Ahad, 1 Julai 2012

MASING2 INGAT...DIAORANG BAGUS SANGAT...PANDAI SANGAT...AMANAH SANGAT DLL...ORANG LAIN TAK BOLEH....BIASALAH MEMANG RAMAI ORANG SYOK SENDIRI....


Ketua Pemuda Umno Tebrau, Syahrin Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno Tebrau, Syahrin Jamaluddin

Murshid: Haram panggil PRU13 musim haji
Wartawan Sinar Harian
30 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), kumpulan pendakwah dan asatizah, mengambil ketetapan bahawa adalah haram jika kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sekretariat sekumpulan 20 pendakwah berkata, jika PRU13 diadakan pada musim haji, ia merupakan satu pengkhianatan kepada amanah dan sistem pemilihan.
"Kami juga bersepakat bahawa pilihan raya dan proses pengundian tidak boleh atau haram dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar negara.
"Sekiranya pilihan raya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan satu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini kerana proses pengundi adalah satu proses kesajsian," kata kenyataan itu.

Sekretariat itu membuat pendirian ini ketika spekulasi bahawa PRU13 akan dipanggil pada musim haji menjadi kontroversi.
Dua minggu lalu, Pas membuat kenyataan ia khuatir kemungkinan PRU13 akan diadakan pada musim haji. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno mendakwa Pas membuat tuduhan tidak berasas.
Sehubungan itu, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh PRU13 lebih awal dan mengelakkan ia diadakan ketika musim haji.
Pada 22 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.
Kenyataan itu juga berkata, pihaknya telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihan raya sewaktu musim haji.
Katanya, proses pengundian adalah ibarat satu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah.
"Maka, sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah memastikan semaksimum mungkin penyertaan rakyat dalam pilihan raya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanah air.
"Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai," katanya lagi.
Kenyataan itu menambah, dalil-dalil menunjukkan, apabila rakyat berada dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.
Justeru tambah kenyataan itu, dalam konteks pilihan raya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai saksi sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding.
"Justeru, sekiranya pihak berkuasa memutuskan pilihan raya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.
"Jika seorang saksi tidak dibenarkan untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya diharamkan juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara," jelas kenyataan itu.
Justeru menurut kenyataan itu, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian sama ada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihan raya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun
Sehubungan itu kenyataan Murshid berkata, pihak berkuasa perlu teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya.
"Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini," katanya.
'Pulau Pinang kubu kuat PR sukar ditawan'
Wartawan Sinar Harian
30 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM – Pulau Pinang adalah antara kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) yang sukar ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, berdasarkan kajian, terdapat lima negeri sukar ditawan.

Kelantan dan Pulau Pinang, menurut beliau, berada di kedudukan pertama dan kedua dalam senarai negeri PR yang tidak mudah ditawan BN.

“Ranking itu diikuti oleh Selangor, Kedah dan Perak. “Kedudukan itu dilihat berdasarkan kajian yang dibuat antara akhir Disember 2011 dan awal 2012 menerusi majoriti undi pada PRU 2008 dan sokongan rakyat kepada kerajaan BN,”  katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu katanya, kajian itu juga dilihat berdasarkan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP yang masih kuat terutamanya di Pulau Pinang.

Beliau berpendapat demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai masa depan parti itu dan juga kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kelmarin, Guan Eng berkata, beliau tidak mahu terlalu yakin boleh mentadbir Pulau Pinang selepas PRU13.

“Saya hanya percaya pada kiraan undi. Yang lain, saya tidak mahu rasa terlalu selesa. Kita masih 50-50 sebenarnya,” katanya. Ditanya mengenai peluang PR untuk terus berkuasa di negeri itu berbanding negeri lain, Guan Eng meletakkan kedudukan Pulau Pinang di tempat ketiga selepas Kelantan dan Selangor.

Shamsul Adabi menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu hanya sebagai cakap-cakap politik.

“Beliau dilihat sedang bermain wayang, jadi pihak lawan diingatkan untuk tidak terlalu selesa dengan kenyataan itu.

“Bagaimanapun, BN masih berpeluang menawan kembali negeri-negeri di bawah PR ini dengan menyusun langkah yang betul dalam menangani isu-isu yang berbangkit menjelang PRU13,” katanya.

Salahuddin: Tanding di Johor bukan 'bunuh diri'
SITI NOOR SEPEE
30 Jun 2012
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
JOHOR BAHRU - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keputusan meninggalkan Parlimen Kubang Kerian, yang dilihat sebagai kawasan selamat untuknya dan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukan satu tindakan "membunuh diri."
Beliau menegaskan, keputusan itu adalah muktamad walaupun ada pihak yang menyifatkan tindakannya itu sebagai satu keputusan mahu membunuh diri.
“Saya tidak akan berpatah balik daripada keputusan untuk meninggalkan Kubang Kerian, seterusnya membawa balik apa yang saya belajar ke Johor walaupun ada yang mengatakan saya cuba membunuh diri.
“Kita akan lihat siapa yang akan dibunuh dan siapa akan terbunuh? Menang atau kalah dalam pilihan raya adalah adat bertanding dan kita akan tetap meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam dan orang Melayu," katanya.
Salahuddin berkata demikian dalam ucapannya bersempena Jamuan Makan Bersama Tok Guru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Tampoi di sini, semalam.
Bagaimanapun Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak dapat hadir pada majlis itu.
Beliau turut menyifatkan Kelantan sebagai sebuah universiti politik buatnya, selain bertekad mahu menghapuskan politik samseng, fitnah dan tidak sihat yang diamalkan oleh pihak tertentu.
Walaupun berhijrah untuk bertanding di negeri kelahirannya, Salahuddin berjanji akan terus berjuang menuntut hak rakyat Kelantan terutamanya mengenai isu royalti minyak.
Pada program anjuran Persatuan Anak Kelantan PPR Kempas itu, beliau memberitahu, sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.
Selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Syarifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.

Umno: Pas ‘merepek’, dakwaan Ketua Pemuda Johor ‘diguling’ tak benar
SITI NOOR SEPEE
30 Jun 2012
 Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad
Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad
SENAI – Dakwaan Pemuda Pas Johor bahawa terdapat kepimpinan Pemuda Umno negeri ini yang mendesak ketua mereka, Mohd Fadil Muskon meletakkan jawatan melalui satu mesyuarat Khamis lalu di Kuala Lumpur beberapa hari lalu, disifatkan sebagai cubaan meraih populariti kerana tiada lagi isu yang boleh mereka ketengahkan.

Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad yang dikatakan antara 16 Ketua Pemuda bahagian yang hadir pada mesyuarat itu menjelaskan, perjumpaan tersebut tidak berlangsung seperti yang didakwa.

“Saya tidak tahu mengenai mesyuarat mendesak Mohd Fadil meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda negeri kerana pada tarikh berkenaan, saya mengikuti kursus haji. Ini terbukti mereka (Pemuda Pas) sudah tiada isu sehingga terpaksa mereka-reka cerita mengatakan Pemuda Johor sedang berpecah.

“Niat mereka mempelawa kami menyertai Pemuda Pas juga adalah perbuatan sia-sia dan saya sarankan supaya mereka berhenti daripada menangguk di air keruh untuk kepentingan politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Tebrau, Syahrin Jamaluddin berkata, dakwaan bahawa Mohd Fadil ditolak daripada meneruskan jawatannya sekarang kerana beliau adalah daripada Kem Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin manakala 16 lagi Ketua Pemuda bahagian (Kumpulan 16) merupakan daripada Kem Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim adalah tidak benar.

“Merepek... mereka sudah tiada isu untuk diperkatakan. Pas memang terkenal dengan sumber-sumber 'dipercayai' sehingga berani membuat kenyataan ada mesyuarat untuk mendesak Mohd Fadil meletak jawatan,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Pagoh, Ismail Mohamed yang juga dikatakan antara Kumpulan 16 yang hadir mesyuarat tersebut, turut menafikan ia berlaku.

“Pandai Pemuda Pas buat cerita. Baguslah orang Pas ambil berat hal Pemuda Umno. Saranan saya, baik Pemuda Pas jaga hal dalam kain sendiri," katanya.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat berkata, wujud Kumpulan 16 Ketua Pemuda Umno bahagian yang tidak menyenangi Mohd Fadil kerana beliau datang daripada kem Khairy.

Menurutnya, situasi ini membuktikan Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat.

Suhaizan berkata, ia juga merupakan antara faktor mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum berani membubarkan Parlimen sehingga hari ini.

“Kelemahan Pemuda Umno Johor dapat dilihat dengan jelas di negeri ini apabila aktiviti mereka sudah kurang di sesetengah kawasan, malah kita dilihat lebih menyerlah," katanya.

Dalam kenyataan tersebut, Suhaizan turut mendakwa, sifat ‘budak baik’ Mohd Fadil menjadikan beliau tidak disenangi oleh sebahagian Ketua Pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek kerajaan untuk kepentingan peribadi.

"Sikap ‘budak baik’ telah mengurangkan peluang pemimpin tertentu mendapat habuan mereka. Keadaan ini digunakan seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa Mohd Fadil tidak menjaga kebajikan Ketua Pemuda Umno bahagian," katanya.
Presiden Mesir Mohammed angkat sumpah hari ini

30 Jun 2012
mesir
Presiden Mesir, Mohammed Morsi (kanan) yang baru dipilih menyampaikan ucapan sulung beliau di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. Beliau dijadual mengangkat sumpah hari ini. - Foto
KAHERAH - Mohammed Morsi,  Presiden Mesir yang baru dipilih, menyampaikan ucapan sulung di Dataran Tahrir di sini semalam sambil menyifatkan rakyat merupakan sumber kepada autoriti beliau selaku pemimpin pertama dipilih secara demokratik.
Katanya, revolusi, yang menyaksikan kejatuhan kepimpinan Presiden Hosni Mubarak awal tahun lalu, harus diteruskan sehingga kesemua matlamat dicapai.
"Seluruh negara mendengar saya," kata beliau. Mohammed akan mengangkat sumpah hari ini.
Mohammed menegaskan, "saya berjanji saya tidak akan menyerahkan sebarang kuasa yang telah diberikan kepada presiden" - kata-kata yang dilihat merujuk secara langsung kepada Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) yang dua minggu lalu mengehadkan kuasa presiden.
Mahkamah pula telah menggantung Parlimen, beberapa hari sebelum keputusan pemilihan presiden diumumkan.
Keputusan rasmi pemilihan pusingan kedua diumumkan Ahad. Beliau memperoleh 51 peratus undi untuk menewaskan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq.
Dalam ucapannya, Mohammed sekali lagi berjanji bahawa beliau akan melindungi hak kesemua rakyat Mesir sama ada mereka mengundi beliau ataupun sebaliknya.
"Hak mereka yang mengatakan tidak kepada saya tidak akan dicabut sama sekali," katanya sambil menambah bahawa pemilihan sebagai presiden satu penghormatan ke atas dirinya.
"Saya hargai misi ini," kata beliau.
Laporan CNN menyebut dalam ucapannya, Mohammed juga menyentuh tentang Sheikh Omar Abdel-Rahman, ulama yang cacat penglihatan dari Mesir, yang kini ditahan di Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan berkonspirasi dengan pihak yang meletupkan Pusat Dagangan Dunia pada 1993.
Katanya, beliau mahu membebaskan tahanan-tahanan politik termasuk Sheikh Omar.
"Hak mereka di bahu saya dan saya tidak mengetepikan usaha untuk membebaskan mereka," kata beliau yang bertanding mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan.
Pemimpin dari Ikhwanul Muslimin ini menambah, beliau tidak akan membentuk sebuah negara Islam fundamentalis.
"Saya akan melaksanakan dan memelihara sistem republik dan keluhuran undang-undang dan kedaulatan akan dipertahankan," kata beliau lagi.
 
KJ: Rombak Pemuda Umno bukan kerana berpecah

30 Jun 2012
Khairy Jamaluddin
$entry.content.caption.value
PASIR GUDANG - Pergerakan Pemuda Umno akan merombak kepemimpinan peringkat negeri dalam masa terdekat sebagai usaha untuk memantapkan lagi jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata rombakan itu bukan perkara luar biasa, malah sudah dilakukan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah.

"Bagi negeri lain termasuk Johor, saya masih pantau sama ada perlu atau tidak rombakan pemimpin negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang di kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Bandar Seri Alam, dekat sini, hari ini.

Khairy menafikan rombakan itu dilakukan berikutan wujud perpecahan di kalangan ahli pergerakan itu atau kepimpinan negeri yang tidak diterima peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian sebagai menolak desas desus mengenai Ketua Pemuda Johor, Mohd Fadzil Muskon yang dikatakan tidak diterima oleh segelintir Ketua Pemuda bahagian.
 
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, dilaporkan mendakwa terdapat 16 Ketua Pemuda Umno bahagian yang tidak menyenangi Mohd Fadzil kerana beliau dari kem Khairy, telah bermesyuarat di sebuah hotel di ibu negara Khamis lalu bagi mencapai kata sepakat untuk mendesaknya meletak jawatan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Jamaludin yang merupakan salah seorang daripada kumpulan 16 itu dilapor menafikan perkara tersebut dan menyifatkan PAS sebagai merepek dan sudah tiada isu untuk diperkatakan.

Ketua Pemuda Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed yang turut dikatakan terlibat menafikan perkara itu dan berkata Pemuda PAS hanya pandai mereka cerita dan meminta mereka menjaga hal dalam kain mereka sendiri.

"Laporan itu tidak tepat (kerana) kalau sekira ada apa-apa perubahan, ia berkisar kepada persiapan kita untuk menghadapi PRU.

"Saya membuat perubahan kepemimpinan negeri bukan saja di Johor tetapi juga di negeri lain daripada semasa ke semasa untuk kita memantapkan lagi jentera serta barisan pemimpin kita," kata Khairy.
 
Beliau berkata dakwaan itu adalah usaha pembangkang untuk menutup kelemahan mereka walaupun sebenarnya banyak perkara lain yang mereka tidak jawab.

Katanya Pemuda Umno termasuk di Johor bersikap terbuka untuk menerima teguran, malah beliau sendiri mendapat teguran daripada peringkat akar umbi yang boleh menjadi antara usaha untuk memperbaiki lagi pergerakan berkenaan.

"Sedikit sebanyak masalah boleh ditangani secara berhemah. Jadi bagi saya kalau ada teguran, jangan terus kata krisis politik kerana setiap kali kita mendapat teguran ia dianggap krisis, jadi kita tidak boleh menjadi pemimpin.

"Apa yang penting saya berpuas hati dengan persiapan Pemuda Umno Johor untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya.- Bernama
Khairy: Pas tersepit kes Nizar, cuba tutup kelemahan
AZIZAN INCHE HARUN
30 Jun 2012
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
PASIR GUDANG – Dakwaan Pemuda Pas Johor berhubung pergolakan yang berlaku dalam Pemuda Umno negeri ini sebenarnya adalah cubaan menutup kelemahan parti itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas sebenarnya tersepit dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan Pas hilang sokongan orang Melayu negeri ini sehingga mereka cuba menimbulkan isu yang sebenarnya tidak wujud dalam Umno.

“Mereka hanya nak tutup kelemahan kerana rakyat Johor terutama orang Melayu telah menolak Pas disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nizar dan berusaha untuk tutup kelemahan yang telah mereka lakukan.

“Naib Ketua Pemuda saya orang Johor, jadi kita tidak akan biarkan timbul masalah dalam kalangan Pemuda negeri ini. Kalau ada kelemahan kita akan tangani secara berhemah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Roslan Hassan.

Khairy berkata, laporan yang didakwa Pemuda Pas itu tidak tepat kerana sebarang perubahan yang dibuat dalam kepimpinan Pemuda Umno berkisar kepada persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, perubahan yang dilakukan bukan perkara luar biasa kerana rombakan kepimpinan Pemuda yang dilakukan di beberapa buah negeri bertujuan untuk memantapkan parti.

“Saya dah merombak kepimpinan Pemuda negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah, jadi mungkin negeri lain saya akan melihat pada keadaan, kalau perlu kita akan buat rombakan.

“Johor antara satu negeri yang saya masih lagi pantau, sama ada perlu atau tidak,” katanya.

Berhubung isu undi Pas masuk syurga, Khairy berkata, dalam Umno tidak mengamalkan politik sama seperti Pas yang menjanjikan pahala dan syurga.

Menurutnya, Umno tidak mahu menjanjikan apa-apa yang bukan di dalam kuasanya kerana soal Pas janjikan pahala, dosa dan kepastian siapa yang akan masuk syurga bukan manusia yang menentukan, tetapi ALLAH SWT.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat berkata, wujud Kumpulan 16 Ketua Pemuda Umno bahagian yang tidak menyenangi ketua mereka, Mohd Fadil Muskon kerana beliau datang daripada kem Khairy.

Suhaizan berkata, ia juga merupakan antara faktor mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum berani membubarkan Parlimen sehingga hari ini.

Dalam kenyataan tersebut juga, Suhaizan turut mendakwa, sifat ‘budak baik’ Mohd Fadil menjadikan beliau tidak disenangi oleh sebahagian Ketua Pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek kerajaan untuk kepentingan peribadi.
Ahmad Said: Ikut Terengganu tolak Pas

30 Jun 2012
Datuk-Seri-Ahmad-Said
$entry.content.caption.value
BAGAN DATOH - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat Perak tidak terpedaya dengan janji manis Pas yang ingin meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan perlu menjadikan Terengganu yang pernah dikuasai parti itu sebagai teladan.

Beliau merujuk keadaan Terengganu pada tahun 1999 ketika di bawah pemerintahan Pas yang tidak menikmati sebarang pembangunan, malah hanya ditabur janji kosong.

"Terengganu telah diperintah Pas pada pilihan raya pertama. Namun tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS pada tempoh itu, sebaliknya hanya berbohong, memfitnah dan mengeluarkan fatwa yang sesat sehingga mengelirukan rakyat.

"Pas ini tidak konsisten, dan pemikirannya sentiasa berubah-ubah. Setiap kali pilihan raya, mereka hanya mengeluarkan manifesto yang baru, namun tidak menepatinya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Kerja Jentera PRU-13 Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shaarani Mohamad serta anggota badan perhubungan Umno Bagan Datoh dan Terengganu.

Ahmad berkata segala perancangan PAS merupakan taktik untuk menggugat kepercayaan rakyat pada pilihan raya supaya parti itu dan pakatan pembangkang boleh keluar daripada masalah dalaman mereka ketika ini.

Beliau turut menyeru rakyat Perak agar tidak menyokong dan memberi peluang kepada parti itu merampas kerusi Parlimen dan Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak malah terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk memerintah negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata beliau optimis kerusi DUN Hutan Melintang, yang dikuasai calon Parti Keadilan Rakyat S.Kesavan, mampu dirampas berdasarkan gerak kerja pimpinan BN yang komited.

"Segala kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini akan kita tebus semula.

"Saya harap selepas ini kita semua bertekad untuk terus komited dan dapat menyelesaikan segala permasalahan di peringkat akar umbi," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: