Khamis, 18 Julai 2013

TAK TIPU....TAK BOLEHKE

Kisah Sedih Major HJ Zaidi ..Di Bulan Ramadhan
Posted on Wednesday, July 17 @ 13:02:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"

DIKENAKAN 7 PERTUDUHAN DAN ELAUN TERBANG RM4000 SEBULAN BAKAL DITARIK BALIK

Assalam kepada semua rakan-rakan sekalian. Perkembangan terkini kes saya;

Pada hari Jumaat lepas 12 Jul 2013 saya telah dihadapkan di hadapan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Shabre, dan telah dipertuduhkan (didakwa) melakukan 7 kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (AAT 72).

5 pertuduhan pertama adalah bersangkutan Seksyen 50(2) AAT 72 manakala 2 pertuduhan berikutnya adalah bersangkutan dengan Seksyen 51 AAT 72.

Seksyen 50(2) menyatakan "Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan dibawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta: Dengan syarat jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun."

Seksyen 51(1) menyatakan " Tiap-tiap orang yang tertakhluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya dipakai seksyen ini, iaitu peruntukan yang diketahui atau yang munasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.”

Rakan saya Flight Sarjan Jamal bin Ibrahim pula dikenakan 2 pertuduhan. Beliau akan dibicarakan terus oleh Komander pangkalan dan dijangka akan mengaku salah.

Berkenaan dengan elaun penerbangan RM4000 sebulan pula, perintah sedia ada TUDM menyatakan bahwa mana-mana juruterbang yang didakwa samada di mahkamah awam atau syariah atau dipertuduhkan dibawah AAT 72, elaun akan ditarik balik bermula dari hari beliau di dakwa.

Sekian, buat sementara. Hasbiyallahu wani’qmal wakeel “Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik Pelindung dan Pemberi Rezeki”. Wassalam dari saudaramu yang dizalimi.

Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI"


 Percaya TV3, Utusan punca MP BN tak dapat maklumat penipuan PRU – Anwar
Posted on Wednesday, July 17 @ 14:58:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR 16 JULAI: Terlalu bergantung kepada laporan TV3 dan Utusan Malaysia punca Ahli Parlimen BN tidak mendapat maklumat sebenar berhubung kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama semasa mengendalikan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen BN kononnya kegagalan SPR hanya melibatkan penggunaan dakwat yang tidak kekal dan tiada isu lain melibatkan badan itu.

Anwar“Ahli Parlimen BN sering cabar selain dakwat kekal tiada isu lain yang dibangkitkan Pakatan Rakyat melibatkan SPR kerana mereka hanya baca Utusan dan tonton TV3, sedangkan kalau teliti petisyen (pilihan raya) yang dikemukakan, banyak kes seperti pengundi hantu.

“Petisyen (Parlimen) Libaran misalnya menyebut secara khusus (kewujudan) pengundi yang bukan warga negara dalam senarai (daftar pemilih),” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar, insiden blackout (lampu padam) semasa pengundian 5 Mei lalu dan petisyen bantahan berhubung isu itu melibatkan Parlimen Baram di Sarawak, DUN Klias, Sabah dan kawasan lain yang pernah didedah Pakatan Rakyat dinafi SPR dan pemimpin BN.

“Begitu juga di Parlimen Tapah yang kini menjadi kes mahkamah. Bagaimana SPR mengizinkan kakitangan Majlis Daerah mengangkut keluar peti-peti undi dari lokap pada masa yang tidak dibenarkan.

“Manakala penipuan di Parlimen Balik Pulau, bilangan undi melebihi jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Sebanyak 700 kertas undi diterima pegawai pengurus SPR sedangkan bilangan yang ada hanya 424, selain Borang 14 menyebut 556,” kata Anwar lagi.

TV3 dan Utusan tidak memberi peluang kepada Ketua Pembangkang itu untuk diwawancara tetapi memberi temuramah khas kepada SPR untuk menyerang Pakatan.

keadilandaily.com


 Penapis rokok ada unsur darah babi
Posted on Wednesday, July 17 @ 15:13:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"Apa pula tindakan JAKIM, KPDNKK dan Kementerian Kesihatan dalam isu ini?

Penapis rokok dari darah babi
28 Jun 2013

Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.



hmetro.com.my"


 Jenama riba tapi halal atau halal tapi jenama haram
Posted on Thursday, July 18 @ 00:39:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: nipmat1

"Satu, sanggupkah seseorang yang mengaku ‘pejuang Islam’ dan yang ‘mahukan Islam’ makan daging babi? minum arak? berzina? Dua. sanggupkah anda beli dan makan daging halal yang dibungkus dengan bungkusan ditulis ‘babi’? Tiga, sanggupkah anda makan atau minum makanan halal di kedai Bak Kut Teh?

Diatas soalan-soalan diatas, mereka yang mengaku ‘pejuang Islam’ dan yang ‘mahukan Islam’ jawablah sendiri. Jawapannya bergantung kepada tahap iman dan ketaqwaan masing-masing dan semestinya mereka punyai alasan atau hujah tersendiri untuk menjustifikasikan pilihan mereka.

Jadi apa yang penulis mahu kaitkan dengan tajuk ‘jenama riba tapi halal’ atau ‘halal tapi berjenama haram’ ini? …dalam artikel ini? Ya, ia sebenarnya adalah persoalan yang penulis selalu khuatir akan masa depan perjuang Islam, jalan-jalan dakwah, pencapaian….. bila dan berapa lama?

Walaupun Allahlah yang menentukan kejayaan atau kegagalan melalui rintangan, namun penulis mahu ketengahkan soalan.. apakah Allah akan membantu pejuang Islam atau kumpulan mereka jika amalan kehidupan mereka sendiri tidak menunjukkan mereka macam tidak takut kepada Allah dan balasan di akhirat nanti. Semesti banyak perkara yang dimaksudkan penulis dan semua pejuang Islam khasnya pun tahu apa dia amalan Islam yang tidak diredhai Allah.

Dalam banyak-banyak perkara yang semestinya kita boleh fikirkan sendiri, penulis hanya ingin menyentuh hal mencari kesucian penuh dari riba, sahaja.. spesifik kepada ‘jenama riba tapi halal’ atau ‘halal tapi berjenama haram’. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang mengaku ‘pejuang Islam’ dan yang mengaku ‘mahukan Islam’. Bagi mereka yang boleh dikatorikan sebagai Islam liberal, Islam sekular, Islam nama sahaja , amnya isu riba bukan menjadi isu dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, penulis ingin meminta maaf jika artikel ini tidak teratur bahasanya, terkasar, tidak tepat, menghiris hati pejuang-pejuang Islam. Penulis bukan lah seorang ilmuan agama. Penulis hanya hamba Allah biasa, mencari keredhaan Allah dan menyertai salah satu jemaah pejuang Islam di Malaysia ini, ingin mengamalkan apa saja yang mampu mengikut hukum-hukum Allah sebagai Addeen… dan riba adalah salah satu amalan yang menakutkannya semenjak faham akan hukum riba kira-kira semenjak 35 tahun lalu.

Gembira sungguh bila bank islam ditubuhkan dengan jenama Bank Islam Malaysia Berhad pada kira-kira 29 tahun lalu, 1984. Apa tidaknya.. baru faham akan hukum riba,.. baru bekerja setelah balik dari luar negara.. maka dapat menyimpan wang di bank islam (ik).. Lega rasa nya. Namun, penulis maklum juga akan Hadith Nabi yang menyatakan lebih kurang “satu masa nanti, mereka yang tidak mahu riba pun akan terkena debunya juga”... Ya penulis cuba mengelak riba tapi terkena juga tempiasnya bila berurusan/ bertransaksi dengan manusia lain.

Sebagaimana maklum riba adalah dosa besar, sama seperti dosa atas antara dinyatakan pada soalan Satu di atas., tapi masih ramai orang islam tidak takut riba. Ia bukan macam babi, arak yang ada zat/nampak, kena samak pula, arak yang berbau dan nampak botol/tin nya. Hadith Nabi menyatakan juga, lebih kurang “bahawa dosa riba adalah sama macam dosa berzina dengan ibu sendiri sebanyak 31 kali (ada menyakan 29, 30 kali)”. Yang penting ianya bermaksud dosanya sungguh dan sangat besar, bukan sekadar macam dosa berzina sekali tapi berpuluh kali dan dengan ibu yang melahirkan kita pula.

Kini kita sedang melalui zaman orang Islam tidak pandang berat sangat akan hukum riba. Apa lagi bila sudah ada taraf/chop Perbankan Islam/ Islamik Banking. Pejuang Islam di Malaysia mengharapkan semenjak ‘zaman dakwah’ tahun 70an, amnya kefahaman islam meningkat dan maksiat berkurangan dekad (decade) demi dekad, tapi amalan hidup mengikut islam pada hemat penulis, ia merudum mulai tahun 90-20an. Apa pulak merudum.. kan Bank Islam dah ada senjak tahun ’84, di ikuti Islamic Counter di tahun-tahun kemudian dan kini bank Perbankan Islam(ik) pun banyak.

Ahhh… disini lah persoalannya… jenama bank konvensional sama dengan jenama bank islamik. Kenalan saya yang bekerja di ‘bank biasa’ semasa zaman ‘kaunter islam’menyatakan... menipu je(dipendekkan cerita). Maka apakah menggunakan jenama asal bank konvensional di bank islamik, tiada ‘penipuan’? tiada bergaul dengan riba? manipulasi terminology? permainan peraturan/ undang-undang kewangan Bank Negara. Woiii, apa hang khuatir sangat?(mungkin terfikir oleh pembaca)… Kan semua bank islamik ada penasihat/ panel syariahnya terdiri dari ilmuan, ustaz-ustaz, doctor-doktor, prof-prof yang pakar dalam hal perbankan islam(ik)? Kita mesti yakin dengan mereka.

Ya, begitulah senarionya sekarang, ustaz-ustaz sendiri, pertubuhun-pertubuhan islam, sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah tahfiz, NGO islam, parti islam rata-rata ramai/banyak tanpa segan silu menggunakan ‘jenama bank riba yang halal’. Hingga ada advert “bantulah mendirikan rumah Allah dan dapatkan saham akhirat.. sila masukkan wang anda ke akauan kami Maybank, CIMB dll. (boleh saja bank riba penuh atau boleh juga ia bank islamik tapi tidak di tulis Islamik)

Persoalannya lagi, khas bagi pejuang islam, kenapa tidak mampu atau susah sangatkah buka akaun di bank islamik yang ‘genuine’? Kurangkah bank islamik yang genuine dinegara kita? Walaupun bank islamik genuine dimalaysia memang banyak kekurangan tentang servisnya, tentang produknya, tentang kiraan ‘kos pengurusan’(keuntungan) yang berasaskan kadar faedah bank konvensional... namun antara bank islamik genuine ini dengan bank islamik berjenama rIba... opsyennya adalah lebih kepada Bank Islam genuine lah, setakat ini, bagi pejuang islam.

Haram atau halal bukan lagi isunya. Isu nya adalah sama analoginya seperti soalan Satu hingga Tujuh diperenggan pertama artikel ini. Baca semula dan jawab sendiri. Jadi,.. tak rasa malu dan tak rasa salah ke menggunakan jenama riba bagi mereka yang mengaku ‘pejuang Islam’ dan yang ‘mahukan islam’?

Apa implikasinya? Ye, bila jenama bank riba itu tidak nampak ‘haram’ bagi pejuang islam, maka ia menjadi ‘halal’ atau tidak ‘kotor’ lagi. Jenama tertulis di nota-nota , diari mereka, surat menyurat mereka..maka ia menjadi biasa dan sebati bagi masyarakat, anak-anak, generasi mendatang.

Maka anak-anak kita akan terbiasa dengan jenama asal haram itu dan lambat laun,.. oppps, bukan lambat laun lagi…, malah sekarang pun masyarakat dan anak-anak kita membuka akaun mereka terus dengan bank riba (penuh) yang berjama ‘biasa-biasa’ je, yang dia rasa ‘halal’ kerana bapa-ibu mereka, ketua , mereka, ustaz mereka, penasihat-penasihat agama, NGO/ pertubuhan/ parti Islam tidak menunjukkan bahawa jenama asal haram itu bukan isu besar.

Mereka tidak nampak lagi beza bank konvensional dengan bank islam. Jenama asal haram itu sudah sebati dengan kehidupan mereka. Malah lagi servis dan produk bank riba yang berjenama sama lebih menarik. Pandai sungguh syaitan dan kafir memainkan atas jenama sahaja.

Rumusannya, eloklak pejuang islam, baik yang individu atau berpertubuhan, fikir-fikirkan untuk tidak membuka akaun berjenama sama dengan yang berriba. Mereka-mereka yang berautoriti seharusnya membuat sesuatu dan mendesak pihak kerajaan agar meggubal undang-undang atau peraturan-peraturan supaya mana-mana bank islam(ik) tidak lagi menggunakan jenama sama dengan bank yang asalnya riba atau apa nama saja yang boleh dikaitkan dengan yang ‘haram’. Mana tahu ada pula nanti yang memohon jenama ‘Bank Guinness Islamik’. Oh extreme ni? Ok jika Bank Toto Islamik? Extreme juga? Jika Bank Berjaya Islamik’..haa macam bole pakai je...

Pejuang Islam seharusnya allergic, malu, takut menyebut, mengguna, takut terlibat secara langsung yang dalam kuasanya dengan apa saja jenama perbankan islam yang sama digunapakai dengan bank riba. Fikir-fikirkan anologi dinyatakan di perenggan teratas,

Alllahua’lam."


 [Saksikan...] Zahid Hamidi Didakwa Cuba Kelirukan Isu IPCMC
Posted on Thursday, July 18 @ 00:44:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa supaya memohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya sebelum ini yang mendakwa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam satu sidang media hari ini menyifatkan kenyataan Zahid berhubung penubuhan IPCMC dalam sesi Parlimen baru-baru ini adalah sebagai salah, terpesong dan mengelirukan.

Ini kerana menurutnya, Artikel 140 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang bagi mengawal dan melaksanakan tindakan disiplin ke atas pasukan polis.

“Mengikut Artikel 140 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan:

“Dengan syarat bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi perjalanan apa-apa kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.”

“Zahid perlu memohon maaf kepada Dewan Rakyat atas kenyataan yang dibuat kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada dewan,” katanya kepada pemberita.

Tegasnya, sekiranya Zahid gagal melakukan permohonan maaf seperti yang dituntut, beliau boleh dihadapkan ke Jawatakuasa Parlimen di bawah Peraturan 36 (12) Arahan Ketetapan kerana membuat kenyataan palsu dengan niat untuk mengaibkan.

[Baca seterusnya...]"


 Mat Maslan kata Malaysia ke-8 petrol paling murah, bukti ini sebaliknya
Posted on Thursday, July 18 @ 00:52:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Hari ini Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya. Katanya harga murah kerana pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.

“Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya,” katanya.

Petrol_Malaysia

Apa kata kalau kita lihat fakta di bawah, Petrol prices around the world, July 2013



Kenapa pula dari tempat ke-8 dah menjadi tempat ke-17 Mat Maslan oii…

- Kongsi Resipi di eResipi.com

Baca juga: Abby Abadi dedah bakal suami?"



Salam Ukhwah shared Pencinta Abadi's photo.
Biar buta warna ...jgn buta hati sahabat2...

Tiada ulasan: