Ahad, 14 April 2013

BAGAIMANA YANG MENYOGOK BERITA2 PALSU...HADIAH2 PADA PENGUNDI...NAPE TAK BERI DIHARI LAIN...CONTOH SELEPAS MENANG...MENYOGOK BERITA2 KEBENCIAN@MENGADU DOMBA...BERITA2 LUCAH ...YANG BELUM TENTU BENAR...JANGAN BERAT SEBELAHLAH

ABIM: Penyebar video lucah perlu bawa 4 saksi

Pemilik blog yang menyiarkan video aksi seks seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali digesa menampilkan empat orang saksi bagi membuktikan  identiti lelaki dalam video tersebut.

NONEPresiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan (kiri) berkata empat saksi itu adalah tuntutan hukum qazaf
yang perlu dipenuhi oleh mereka yang membuat tuduhan zina terhadap orang lain.

"Hanya yang jahil dan kurang menghayati ajaran Islam akan ada rasa berbelah bahagi (tentang video itu).

"Keperluan membawa empat saksi ini telah diputuskan oleh ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Wahbah Zuhaili dan Dr Yusof Qaradhawi," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan tersebut.

Menurutnya, Muslim yang berpegang kepada ajaran Al-Quran juga digesa agar tidak menyebar atau menyuburkan video sebegitu.

"Jadi kalau (video itu) ada di Facebook juga kita digesa jangan 'Like' atau 'Share'," katanya lagi.

Beberapa blog pro-Umno semalam menyiarkan video lucah aksi seks seorang lelaki mirip Mustafa dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

NONEMustafa dalam reaksinya dilaporkan berkata video itu adalah fitnah Umno semata-mata dan beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sesuai berhubung dakwaan itu.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (kiri) pula berkata penyiaran video itu akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan "kerja Umno".

"Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.

"Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno," katanya.

Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya.

Berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip timbakan presiden PKR, Azmin Ali.

Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Mustafa Ali itu.
Awang Adek dakwa PAS cuba sogok AJK Umno Bachok

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa PAS cuba menyogok wang kepada seorang ahli jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Bachok untuk mengundi parti pembangkang itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Dr Awang yang juga ketua Umno bahagian Bachok mendakwa insiden itu berlaku baru-baru ini apabila dua ahli muslimat PAS mengunjungi rumah ahli Umno itu dan  menawarkan RM500 sebagai habuan supaya mengundi PAS.
  
"Bila dia (ahli Wanita Umno) kata saya penyokong kuat BN, rumah saya ada bendera BN, dia (muslimat PAS) kata dia tahu... mereka ingat beri RM500 boleh membeli kepercayaan dan perjuangan ahli Umno," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Parlimen Pangkalan Chepa di Kota Bharu hari ini.
  
Awang Adek yang juga timbalan pengerusi BN Kelantan, berkata pihaknya mendapat laporan, jentera pilihan raya PAS sudah bergerak dari rumah ke rumah pengundi di negeri ini untuk meraih sokongan kepada parti itu.  

Beliau berkata seluruh jentera pilihan raya BN sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan taktik kotor parti pakatan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi.
  
Dalam perkembangan lain, Awang Adek berkata tindakan drastik Majlis Daerah Tumpat menyita bangunan tambahan baharu Sekolah Pondok  Al Najmiah di Tumpat, baru-baru ini, adalah tindakan keterlaluan.
  
"Kita tahu itu adalah pembinaan bangunan pondok agama bukannya pembinaan pusat karaoke, kelab malam, kenapa harus disita ? kalau  mereka berjiwa Islam, kenapa harus disita, kalau ada apa-apa yang boleh dibincangkan, kita bincang, kalau ada apa-apa yang perlu diselaraskan, kita  boleh selaraskan tetapi tidak perlu disita," katanya.
  
Beliau melihat tindakan tersebut menunjukkan dendam PAS yang bersifat politik terhadap pengasas pondok itu, Abdullah Sa'amah yang sebelum ini adalah penyokong tegar PAS dan kini menyokong perjuangan Umno.
  
Beliau berkata, sepatutnya PAS memberi sokongan penuh kepada pembinaan bangunan baharu untuk sekolah agama yang akan memberi manfaat kepada pelajar Islam untuk
mendapatkan pendidikan dalam keadaan lebih selesa.
  
Majlis Daerah Tumpat baru-baru ini menyita pembinaan bangunan tambahan setinggi lima tingkat sekolah pondok itu atas alasan ia tidak  mendapat kelulusan kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
  
Abdullah dilaporkan berkata pembinaan bangunan itu mengikut prosedur yang ditetapkan.
  
- Bernama
Lajim pertahan Beaufort, mungkin turut tanding DUN Klias
 
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Beaufort yang dimenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.

Selain itu, beliau turut memikirkan secara serius untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

NONE"Keputusan awal begitulah, saya akan bertanding di Parlimen sepertimana yang telah diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui, sambil menambah beliau akan menentukan sama ada akan turut bertanding di Klias.
Dalam PRU lalu, Lajim menewaskan calon PKR, Lajim Md. Yusof dengan majoriti 10,914 undi bagi kerusi parlimen Beaufort.

DUN Klias kini disandang oleh Datuk Azizah Mohd Dun daripada Umno yang menang dengan majoriti 2,413 undi.

Menurut Lajim, dalam PRU kali ini, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)  yang diketuainya, akan meletakkan calon di 14 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen serta menggunakan lambang PKR

"Kita sudah bersetuju untuk menggunakan lambang PKR. Cuma ada satu, dua calon daripada Majlis Tertinggi PPPS yang akan menggunakan lambang PAS seperti di Bugaya dan Sukau," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, senarai nama calon pembangkang di negeri itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya Selasa ini.

Katanya, calon Parlimen akan diumumkan serentak oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur manakala calon negeri pula akan diumumkan oleh presiden parti masing-masing.

 "Bagi kerusi-kerusi di negeri ini, 95 peratus telah selesai dan hanya antara PKR dan DAP sahaja yang masih dalam pertimbangan," ujarnya.
ROS minta DAP hadir siasatan 2 hari sebelum penamaan calon
 
Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meminta DAP menghadiri siasatan berhubung aduan berkaitan dengan kesilapan teknikal semasa pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu di kongres tiga tahun sekali DAP di Pulau Pinang Disember tahun lepas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, surat ROS itu bertarikh 9 April, tetapi telah dihantar sepuluh hari selepas Parlimen dibubarkan.
NONEDalam surat itu, ROS menyatakan ia memerlukan dua orang saksi dari parti itu untuk menghadiri siasatan tersebut pada 18 April.

Karpal berkata, surat itu meminta bekas pengarah pemilihan DAP, Pooi Weng Keong (kiri) dan ahli strategi pilihan raya, Ong Kian Ming menghadiri siasatan itu.
Ia akan diadakan pada pukul 10 pagi di pejabat ROS di Kuala Lumpur.

Beliau berkata parti itu juga diminta memberikan sembilan dokumen yang berkaitan dengan pemilihan CEC, termasuk notis yang dihantar kepada para perwakilan tahun lepas.
Parti KITA Kedah tanding 2 kerusi parlimen, 9 DUN
9:47AM Apr 13 2013  
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Samransak Kram merupakan antara 11 calon yang disenarai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Parti itu mengumumkan malam tadi sebahagian daripada calon yang bakal bertanding di sembilan kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen.

Selain Samransak, 27, yang bertanding di DUN Pedu, parti KITA turut menyenarai dua lagi calon berketurunan Siam iaitu Sanan Maniratana, 38, dan Chearean Isen, 35, masing-masing di Parlimen Pendang dan DUN Sungai Tiang.
  
Pengerusi Parti KITA Kedah, Kamal Nasser Thow Beek pula dijangka bertanding di kerusi DUN Bukit Selambau manakala bekas Anggota Majlis Perbandaran Sungai Petani, Shuhaimi Hashim, 50, turut diumum bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Sungai Petani dan DUN Bakar Arang.
  
Selain itu, pensyarah kolej swasta Datuk Dr G.Krishnan, 49, akan bertanding di DUN Kuala Ketil manakala wartawan akhbar berbahasa Tamil, A. Arun, 54, di DUN Merbau Pulas.

Ahli perniagaan, Azhar Ahmad, 35, pula bakal bertanding di DUN Gurun manakala dua lagi ahli perniagaan, N. Prebakaran, 57, dan Vincent Uh, 45, masing-masing di DUN Lunas dan DUN Sidam.
  
Kamal Nasser berkata calon yang diketengah dalam PRU13 kebanyakannya terdiri daripada tokoh korporat dan profesional.
  
"Kita pilih calon yang sesuai, anak tempatan dan yang penting, terdiri daripada kalangan ahli parti, bukannya calon 'lompat'. Kita ambil calon yang betul-betul bersih dan terdiri daripada latar belakang kerjaya yang pelbagai.
  
"Justeru, kita minta rakyat dapat memberi peluang kepada parti KITA untuk menubuhkan kerajaan campuran," katanya dalam satu sidang akhbar di Sungai Petani.
  
Mengulas manifesto pilihan raya parti itu, beliau berkata secara ringkas, KITA mengetengahkan tiga perkara, antaranya, memberi kemudahan bekalan air dan api secara percuma di semua rumah ibadat di Kedah tanpa mengira agama.
  
"Manifesto kita yang lain termasuklah memberikan bekalan air dan elektrik percuma kepada rumah warga emas dan rumah anak yatim yang berdaftar, serta melaksanakan pembangunan ekonomi yang seimbang," katanya.
  
- Bernama

Tiada ulasan: