BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 17, 2011

sebuah artikel yang sangat menarik dan penuh dengan isi-isi yang bermakna



ARTIKEL DARI BLOG: AZZARIYAT.COM)(Anda digalakkan untuk berkongsi artikel Azzariyat di blog anda,sebarkanlah Islam ke setiap penjuru dunia.Arigatou ne ^^)

WAHAI LELAKI, APA YANG KAMU DAPAT SEBENARNYA ??


Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Sekarang teknologi sudah moden. Orang ramai bebas menyuarakan pendapat  mereka tidak kira pendapat dari sudut mana sekalipun melalui blog dan sebagainya. Ada yang suka mengulas tentang gossip artis, ada yang suka mengulas tentang politik tapi apa yang membanggakan, ramai yang lebih selesa berkongsi tentang Islam dewasa ini. Tidak dinafikan, blog berunsur Islamik bertambah dari masa ke masa ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Bukan saja blog Iluvislam, Saifulislam, langitilahi dan azzariyat sendiri contohnya, banyak sekali perkongsian tentang islam. Dan dari situ, semakin ramai orang yang menyedari dan memahami tentang tuntutan Islam dalam kehidupan manusia. Ramai yang sudah menyedari tentang kewajipan berdakwah, ramai yang sudah  menyedari tentang cinta sebenar. Dulu heboh diperkatakan, diperdebatkan tentang haramnya bercouple sehingga mencetus pertikaman lidah antara rakan. Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak kira lelaki atau wanita, sudah semakin menyedari tentang hakikat cinta dan bagaimana manisnya cinta jika ia dirasakan dengan cara yang halal.
Kini timbul pula kisah ‘pancing memancing’. Lelaki seakan-akan bangga, malah sangat bangga menceritakan bagaimana kehebatan mereka ‘memancing’ wanita kemudian lepas. Mungkin mereka nampak hebat apabila mampu buat begitu. Artikel kali ini saya tuju buat semua tapi khas buat kaum adam. Saya tuju untuk lelaki yang biasa-biasa, malah lebih khas lagi saya tuju kepada lelaki yang sangat taat pada agama, lelaki yang solat berjemaah di awal waktu, lelaki yang selalu bangkit solat malam, lelaki yang ayat-ayat al-quran selalu menari-nari meniti bibir, lelaki yang merasakan dia sudah cukup taat pada Allah tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pernah terfikir dia sudah menyakiti hati makhluk Allah yang lain iaitu wanita. Saya berdoa supaya setiap ayat yang saya tulis dalam article kali ini direhai Allah dan semoga emosi tidak mengatasi niat untuk berkongsi.
Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian
Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?
Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu
Tapi wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas
Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan
Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain
Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?
Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya
“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita
Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah  terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan.  Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti.
“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,
tampan lelaki kerana kejernihan wajah.
Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.
Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.
Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh.”
Wahai lelaki, dengar lagu ini. Supaya kamu lebih kenal siapa wanita sebenarnya, dari mana wanita dicipta. Bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjung tapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati supaya mereka dilindung.


No comments:

Post a Comment