Wednesday, December 18, 2013

 8:35 PM   Anonymous   ,    2 comments


“Anta dah takde soalan untuk ana lagi ke?”

“InsyaAllah takde… Cukup itu untuk ana…”

“Kalau macam tu… Boleh ana pula yang tanya anta soalan? InsyaAllah tak banyak… Mana yang perlu je ana tanya…”

“Boleh, insyaAllah…”

“Kenapa Akh Shahrul belajar law?”

Fazkuruni azkurkum…
*********

“Sarah… Akak hairan la… Akh Shahrul tadi tu… Sikit sangat soalan dia… Kalau ikut pengalaman akak, inilah majlis ta’aruf yang paling sekejap pernah akak attend. Biasanya ikhwah yang melamar tu memang banyak soalan yang dia tanya… Macam Abang Nasriq kau ni ha… Dulu, kalau boleh sampai no ic akak pun dia nak tahu… Hehe… Banyak soalan dia.. Betulkan bang?”

Nasriq angkat kening. Sempat lagi zaujah dia mengungkit sejarah dulu.

“Patutnya saya kena tanya awak masa tu, awak ni memang banyak cakap eh lepas kahwin nanti? Haha”

Anis dan Sarah tertawa. Anis melanjutkan dengan memberi sikuan manja kepada suaminya yang sedang memandu. Kuat betul mengusik suami Anis. Sarah di tempat duduk belakang tersenyum melihat telatah sepasang suami isteri. Bahagia. Ahh… Kalau boleh, dia juga ingin begitu… Bahagia membina sebuah rumah tangga di atas jalan dakwah.

“Erm… Tapi takpelah… Walaupun ringkas ta’aruf tadi, tapi ana Nampak Sarah banyak tanya soalan tadi… Pelik kan? Patutnya lawyer yang banyak tanya, ini bakal doktor pulak yang buat soal siasat tadi”

“Kan bang? Kesian jugak saya tengok Akh Shahrul tu… Baru je balik kerja… Maybe belum betul-betul ready agaknya…”

“Mungkin… Tapi mimik muka akh tadi tu, nampak sangat tenang… Jawapan dia pun ringkas dan lancar…”

“Nama pun lawyer bang… Eh, Sarah… Akak dengan abang Nasriq awak ni tengah cakap pasal awak ni. Hehe. Nape diam je dari tadi? Sarah ok?”

Sarah berhenti mengelamun. Dibalasnya dengan senyuman.

“Sarah ok je kak… Cuma Sarah tengah fikirkan jawapan akh Shahrul tadi…”

Jawapan yang Shahrul berikan tadi memang memberi bekas yang mendalam. Dalam minda dan hatinya diulang-ulang ayat yang Shahrul sebutkan tadi. Ringkas tapi membekas.

“Saya rasa tertarik pada jawapan dia kak… Terasa sangat ikhlas statement dia tadi…”

Sarah melemparkan pandangan dia ke jalan raya. Hatinya masih memikirkan jawapan Shahrul. Anis mencuit bahu suaminya yang sedang memandu. Mereka tersenyum. Yakin bahawa Allah sedang memandu hati Shahrul dan Sarah. InsyaAllah, ada bahagia.

*********

“Kampung, akademik, umur, nama penuh, dengan perkerjaan? Itu je ke yang anta nak tahu?”

“Iye… Cukuplah tu…”

“Anta biar betul ni…”

“Ana serius ni… Tak bermain…”

Shahrul terus menunduk. Tak berani dia mengangkat muka menatap wajah Sarah yang berada di hadapannya. Ruang masjid KLCC hari ni terasa amat sejuk buat dirinya. Allahumma… Permudahkan… Pandu hati ini.

“Tapi akh… Ana sendiri rasa anta belum cukup bertanya ni… Soalan anta terlalu ringkas dan terus. Soalan-soalan anta semua, tanpa berta’aruf pun anta boleh dapat jawapan dia daripada orang lain…”

Geram hati Sarah. Geram melihat ketenangan Shahrul. Rasa seolah tak percaya. Takkan itu sahaja yang akh Shahrul nak tahu? Macam mana Shahrul nak membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengannnya kalau itu sahaja jawapan yang dia perlukan?

“Betul cakap anti tu… Jawapan kepada soalan-soalan ana ni, tanpa bersemuka dengan anti pun, ana boleh dapatkan jawapan dia. Tapi… Begitulah pandangan ana ye ukhti… Cukuplah ana tahu serba ringkas je tentang anti… Tak perlu lebih-lebih… Sebab ana takut, kalau ana tahu banyak nanti, takut ana terpikat dengan peribadi ataupun sifat istimewa yang anti ada. Bila dah terpikat nanti, ana takut Allah dah tak nak pandu hati ana lagi.. Ana serahkan semuanya buat Allah… Kalau anti memang jodoh ana, insyaAllah ana tak perlu tanya pape pun, pasti Allah akan terbitkan keyakinan tu jugak”

Terdiam Sarah mendengar jawapan Shahrul. Terubat geram dia. Hampir merah merona wajah Sarah. Jawapan Shahrul tadi tu teramat-amat biasa. Tiada pun kalimah yang kuat atau istimewa. Takde pun susunan ayat yang berbunga. Ringkas tapi membekas. Terasa amat dekat dengan hatinya.

*********

“Akak dengan abang Nasriq taknak singgah ke dalam dulu ke?”

“Takpelah Sarah… Akak nak balik cepat ni… Anak-anak kat rumah tu… Rasa rindu pulak. Lagipun abang Nasriq ada banyak kerja nak siapkan dekat rumah tu…”

“Kalau macam tu, takpelah kak… Jazakillah ye tolong drive saya semua tadi… Nanti kalau akak free ke, jemputlah datang rumah… Bawaklah sekali Afnan dengan Anas ye.. Lama dah saya tak peluk-peluk dua budak kecik comey tu…”

“InsyaAllah… Akak balik dulu ye… Jage diri tau Sarah… Take care…”

Dipeluk Sarah erat-erat. Anak usrahnya yang paling manja dan tegas pada masa yang sama. Terlalu rindu untuk berpisah, walhal setiap minggu pasti bertemu. Inilah penangan manisnya berukhuwwah kerana Allah.

“Jap kak Anis…”

Anis menoleh, baru sahaja dia hendak menutup pintu kereta.

“Ada apa ye Sarah? Takkan taknak kasi akak balik pulak? Hehe. Nanti kesian abang Nasriq kena drive balik sorang-sorang…”

“Haha… Bukanlah kak… Saya tamau kacau akak nak dating dengan abang Nasriq… Cumanya, boleh tak akak passkan saya nombor telefon  akh Shahrul tu… Nanti lepas saya dah buat keputusan, saya ingat nak text je dia nanti…”

“Laa… Camtu pulak… Bagitau je la dekat akak.. Nanti akak boleh je sampaikan jawapan awak dekat Shahrul tu..”

“Saya segan la kak… Segan dengan akak dengan abang Nasriq… Biarlah saya bagitau akh Shahrul tu dulu jawapan saya… Kemudian nanti saya terus update dengan kakak ye…”

“Erm… Kalau macam tu akak ok je… Tapi ingat pesan akak ni Sarah… Banyakkan berdoa. Banyakkan istikharah. Minta betul-betul supaya Allah yang pandu hati kita. Biar Allah yang tunjukkan jalan… Hati kita ni milik Allah… Kita mintalah supaya Dia jaga dan pandu hati kita dalam membuat keputusan ni… InsyaAllah Dia pasti mudahkan…”

Pandu hati? Tu lah jawapan Shahrul yang benar-benar membekas dalam jiwanya. Pandu hati… Allahumma… Engkau tetapkanlah yang terbaik untuk diri ini…

*********



Shahrul menarik nafas lega. Terduduk dia di atas kerusi empuk itu. Mulutnya tak berhenti-henti menyebut Alhamdulillah… Terasa segala penat dan usahanya berbalas. Malam-malam yang dikorbankan untuk membuat research dan bacaan lanjut untuk kesnya itu terbayar. Anak guamannnya terbukti tidak bersalah. Bukan mudah untuk menafikan pertuduhan yang dilemparkan pendakwaraya. Kliennya itu dituduh menggelapkan wang syarikat. Jatuh hukum dibawah jenayah ‘Criminal Breach of Trust’. Saat kliennya dating meminta bantuan, Shahrul agak keberatan. Dengan kes-kesnya semakin membukit. Terasa sukar untuk memenuhi permintaan.

Namun, diingatkan dirinya semula. Apa tujuan dia menjadi seorang peguam? Tak lain tak bukan, demi keadilan. Memastikan manusia tidak tertindas. Lalu Shahrul menerima kes tersebut dengan berlapang dada. Yakin bahawa jika kebenaran yang dibela, pasti Allah akan menyertai dalam usahanya. Melihatkan keadaan kliennya yang tidak terurus selepas dibuang kerja atas pertuduhan tersebut, Shahrul menerima kes tersebut tanpa sebarang bayaran. Percuma. Bahkan setiap kali bertemu untuk sesi guaman, pasti Shahrul tak lupa untuk bersedekah. Diberinya sedikit duit, mana yang termampu untuk kliennya menyara keluarga di rumah. Shahrul faham, bukan mudah untuk mereka yang dituduh melakukan jenayah untuk mendapatkan perkerjaan yang baru.

Akhirnya, selepas berbulan-bulan tekanan, research yang mendalam, pembicaraan berulang kali, terbukti kliennya tidak bersalah. Bahkan selepas siasatan yang terperinci dilakukan semula, terbukti ini semua kes penganiyaan. Adanya manusia yang busuk hati dan berhasad dengki. Tidak senang dengan kesenangan orang lain. Dalam kes ini, pesalah sebenar ialah pegawai atasan kliennya sendiri. Klien tersebut difitnah dengan terancang sebagai jalan keluar untuk pegawai atasan tersebut.

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Mana mungkin kudrat kecil yang ada pada Shahrul mampu menyelamatkan kliennya. Dia hanya berusaha, Allah yang membela. Bahkan ilham dalam usahanya sekalipun, itu semua bantuan daripada Allah.

Faidza ‘Azamta Fatawakkal ‘Alallah

Shahrul mengemas briefcasenya. Disusun segala dokumen hitam putih itu ke dalam begnya dengan kemas. Teratur. Tempat duduknya harus ditinggalkan. Mahkamah bakal memula proses pembicaraan untuk kes yang lain pula. Shahrul meninggalkan tempat duduknya, bersalaman dengan beberapa orang dalam perjalanan keluar daripada kamar mahkamah. Di luar pintu, kliennya sudah menunggu dengan rasa bersyukur yang tak terhingga. Klien tersebut memeluk Shahrul erat, ucapan terima kasih kepada dirinya tak pernah putus. Keluarga kliennya turut mengungkapkan rasa terima kasih atas bantuan dia. Dilihatnya anak-anak kliennya yang masih kecil, paling tua pun, mungkin baru di darjah dua. Tak terbayang Shahrul nasib keluarga ini andai fitnah terhadap kliennya tak berjaya dirungkai.

“Pakcik… Saya tak buat apa pun. Saya cuma bantu mana yang saya mampu je. Ini semua ketetapan Allah. Ujian kecil daripadaNya. Bukankah Dia dah janji? Untuk selalu menguji hamba-hambaNya yang soleh? Saya yakin sebab pak cik orang yang baik, banyak bersabar, tabah, maka Allah pun bantu pak cik untuk keluar daripada masalah ni. Bukan saya pun yang banyak bantu… Allah jugak yang tetapkan segalanya. Banyakkan berdoa kepadaNya ye? Jangan lupa erti syukur yang sedang kita nikmati ni ye?”

Shahrul berpesan-pesan. Mengingatkan semula tentang siapa sebenarnya yang memberi kemenangan dan siapa sebenarnya Yang Maha Membela.

Diteruskan langkahnya menuju ke kereta tercinta. Kereta itu, kuda dakwah untuk dirinya. Memudahkan segala urusan. Honda Accord yang dibeli dengan duit sendiri. Alhamdulillah atas kurniaan Illahi. Dihidupkan enjin kereta. Air cond keretanya menderu laju, menyejukkan tubuh yang berpeluh dihambat terik mentari.

Tenang. Damai seketika. Ditatapnya bangunan di hadapan. Tersergam megah Komplek Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Cukup besar. Di hadapannya pula, terbina indah Masjid Kuala Lumpur. Masjid itu bagai rumah keduanya. Selalu saat dimarahi hakim, tesekat dalam pembelaan kes, bahkan ketika diuji dalam perjuangan dakwah dan tarbiyyah, di situ menjadi tempat dia mengadu cinta pada Yang Maha Berkuasa. Direhatkan dirinya diam-diam dalam kereta.

Sudah 3 hari rasanya. Sudah 3 hari sejak selesai dia berta’aruf dengan Sarah. Shahrul jadi risau pula. Dia memang perasan benar. Waktu ta’aruf tersebut wajah Sarah nyata amat geram dengan soalan dirinya yang begitu ringkas dan bersahaja. Shahrul risau kalau-kalau jawapannya mengguris hati Sarah. Bila ditanya tentang jawapan Sarah kepada naqibnya, jawabnya Sarah sendiri yang akan menyampaikan jawapan dia nanti. Shahrul jadi kelam kabut bila dia tahu. Maknanya bila-bila masa sahaja jawapan daripada Sarah boleh muncul. Dia berharap waktu jawapan itu hadir, dia dalam keadaan yang bersedia. Bersedia untuk segala kemungkinan.

Dikeluarkan dompet dan telefon bimbitnya. Diletakkan di atas tempat duduk penumpang disebelahnya. Baru hendak memulakan perjalanan pulang balik ke pejabat, ada notification yang masuk. Dicapainya handphone tersebut. Ada mesej baru yang masuk. Nombor tak dikenali. Dibukanya mesej tersebut;

“Akh Shahrul, di jalan dakwah ini kita bernikah ye?”
-Sarah-

Ringkas tapi cukup membekas. Alhamdulillah. Fazkuruni azkurkum…

*********



Rumah Pak Cik Ahmad meriah sekali. Ramai sanak saudara berkumpul. Memang tak berhenti girang dan taw aria sejak daripada pagi tadi. Sehingga ke malam ini pun, masih terasa kebahagiaan dan kegembiraan siang tadi. Suatu kenduri yang cukup sederhana tapi tak terbias istimewa dan meriahnya. Rasa bahagia terpancar dari tiap sinar wajah di dalam rumah Pak Cik Ahmad.

“Ramai kan orang yang datang hari ni kan abah?”

“Haah… Abang kau tu kan banyak kawan dia… Dari yang tadika sampai ke university sampai la kawan-kawan kerja dia… Semua tu datang tadi…”

“Kawan Kak Sarah pun ramai jugak yang datang tadi bah… Banyak geng tudung labuh yang datang. Untung la abang Shahrul… Dapat isteri yang solehah…”

“Erm… Ye lah… Geng abang kau yang datang tadi pun banyak yang berkopiah semua…”

Pak Cik Ahmad berbual dengan anak bongsunya, Balqis. Siang tadi baru sahaja dianjurkan majlis pernikahan anak ketiganya. Mulanya dia terkejut juga bila Shahrul kata dia sudah bertemua jodoh. Hairan dengan kesempatan masa yang anak dia ada saat anaknya merupakan seorang yang workaholic. Entah bila masa pula Shahrul berkenalan dengan Sarah. Dia sendiri kurang pasti. Yang dia tahu, pilihan Shahrul memang terbaik. Solehah dan berkerjaya. Bahkan sangat menghormati orang tua. Moga Sarah jadi pelengkap hidup Shahrul.

“Erm… Mana je abang kau ye Qis? Abah tak nampak pun dia…”

“Ada dekat dapur tu bah… Dia tengah tolong Mak Lang basuh pinggan mangkuk…”

“Laa… Gitu pulak… Tolong panggilkan abang kau tu… Suruh dia berhenti buat kerja tu. Cakap dekat dia, abah suruh dia gi teman isteri dia tu. Kesian Sarah sorang-sorang…”

"Orait abah…”

Shahrul dihalau daripada dapur dengan manja. Semua sanak saudaranya menghalang dirinya daripada terus membantu. Menurut mereka Shahrul Raja Sehari. Tak perlu buat apa-apa kerja. Yang lebih utama buat Shahrul ialah untuk menemani isterinya.

“Dah kahwin kan? Takkan nak biarkan isteri awak tu sengsorang? Haha…”

Mak Lang mengusik. Shahrul menunduk malu. Mengiyakan dan bergerak ke kamar pengantin. Diketuknya pintu bilik itu perlahan-lahan. Diberikan salam. Tak berjawab. Hairan Shahrul. Takde orang kah? Setahu dia, isterinya dah berada dalam bilik tersebut. Allahumma… Terasa akward sangat untuk masuk ke bilik tersebut. Mereka berdua lansung tidak pernah berdua-duaan. Apa je perkara pertama yang nak diungkapkan kepada isterinya? Apa sahaja yang mereka nak bualkan pada malam pertama mereka? Allah… Makin banyak berfikir, semakin cemas dirinya rasa. Rasa macam nak lari terjun gaung saat itu jugak. InsyaAllah… Perkara yang sunat, doa malam pertama, itu yang perlu dia tunaikan terlebih dahulu.

Dikuaknya pintu bilik.

Shahrul tersenyum.

Sarah dah terlena. Dengan pakaikan perkahwinan yang masih belum ditanggalkan. Lengkap bertudung labuh. Bahkan di atas katilnya, Sarah tertidur keletihan sambil memeluk anak-anak buah mereka yang masih kecil. Sampai tiada tempat lagi di atas katil tersebut untuk dirinya. Shahrul tersenyum lagi…

“Comel betul perangai isteri aku ni… Haha.. Dah tidur rupanya..”

*********

Sarah jadi malu yang tak terhingga. Pintu biliknya diketuk perlahan-lahan. Terdengar suara suaminya memberi salam. Iya, suaminya. Sarah sendiri pun masih antara percaya dan tak percaya yang dia sudah bernikah. Bersuamikan seorang lawyer. Keyakinan dirinya terhadap peribadi Shahrul, bahkan jawapan Shahrul yang ringkas tapi membekas itu membuatkan dirinya menerima lamaran Shahrul. Tapi entah kenapa malu dirinya luar biasa. Masih belum mampu menatap mata suaminya. Belum boleh memegang erat tangan suaminya. Mujur majlis walimatul urus mereka sederhana. Tiada sesi bersanding. Maka akward moments bersama suaminya dapat dielakkan.

Sarah jadi teringat ketika mereka berdua duduk makan bersebelahan siang tadi. Geram hati Sarah bila Shahrul mengenggam erat tangannya di bawah meja. Tersembunyi daripada pandangan orang ramai. Merona merah mukanya. Dan Shahrul di sebelahnya buat muka selamba. Buat muka lawyer dia. Geram sangat. Tapi bukan geram yang marah. Geram manja terhadap suaminya. Shahrul berani. Sarah juga ingin berani. Shahrul dan dirinya sudah halal. Sudahpun diikat dengan sebuah hubungan yang suci. Sudahpun bergelar suami isteri. Sudahpun boleh untuk bermain cinta, bermanja mesra dan bermain rindu. Sarah juga ingin mengusik hati suaminya. Mahu melihat wajah suaminya merah merona. Tapi dia tidak nafikan, sepanjang Shahrul mengenggam erat tangannya, dia terasa amat bahagia. Itulah cinta pertama yang dia rasakan daripada Shahrul. Genggaman erat tangan mereka itu di bawah meja. Tersembunyi daripada pandangan manusia, tapi jelas bahagia di hati mereka berdua. 

Allahu… Beginikah bahagianya cinta bila berpandukan diriMu? Tapi entah kenapa, malam ni dia lansung tidak bersedia. Bagaimana nak berhadapan dengan suaminya kalau mukanya masih tak terpadam merah merona.

“Cepat Sarah… Fikir apa yang kau kena buat ni…”

Akhirnya, dalam keadaan terdesak dan malu yang teramat, jalan terbaik buat Sarah ialah untuk pura-pura tidur.  Dipeluknya anak buahnya, Mustafa dan Arif.

Hati Sarah berdebar-debar bila melihat kelibat suaminya memasuki bilik mereka. Allahu… Debaran itu tanda bahagia, malu itu tanda bahagia, bahkan bersembunyi daripada suaminya saat itupun dia merasakan amat bahagia. Inikah cinta? Baru beberapa bulan sebelum ni, dia masih belum boleh menerima hakikat untuk berkahwin dengan seorang lawyer. Sekarang ni sedang sebilik dengan suaminya, seorang lawyer civil. Masing-masing masih lagi dalam pakaian pernikahan mereka. Warna maroon jadi pilihan.

Sarah membuka mata. Cukup kecil untuk membuatkan Shahrul perasan yang dia masih berjaga namun cukup besar untuk Sarah memerhatikan suaminya. Lirikan anak matanya mengikut gelagat suaminya. Dilihatnya suaminya sedang memerhatikan dirinya yang sedang terlena.Terasa macam nak bangun sahaja. Nak memberitahu Shahrul bahawa dia masih berjaga. Tapi dia malu. Malu yang luar biasa.

Shahrul duduk di hujung katil. Ditariknya selimut untuk isterinya. Shahrul menatap wajah isterinya dalam-dalam.

“Cik Doktor, kalaulah awak masih lagi berjaga, saya ada banyak nak cerita dan saya pun nak dengar banyak cerita tentang awak. Nak bayar hutang ‘soalan sikit’ waktu ta’aruf  dulu…”

“Saya tak pernah berhenti ucap Alhamdulillah sejak awak terima lamaran saya dulu. Kalaulah awak tahu, betapa bersyukurnya saya saat ni…”

Shahrul bangkit. Lalu dibentangkan sehelai comforter nipis di atas lantai. Comforter nipis itu bakal jadi tempat tidurnya malam itu. Shahrul terfikir untuk menukar pakaian pernikahannya. Tapi bila dilihat semula isterinya yang sendiri tertidur dalam pakaian pernikahan, dia membatalkan niatnya. Terasa nak matching pakaian dengan isterinya. Shahrul baring. Bersedia untuk melelapkan mata. Membuat kesimpulan kepada hari pertama bergelar seorang suami. Sebelum tidur, Shahrul melafazkan sesuatu yang membuatkan Sarah tersenyum. Sambil berbaring di atas lantai bilik mereka, Shahrul melafazkan;

“Sarah,… Kalau awak masih berjaga, ingin saya lafazkan rasa sayang saya yang tak terhingga. Rasa cinta yang terungkap. Dan rasa bahagia yang tak terkata. Saya akan sayang awak sepertimana Nabi Ibrahim a.s mencintai Sarah. Sederhana tapi penuh makna. Moga Allah sentiasa memberkati kita. Memandu hati kita. Moga rasa bahagia kita, kekal abadi hingga ke syurga. Selamat malam bidadari kesayanganku…”

Dan Sarah dari atas katil mengaminkan lafaz suaminya. Tersenyum dalam bahagia. Mengharap pada Yang Esa, agar cinta yang baru mereka hendak bina, berjaya menggapai redhaNya. Sarah membisikkan perlahan-lahan doa buat suaminya;

“Selamat malam Imamku… Moga Allah pandu hatimu, moga Allah lindungi dirimu dan moga Allah kekalkan rasa bahagia ini”

Dan pada saat itu, dua insan dalam pelukan rasa bahagia, tidak berhenti mengungkap erti syukur pada Tuhan. Moga Allah memandu hati ini…


Fazkuruni Azkurkum…

Bersambung...




P/s : Maaf ambil masa yang agak lama untuk publish bahagian kedua. Baru selesai menyertai Cabaran Debat Muda di Universiti Teknologi Petronas

Moga Allah redha...

Wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

hmm malunya saya

Anonymous said...

assalamualaikum. andai undangundang itu benarbenar wujud, anta orang pertama yg akan meminang mu

Total Pageviews

Followers

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts