BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 7, 2011

Din. Kau buat aku jatuh cinta pada watak kau!



Tajuk buku: Jaja & Din

Penulis: Noor Suraya

Harga: RM20

Halaman: 482 m/s

Penerbit: Jemari Seni Publishing

Sinopsis (ambil dari cover belakang buku):


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih jawapan C.

Implikasinya:
Abah: Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu ni!
Mama: Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?

HA! APA MACAM BEST TAK SINOPSIS NOVEL NIE! HEE. UTK PENGETAHUAN SEMUA INI ADALAH NOVEL PERTAMA NOOR SURAYA YANG AKU BACA :)..... MULA2 AK JUST PINJAM DR KWAN PASTU SEBAB TERLALU SUKA NOVEL NIE. AK KIRIM KAT KAWAN AK. KEBETULAN DIA PEGI PESTA BUKU ANTARABANGSA KAT KL HARI TU.. MELOMPAT-LOMPAT AK DIA KOL CAKAP NOVEL TU AD JUAL KAT SANA.. :)

novel jaja n din nie buat ak jatuh cinta pada watak DIN. serius ak cakap. ak slalo doa dalam solat semoga dipertemukan lelaki seperti DIN.ak suka watak DIN, tahniah kepada Noor Suraya sebab dpt wujudkan watak DIN yang ak rasakan betul2 hidup dalam novel nie. :) Nie antara part2 dalam novel JAJA & DIN yang paling aku suka.
...Din?
Din sajakah? Atau Din apa? Shamsiruddin, Shaharuddin, Shiffuddin, Shanazzuddin, Isllahuddin? Habis senarai anak-anak lelaki arwah Makcik Syikin, dia sebut. Atau nama dia Mydin?
Isy, ada ke Mydin... tak glamor langsung nama tu untuk orang sekacak dia. Kalau Nini tahu aku jatuh hati pada orang namanya Mydin, tentu dia ketawa tak cukup mulut! Yalah, Mydin tu nama supermarket! Maidin tu nama pelawak zaman dulu-dulu yang Kak Bedah suka. Kak Bedah?

******

"Din, syaitan suka sembunyi dalam bilik air kan?"
"Jadi?" kata Din selepas habis menjawab azan, dan membaca doa untukmengaminkannya.
"Jaja takut masuk bilik air waktu ini. Kena teman!"
"Baca doa masuk tandas!"
"Jaja tak hafal! Tak ingat dah!"
Isteri aku ni la. Dengan lembut Din menarik tangan Jaja. Memanglah kena bacakan cerita Atikah binti Zaid dengan Abdullah anak kepada Saiyidina Abu Bakar ash-Siddiq malam ni!

******

...Justeru, tip nombor satu untuk menjadi isteri yang disayangi Din, Jaja mesti belajar sedikit politik dunia Islam dan sejarah semula. Jaja tidak mahu malu, apabila Din bercakap tentang Taman Babylon, Jaja bercakap tentang Botanical Garden pula. Jangan pula Din bercakap fasal Salahuddin al-Ayubi, Jaja bercakap fasal Jalaluddin Hassan.

******

..Burhanuddin mengeluarkan sepasang anting-anting emas yang panjangnya satu setengah inci, dan di hujung bawahnya ada sekuntum bunga dengan lima kelopak kecil warna biru nilam. Biar Jaja sentiasa ingat, Rukun Islam itu lima perkara.

Jaja sudah cemas dan berdebar. Seronoknya! Cantik sangat!

Alah, Jaja tu kalau Din bagi batu jalan buat subang pun dia cantik.

Betul cantik sangat!!! Kau orang yang iri!

******


superrrrbbbb!!!!! JAJA & DIN memang terbaik. Walaupun novelnye tak tebal mana tapi pendekatan cerita dalam novel nie buat ak terbawa-bawa dalam mimpi. Aku suka watak Jaja, begitu juga ak suka watak Din... Novel nie bukan percintaan semata-mata. tapi lebih ke arah pendekatan Islamik, berani ak kata kat sini.. tak rugi kepada sesiapa yang memiliki novel nie dan membacanya,!!!!! untuk novel nie ak tak bagi bintang.. sebab novel nie tak perlu dinilai dengan bintang. sebab novel JAJA & DIN memang best!!!!!! :)))

4 comments:

  1. ait? pilot mcm na? ;) tettttt!

    ReplyDelete
  2. ngeee...~~mok...nak pinjam leh x??nak baca gak....cm best jer...

    ReplyDelete
  3. ha3..ak cam teruje je yah..lepas liza???ha3...

    ReplyDelete
  4. hee. pilot? oh no! Dinn.. hee
    ok2. no hal balik nie saya bawak mai novel nie. hee.. tak rugi siapa yg baca1 serious

    ReplyDelete