Bab 1: Kemahiran Komunikasi (A136635)


Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:perbuatan menghantar matklumatproses untuk bertukar-tukar maksudsupaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, contohnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan.
Kemahiran untuk berhubungan dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara.
Model-model Komunikasi
1. Model Komunikasi LinearProses komunikasi satu hala iaitu pengirim akan menghantar mesej kepada penerima. Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa sebarang maklum balas. Bising dan gangguan menjadi faktor salah faham dalam komunikasi.


2. Model Komunikasi InteraksionalProses komunikasi dua hala antara para peserta komunikasi. Para peserta komunikasi, pengirim dan penerima, kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima. Elemen penting dalam komunikasi ini ialah maklum balas.

3. Model Komunikasi TransaksionalMemberi penekanan kepada pengirim dan penerima mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi.  Kedua-dua pengirim dan penerima boleh menghantar, menerima mesej atau membuat kedua-duanya secara serentak. 

Kepentingan Kemahiran Komunikasi
1. Dari Segi KemasyarakatanMemahami konteks yang betul tentang budaya bangsa orang lain.Membantu kita memahami tingkah laku orang lain.Mengelak kita daripada membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihat secara lebih terperinci.
2. Dari Segi AkademikHubungan yang baik dengan pensyarah.Memudahkan mahasiswa membuat latihan industri, latihan amali atau menulis latihan ilmiah.Melatih mahasiswa bekerja secara berkumpulan.Melatih mahasiswa mendengar dan memahami orang lain serta menuntut mereka bersabar dengan perangai orang lain.
3. Dari Segi KerjayaBelajar menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik.Dapat merangka sebuah curiculum vitae yang menarik dan lengkap.Menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik semasa melamar pekerjaan.

Jenis-jenis Komunikasi
1. Komunikasi LisanPerkongsian idea atau luahan pendapat melalui kata-kata.Faktor-faktor:Perbendaharaan kataKelajuanIntonasiHumorSingkat dan jelas
2. Komunikasi Bukan VerbalPerkongsian perasaan yang ditunjukkan melalui pergerakan badan.Faktor-fa ktor:Ekspresi wajahPandangan mataSentuhanGaya tubuh dan gaya berjalanGerak isyaratProksemikArtifak
3. Komunikasi BertulisAktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik.Faktor-faktor:FaktaGayaLarasPengolahanBahasa


Bentuk-bentuk Komunikasi
1. Komunikasi IntrapersonalSecara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Individu membentang, meneliti, mentafsir, dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman. Berlaku dalam fikiran individu tersebut.
2. Komunikasi InterpersonalMelibatkan dua individu dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat.
3. Komunikasi BerkumpulanMelibatkan lebih daripada dua individu seperti kelompok kecil yang melibatkan sehingga 25 orang atau mungkin juga lebih. 
4. Komunikasi OrganisasiKelompok kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan yang lebih besar. Kebiasaannya lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang lebih besar dan protokol yang tertentu.
5. Komunikasi AwamMelibatkan komunikasi seorang komunitator dengan sejumlah besar pendengar atau dikhalayak ramai.
6. Komunikasi Silang BudayaMelibatkan individu daripada latar budaya yang berbeza.
7. Komunikasi Berasaskan TeknologiTeknologi menjadi perantara komunikasi seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya yang lebih mudah dan berpadanan dengan gaya hidup pantas masyarakat moden. 
Halangan-halangan dalam KomunikasiPersekitaranSikap penghantarSikap penerimaBahasaMaklumat kurang tepat dan jelasAspek Komunikasi BerkesanLatar belakang penghantar dan penerima maklumatMendengar dengan baik dan efektifBersikap positifUlasan
Kemahiran komunikasi adalah suatu aspek yang penting kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan menguasai kemahiran berkomunikasi. Namun begitu, terdapat pelbagai halangan dalam berkomunikasi. Halangan-halangan tersebut dapat dielakkan sekiranya pelajar menggunakan kaedah dan cara penyampaian yang betul semasa berkomunikasi seperti penggunaan lisan dan bahasa tubuh yang betul. Komunikasi yang berkesan memudahkan pelajar dan orang sekeliling untuk berhubung dan memahami antara satu sama lain. Komunikasi yang tidak berkesan pula boleh menimbulkan salah faham dalam perhubungan individu dengan orang lain. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi penting untuk memastikan hubungan yang baik antara pelajar dengan masyarakat sekeliling termasuklah ibu bapa, rakan-rakan, guru dan pensyarah, serta orang awam.

Sumber Rujukan

Modul Pembangunan Diri, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011.http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/kemahiran-asas-komunikasi.html
Published: 2011-12-19 Hit: 27 Laman Asal
Isabella Pertemuan Pertama bab 4
Oleh Maulana Mohammad Saeedterjemahan Abdullah HussainTidak lama sesudah Isabella meninggalkan tempat itu, Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawan mereka yang lain berpisah untuk pulang ke .. ..
Hadis Pertama Bab Setiap Amal Menurut Niat
عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَل& .. ..
Nota Bab 1 Pengenalan Kepada Ekonomi
 1. Pengertian Ekonomi Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tid .. ..
Aktiviti 10: Tugasan 1: buku
} Berdasarkan buku yang anda baca } Bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan.} Bentang 2 kumpulan dan laporkan dalam blog .. ..
Kursus Sijil Bahasa Arab Dan Komunikasi Di Usim
Kursus ini direka untuk memperkenalkan bahasa Arab secara amnya kepada para pelajar serta memahami dan menguasai sistem makhraj dengan baik. Ia juga diharap dapat membantu pelajar dalam pendengaran .. ..