Wednesday 8 February 2012

Salah Faham Tentang Perubatan Islam


Ramai yang menyangka perubatan islam tidak kena mengena dengan Hospital, ubatan-ubatan, farmasi atau apa-apa yang lebih mudah difahami alam moden kini.  Sebenarnya sakit memang datang dari Allah tetapi kesembuhan juga perlu dipohon agar Allah sembuhkan.
Istilah bomoh,dukun,pawang memang terkenal di alam melayu apabila pesakit tidak dapat atau tidak mempercayai perubatan moden.
Sebenarnya apa yang Nabi ajar kepada kita ialah menjaga kesihatan.  Bukan mempercayai tahyul atau perkara-perkara ghaib yang diluar pemikiran kita.
Tidak salah hendak berjumpa bomoh,dukun,pawang tetapi biarlah yang berubat itu tidak tersasar dari landasan Islam.
Berjumpa Doktor Perubatan pun boleh menjadi salah jika kita menganggap Doktor tersebut yang menyembuhkan tetapi tidak berjumpa langsung salah juga kerana kita memudaratkan diri sendiri.
Sesetengah penyakit sangat perlu kita kenal pasti melalui perubatan moden iaitu pengesahan oleh Pegawai-pegawai Perubatan bertauliah kerana kebanyakan orang kita mudah mempercayai kehebatan pengamal-pengamal perubatan yang menjelma bagaikan cendawan yang tumbuh sehinggakan menenggelamkan pengamal-pengamal perubatan yang memang mempunyai keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Pesanan dari saya, sahihkan penyakit anda terlebih dahulu sebelum berubat secara tradisional. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment