Glitter graphic.com

Sunday 24 March 2013

Jangan Izinkan aku jatuh cinta andai masa nye belum tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku mohon  agar kau tunjukkan jalan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Dan kau jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak memberi manfaat dan engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku untuk menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut Pada-Mu,
Jadikanlah aku mencintainya kerana agama yang ada pada dirinya,
Andai hilang agama yang ada pada dirinya,
Maka hilangkanlah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak akan buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku ,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama yang ada pada diri nya dan juga diriku,
Supaya cintanya padamu lebih daripada cintanya pada diriku,
Kerana dari situlah lahirnya rahmah dan mawaddah dalam  rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya dan saatnya
Engkau selamatkan kami dari
Jarak dan juga pemisah,
Agar kami tidak mengundang Kemurka-Mu,
Agar kami dapat menjaga hati,

Ya Allah,
Andai dia bukan jodoh untuk ku,
Maka berilah penganti yang lebih baik buat dirinya,
Agar dia mampu memimpin insan yang dicintai hingga ke syurga-Mu,
dan bantulah aku  untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen .. =")

No comments:

Post a Comment