Sifat Mahmudah amp Mazmumah









Ilmu tasawwuf (sifat Mahmudah / terpuji & sifat mazmumah/tercela) Posted on September 1, 2008 by admin Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati ) 5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya’ ( Menunjuk-nunjuk ).
Bab 2: Khauf
1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka ) Bab 3 : Sifat Redha
1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri. Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
” Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju “.
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka “. ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada’ :
Redha dengan qada’ iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
” Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan “.
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
” Segala puji bagi Allah atas segala perkara “.
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
” Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
” Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “.
( Riwayat Muslim )
Tasawwuf > Bab 7 : Sabar
Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut: 1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Tasawwuf > Bab 8 : Syukur
Iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat. Tasawwuf > Bab 9 : Tawakkal
Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.
Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.
Tasawwuf > Bab 10 : Mahabbah
Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.
Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya. Tasawwuf > Bab 11 : Zikrulmawt
Iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.
Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi. Tasawwuf > Bab 12 : Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu. 3. Ghadhab (pemarah)
Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. 4. Hasad (dengki)
Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan. 5. Bakhil (kedekut)
Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama. 6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran. 7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan. 8. Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran. 9. ‘Ujub (bangga diri)
Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya. 10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia. Bab 4 : Ikhlas
1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

( Rujukan Kitab – Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )
Bab 5 : Taubat
1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil – Ayat 20 )
3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut. Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan. Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi. Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput. 4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T . Meningkatkan ketaqwaan diri. Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat                       ( Dipetik daripada – Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus  M / S 269 – 273 Wednesday, June 17, 2009 Sifat-Sifat Mahmudah (Terpuji) Vs Sifat-Sifat Mazmumah (Terkeji) Sifat membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati, manakala Mahmudah pula membawa erti sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sebaliknya Mazmumah membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Penentuan dan pembezaan hakiki kedua-dua sifat tersebut terletak pada naluri dan fitrah manusia yang suci yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah sahaja. Setiap amalan sifat-sifat mahmudah akan memberi impak dan implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya, manakala amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua. Sifat-sifat Mahmudah : 1.0 HIKMAH

Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan
alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan,
keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan
tepat.
1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan
mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.
1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip
Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran
dengan hikmah.
1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang
melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan
sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya
kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.2.0 'ADAALAH

Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut
syariah Islamiah.
2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati
yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,
musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan
membalas sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
perselisehan dan pertelingkahan.
2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian
dan pergaulan.
2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan
menjauhi laranganNya.
2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga,
komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama
bagi mewujudkakn keharmo nian hidup bermasyarakat.

2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.3.0 IFFAH
Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya
terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada
petunjuk akal dan syarak.
3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana
membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
3.3 Tabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta
sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka
secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada
dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan
peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha,
dan tidak mudah berputus asa.
3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif
dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.
3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan
mengawal hawa nafsu.

3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan
kerja-kerja yang baik.
3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai
masyarakat.
3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan
karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu
tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.
3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara
yang berfaedah.
4.0 SYAJAAH
Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal,
keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga
dan jiwa.

4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan
bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip
dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli
dan aqli.
4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke
arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang
keputusan dan tindakan.
4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif
dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada
yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga
dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancamanmusuh dan godaan syaitan Nukilan oleh : Sahabat



10 SIFAT MAHMUDAH(TERPUJI) lawan 10 SIFAT MAZMUMAH(TERKEJI).......cuba check hati kita Published : Wednesday, April 22, 2009 Posted by : Yusof Embong (UYE) Salam teman-teman,

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.
Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.
Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.

Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.

Tempatnya Hati
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب
“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”

Punca Penyakit dan Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.

10 SIFAT MAZMUMAH
Ghadab - marah Hasad Dengki Bakhil - kedekut Syarhu Ta'am - "Buruk Makan" Syarhu Kalam - "Buruk Cakap" Hubb al-Jah - Gila Kuasa Hubb al-Dunya - Gila Dunia 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri Takabbur - Sombong Riya' - menunjuk-nunjuk. 10 SIFAT MAHMUDAH
Taubat Khauf - takut Zikr al-Maut - Ingat Mati Mahabbah - kasih sayang Zuhud Tawakkal Ikhlas Syukur Redha Sabar. Sekian, terima kasih.



10 Sifat Mazmumah ( Tercela ) 1. BANYAK MAKAN. Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.
2. BANYAK BERCAKAP. Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.
3. PEMARAH. Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.
4. HASAD. Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.
5. BAKHIL. Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.
6. HUBBUL-JAH. Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.
7. HUBBUDDUNIA. Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.
8. TAKABBUR. Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.
9. BANGGA DIRI. Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.
10. RIAK. Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja.
Sifat-sifat Mazmumah (buruk) SIFAT SIFAT MAZMUMAH 1. Syarrut ta‘am (banyak makan) yaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai untuk menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah dilarang walaupun tidak membawa kepada lalai dari menunaikan ibadah,tapi karena termasuk di dalam amalan mubazir. 2. Syarrul kalam (banyak bercakap) yaitu banyak berkata-kata atau banyak bicara. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu. 3. Ghadhab (pemarah) berarti sifat pemarah, yaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau mendekati kejahatan. Sifat pemarah adalah senjata bagi yang menjaga hak dan kebenaran. Oleh karena itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya. Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. 4. Hasad (dengki) yaitu menginginkan nikmat yang diperoleh oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripada dirinya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala karena termasuk ingin mengkaruniakan sesuatu nikmat kepada orang lain. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerusakan. 5. Bakhil (pelit) yaitu menahan haknya untuk dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama. Nikmat yang dikaruniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain.Oleh sebab itu, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia jika tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama. 6. Hubbul jah (Mencintai kemegahan)yaitu memikirkan kemegahan, kebesaran dan pangkat, tetapi melupakan yang lainnya. Perasaan menginginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas karena Allah. Akibat dari sifat tersebut bisa membawa kepada tipu daya sesama manusia dan bisa menyebabkan seseorang itu membelakang pada kebenaran karena menjaga pangkat dan kebesaran. 7. Hubbud dunya (Cinta dunia)bermaksud menginginkan dunia, yaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sedikit pun kebajikan di akherat. Banyak perkara yang diinginkan oleh manusia yang terdiri dari kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat. Oleh yang demikian, cinta dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya dari menunaikan kewajiban-kewajiban kepada Allah. Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keridhaan Allah bukanlah suatu kesalahan. 8. Takabbur (sombong) yaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan congkak. Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sedikit pun faedah, tetapi malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama(murtad) karena enggan tunduk kepada kebenaran. 9.‘Ujub (bangga diri) yaitu merasa atau menyangkakan dirinya lebih sempurna. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahwa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahwa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahwa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya. 10. Riya’ (menmamerkan kebaikan kepada orang lain) yaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain. Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya karena niatnya telah menyimpang yang disebabkan oleh dirinya sendiri yang hanya menginginkan pujian dari manusia.
Url perujuk : http://dahlanforum.wordpress.com/2010/11/29/sifat-sifat-mazmumah-buruk/


SIFAT-SIFAT MAZMUMAH Semalam Seri kongsikan sifat-sifat mahmudah. Semoga apa yang diberi menjadi garis panduan untuk diri Seri Dan kekawan lain. Agak janggal juga jika Seri tak kongsikan pula sifat berlawanan mahmudah iaitu Mazmumah.

Sifat Mazmumah adalah sifat tercela. Menurut imam al-ghazali, antara sifat mazmumah adalah seperti berikut:

GEMAR MAKAN DAN MINUM
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bererti : " Yang terlebih afdal pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur. Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak makan" Kenapa sedemikian? Kerana mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar mkan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat. BANYAK BERKATA-KATA YANG SIA-SIA
Sudah menjadi lumrah manusia suka bercakap yang siaisia, yang boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar. Firman Allah yang bermaksud:
" Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruj( manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mendamaikan antara manusia" - surah An-nisan :114 Malahan ada hadis Rasulullah saw yang bermaksud : Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja. MARAH
Sifat marah berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang bersikap sedemikian selalunya disorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya Seringkali orang pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain. Bagaimanapun, islam tidak melarang umatnya mempunyai sifat marah dalam hal-hal tertentu seperti firman Allah SWt yan bermaksud: "Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka" - surah al-Tahrim:9 HASAD, DENGKI DAN IRI HATI
Sifat-sifat ini lahir dari rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Terdapat hadis Rasulullah yang bererti: "Hasad itu memakan kebajikan, sebagaimana api memakan kayu" Firman Allah yang bermaksud:
"Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya" - surah Ali imran:120 Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan iri hati ini, seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk, mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita. Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak. KASIH PADA HARTA
Tidak salahnya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil. Tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam. Agama kita menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat seperti bersedekah, berzakat, dan membelanjanakan harta di jalan Allah. Firman Allah swt yang bermaksud: "Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian. Maka tergolonglah mereka di kalangan orang yang rugi" - surah al-munafiqun:9 TAKBUR
Firman allah yang bermaksud: " Apabila dikatakan padanya: Takutilah Allah. Ia lalu dipengaruhi oleh kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa, cukuplah neraka jahanam (sebagai balasan)" - surah al-Baqarah : 206 Banyak sebab yang bolej membawa seseorang itu kepada sifat takbur atau menyombong diri. Antaranya sebab nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat. Untuk menghindari sifat takbur ini, selalu mengamalkan sifat tawaduk atau rendah diri dengan membanyakkan pergaulan dengan semua peringkat ahli masyarakat dan melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam segala hal. RIAK
Riak ditakrifkan sebagai sifat untuk menari pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan. Sifat riak yang nyata seperti menunjuk-nunjuk dalam amal ibadah dan riak yang tersembunyi ialah beratnya hati seseorang untuk beramal apabila bersendirian tetapi akan berbuat demikian apabila orang lain yang menyaksikannya! Terdapat hadis Rasulullah saw yang bererti: "Serendah-rendah riak adalah syirik" Rakan-rakan perlu berhati-hati supaya tidak bersifat riak dan sebaik-baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan segala amalan baik kita supaya tidak diketahui orang Apakah perkara yang boleh membuatkan seseorang itu riak? Ianya adalah seperti mempertontonkan keindahan tubuh badan, pakaian, ucapan dan perlakuan. UJUB
Sifat ujub pula berkait rapat dengan takbur dan riak. Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaaan dan lain-lain. Sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tiada benda di dunia ini akan kekal. Setiap sifat boleh ditimpa keuzuran atau penyakit suatu hari nanti, yang tinggi darjat keturunannnya tidak akan dinilai di sisi Allah selain takwa dan yang kaya pula boleh mengalami bencana-bencana seperti kecurian, penculikan dan sebagainya Sentiasalah menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri ( muhasabah) sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat-sifat tercela ini. KASIH AKAN DUNIA Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenenagan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah swt dalam firmannya : "Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumbailumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak" - surah al-Hadid: 20 Allah swt telah menjelaskan dalam firman-Nya yang lain, bahawa segala yang ijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik buruknya amalan seseorang itu. Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan yang melampaui batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan terhapus
Sifat Mahmudah & Mazmumah Hari raya tidak bermakna tanpa mengambil peluang bermaaf-maafan. - Gambar hiasan
SYAWAL yang tiba merupakan detik yang paling berharga dan bermakna setelah Ramadan untuk meningkatkan kualiti amalan, memulihkan hubungan sesama manusia yang merupakan tuntutan syariat Islam, berlapang dada, murah hati, ukhuwah, belas kasihan dan kasih-sayang.
Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk mengekalkan hubungan ukhuwah dan ikatan kemesraan sesama mereka.
Perkara ini seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: Berpegang-teguhlah kalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kalian berpecah-belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (semasa kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan dari itu neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah. (Ali-Imran: 103)
Malangnya, tatkala melihat hubungan sesama Muslim mutakhir ini, bagai menyaksikan senario yang amat mendukacitakan. Ikatan ukhuwah terungkai, persaudaraan tercarik akibat sifat mazmumah yang menebal di dalam diri. Antara sifat mazmumah yang paling menakutkan adalah sikap berprasangka buruk. Ia jelas bertentangan dengan perintah Allah SWT dan norma-norma kehidupan setiap Muslim itu sendiri.
Perintah Jauhi Sifat Mazmumah
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)
Ayat di atas menunjukkan perintah agar menjaga kehormatan seorang Muslim dengan sebaik-baiknya kerana ia di dahului dengan tegahan daripada bercakap tentangnya dengan sangkaan. Ayat di atas juga merupakan seruan kepada orang-orang mukmin agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua yang terlintas dalam hati yang sering berprasangka, syak dan ragu-ragu terhadap keadaan orang lain.
Al-Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata, "Allah SWT melarang hamba-hamba-Nya daripada sikap prasangka, iaitu menuduh dan menganggap khianat kepada keluarga, kerabat dan orang lain tidak pada tempatnya. Hal ini kerana prasangka adalah dosa, maka jauhilah kebanyakan dari prasangka tersebut dalam rangka berhati-hati.
Umar ibn Khattab r.a. pernah berkata: "Janganlah sekali-kali engkau berprasangka kecuali kebaikan terhadap setiap kata yang keluar daripada lidah saudaramu yang mukmin, sekiranya engkau dapati kemungkinan adanya kebaikan pada kata tersebut." (Tafsir Ibn Kathir, 7/291)
Said ibn al-Musayyib berkata; beberapa orang ikhwah daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW telah menulis kepadaku: "Hendaklah engkau meletakkan suatu urusan atau perkara bagi saudaramu pada tempat yang sebaiknya selagi engkau tidak didatangi oleh perkara yang boleh menurunkannya. Jangan engkau menyangka satu perkataan yang keluar dari seorang Muslim itu tidak baik sedangkan engkau masih berpeluang untuk menjadikannya baik."
Al-Imam Al-Nawawi berkata: "Prasangka yang diharamkan adalah prasangka yang terus menetap pada diri seseorang, terus mendiami hatinya, dan bukan prasangka yang sekadar terdetik di hati lalu hilang tanpa terpateri di dalam hati. Hal ini kerana prasangka yang terakhir ini adalah di luar kemampuan seseorang." (Al-Minhaj, 16/335)
Daripada bahawasanya Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT memaafkan bagi umatku apa yang terlintas di dalam jiwa mereka selama mereka tidak membicarakannya atau melakukannya." (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sifat mazmumah tidak hanya terbatas melalui sikap berprasangka buruk malah ia merangkumi perbuatan mencari cacat-cela orang lain, berhasad-dengki, saling benci-membenci, dan saling belakang-membelakangi, menzalimi saudaranya, tidak menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang memerlukan dan merendah-rendahkan saudara muslim yang lain. Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat mazmumah lain sebaik sahaja baginda membicarakan tentang berprasangka buruk.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berwaspadalah kalian daripada berprasangka buruk (zhan) kerana zhan itu adalah ungkapan yang paling dusta. Jangan kalian mendengar ungkapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari cacat-cela orang lain. Jangan kalian berlumba-lumba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling berhasad-dengki, saling benci-membenci, dan saling belakang-membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang Allah SWT perintahkan. Seorang Muslim adalah saudara bagi saudara muslim yang lain. Justeru, janganlah dia menzalimi saudaranya, jangan pula tidak memberikan bantuan kepada saudaranya dan jangan merendah-rendahkannya. Takwa itu di sini, takwa itu di sini." Baginda melakukan isyarat dengan menunjukkan ke arah dadanya. "Cukuplah seseorang dari keburukan apabila dia merendahkan saudaranya sesama Muslim. Setiap muslim terhadap muslim yang lain, haram darahnya, kehormatan dan hartanya. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-badan kalian, tidak pula kepada rupa-paras kalian akan tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kalian. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bahaya dan Bahana Sifat Mazmumah
Sifat mazmumah yang lahir dari niat yang tidak baik hanya akan memutuskan tali kekeluargaan dan menanamkan sifat ragu dalam diri individu mahupun keluarga dan masyarakat. Apabila penyakit su'uzan menular ke dalam diri seseorang, ia akan membawa kepada terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita keburukan orang dan menyelidikinya.
Begitu juga halnya dengan sifat-sifat mazmuzah seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas.
Semua sifat ini adalah pembunuh tautan kasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah. Menebalnya sifat mazmumah mengakibatkan hilangnya rasa saling percaya-mempercayai, tidak bertegur-sapa sesama Muslim dan mengakibatkan hilangnya kekuatan dan keutuhan ummah.
Warisi Sifat Mahmudah
Dalam suasana meraikan Aidilfitri, kehidupan diri dan keluarga sewajarnya dihiasi dengan muhasabah diri di samping melakukan amal kebaikan yang berterusan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan bekerja untuk bekalan hari kematiannya, manakala orang yang lemah ialah orang yang hanya mengikut hawa nafsunya." (riwayat al-Tirmidzi; Berkata al-Tirmidzi hadis hasan)
Sifat-sifat mahmudah seperti berbaik sangka, menjaga aib saudara seagama, berperibadi mulia meneladani Rasulullah SAW, bantu-membantu, tidak menzalimi antara sesama Muslim amat dituntut agar dipraktikkan dalam tata ruang kehidupan sehari-sehari. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hambaNya itu menolong saudaranya." (riwayat Muslim)
Pendek kata, perginya Ramadan bukan bermakna berlalunya segala amal soleh yang pernah dilakukan. Tuntutan melakukan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangannya tidak pernah ternoktah dan terhenti begitu sahaja.
Usaha untuk mencapai tingkat takwa dalam diri perlu diteruskan kembali jika pada Ramadan yang lalu hadirnya masih sirna dan kabur.
Rebutlah peluang nikmat usia yang dianugerahkan oleh Allah untuk melakukan ketaatan, menjaga hubungan baik dengan Allah SWT dan menjaga hubungan baik sesama insani sebelum datangnya hari Kiamat; iaitu hari yang tidak bermanfaat padanya harta dan anak pinak kecuali sesiapa yang datang menemui Allah dalam keadaan hati yang tenang.
sumber Dimasukkan oleh Ar Ruzaini Al Marbawi pada 3:36 AM






 
 
Published: 2015-04-30 Hit: 4 Laman Asal
Cara Sifat Solat Rasulullah Habib Ali Zainal Abidin
Takbir Takbiratul Ihram mempunyai makna apabila seseorang mengangkat tangan keatas/mengangkat takbir. Maknanya ialah sebagai simbol bahawa kita melempar, membuang segala ses .. ..
6 SIFAT SAHABAT R.A. YANG WAJIB ADA DI DALAM DIRI KITA
6 SIFAT SAHABAT R.A. YANG WAJIB ADA DI DALAM DIRI KITABayan Nasehat Maulana Saad حَفِظَهُ اللهُ15/10/2015 - NizamuddinTuan-tuan yg mulia,kita hen .. ..
Perbezaan Sifat Lelaki Dan Perempuan
31 Okt yang lalu, aku attended satu kursus.. best..thumbs up! walaupun mula-mula prejudis jugak, kot-kot mengantuk.hehe.. aku gi dengan staf aku, tapi dia balik ofis lepas register. aku memang tunggu .. ..
10 Sifat Muslim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.1  . akidah yang sejahtera2  . akhlak yang mantap3  . berpengetahuan luas4  . badan yang sihat .. ..
Halal Hub amp Bali
Assalamu'alaikum. I have always loved islands and beaches (not bitches, ok?). But if I were to choose between Phuket and Bali, I'd vote for Phuket. That was before I went to Bali recently. Now I beg t .. ..