Tuesday 9 September 2014

Pra Kursus Kahwin: we did it !!! yeayyy


Langkah pertama hasrat untuk "membina masjid" ialah menuju ke pusat kursus kahwin. Zaman sekarang ni prosedur sudah mewajibkan untuk hadir dan meyertai kursus kahwin supaya anda sendiri atau dengan pasangan diberi kesedaran tentang alam perkahwinan. Tapi saya nasihatkan buat kursus dekat tempat yang anda nak bernikah kerana setiap negeri lain prosedur. Kalau ada kemusykilan boleh bertanya terus dekat facilitator tempat kursus kahwin tersebut dan boleh dapat jawapan right away or dalam bahasa kak limah cenggitu j. Make sure tempat kursus kahwin anda semua ada pengiktirafan Jabatan Agama Islam Negeri, ok? Macam saya duduk dekat Selangor tapi ambik kursus kahwin dekat Kuala Lumpur/Wilayah Persekutuan...so saya jadi macam pening2 sikit tapi saya terus direct cari dekat website Jabatan Agama Negeri Selangor. Dekat situ memang banyak info lengkap prosedur kahwin, borang-borang dan dokumen sokongan yang diperlukan. Bagi yang duduk dekat negeri Selangor boleh tengok link website Jabatan Agama Negeri Selangor yang saya akan sediakan dibawah sekali. Untuk dapatkan borang-borang perkahwinan, pemastautin dan lain-lain ada perlu daftar masuk dahulu kemudian baru dapat download dan print borang-borang tersebut. Setelah berjaya mengharungi proses kursus kahwin, dalam tempoh seminggu dapatlah sijil kursus yang dinantikan....hehe! Maaf sy buat doodles sikit nk bagi nampak happening sebab terlebih excited! (>.<) Sekian saja entry kali ni..tata!

P/S: Berjaya satu proses....one step closer!

No comments:

Post a Comment