Selasa, 8 Jun 2010

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH RANCANGAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN 4

Tarikh : 16 Februari 2009
Masa : 60 minit
Tahun : 4 Melur
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kebersihan
Tajuk : Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada
teks.
Aras 2
i. Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan
daripada pelbagai bahan bacaan.
Fokus Sampingan:
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam
sesebuah karya.
Aras 2
i. Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik dalam
bahan yang ditonton atau dibaca.

Objektif :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1. menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga isi penting dan tiga isi sampingan yang terdapat dalam petikan yang dibaca;
2. menyatakan sekurang-kurangnya tiga cara menjaga kesihatan diri menggunakan ayat yang gramatis;
3. menyatakan sekurang-kurangnya tiga pendapat tentang akibat tidak menjaga kesihatan diri.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa: 1. Kata berimbuhan
Pengisian Kurikulum:
Ilmu - Moral / Agama / PJK
Nilai - Menjaga kebersihan
Berdisiplin
Kemahiran Bernilai Tambah:
- Pembelajaran Konstruktivisme
- Kecerdasan Pelbagai
- Belajar Cara Belajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan