Ahad, 8 Julai 2012

ADAKAH KITA BIMBANG ISLAM TERTEGAK DI MALAYSIA...KITA DAPAT RAHMAT....BUKAN SAHAJA ORANG ISLAM ...SAJA TAPI NON MUSLIM JUGA DAPAT KEMAKMURAN BERSAMA...YANG TAK MAHU TERTEGAK SYIAR ISLAM ADALAH IBLIS@SYAITAN SERTA MUSUH2 ISLAM....

PAS mahu bina sebuah masjid di Keningau pula

Harakahdaily, 08 Jul 2012

(Tuan Ibrahim dan rombongan melihat tapak Masjid yang hendak dibina di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau)

KENINGAU: Selepas berjaya membina sebuah surau untuk sebuah pulau di Sandakan, misi dakwah PAS dikembangkan ke Keningau pula.

Kali ini, PAS melalui Lajnah Penerangannya, mahu membina sebuah masjid  di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah.

Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama rombongannya melihat tapak masjid itu bersama Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman.

Sebelum ini, melalui sumbangan orang ramai, PAS berjaya membina sebuah surau di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari Sandakan.

Surau yang menelan belanja RM60,000 itu satu-satu surau yang berada di pulau itu walaupun banyak rumah PPRT yang dibina oleh kerajaan BN.

Kini, PAS sedang berusaha untuk membina sebuah masjid di kawasan pendalaman pula.

"Di kampung ini, masyarakatnya bercampur antara Islam dan Kristian. Mereka hidup dengan aman kerana mereka bersaudara mara antara satu sama lain.

"Namun yang menjadi masalahnya tiada surau di sini sedangkan ada dua buah gereja di kampung ini," kata Hishamudin, Ketua Penerangan PAS Sabah yang tinggal di Keningau.

(Menyumbangkan bola sepak untuk anak muda)

Kampung Batu Luguyan terletak di bawah DUN Sook dan kawasan Parlimen Pensiangan. Kedua-dua wakil rakyat kawasan ini dari PBRS dan beragama Kristian iaitu Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Allaron Angin (Adun Sook).

Dalam ekpedisinya ke Keningau kali ini, Tuan Ibrahim turut melawat sekolah dan bertemu dengan penduduk tempatan.

Semasa meninjau Sekolah kebangsaan Tuarid Taud, Keningau yang terletak 5 km dari pusat pekan Keningau, kedaifan sekolah tersebut jelas kelihatan.

Pondok pengawal yang usang dan ada sebahagian pelajarnya bawah khemah sejak satu tahun lalu.

Ada juga kelas sementara yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif PIBG sekolah itu. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belajar di bawah khemah.

Beliau juga meninjau bangunan baru yang saisnya 20 x 20 kaki yang akan menempatkan pelajar serai 30 orang satu kelas.

Ia sudah siap tetapi letrik belum disambung walau telah berbulan siap.

(Belajar di bawah khemah sejak lebih setahun lalu)


"Apakah benar kelas sekecil ini ni  bernilai 170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan Ibrahim.

Rombongan Tuan Ibrahim  juga sempat bertemu dengan anak muda di Keningai. Beliau dan rombongan di sambut meriah di situ.

Sebagai tanda mata beliau sempat menghadiahkan bola sepak untuk kegunaan mereka.

Kunjungan beliau ke kampung-kampung Melayu juga mendapat sambutan yang meriah dari mereka.

Beliau diberikan kepercayaan untuk bertahnik tiga orang bayi di kampung itu.

Gambar terbaik sepanjang minggu lalu paling popular

Harakahdaily, 08 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Dengan mendapat  18799 hits dari rakan-rakan Facebook Harakahdaily,  laporan bertajuk  Gambar terpanas tiada dalam akhbar, TV yang memaparkan gambar-gambar terbaik minggu lalu telah menjadi laporan paling panas dalam Harakahdaily sepanjang minggu lalu.

Laporan ini memaparkan gambar Datuk Seri Anwar makan santai di majlis kenduri ala kampong (gambar), gambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz berceramah di Johor, perarakan anak muda di Terengganu dan wajah-wajah baru ahli PAS.

Kisah remaja yang tidak mahu dating lagi melalui laporan Laa .. ingatkan sebab ada kesedaran, rupa-rupanya ....mendapat tempat kedua di kalangan pembaca Facebook Harakahdaily.

Ia berupa laporan bergambar tentang sikap remaja kita yang tidak mahu berdating lagi bukan kerana kesedaran tetapi sijantan hanya ada motor…mana ada kelas.

Berikut adalah 15 laporan paling hangat Harakahdaily sepanjang minggu lepas.


1)      Gambar terpanas tiada dalam akhbar, TV

2)      Laa .. ingatkan sebab ada kesedaran, rupa-rupanya ....

3)      Majlis PAS tiada kehadiran, pencacai Umno kantoi...

4)      Anak muda tolak PAS dakap Umno??? (Gambar)

5)      Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda

6)      Dompet Tok Guru Hanya Sampul Surat

7)      [BERGAMBAR] Fitnah UMNO BN Makan Diri, PAS Terus Diterima Masyarakat Bukan Islam

8)      Surirumah dipenjara kerana bunuh perogol?

9)      Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari

10)   Mohon PAS henti Himpunan Hijau, alasan Najib lengah bubar parlimen

11)   Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz

12)   Susupan pagi: Pencerap hantu ditangkap polis

13)   Soi Lek kata hilang akal, Najib kena bela Ayub

14)   Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM

15)   Blogger pro-Umno terus serang NST

Siasat penyelewengan bukan ugut pemberi maklum

Harakahdaily, 08 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pendedahan Rafizi tentang skandal campurtangan Perdana Menteri dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent perlu disiasat bukan diugut dengan OSA.


(Rafizi dengan segala maklumatnya mengenai LRT Ampang)

Ekoran itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan, apakah OSA ini untuk lindung skandal pemimpin dan menutup  bangkai gajah dengan tudung saji.

"Pelik bin ajaib pendedahan untuk kepentingan rakyat salah, yang diminta ialah siasat bukan diugut dengan OSA," kata Idris dalam satu kenyataannya.

Baru-baru ini, polis memulakan siasatan ke atas Rafizi ekoran pendedakan beliau tentang kontrak yang di syarikat yang diterajui George Kent untuk membina LRT Ampang.

Berdasarkan dokumen itu, Rafizi mendakwa, penyelewengan berlaku dalam pemilihan kontraktor dan penganugerahan tender itu.

Ekoran itu, pihak berkuasa bukannya menyiasat penyelewengan itu tetapi polis menyiasat Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Rakyat menjadi keliru apabila buat tuduhan dikatakan fitnah jika tidak ada bukti, apabila bawa bukti disabitkan OSA," dakwa Idris.

Beliau bertanya, apakah pendedahan Rafizi merbahaya kepada keselamatan negara?.

"Jika ini berlaku memang tepatlah transformasi Najib, tidak berisi," kaya Idris (gambar) lagi.

Beliau memberikan jaminan, insya Allah PR akan membuang akta-akta yang cuba melindungi pengkhianat amanah rakyat.

Pemimpin yang kianat tidak boleh disimpan lama kerana ia akan membawa kebinasaan kepada negara dan rakyat, katanya lagi.

Tahniah Red Warrior - Nik Aziz

Muhammad Faizal, 08 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warrior' kerana berjaya mempertahankan kejuaraan juara Liga Super untuk kali kedua.

Beliau yang melahirkan ucapan tahniah itu melalui laman sosialnya 'facebook' turut bangga dengan kemenangan besar pasukan Kelantan ketika menentang Perak malam tadi.

"Tahniah saya rakamkan kepada pasukan The Red Warriors yang telah disahkan sebagai juara Piala Liga Super 2012 sebentar tadi setelah menewaskan pasukan Perak dengan kemenangan yang besar.... Tahniah!" jelasnya melalui laman sosial itu sebaik sahaja Kelantan menang ke atas Perak.

Sebelum itu Kelantan yang sebelum ini pada tahun 2011 telah dinobatkan sebagai juara liga super untuk kali pertama dan pada tahun 2012 Kelantan telah berjaya mempertahankan apabila menewaskan Perak dengan jaringan 6-0 di Kota Bharu malam tadi.

Kelantan yang sebelum ini telah membawa balik Piala FA dan dengan kemenangan kali ini piala kedua Juara Liga Super turut berada di Negeri Kelantan.

Pasukan Kelantan akan meneruskan cabaran memburu juara Piala Malaysia dan juga Juara Piala AFC.

Durian runtuh sebelum FGVH, apa kaitan sokongan?

Salmiyah Harun, 08 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar memperli para peneroka Felda yang mengambil durian runtuh kerana habuan yang diberikan itu tidak tahu dari mana puncanya.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat,  Razman Zakaria (gambar), pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 diberikan kepada peneroka sebelum penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia berlaku.

Oleh yang demikian, katanya semua peneroka berhak mendapat durian runtuh itu tidak kira sama ada mereka yang menentang penyenaraian FGVH atau mereka yang menyokong.

"Duit durian runtuh adalah duit lain, yang kita tidak tahu dari mana datangnya duit itu, jadi semua peneroka berhak dapat duit itu. Tidak perlulah sampai hendak perli memperli peneroka pula!" katanya.

Malam tadi Najib terus-terusan mempertikaikan sikap sesetengah peneroka yang menentang penyenaraian FGVH tetapi mengambil bayaran RM5,000 dari Felda.

Najib berkata demikian ketika melancarkan Hari Peneroka di hadapan bangunan baru Felda di Bukit Bintang.

Razman berkata, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau tidak patut berkata sedemikian kepada rakyatnya.

"Keadaan ini, sama juga dalam pemberian BR1M, di mana Najib tidak boleh mempertikaikan siapa yang mendapatnya sama ada rakyat itu penyokong pembangkang atau kerajaan. Rakyat ada hak.

"Kenapa dalam pemberian durian runtuh Perdana Menteri tidak boleh bersikap seperti pemberian BRIM?" tegas beliau kepada Harakahdaily.

Tambah Razman, sepatutnya peneroka yang wajar menempelak Najib  kerana memberi saham sehingga 180,000 unit kepada Tan Sri Isa Samad yang tidak sampai setahun menyertai Felda.

Sebelum ini, Najib Tun Razak memaki hamun peneroka dengan mengatakan mereka haramjadah.

Semalam dalam lawatannya ke Felda Chini, para peneroka pula diperli-perli dengan mengatakan mereka 'muka tak malu' kerana mengambil durian runtuh kononya hasil daripada penyenaraian.

8 Mei lalu, Najib mengumumkan pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 di mana peneroka, isteri peneroka dan anak masing-masing mendapat RM5,000. Namun FGVH disenaraikan di bursa saham pada 28 Jun lalu.

Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis

Harakahdaily, 08 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Isteri mangsa ISA, Nunurheni Onim (gambar kiri) membuat laporan polis ekoran tindakan polis Bukit Aman yang mengugut beliau.

Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu.

Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu.

Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting

Demikian menurut kenyataan bersama Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI dan Syukri Razab Penyelaras Suaram.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA.

Namun, hakikatnya tidaklah sebagaimana diumumkan Najib kerana ramai lagi mangsa ISA yang merengkok dalam Kem Tahanan Kemunting.

Sekumpulan dari mereka baru-baru ini melancarkan mogok lapar bagi memberitahu dunia tentang nasib mereka yang terus terpenjara di bawah ISA walaupun undang-undang zalim itu kononnya telah dimansuhkan.

Mereka mahu memberitahu bahawa Najib hanya berbohong dan ia sekadar pemanis mulut beliau dalam menagih undi rakyat menjelang pilihan raya ini.


Henti mogok lapar



Sementara itu, GMI memaklumkan bahawa semua tahanan telah berhenti daripada mogok lapar pada 4 Julai lalu.

Maklumat ini diperolehi hasil lawatan Peguam GMI daripada Lawyers For Liberty ke Kemta pada Jumaat 6 Julai yang lepas.

Menurut peguam GMI, Farhana Najwa, semua tahanan yang bermogok lapar sengaja disusahkan oleh pihak Kemta dengan cara mengasingkan mereka daripada tahanan lain dan ditempatkan dalam satu bilik sempit yang panas tanpa kipas.

Keadaan ini dipercayai telah menekan tahanan untuk terpaksa berhenti daripada mogok lapar.

Setelah mogok lapar berlangsung selama 15 hari, Menteri Dalam Negeri masih tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk menjawab tuntutan tahanan.

GMI meyakini seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaan dengan semua tahanan yang bermogok lapar apabila Menteri terus bersikap lepas tangan bahkan mengeluarkan kenyataan sombong melalui laman Twitternya.

Sehubungan itu, GMI beranggapan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pastinya telah lupa mengenai seruan Allah dalam Al Quran yang mengarahkan agar setiap umat Islam wajib menjalankan amanah dengan adil dan penuh ehsan.

GMI juga tegaskan bahawa perjuangan GMI akan tetap berada pada landasan yang sama iaitu GMI akan terus memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA.

Mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan dari dalam Kem Tahanan Kamunting selama 15 hari menjadi penguat kepada perjuangan ini, kata kenyataan bersama itu.

Biarpun mogok tersebut telah berhenti, GMI akan terus konsisten menggerakkan kempen Bebaskan ISA45 sehingga kesemua tahanan dibebaskan, kata mereka.

Bekas Setiausaha DUN Perak sertai majlis PAS

Muhammad Faeez, 08 Jul 2012
IPOH: Ketika berkhidmat, beliau adalah antara yang dilihat menjadi alat Barisan Nasional untuk merampas kerajaan negeri Perak.

Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan  seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang diberi peluang untuk berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.



Pakatan terbaik


(Bergambar kenangan selepas majlis)

Menurutnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.

“Ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan.

“Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak,” ujarnya.

Abdullah menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi rampasan kuasa oleh BN.

Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak ‘mesra’ BN sebelum beliau mengambil keputusan bersara diusia 56 tahun.

Nama beliau menjadi  sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis DUN Perak apabila rakyat dan Adun Pakatan Rakyat mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang DUN tanpa pengetahuan Speaker DUN yang Sah ketika itu, V Sivakumar.

“Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian PAS tidak lama lagi.

Syria perlukan kita

Eikhwan Ali, Gamis, 08 Jul 2012
Minggu lalu sahaja sekitar 800 orang rakyat Syria telah terkorban menjadikan angka korban rakyat negara itu kini telah mencecah lebih 14000 orang.

(Mayat bergelimpangan di bumi Syria sekarang)

Peristiwa hitam yang telah berlangsung selama 16 bulan itu sehingga kini menyaksikan pembantaian berterusan regim Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya sendiri.


Bermacam-macam usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengakhirkan krisis yang sedang berlangsung itu, namun ia tidak berlaku sebagaimana yang dirancangkan.


Hasrat rakyat Syria adalah supaya kesengsaraan mereka dapat ditamatkan sama ada denganpenyelesaian secara rundingan atau kemenangan segera tentera pembebasan rakyat Syria.


Setelah 6 Perkara Pelan Keamanan Majlis Keselamatan PBB gagal dilaksanakan, terkini, persidangan di Geneva (30 Jun – 1 Julai), ‘Confrence of Islamic Ummah Supporting Syrian People’ di Istanbul (2 – 3 Julai) dan mesyuarat ‘Friends for Syria’ di Paris (7 Julai).


Kesemua pertemuan ini secara umumnya telah menyatakan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat Syria dan mengecam tindakan kejam Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya serta mahu ia dihentikan segera. Pelbagai pihak lain juga sedang rancak mengusahakan bantuan kemanusiaan.


Pelbagai spekulasi khususnya berkenaan hubungan regim Bashar al-Asaad dengan Israel dan AS, sebab sokongan Russia terhadap regim tersebut, rasional pendirian Iran dan kemungkinan campur tangan kuasa luar serta kesannya, telah menyebabkan tidak sedikit rakyat Syria sendiri dan umat Islam lainnya masih berkonflik untuk membuat suatu pendirian yang jelas dan tegas terhadap kemelut ini.


Hal ini dinilai oleh pemerhati terhadap sebilangan rakyat negara itu yang semacam berada di persimpangan sama ada untuk menyatakan kesetiaan kepada regim Bashar al-Asaad atau menyokong perjuangan rakyat dek kerana bimbang memikirkan kesan kejatuhan Bashar Al-Asaad akibat kebangkitan yang berlaku dan di sisi yang lain, wujud rasa tragis mengenang kekejaman yang dilakukan oleh regim Bashar al-Asaad.


Spekulasi-spekulasi itu juga telah mengundang pelbagai andaian terhadap apa yang akan berlaku di Syria, antaranya, barat akan menyerang Syria dengan bantuan negara-negara Arab dan Turki, atau kerajaan Syria berjaya mengawal keadaan dan menamatkan kebangkitan rakyat, atau akan berlaku perang saudara yang tidak dapat diramalkan masa depannya.


Apa juga hal sebenarnya tentang spekulasi tersebut, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berpendirian bahawa sesebuah kerajaan tiada hak untuk mencabuli keamanan negara dan rakyatnya apatah lagi melakukan seperti apa yang telah berlaku di Syria, dan mengecam sebarang campur tangan kuasa luar terhadap isu dalaman Syria.


Oleh itu, GAMIS menyeru semua pihak untuk turut membantah dan terus memberi tekanan supaya regim Bashar al-Asaad segera menamatkan pembunuhan terhadap rakyatnya, serta bersama-sama mengusahakan dan menyokong misi bantuan material dan spiritual untuk rakyat Syria. Syria perlukan kita!

Tiada ulasan: