apabila si anak mendengar larangan itu, tentunya akan berhenti perbuatan tersebut. Ini kerana mereka tidak suka melihat gurunya buta atau cacat kerana segala pengetahuan yang didapatinya itu adalah daripada guru yang disayanginya. Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

Tikus tidak boleh di seranah
Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu benda, yang dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana sini yang menyebabkan benda-benda yang dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi. Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing
Apabila si isu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.” Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu.

Bergendang dalam rumah
Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.” Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.

Pemimpin Kreatif Lahirkan Jiwa Organisasi Jihad Bisnes Makmurkan JCorp

Kemelesetan ekonomi yang sedang melanda dunia telah menimbulkan pelbagai reaksi terutamanya di kalangan para usahawan. Pada saat ini, usahawan sebagai pemimpin organisasi harus bijak menerajui bahtera perniagaan dalam menangani taufan krisis ekonomi. Salah satu aspek yang boleh dihalusi pada saat ini adalah kemuafakatan di dalam organisasi. Sebagaimana peribahasa, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kemuafakatan boleh memberi kekuatan dalaman kepada usahawan menangani saat sukar.

Kemuafakatan inilah yang diamalkan oleh Kumpulan Johor Corporation (JCorp). Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Haji Hashim, Ketua Eksekutif, Kumpulan Johor Corporation (JCorp) ketika ditemui USAHAWAN SUKSES, memberitahu, bagi menyemai jiwa organisasi, JCorp mengamalkan sistem sama rata dan keadilan untuk melahirkan kemuafakatan.

“Di JCorp, misalnya kami bersenam bersama dan memakai pakaian seragam yang sama. Malah, setiap tahun, pengiktirafan diberikan kepada anggota pekerja yang berhak. “Fokus kami ialah membina budaya positif. Mesej mesti jelas kerana ia mempengaruhi jiwa dan seterusnya amalan kerja,” tegasnya. Tambah beliau, “Perkara-perkara yang orang lain anggap remeh sebenarnya adalah intipati kepada spirit atau ‘jiwa’ organisasi.

Maka, di JCorp, kami tidak menggunakan istilah kakitangan. Perkataan kakitangan adalah hasil daripada ideologi penjajah. Kami ganti dengan perkataan anggota pekerja. Apabila ada ‘anggota’ untuk bekerja termasuklah ‘kepala’ barulah ada ‘jiwa’,” katanya. Menurut beliau lagi kegoyahan di dalam organisasi berlaku apabila wujudnya ‘budaya sate’ hasil daripada rasa ketidakadilan anggota pekerja di dalam organisasi. “Sepertimana ‘perniagaan sate’, ada yang jadi tukang cucuk, tukang kipas dan ada yang jadi tukang bakar di dalam organisasi.

Ini budaya negatif dan boleh menyebabkan se-sebuah organisasi itu goyah,” katanya. Hasil daripada jiwa organisasi yang utuh ini, JCorp berjaya membangunkan lebih 250 anak syarikat di mana sembilan daripadanya telah disenaraikan di Bursa Malaysia termasuklah sebuah di Bursa Saham Port Moresby dan London Stock Exchange. Nama-nama seperti Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim), KPJ Healthcare Bhd (KPJ), Sindora Berhad (Sindora) dan KFC Holdings (M) Bhd (KFC) adalah antara anak syarikat JCorp yang telah membina nama bukan sahaja di dalam negara malah merentasi sempadan antarabangsa.

Kini, segmen bisnes JCorp juga terdapat di Papua New Guinea, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Arab Saudi, Bangladesh, Hong Kong, Cambodia dan Kepulauan Solomon. Sesuai dengan falsafah korporat iaitu JCorp Satu Rumpun Enterprais, kekuatan JCorp juga terletak pada kreativiti pemimpin-pemimpinnya dan model bisnes yang dinamik. Skim Intrapreneur dan Waqaf Korporat adalah antara inovasi perniagaan yang meletakkan JCorp sebagai sebuah organisasi korporat Islam dan antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara.

Pada tahun 1999, JCorp memperkenalkan satu program pewujudan usahawan yang dinamakan Skim Intrapreneur. Skim yang pada mulanya merupakan satu strategi kreatif menangani krisis 1997 telah memberi peluang kepada anggota pekerja JCorp untuk berkongsi pemilikan ekuiti. “Berniaga itu sendiri sangat kompleks kerana seseorang usahawan itu perlu tahu setiap aspek dalam perniagaannya. Di JCorp, kami sudah mempunyai sistem sedia ada yang membolehkan sebuah syarikat baru dalam Kumpulan bertapak dan seterusnya berdikari. Kelebihan Skim Intrapreneur ini juga adalah pada konsep perkongsian pulangan dan risiko antara JCorp dan syarikat yang dibangunkan,” katanya.

Menurut Tan Sri Dato’ Muhammad Ali lagi, skim ini bermula dengan hanya dua syarikat berpotensi. Kini, ia telah berkembang kepada 69 syarikat dalam pelbagai sektor dengan perolehan keseluruhan bahagian bisnes Intrapreneur pada akhir tahun 2008 bernilai lebih RM500 juta. Malah, konsep Intrapreneur berbeza daripada perkataan entrepreneur yang sering digunakan. Ia merangkumi prinsip pembentukan dan pembangunan intrapreneur berdasarkan pengemblengan harta dan sumber kekayaan Johor Corporation.

“Perkataan entrepreneur hanya membayangkan usahawan berniaga untuk keuntungan semata-mata. Sebaliknya, huruf ‘i’ pada perkataan intrapreneur memberi makna yang lebih luas seperti iman, ikhlas, ikhtiar dan ihsan. Kita mahu intrapreneur mencatat kejayaan peribadi sebagai pengurus usahawan dan pada masa yang sama memakmurkan ekonomi negara. “Konsep skim ini bukan sahaja mengubah mindset bekerja makan gaji ke mindset keusahawanan, malah ini membentuk keupayaan anggota pekerja untuk berdikari.

Mereka juga perlu mempunyai jati diri seorang usahawan seperti mempunyai sikap daya saing, berani ambil risiko, yakin dan kerja kuat,” jelas Tan Sri Dato’ Muhammad Ali. Menariknya, skim ini turut melahirkan rantaian sektor-sektor bisnes dari syarikat Intrapreneur yang berdaya maju. Misalnya, KPJ, anak syarikat JCorp yang menyediakan khidmat rawatan dan perubatan pakar, kini turut memiliki dan menguruskan pusat latihan kejururawatan, PNC International College of Nursing and Health Science.

Malah, semenjak pengambilalihan KFC, JCorp bukan hanya terlibat dalam operasi restoran makanan segera. Mereka turut terlibat dalam operasi pemprosesan ternakan, peruncitan, khidmat kontrak perladangan dan bisnes sokongan yang lain. “Senario ini bukan sahaja melahirkan kluster bisnes, malah memberi lebih banyak peluang pekerjaan. Di JCorp, kami mempunyai lebih daripada 54 000 anggota pekerja. Ini menunjukkan konsep Skim Intrapreneur viable dalam melahirkan usahawan dan sekaligus memakmurkan ekonomi negara,” katanya.

Namun, di sebalik kejayaan syarikat-syarikat di dalam Kumpulan JCorp, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali secara merendah diri melihat kekayaan sebagai milik Tuhan dan perlu dikongsi dengan masyarakat. Justeru, bagi membina organisasi korporat Islam multi nasional, JCorp memperkenalkan konsep Waqaf Korporat menerusi Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad (KWANB). “Waqaf Korporat merupakan konsep wakaf pertama seumpamanya di dunia. Bagi saya, kekuatan negara terletak pada kekuatan ekonomi dan kemakmuran negara.

Hari ini, berjihad bukan hanya di medan perang. Sesiapa sahaja dalam bidang usa-hanya perlu berjihad. Dalam Islam, harta kekayaan itu amanah dan hendaklah kita memberi wakaf kepada yang berhak. Oleh itu, jihad bisnes adalah jihad yang perlu dilaksanakan oleh setiap usahawan,” tegasnya. Bermula pada tahun 2006, JCorp telah mewakafkan saham bernilai RM200 juta dalam tiga anak syarikat tersenarainya (Kulim, KPJ dan JLand) kepada KWANB. KWANB memperuntukkan 25 peratus untuk kerja-kerja fisabilillah meliputi rumah anak yatim, bantuan pelajaran, bantuan kewangan dan program-program tanggungjawab sosial korporat.

Pada tahun 2007, seramai 21 peniaga kecil telah mendapat manfaat dari Waqaf Dana Niaga. “Fasiliti yang dibina dari Waqaf Korporat ini adalah untuk segenap lapisan masyarakat. Setakat ini kita mempunyai sembilan rangkaian Klinik Waqaf An-Nur termasuk sebuah hospital yang sehingga kini telah memberi khidmat kepada 387 000 pesakit yang mana 21 000 daripadanya adalah daripada bukan Islam,” jelasnya.

Keprihatinan Kumpulan JCorp terhadap kebajikan masyarakat turut meliputi mangsa-mangsa yang ditimpa musibah. Melalui KWANB, JCorp telah menubuhkan sebuah pasukan yang dikenali sebagai Briged Amal Waqaf. Ia terdiri daripada lima kumpulan asas yang dianggotai oleh syarikat di dalam Kumpulan JCorp. Misalnya, Kulim mengawal selia logistik, KFC, makanan, KPJ, perubatan, Sindora Berhad, pembersihan dan pemeliharaan dan Johor Land Berhad, penyelamat dan sukarelawan. Sementelah membina usahawan dari dalam organisasi, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali juga percaya pembudayaan keusahawanan seharusnya bermula dari peringkat awal lagi.

Justeru, pada tahun 1992, Gerakan BISTARI ditubuhkan. Ia bermula di peringkat sekolah menengah yang dinamakan Tunas BISTARI dan diikuti oleh Siswa BISTARI di peringkat universiti. “Kami telah bekerjasama dengan UiTM Segamat dan UiTM Shah Alam untuk program Siswa BISTARI ini. Pelajar-pelajar ini didedahkan dengan runding cara penubuhan syarikat dan setiap tahun akan diadakan Anugerah Kecemerlangan BISTARI. Pemenang anugerah ini seterusnya akan diserapkan ke Program Usahawan Muda di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD),” katanya. Malah, bagi memastikan mesej keusahawanan ini jelas, beliau juga melihat potensi keberkesanan papan permainan.

Namun, pemilihan jenis dan konsep permainan perlu sesuai dengan landasan Islam. Terbaru, JCorp telah memperkenalkan papan permainan yang dinamakan Catur BISTARI. “Catur BISTARI mempunyai tiga konsep pembelajaran iaitu Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Laluan Jihad Bisnes. Generasi muda harus dijelaskan mengenai aspek pelaburan, asas niaga yang betul dan cara berkongsi kekayaan dengan masyarakat,” katanya lagi.

Lebih menarik konsep Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Laluan Jihad Ekonomi adalah sama dengan pelaksanaan konsep Skim Intrapreneur dan Waqaf Korporat yang diamalkan di dalam Kumpulan JCorp itu sendiri. Memetik tulisan Tan Sri Dato’ Muhammad Ali di dalam bukunya yang bertajuk Bisnes Satu Cabang Jihad: Pembudayaan Bisnes Untuk Survival, beliau menyatakan: “... usahawan yang berjaya tidak semestinya menjadi pencipta, penemu teknologi atau pengasas sistem pengeluaran. Paling penting adalah bagaimana si usahawan melihat eluang keemasan dan mengekploitasikan dengan kegigihan luar biasa. Mereka menyumbang sesuatu yang bermakna dan sangat besar impaknya terhadap pertumbuhan ekonomi...” Justeru, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali yakin kekuatan jiwa organisasi hadir dari penerapan dan amalan nilai-nilai Islam itu sendiri. “Nilai-nilai Islam itu mempunyai banyak kekuatan. Apatah lagi pada masa-masa mencabar. Pada waktu ini, keseperpaduan melalui jihad bisnes mampu membina kebulatan dan keberkatan. Saya harap musibah yang berlaku di Palestin memberi kita iktibar.

Kekuatan pertahanan hadir dari kekuatan ekonomi sesebuah negara. Kebijaksanaan membina kekuatan di waktu sukar ini bakal meletakkan syarikat dan negara di garis hadapan apabila krisis ekonomi ini reda kelak. Justeru, saya menyeru para usahawan untuk melaksanakan jihad bisnes,” katanya. Melalui Jihad Bisnes, JCorp yakin bahawa umat Islam dan Melayu yang terpinggir dan dikesampingkan akan dapat kembali bangkit untuk menguasai ekonomi.

Sumber: Majalah Usahawan Sukses

Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Sabtu itu kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd dibuka seperti biasa dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa pekerja sibuk membungkus pelbagai jenis bahan pramasak untuk hidangan yong tau foo, campuran makanan laut dan tauhu, dalam kuantiti yang banyak.

Pada setiap bungkusan besar bebola ikan, ketam dan sotong, bendi dan cili yang disumbat surimi, wantan dan fucuk, karipap ikan dan jejari ikan hinggalah kepada serbuk supnya, kuah kicap manis, kuah cili, dan bawang goreng, bijan dan kacang tumbuk, tertulis nama destinasi bungkusan itu akan dihantar - sebuah hotel ternama di Jalan Ampang.

Dalam masa yang sama beberapa pelanggan Melayu sibuk membeli bahan yong tau foo pilihan mereka. Ini tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Cuma yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.

Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.

MELAYU BERNIAGA YONG TAU FOO
Kenapa pilih yong tau foo? soal penulis kepada pengarah urusan syarikat ini Syed Abdullah Syed Hassani, 48, ketika beliau berbicara mengenai asal usul beliau menceburi perniagaan ini.

"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya.

"Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.

Bapa kepada empat orang anak dan tinggal di Seremban ini mengakui tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.

Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.

"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...," katanya.

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN SENDIRI
Perniagaan beliau bermula dengan sejumlah modal sendiri dan RM100,000 pinjaman daripada Bank Pertanian ketika itu untuk menyewa lot bangunan dan menyediakan bilik sejuk.

Low pada mulanya cuba mengajar pekerja, asas membuat bebola ikan sementara Syed Abdullah menjalankan pelbagai tugas - beliaulah bos, beliau jugalah pekerja yang membancuh bahan ikan dan menggoreng.

Dalam masa yang sama beliau berusaha mencuba pelbagai cara dan resepi sendiri untuk menghasilkan yong tau foo terbaik, lengkap dengan rempah sup, kuah manis dan kuah cilinya.

"Mula-mula mencuba, banyak bahan yang terbuang, kena marah dengan pelanggan pun ada, kerana pekerja saya tak pandai hendak kawal kualiti. Kuah hangus dan sebagainya.

"Saya bekerjasama dengan beberapa pengusaha Cina melalui cara membantu mereka mengamalkan proses yang betul untuk mendapatkan sijil halal dan dalam masa yang sama saya belajar daripada mereka. Tapi biasalah masing-masing ada resepi rahsia sendiri," jelas beliau.

Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.

"Margin untung saya kecil sebab saya perlu ikut pemintaan dan pasaran dalam menetapkan harga dan sebagainya," katanya.

Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.

BERPINDAH KE TEMPAT BARU
Syarikat ini akan berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves, kemungkinan akhir tahun ini bersama 17 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang lain.

Syed Abdullah melabur RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya.

Beliau memang menantikan peluang yang diberikan Mara ini untuk mengembangkan sayap perniagaannya termasuk ke luar negara, mengedarkan produknya ke pelbagai cabang - hotel, restoran, lebih banyak pasar raya dan sebagainya.

Dalam hal ini beliau berazam untuk maju dalam saingan dengan mendapatkan pensijilan HACCP (Hazard Analysis Critical Point) dan GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) melalui Kementerian Kesihatan.

Syed Abdullah yang memiliki ijazah dan sarjana kewangan dan perniagaan, berharap pengiktirafan itu akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yong tau foonya dan membantu beliau meluaskan pasaran.

STATUS HALAL DIPELIHARA
Syed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran.

Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan.

"Saya sudah biasa menerima komen perbandingan seperti ini, kenapa bebola orang lain berkilat dan putih, rasa tidak sama dan sebagainya dan setiap kali itu saya akan menambah baik produk saya di mana yang boleh tetapi untuk mengabaikan proses halal, saya tidak buat," katanya.

SOKONGAN ORANG MELAYU
Ada sedikit kekecewaan ketika beliau menceritakan mengenai proses beliau belajar sampai boleh berdiri dan kini sudah bersedia untuk berlari dengan pengusaha yong tau foo yang lain.

Pertama, tunjuk ajar susah didapatkan baik daripada pesaing kaum lain, mahupun sokongan orang Melayu untuk membekalkan bahan dan produk halal, ejen penjual atau promoter.

"Saya menghadapi masalah pembekal tidak konsisten dan promoter Melayu tidak bersungguh," katanya.

Syed Abdullah bercerita bagaimana pada satu ketika beliau mendapatkan bekalan telur puyuh daripada seorang Melayu (beliau memerlukan 30,000 hingga 40,000 biji telur puyuh sehari), masuk bulan ketiga, orang itu gagal membekalkan jumlah yang dijanjikan dan terpaksa bergantung kepada pembekal bukan Melayu.

Dan promoter yang digajinya di pasar raya pula adakalanya tidak datang membuka stesen mereka dan akibatnya beliau akan dimarahi pihak pasar raya yang sudah tentu tidak mahu mendengar masalah beliau.

Syed Abdullah juga pernah cuba menolong siswazah Melayu berniaga bahan yong tau foo yang beliau bekalkan, tetapi tidak kekal lama.

Untuk ejen pembekal di negeri-negeri pula, syarat beliau ialah mereka perlu keluar modal sediakan bilik sejuk dalam anggaran RM20,000 tetapi ramai yang tidak sanggup kerana mereka takut rugi.

Kenapa tidak menumpang saja stokis makanan beku jenama Melayu terkenal yang ada?. Syed Abdullah jelas menyimpan perancangan sendiri.

"Saya tidak mahu menjadi barisan kedua, kerana cita-cita saya mahu memastikan jenama yong tau foo saya teguh dan ada tempat sendiri," katanya.

Dalam masa yang sama beliau juga menghadapi pesaing Cina yang mempunyai modal besar yang mengawal pembelian bahan ikan kerana ada di antara mereka mempunyai jeti sendiri.

Oleh itu, kata Syed Abdullah, beliau berusaha keras mencari bekalan yang tetap dan terbaik umpamanya beliau kini berunding dengan nelayan di jeti Tok Bali Kelantan untuk mendapatkan bekalan ikan kecil seperti kelisi bagi bahan suriminya.

CITA-CITA BANTU PEKERJA SENDIRI Syed Abdullah bagaimanapun tidak pernah lemas bergerak perlahan untuk berjaya kerana "saya anggap saya dalam larian maraton, perlahan tetapi tidak mengalah".

Hasrat utama Syed Abdullah kini ialah memajukan perusahaan yong tau foo berasaskan ikannya di Batu Caves, produk berasaskan soya (tauhu) di Subang dan koay teow di Seremban.

Dalam proses itu beliau tidak lupa melatih beberapa pekerjanya dalam usaha membesarkan perniagaannya supaya satu hari nanti, katanya, mereka juga boleh menjadi pengusaha yong tau foo Melayu dan rakan kongsinya.

Petikan: BERNAMA

Ahli Matematik Teragung Islam


Al-Khawarizmi ahli matematik teragung Islam.
Gambar patung ini diambil di Uzbekistan.


Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya. Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm.

Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil. Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia.

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.

Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.

Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat. Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.

Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

.......................................................................................................................

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi was born at Khawarizm (Kheva), south of Aral sea. Very little is known about his early life, except for the fact that his parents had migrated to a place south of Baghdad. The exact dates of his birth and death are also not known, but it is established that he flourished under Al- Mamun at Baghdad through 813-833 and probably died around 840 C.E. Khawarizmi was a mathematician, astronomer and geographer.

He was perhaps one of the greatest mathematicians who ever lived, as, in fact, he was the founder of several branches and basic concepts of mathematics. In the words of Phillip Hitti, he influenced mathematical thought to a greater extent than any other medieval writer. His work on algebra was outstanding, as he not only initiated the subject in a systematic form but he also developed it to the extent of giving analytical solutions of linear and quadratic equations, which established him as the founder of Algebra. The very name Algebra has been derived from his famous book Al-Jabr wa-al-Muqabilah. His arithmetic synthesized Greek and Hindu knowledge and also contained his own contribution of fundamental importance to mathematics and science. Thus, he explained the use of zero, a numeral of fundamental importance developed by the Arabs.

Similarly, he developed the decimal system so that the overall system of numerals, 'algorithm' or 'algorizm' is named after him. In addition to introducing the Indian system of numerals (now generally known as Arabic numerals), he developed at length several arithmetical procedures, including operations on fractions. It was through his work that the system of numerals was first introduced to Arabs and later to Europe, through its translations in European languages. He developed in detail trigonometric tables containing the sine functions, which were probably extrapolated to tangent functions by Maslama.

He also perfected the geometric representation of conic sections and developed the calculus of two errors, which practically led him to the concept of differentiation. He is also reported to have collaborated in the degree measurements ordered by Mamun al-Rashid were aimed at measuring of volume and circumference of the earth. The development of astronomical tables by him was a significant contribution to the science of astronomy, on which he also wrote a book.

The contribution of Khawarizmi to geography is also outstanding, in that not only did he revise Ptolemy's views on geography, but also corrected them in detail as well as his map of the world. His other contributions include original work related to clocks, sundials and astrolabes. Several of his books were translated into Latin in the early 12th century. In fact, his book on arithmetic, Kitab al-Jam'a wal- Tafreeq bil Hisab al-Hindi, was lost in Arabic but survived in a Latin translation. His book on algebra, Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al- Muqabilah, was also translated into Latin in the 12th century, and it was this translation which introduced this new science to the West "completely unknown till then". He astronomical tables were also translated into European languages and, later, into Chinese.

His geography captioned Kitab Surat-al-Ard, together with its maps, was also translated. In addition, he wrote a book on the Jewish calendar Istikhraj Tarikh al-Yahud, and two books on the astrolabe. He also wrote Kitab al-Tarikh and his book on sun-dials was captioned Kitab al-Rukhmat, but both of them have been lost. The influence of Khawarizmi on the growth of science, in general, and mathematics, astronomy and geography in particular, is well established in history. Several of his books were readily translated into a number of other languages, and, in fact, constituted the university textbooks till the 16th century. His approach was systematic and logical, and not only did he bring together the then prevailing knowledge on various branches of science, particularly mathematics, but also enriched it through his original contribution. No doubt he has been held in high repute throughout the centuries since then.



Ramai Guru Sains, Matematik Lemah Bahasa Inggeris

BESUT 2 Sept. - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.

''Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.

Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.

Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.

Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.

- Bernama


Tata Nano: The World’s Cheapest Car

Ratan Tata, chairman of Tata Motors, displaying the Nano in New Delhi on Thursday.
(Photo by Money Sharma/European Pressphoto Association)


Tata Motors today took the covers off the world’s cheapest car — the Nano.

Over the past year, Tata has been building hype for a car that would cost a mere 100,000 rupees (roughly $2,500) and bring automotive transportation to the mainstream Indian population. It has been nicknamed the “People’s Car.” Over the course of the New Delhi Auto Expo, which began this week, anticipation had grown to fever pitch.

With the theme from “2001: A Space Odyssey” playing, Ratan Tata, chairman of Tata Motors drove the small white bubble car onto Tata’s show stage, where it joined two others.

Tata Nano
The Tata Nano could sell for around $2,500.
(Photo by Raveendran/Agence France-Presse/Getty Images)

“They are not concept cars, they are not prototypes,” Mr. Tata announced when he got out of the car. “They are the production cars that will roll out of the Singur plant later this year.”

The four-door Nano is a little over 10 feet long and nearly 5 feet wide. It is powered by a 623cc two-cylinder engine at the back of the car. With 33 horsepower, the Nano is capable of 65 miles an hour. Its four small wheels are at the absolute corners of the car to improve handling. There is a small trunk, big enough for a duffel bag.

“Today, we indeed have a People’s Car, which is affordable and yet built to meet safety requirements and emission norms, to be fuel efficient and low on emissions,” Mr. Tata added. “We are happy to present the People’s Car to India and we hope it brings the joy, pride and utility of owning a car to many families who need personal mobility.”

The base price for the Nano will be 120,000 rupees, including road tax and delivery. Higher level models will cost more and come with air-conditioning. Sun visors and radios are extra.

The nearest priced competitor is the Maruti 800, which costs roughly twice as much as the Nano. In comparing the Nano to the Maruti 800, Mr. Tata said, “It is 8 percent smaller - bumper to bumper - and has 21 percent larger seating capacity than Maruti 800.”

The Hindustan Times reports reactions from a couple of Tata’s competitors, Maruti and Hyundai:

Jagdish Khattar, a former head of Maruti 800 manufacturer Maruti Udyog Ltd., says it’s too early to say whether the Nano will overtake the original.

“It’s a good product but it’s still too early to say whether it will overtake the 800 because it caters to a totally new market segment,” he said while watching a live telecast of Tata’s press conference after unveiling of the Nano.

But clearly, at least one other manufacturer was worried.

An official of Hyundai Motors, which unveiled an LPG version of its Santro Thursday, was more circumspect.

“We definitely see it as impacting our sales,” he said in halting English, preferring to maintain anonymity.

Anand Mahindra, managing director for Mahindra & Mahindra, Tata Motors’ primary competitor, said before the unveiling, “I think it’s a moment of history and I’m delighted an Indian company is leading the way.”

The Nano will go on sale in India later this year with an initial production run of 250,000 a year. Tata says it will offer the Nano in other emerging markets in Latin America, Southeast Asia and Africa within four years.

By Richard S. Chang (The New York Times)

27 Februari 2009

Mesyuarat Jabatan Kali Ke 6/2009

27 Februari 2009, Jumaat – Jabatan Pengajian Am IKMKK telah mengadakan mesyuarat mingguan yang ke enam bertempat di bilik mesyuarat pejabat Pengajian Am. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 12 orang pengajar dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am IKMKK En. Khairul Izwan bin Ibrahim.

Di antara agenda yang dibincangkan termasuklah masalah disiplin di kalangan pelajar dan juga pelaksanaan aktiviti-aktiviti 5S di peringkat Jabatan Pengajian Am. Mesyuarat yang bermula pada jam 7.45 pagi itu telah ditangguhkan pada jam 9.09 pagi.



26 Februari 2009

Fantasi Pemandu Teksi

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi... .maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya... iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Nasib Baik........

Pada suatu hari,berjalanlah si Bedul seorang diri menuju ke pekan tanpa memakai selipar... sedang asyik si Bedul berjalan sambil menyanyi lagu kegemarannya iaitu sua suweh kemoning tiba-tiba, si Bedul terpandang suatu benda yg menarik minatnya dan bercadang untuk mengkaji dgn lebih mendalam tentang benda itu walhal dia sendiri tahu yang dia memang tidak favourite dengan subjek kimia... .(kira bodoh-bodoh alang la... )

"Ini macam taik ni", kata si Bedul dalam hati dengan penuh konpius... .

Si Bedul tidak puas hati lalu dia merenung benda itu dekat-dekat... .
"Rupa pun macam taik", katanya lagi... .

Si bedul tidak berpuas hati lagi lalu mencium baunya...
"Bau pun macam taik", sekali lagi dia berkata dgn penuh kekonpiusan macam ala-ala ahli kimia...

Si Bedul tetap tidak berpuas hati lagi lalu dia mencolet sedikit menatang itu dan menjamahnya macam orang 10 hari tak makan... ...
"Rasa macam taik" katanya sebaik saja sendawa akibat kekenyangan... ..

"Cis, betul la taik ni..nasib baik aku tak terpijak... " kata si Bedul lantas berjalan dengan penuh girang sambil menyambung kembali lagu sua suweh kemoning yang tergendala sebentar tadi... ... .


Program Gotong-Royong 5S

6 Februari 2009, Jumaat – Jabatan Pengajian Am IKM Kota Kinabalu telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program gotong royong 5S. Gotong royong ini melibatkan semua tenaga pengajar Jabatan Pengajian Am bertujuan untuk menyahut Kempen 5S IKMKK dengan motto “ 5S IKMKK Bagus Bah! “. Para pengajar telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kawasan-kawasan yang terdapat di Pengajian Am. Kawasan-kawasan ini termasuklah pantry, bilik mesyuarat, rak majalah, pigeon hole dan juga meja serta almari masing-masing.

Gotong royong ini akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik IKMKK), En. Nik Sharifullah bin Nik Kob telah meluangkan masa untuk melawat. Secara amnya, program tersebut bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan tetapi juga telah mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan pengajar-pengajar di Jabatan Pengajian Am untuk bekerja secara berpasukan.



........................................................................................................................................................................

06 February, Friday – The General Studies Department of IKM Kota Kinabalu had taken the initiative to organize a 5S-gotong royong program which involved all the lecturers of the department. The program was held in light of the recently launched IKMKK 5S campaign with the motto “ 5S IKMKK Bagus Bah! “. All those who were involved were divided into several groups based on the areas designated to them which included the pantry, meeting room, magazines rack, pigeon hole as well as the tables and cabinets of the respective lecturers.

The program will be held from time to time based on needs. Mr Nik Sharifullah bin Nik Kob as the Deputy Director of Academic Affairs of IKMKK, had spent some time to visit. As a whole, the program had succeeded in not only realizing its objective but also to strengthen the team work among all the lecturers of the General Studies Department of IKMKK.

Before:


After:


25 Februari 2009

Cerita Lawak Zaman Dulu

Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri Batu Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa.

Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada tandingnya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga sekalipun.

Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh untuk anaknya ini. Ramai anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat dimana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri.

Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah 4 orang sahaja yang belum mencuba.

Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras, lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu, besi itu pun cairlah.

Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir. Dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun cairlah.

Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu permata. Seperti peserta yang sebelumnya,permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri.

Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu.

Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan bangganya' "Tidak cair Tuanku".

Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri.

Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu...
"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan... ".

Lawak Pontianak

................suatu hari, di malam jumaat.......................

tiga ekor pontianak sedang berkumpul untuk menunjukkan kehebatan masing2...

Pontianak 2&3 :Pontianak 1,kau tunjukkan kehebatan kau dulu..kitorang nk tengok.....

Pontianak 1 :Ok..wait n see

Pontianak 1 terbang dengan sepantas kilat ke sebuah kampung dan 5 minit kemudian dia pulang semula ke tempat perkumpulan tadi dengan muka yang lebam2 dan bajunya di selimuti darah.

Pontianak 1 :Korang nampak x kampung kat sana tu?

Pontianak 2&3 :Nampak..

Pontianak 1 :Habis satu kampung aku dh kerjekan tau..amacam terror x?

Pontianak 2 :Nanti dulu, nak tau sapa terror tunggu lepas aku tunjukkan kehebatan aku....

Lalu pontianak 2 pun terbanglah dengan sepantas kilat ke satu bandar dan 10 minit kemudian dia pulang sama dengan keadaan pontianak 1 pulang...

Pontianak 2 :Korang nampak tak bandar kat sana?

Pontianak 1&3 :Nampak, knape?

Pontianak 2 :Habis satu bandar aku dah kerjakan dah.amacam dah boleh classify sebagai terror kan?

Pontianak 1 :Belom!!sebab pontianak 3 belum tunjukkan lagi kehebatannya..skang kau pergi tunjukkan ke hebatan kau pulak pontianak 3

Pontianak 3 :Ok..

Pontianak 3 pun terbang sepantas kilat tetapi tidak diketahui arah tujuannya. Beberapa saat selepas itu, dia pulang ke tempat perkumpulan dengan tempurung kepala yang pecah dan muka yang berlumuran dengan darah.

Pontianak 3 :Korang nampak tak tembok besar kat situ?

Pontianak 1&2 :Nmpak...

Pontianak 3 :Ar...aku tak nampak..hehe

Sejarah Kewujudan Syarikat Hyundai

Syarikat Hyundai merupakan sebuah Syarikat Industri yang merupakan salah satu hasil daripada pengenalan dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Park Chung Hee. Pengasasnya iaitu Chung Ju-Yung yang berlatar belakangkan golongan luar bandar dan hidup dalam kemiskinan sebagai petani sekitar tahun 1915. Dengan sedikit pembalajaran formal di sekolah, Chung Ju-Yung mempelajari berbagai-bagai kemahiran buruh dan pada tahun 1940-an telah berjaya membuka bengkel keretanya sendiri.

Pada tahun 1947, Syarikat Hyundai menumpukan kepada perkhidmatan pembinaan seperti jambatan, jalan raya, dan projek-projek perumahan. Melalui dasar perindustrian yang dijalankan kerajaan semasa era park Chung Hee, Syarikat Hyundai telah diberikan peranan yang besar dalam mengendalikan banyak projek mega kerajaan. Jika dilihat daripada polisi kerajaan yang menggalakkan usahawan-usahawan tempatan mencuburkan diri dalam bidang industri, telah membuka peluang kepada Syarikat Hyundai untuk muncul sebagai sebuah Syarikat Industri yang besar di Korea Selatan pada awalnya.

Kerajaan telah memberikan kepercayaan kepada Syarikat Hyundai untuk mengendalikan projek mega kerajaan seperti projek jalan lebuh raya di Thailand, Pangkalan di Vietnam dan Australia, Jambatan di alaska dan projek kompleks perumahan di Guam. Nama Hyundai yang bermaksud moden yang dimiplimentasikan daripada penggunaan teknologi serba canggih dan terkini dalam dunia perniagannya. Mengikut edaran masa, Hyundai berkembang dan menjadi sebuah syarikat industri yang semakin kompleks dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Melalui dasar Industri negara, pada tahun 1968, Chung membuat keputusan untuk mencuburi bidang industri automobil dan menubuhkan Hyundai Motor Company dengan menjalankan kerjasama dengan Syarikat Ford untuk menghasilkan kereta penumpang dalam pasaran tempatan. Dengan bantuan teknikal dari Syarikat Jepun iaitu Mitsubishi, Korea telah berjaya menghasilkan kereta penumpang pertama yang diberi nama Pony.


Kemudian melalui pembelajaran, Hyundai akhirnya berjaya menghasilkan kereta-kereta yang berkualiti untuk dipasarkan di pasaran antarabangsa. Misalnya kereta seperti Pony Excel dipasarkan di Canada dan Amerika pada tahun 1986, kereta Sonata, Electra dan Accent telah diperkenalkan di pasaran Amerika Utara. Pada masa kini Hyundai telah mampu bersaing dengan pengeluar kereta Jepun seperti jenama Toyota Camry dan Honda Accord hasil pembelajaran yang telah dijalankan.

Pada tahun 1973, selaras dengan saranan kerajaan Korea selatan untuk memajukan bidang industri berat negara, Hyundai tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam pengenalan dasar tersebut. Oleh itu pada tahun 1973 Hyundai Heavy Industries Co telah ditubuhkan. Syarikat tersebut menumpukan kepada industri pembuatan kapal sehingga menjadi antara yang terbesar di dunia pada masa kini. Dengan kemahiran yang tinggi, Hyundai banyak mendapat projek membina kapal tarutamanya dikawasan Timur Tengah misalnya projek bernilai $1.1 bilion iaitu projek Jubail Industrial Harbour Project di Arab saudi sekitar tahun 1980-an.

Melalui dasar perindustrian yang diperkanalkan oleh Korea Selatan, telah menyebabkan Hyundai mempunyai banyak cabang perniagaan lebih-lebih lagi melalui sistem pengurusan Chaebol yang diadaptasi dari sistem kiratsu atau zaibatsu telah mengalakkan lagi kepelbagaian produk industri Hyundai.


Selepas beberapa tahun melalui Dasar industri yang diperkenalkan kerajaan, Hyundai telah mempunyai pembagai cabang industri yang dicuburi misalnya Hyundai Engine & Machinery Co., Hyundai Electrical Engineering Co., Hyundai Rooling Stock Co., Inchon Iron & Steel Co., dan Aluminium of Korea.

Sebagai sokongan terhadap dasar perindustrian kerajaan melalui pembelajaran, Syarikat Hyundai telah menubuhkan institusi kemahiran iaitu The Ulsan Institute of Teknologi pada tahun 1977 yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah jurutera di Korea Selatan. Selain itu, Hyundai juga membelanjakan sebanyak 70 juta untuk membentuk komuniti Asan Foundation bagi menguruskan aktiviti kebajikan di Korea Selatan seperti bantuan terhadap hospital pendalaman, biasiswa pelajar dan aktiviti kebajikan sosial yang lain.

"Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Melarat"

Rozita adalah simbol kepada Sendayu Tinggi. Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Sematan pepatah ‘Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat' meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya.

Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau hanya mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar, ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang cuba Rozita sampaikan kepada wanita lain dan tidak salah jika mempunyai semangat kental yang sama seperti beliau.

Sebelum bergelar usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Ita, terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau yang kini hampir mencecah umur 40 tahun telah berpisah dengan suami dan alami perkahwinan dan penceraian yang menyakitkan. Beliau menamatkan zaman gadis dalam usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga.

Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak dihabiskan untuk keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bilamana terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak kedua pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. “Sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik.”

Keputusan berpisah dengan suami pertama menyebabkan dia dipulaukan oleh keluarga. Justeru itu, dia membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung empat orang anaknya. Operator pengeluaran, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran dan pekerja di syarikat jualan langsung pernah dijawatnya.

Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental. Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah ‘buah tangan' termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah. Barang kemas yang sedikit sebanyak terpaksa digadaikan sebagai modal. Akhirnya bermodalkan RM400, dia memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula.

“Jika diajak berbicara mengenai ibu tunggal, pada mulanya saya tidak yakin dengan status ini namun anak-anak menjadi iltizam hidup saya untuk terus berdiri. Saya bangun dan berjanji menjadi ibu dan bapa yang baik buat anak-anak saya. Oleh kerana dahulu saya kekurangan limpahan kasih sayang namun saya belajar dari pengalaman dan kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan saya dan empat orang anak saya sekarang. Kejayaan saya kini berdasarkan kepada kekuatan prinsip dan sentiasa mahu memperbaiki diri, itulah visi hidup saya. Tanpa visi dan prinsip, maka tiada apa yang boleh dimegahkan dalam peribadi diri.”

Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Jumlah pengedar beliau lebih dari 2000 orang termasuk di Brunei dan Sigapura. Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan, pantang larang, kebahahgiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita.

Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang tekstil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan, Rozita menjelaskan “Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua, dan anak yatim. Bagi saya itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat.Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat, wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.”

OBJEKTIF, VISI DAN MISI
Menitikberatkan kasih sayang itulah kepuasan dalam diri saya. Dengan kasih sayang saya berharap agar dapat menyuntik semangat keberanian dan jati diri yang kukuh dalam diri dan masyarakat. Saya perlukan kasih sayang dan begitu juga anda. Justeru itu, saya mahu pengedar saya kasih dan sayang kepada anda sepertimana saya kasih dan sayang kepada anda. ‘Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat'. Walaupun ada masanya saya dikeji, dihina dan menjadi bahan umpatan orang namun saya dan tidak marah dan tidak lemah menghadapinya. Bahkan saya akan terus berdiri teguh dan membuktikan pada mereka yang saya adalah yang terbaik.

Matlamat dalam perniagaan pasti sasarannya keuntungan. Pun begitu, jihad dan perjuangan besar saya ialah memperbaiki diri, membantu keluarga, membantu golongan wanita yang ingin berniaga, membantu golongan fakir miskin dan membangunkan anak bangsa.

Saya percaya, zaman dahulu siapa kuat dia raja tetapi kini siapa bijak dialah raja. Walaupun kini ramai yang cerdik belaka namun masih ada juga yang tidak berjaya dalam kerjaya. Cubalah selidiki diri apa kekurangan diri. Kreativiti, daya fikir yang tinggi dan sesekali menyelami tentang kehidupan alam sekeliling perlu menjadi bekalan dalam kehidupan. Visi utama saya agar Sendayu Tinggi dapat melangkah jauh di persada dunia antarabangsa. Apa itu kekuatan prinsip saya? Tidak suka menipu diri sendiri atau orang lain, jujur pada diri, agama dijadikan sandaran kehidupan, berani, menghormati orang lain sebelum orang lain boleh menghormati kita. Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan hidup?

KARIER
Wanita perlu ada kekuatan diri dan kedudukan kewangan yang kukuh, peka dengan keadaan sekeliling, peribadi dan keluarga sekaligus akan membe ntuk satu visi dalam kehidupan. Berjaya dalam kerjaya tidak semestinya menerima sejumlah gaji yang tinggi tetapi dapat melaksanakan kerja yang diberi dengan baik. Ingat! Jangan berada dalam takuk yang sama. Buatlah perubahan positif dari semasa ke semasa.

KELUARGA
Mendidik dan membimbing anak dan keluarga ke arah yang terbaik. Mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan keluarga adalah satu usaha yang terpuji. Didikan agama dan akidah diterapkan agar kehidupan mereka di dunia dan akhirat seimbang.

MASYARAKAT
Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba disamping menerapkan dalam diri masyarakat agar berusaha gigih, tidak mudah putus asa disertakan dengan pengorbanan mampu membuahkan kejayaan. Mengajak dan menyeru wanita agar mencari inisiatif untuk mengukuhkan pendapatan mereka dan keluarga. Menerapkan unsur-unsur jati diri, cekal dan tidak mudah menangis dan melatah apatah lagi jauh meminta-minta. Lakukanlah pengorbanan dan berilah satu jangkamasa buat diri agar dapat membuktikan sesuatu. insya' Allah, jika dipraktikkan pasti membuahkan kejayaan.

KAREKTOR
Sejak kecil tidak pandai duduk diam. Dalam erti kata lain agresif. Suka berfikir dan mencari idea-idea yang mencabar. Suka buat kejutan dan membuktikan bahawa ‘Jika orang lain tak boleh, saya boleh!” Tiada apa yang tak menjadi sekiranya tidak mencuba.

TIPS ROZITA IBRAHIM
  1. Tegas dan prihatin dalam menitikberatkan risiko terhadap sesuatu keputusan.
  2. Menggunakan psikologi, sifat kesabaran dan kematangan dalam apa jua tindakan.
  3. Semua pelaburan yang dibuat hendaklah dikaji dari sudut kesan dan tindakan susulan.
  4. Jangan suka berhutang.
  5. Jangan terlalu berfikir mengenai keuntungan sendiri, wujudkan sifat peri kemanusiaan dan kasih sayang terhadap pengguna.
  6. Letakkan diri pada tempat pengguna.
  7. Suka berfikir dan mencari ketenangan.
  8. Jujur pada diri sendiri dan kepada orang lain.
  9. Berpegang kepada prinsip diri.
  10. Penuh dengan visi, mengkaji baik buruk sebelum melihat pada benda yang baik.
  11. Jangan sombong, takbur dan riak.
  12. Sentiasa mencari kelemahan diri dan memperbaiki dengan cara mengawal diri dan mencari apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita.

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu

Pelan Lokasi Ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu