Wednesday, August 19, 2009

Majlis fatwa diminta ulas tuduhan Nik Aziz??

Petikan Akhbar Kosmo! Online

PUTRAJAYA - Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh UMNO tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.

"Saya dah cakap akan keluarlah fatwa-fatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.

"Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.

"Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus," katanya selepas melancarkan buku siri Evolusi Kepimpinan 1 karya Prof. Khairil Annas Jusoh di sini semalam.

Menurut Muhyiddin, sebagai seorang yang beriman dan faham tentang agama Islam adalah tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Pendapat Saya...

Apabila seorang ulama mengeluarkan kenyatan bahawa "tidak masuk syurga jika masuk umno", itu bukanlah satu fatwa yang mengharuskan atau menghalalkan satu cara. akan tetapi ia merupakan satu kenyataan berbentuk untuk memberi peringatan atau satu nasihat bahawa bersama suatu kumpulan yang menyimpang dari syariat Islam patut kita sebagai Muslim menjauhi kumpulan tersebut.

Muhyiddin yassin sepertinya menggunakan kenyataan Nik Aziz ini bagi mencemarkan keperibadian tok guru dan mempergunakannya untuk menjana modal kempen pilihanaraya di Permatang pasir. sejak akhir2 ini, muhyiddin terlalu banyak melakukan serangan kepada tok guru Nik Aziz. Dengan mempergunakan segala kata2 atau kenyataan yang dikeluarkan oleh tok guru yang mana, mungkin disalah erti atau tidak difahami maksudnya yang sebenar oleh pihak tertentu.

Rakyat malaysia amnya, mengetahui apakah bentuk perjuangan yang dibawa oleh umno. perjuangan yang hanya bersifat keduniaan, perjuangan membela nasib bangsa melayu tetapi meminggirkan ajaran dan fahaman atau agama orang melayu itu sendiri iaitu Islam. pemimpin umno sendiri menolak pegangan akidah yang dibawa oleh Islam. Shahrizat abd jalil sendiri sebagai contohnya menyokong tindakan SIS dalam aspek pemakaian tudung dikalangan muslimah yang mana ia dianggap menyekat kebebasan individu berpakaian.Tetapi tidak hairan lah, shahrizat juga tidak tau bertudung mengikut syariat Islam.

Berita hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno iaitu memisahkan agama dan politik tidak akan membawa ahlinya ke syurga.Dengan sebab itu, pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Diantaranya Mufti UMNO sendiri iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

Mengapa apabila Nik Aziz membuat kenyataan sebegini, Muhyiddin meminta para ulama dan pemikir Islam atau majlis fatwa untuk meneliti kenyataan ini. Mengapa tidak meminta majlis fatwa dan para ulama sekalian meneliti parti UMNO itu sendiri yang telah jauh dari Islam. Apabila timbul satu isu berkaitan agama maka mula ia mengatakan umno memperjuangkan agama , ini bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa umno masih bersama Islam. Ini semuanya retorik belaka.

Dalam situasi sekarang semua mengetahui bahawa pihak mana yang berjuang dalam mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam. Justeru itu, kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana2 pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat dan tidak menyalahi hukum agama.

wallahualam...

No comments:

Post a Comment