Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 28 November 2010

Sharing info dari laman Cikgu Idris ( Tutorial : Daftar e- Penyata Gaji..menarik..ni tau

السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Mengikut amalan sebelum ini, penyata gaji bulanan dan Penyata Pendapatan
Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji. Mulai Oktober 2010, berkuatkuasa dengan keluarnya Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010, Penjawat Awam perlu mencetak sendiri penyata gaji mereka melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Di sini saya kongsikan cara-cara untuk mendaftar di laman web tersebut (Pengguna perlu daftar dahulu sebelum dapat mencetak penyata gaji masing-masing).

Langkah 1 : Pergi ke laman web e penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Langkah 2 :Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.
Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan



Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik
butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod
Pengenalan Lain dan No.Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.

Panduan Mengisi Medan

No Kad Pengenalan atau No. Pasport
Isikan No Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji
Contoh:
No K/P Baru - 811212111234
No K/P Lama - 8102010
No Pasport - A1234567
No lain - RF12345

No Gaji
Isikan nombor gaji anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, guna satu daripada nombor-nombor gaji anda.

Kata Laluan
Minima 8 dan Maksima 12 aksara. Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan.

Soalan Keselamatan
Soalan keselamatan dan jawapan digunakan untuk
membantu anda mengingati kata laluan anda
sekiranya anda telah lupa.

Jawapan
Anda memberi jawapan kepada soalan keselamatan
yang anda pilih seperti di atas.

Setelah selesai mengisi semua medan, klik ok. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, anda akan dapat paparan berikut.


Selamat Mencuba!
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Dengarkanlah azan itu, ia mungkin yang terakhir....subahanallah..


السلام عليكم ورحمة الله وبركات
       Dengarkalah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar.Rasakan  apa kesannya .Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung kemudian di satu sudut yang lain pula......seorang datuk memarahi cucu nya tika muazin sedia melaungkan azan.Katanya,"duduk diam,jangan cakap apa-apa masa azan.'' Duduklah dua beradik menanti hingga azan berakhir.Kemudian berjemaah bersama jiran-jiran sekampung selesai solat datuk berpesan sekali lagi,'' ingat ya, bila azan jangan bercakap,'' Kemudian si cucu membalas serentak,''kenapa atuk?'' Datuk menjawap ringkas,''nanti nak mati tidak pandai mengucap.''  perasaannya ketika itu mendegar   alasan  atuk. Soal azan dan tidak boleh bercakap berhenti di situ.Puas dicari jawapanya mengapa tidak boleh bercakap namun tidak ada yang pasti. Apa yang diberitahu oleh guru-guru agama,ia sebagai tanda menghormati azan.Pesan atuk,jangan bercakap nanti tidak boleh mengucap langsung tidak timbul.Pencarian itu membawa Al Islam kepada seorang pengkaji aL-Quran dan hadis dari sudut saintifik,Dr.Azhar Sarip.Melalui Kajian itu juga satu terapi diperlukan iaitu terapi azan.
     Dr.Azhar melihat azan dari sudut gelombong otak.Hasil kajiannya memberangsangkan kerana azan bukan sekadar seruan solat tetapi lebih dari itu.Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia.Bah kan sesuatu yang cukup indah,sukar digambarkan dengan kata-kata.Jelas nya,kebanyankan orang Islam tidak perasan, azan boleh memberi kesan yang besar di dalam kehidupan.Saya mengambil azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat dunia dimulakan dengan azan.Banyak peristiwa yang beraku di sekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah.Antaranya,kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh.Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan ombak besar.''ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah.lantas selesai azan dilaungkan,dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh,'' ujarnya. Tambahnya lagi ,'' saya menyaksikan satu peristiwa lemas di lombong.Setelah usaha bomba mencarinya menemui jalan buntu lalu di azankan.Mayat mangasa lemas itu timbul ke permukaan air selesai saja azan.Dari situ yang luar biasa,'' cerita nya.

    Dari sudut fikir dan pandangan penulis laman etuza, seruan azan itu satu tikaman halus ke jiwa kita, satu ajakan yang maha halus dan indah, jika di dengar dengan penuh khyusuk..hati menjadi hiba, sayu dan rasa rindu kepadaNya beralun bak ombak ke jiwa. Dipercayai semua makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan juga kala azan berzikir dan bertapakur sejenak. Kerana itu kita yang bergelar manusia  yang punyai hati dan naluri kehambaan kepada sang pencipta. Kala azan bergema..terasa tenang mendengarnya. Semua anak-anak diajak masuk ke rumah untuk bersedia mendirikan solat yang wajib. Itu tanda kita bersyukur kerana sesudah solat kita perlu berdoa, mohon ampunan dan rahmat ilahi. Penulis merasa takjub apabila ada binatang yang mengaum semasa azan dikumandangkan. Entah kenapa? pasti ada sebabnya, penulis melihat binatang itu duduk di lereng bukit panjangkan leher..tiap bait azan itu disusuli suaranya. Entahkan takut atau kesakitan mendengar azan menyeru kita yakni manusia bersegera menyembahNya. Kadang kala pagi hening di subuh hari, ngauman itu membangunkan, memberitahu bahawa wajib bingkas menunaikan solat subuh. Sampai kini belum ada jawapan yang pastiu serta menyakinkan diriku kenapa binatang itu mengaum kala azan diseru.

    Seruan azan itu, pada yang percaya kewujudanNya, ayuhlah mengamalkan tarbiah bahawa semasa azan kita perlu menghormatinya, dengan memberhentikan apa saja aktiviti semasa azan dilaungkan. Ada dijelaskan bahawa seorang wanita bernama Zulaikaha pada suatu masa dahulu, akan mengarahkan semua kegiatan di barnya apabila azan dilaungkan. Mereka berdiam sejenak sebagai memberi laluan pada azan yang dikumandangkan. Hikmahnya apabila Zulaikah pemilik bar itu meninggal..dinyatakan bahawa dosa-dosanya diampunkan oleh Allah. Begitu pemurahnya Allah kepada hambanya yang membuat amal yang baik. Insyaallah sesungguhnya Allah itu tidak pernah berdusta. wallahualam.  


 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 13 November 2010

Apa yang ada kita syukuri dengan penuh keikhlasan & Semua itu atas izinNya.

Syukuran padaNya lulus penuh Nick Irfan
Mohd Ismat Afif anugerah PGM Gemilang 2010 juga
satu rahmatNya. Syukran
Nur Sahyirah Nasarudin murid tahun 3 Bijak juga
dinobatkan PGM gemilang membaca 2010
di SK. Penagatan, Keningau
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Tahun 2010 merupakan tahun yang bagaikan anak-anak ke medan perperangan yang maha besar. Ibarat demikian kedengarannya dan keadaannya kerana tiga anak-anak etuza menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dua anak etuza selamat menduduki exam UPSR dan PMR. Dan pada 11hb November 2010 baru-baru ini telah dikeluarkan keputusan UPSR sekolah rendah secara rasmi mengikut sekolah masing-masing. Bermakna saya telah ketahui keputusan anak kami dalam UPSR. Alhamdulillah dan syukur kepadaNya kerana Nick Irfan telah berjaya mendapat 2A dan 3B. Kalau inilah keputusannya saya kesyukuran kami panjatkan kepadaNya kerana inilah sahaja yang dia termampu. Keputusannya tidaklah sehebat abang dan kakak2nya tetapi kami tetap bersyukur kerana keputusannya ini di luar jangkaan, kerana Nick Punya kelemahan dalam penulisan. Syukur Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha besar dan memberikan keajaiban kepada kehidupan kami yakni manusia sejagat di bumi Mu ini.

PMR juga tidak lama lagi akan dikeluarkan dan diwartakan. Satu lagi yang ingin saya kongsikan bahawa pada tahun ini sekolah saya ada menjalankan satu program yang amat besar iaitu Program Galakan Membaca dengan menawarkan dua buah basikal sebagai hadiah utama kepada murid yang berjaya membuat pembacaan yang terbanyak dalam dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2. Untuk program ini, sejak febuari 2010 telah diwar-warkan di sekolah saya, baik saya sendiri, pihak pengerusi program dan guru-guru mata pelajaran atau tiap panitia juga telah mewar-warkan. Pada awal program ini kita tidak menjangkakan siapa yang akan memiliki basikal ini, siapa yang akan membuat pembacaan terbanyak dalam ratusan pelajar sekolah rendah di sekolah saya bertugas.

Namun akhirnya persoalan ini terjawab juga apabila putera etuza yang ke 4 Mohd Ismat Afif dan merupakan murid tahun 4 telah berjaya memenangi basikal berharga RM 210.00, sijil. beg sekolah dan buku dan alat tulis. Manakala pemenenag bagi basikal tahap 1 ialan adik Siti Nursahyirah Nasarudin murid tahun 3 bijak 2010. Adik Nur Syahirah juga turut dinobatkan sebagai calon penerima anugerah NILAM peringkat Daerah Keningau pada 16hb November 2010. Syabas dan tahniah.

Untuk kejayaan anak-anak etuza ini maka kepadaMu ya Allah ku panjatkan kesyukuran kerana memberikan kesempatan kepada anak-anak kami untuk merai kejayaan seumpama ini. Semoga kejayaan yang diperolehi akan menambahkan semangat juang nak-anak kami agar lebih matang berfikir dan sentiasa berfikiran positif. Apa yang ada kita syukuri dengan penuh keikhlasan, kerana semua itu adalah atas izin yangmaha kuasa. Syukran ya Allah.         

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 4 November 2010

Rasa tenang dan bahagia dengan amalan zikrullah.


السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Hidup yang ada makna adalah hidup yang diarahkan kepada jalan kebaikan dan amalan yang baik walau di manapun berada. Hidup yang tiada makna, yakni hanya sebagai penghuni maya alam ini dengan amal kejahatan yang merosakkan diri, agama, keluarga, masyarakat dan negara.Sedangkan tiap-tiap makhluk di dunia ini telah diciptakan oleh Allah dengan menjanjikannya pelbagai kebaikan dan fadilat kehidupan sejajar dengan janjiNya.

Satu amalan yang paling mudah dilaksanakan oleh kita yakni hambaNya ialah dengan amalan zikrullah yang bermakna mengingatiNya walau di mana berada. Kala jauh, kala dekat dengan keluraga, kala berada dalam kelam dan kala berada di ruang yang terang bercahaya. Ya hanya ingat padaNya lalu mengharapkan redhaNya, rahmatNya dan kasih sayangNya. Amalan zikrullah ini, jika dikuatkan dengan amal perbuatan yang nyata, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah pastinya akan ada cahaya iman dan ketaqwaan yang menyuluhi hidup kita. 

Amalan zikrullah itu mudah, senang dan amat dituntut olehNya, kerana amalan zikrullah itu ada kenikmatan yang luar biasa iaitu ketenangan dan kebahagiaan kepada siapa sahaja yang melakukannya. Siapa sahaja dengan tidak mengira kaum, kulit, warna rambut dan bahasa kita. Cuma kata zikurllah yang bermaksud mengingatiNya kala siang dan malam dengan sesungguh hati. Pada yang memahami amalan zikrullah ini, akan meyakini kata-kata ini,akan nampak hikmah dan fadilat hanya kerana amalan zikrullah kepada sang pencipta.

Zikrullah yang benar-benar dan ikhlas itu, akan nampak kebesaranNya, akan nampak kekuasanNya lalu akan lahir rasa takut melakukan dosa. Takut pada siksaNya di akhirat, tetapi mengharap keampunan dan keredahaanNya. Hamba Allah itu akan nampak betapa luar biasa dan hebat kuasaNya. Segala yang ada di dunia ini benarlah bahawa semuanya milikNya, maka apa sahaja dalam bentuk harta kekayaan bertimbun itu milikNya dan kita hanya meminjamkannya buat seketika. Zikrullahlah pada sepanjang masa selagi hidupmu bernadi, zikrullah lah dengan menyebut kalimah suci Allah iaitu zikrullah yang mengesakanNya, membenarkakn kekuasaanNya. Memohon rahmat berbentuk ketenangan dan menjauhkan bisikan syaitan laknatullah. Insyaallah akan ada cahaya kebenaran dan kita akan yakin bahawa Allah itu benar-benar menyayangi kita. Dengan zikrullah akan hilang rasa dendam, dengki, sombong dan bongkak serta khianat. Semua apa yang ada di jiwa akan tenang dan merasa akur bahawa kehidupan ini perlu diselusuri dengan sebaik-baiknya. Jangan di nodakan dengan tenda hitam yang merosak warna hati. 

Zikrullahlah padaNya..kerana pasti akan ada rasa kebahagiaan, ketenangan dan rasa kehambaan diri kepadaNya. Zikrullahlah padaNya mohon keselamatan, ampunan dan jauh dari bala, kerana kala jauh dan ke mana pun hanya yang ada pada kita ialah kalimah suci Allah, kalimah yang mengisi ruang hati, mengisi ruang sanubari agar kita selamat melayarkan kehidupan, kemudian pasti insyaallah kita akan selamat kembali kepangkuan keluarga, bersama sanak saudara, isteri dan anak-anak. Zikrullah padaNya kerana sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha melihat. 

Salam ukhuwa fillahi alaika.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini