Sabtu, 10 Mac 2012

ALTANTUYA...IA DIBUNUH..MASIH MISTERI..DOA ORANG KAFIR DIZALIMI PUN ALLAH MAKBULKAN...TAKUT ADA JUGA ORANG BERDOA UNTUKNYA...SUPAYA PEMBUNUH SEBENAR AKAN DITUNJUK OLEH ALLAH...AGAR PERLAKU ITU TAHU ALLAH MAHA BERKUASA...BARU TAHU LANGIT INI TINGGI ATAU RENDAH...

Lagi aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.

Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.

NONE"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika d this morning. saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan untuk melancarkankempen jom 100 untuk mencapai 100 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya umum nanti.
Maria menganggap larangan ke atasnya itu sebagai satu percubaan untuk menghalang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Sarawak bagi memantau pilihan raya umum ke-13.

"Jika kerajaan negeri tidak menyembunyikan apa-apa, mengapa larang anggota kami?" soalnya, sambil menambah ianya juga melanggar haknya untuk berpesatuan.

April tahun lalu, pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandunya, Whong Chin Huat serta bekas ahli jawatankuasa tersebut, Harris Ibrahim juga dilarang memasuki Sarawak.
1Care: Liow mesti fahami kebimbangan rakyat
PKR mengalu-alukan kenyataan terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan masih lagi jauh daripada memuktamadkan model bagi sistem 1Care.
"Liow mesti memahami kebimbangan rakyat memandangkan kepentingan sektor kesihatan dan rekod buruk BN dalam memperkenalkan reformasi secara telus dan berwibawa," tegas  Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami berharap Liow dapat menjelaskan proses perundingan berada pada tahap mana. Kerajaan mestilah mendengar input rakyat, bukan menjadikan proses perundingan ini sebagai satu gimik semata-mata sebagaimana Model Ekonomi Baru yang diwarwarkan perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azizah berkata apa yang membimbangkan PKR ialah sama ada jaminan Liow ini bermakna "apabila kita melihat isu terbaru kes Lynas".

"Selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sisa radioaktif daripada Lynas adalah selamat untuk disimpan di Gebeng, Pahang, Liow kemudian mengumumkan bahawa sisa tersebut mesti dihantar ke Australia.

"Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, PM mengumumkan bahawa sisa tersebut akan disimpan di lokasi jauh dari penempatan (tetapi turut menarik balik tawaran menghantarnya pulang ke Australia)," tegasnya lagi.

Beliau berkata, sebagaimana dalam kenyataannya sebelum ini, PKR mengambil maklum bahawa perbelanjaan kerajaan pada kadar 2.2 peratus sebagai peratusan kepada KDNK Malaysia pada 2008 masih lagi rendah berbanding kadar cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 5 hingga 6 peratus.

"WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

"Justeru, peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk sektor kesihatan berserta sebuah sistem yang lebih telus dan cekap akan memberi kesan positif yang besar terhadap sektor kesihatan negara tanpa perlunya 1Care," tambahnya.

"Kami turut menghargai persoalan yang dibangkitkan Institute of Democratic and Economic Affairs (IDEAS) tentang cadangan Pakatan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang dibentangkan di dalam Buku Jingga," katanya sambil menambah PKR menyokong penubuhan suruhanjaya bebas bagi memastikan kesihatan, sebagai satu hak rakyat yang asas dipelihara secukupnya.

"Sebagaimana disebut di dalam kenyataan awal saya juga, falsafah kami bahawa kesihatan merupakan hak asasi bukan bermakna kami menentang sektor swasta, yang telah memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada kesihatan negara hari ini.

"Namun kami mahukan jurang yang wujud hari ini dikurangkan agar kemudahan kesihatan bermutu dapat dirasai semua rakyat Malaysia," tegas Wan Azizah lagi.
PMO: Majlis bertunang anak PM bukan dibiayai k'jaan
Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevMenurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.

Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.

Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.
PKR dakwa PMO biaya majlis bertunang anak PM
PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.
Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevRafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Jumlah itu mungkin hanya RM409,767 namun ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi," kata Rafizi.
Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.
Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.
PMO bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan petang ini.
"Bil pertunangan anak PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri seperti didakwa sesetengah pihak," menurut satu kenyataan daripada pejabat itu di laman Twitter.
Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

NONENik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

NONE"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan," katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu.
Pua dakwa pengarah NFC terbabit ubah wang haram
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mendakwa seorang pengarah syarikat National Feedlot Corporation terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram di Singapura.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Pua mendakwa kegiatan itu dilakukan untuk mengubah RM250 juta daripada dana pinjaman mudah kerajaan.

NONEPua mendakwa salah seorang pengarah syarikat NFC itu, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, telah menjual satu syarikat yang didaftarkan di Singapura kepada satu syarikat di British Virgin Islands.

Pemilik saham syarikat di British Virgin Islands itu tidak dapat dikesan, dakwa Pua lagi.

Sebelum ini, Pua menimbulkan dakwaan bahawa dana daripada pinjaman mudah NFC itu telah dipindahkan ke syarikat persendirian yang bukan merupakan anak syarikat NFC.

Pua mendakwa sejumlah hampir RM81.4 juta telah dipindahkan ke syarikat milik pengarah NFC tersebut.

Syarikat yang kelihatan tidak aktif itu juga tidak menghantar apa-apa akaun yang telah diaudit sejak 2007, dakwa Pua.
Wan Shahinur Izran (kanan) merupakan anak kepada menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pua mendakwa bahawa syarikat yang dinamakan Straits Beverages Pte Ltd itu ditubuhkan pada 16 Mac 2010 dan Wan Shahinur Izran merupakan pemegang saham tunggal syarikat tersebut sehingga 15 Julai 2011.

Beliau mendedahkan perkara itu melalui dokumen yang diperolehinya melalui badan pengawal selia syarikat dan akauntan awam Singapura
Bekas polis kanan gesa siasat semula kes Altantuya
Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia Antantuya Shaariibuu kerana khuatir terdapat "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes tersebut.

abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 leadMalah, tegasnya, polis juga berkuasa untuk menjalankan siasatan berasingan dalam kes tersebut tanpa perlu menerima arahan mahupun menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau mendakwa terdapat "banyak perkara tidak kena, penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

Dua lagi tertuduh dalam kes berkenaan, Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata polis mempunya kuasa dan juga justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka sedaya upaya untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul
Gani Patail pun tidak boleh (halang). Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

NONE“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi dalam kenyataan kerasnya hari ini.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dijatuhi hukuman itu.

Tiada ulasan: