LAGU TURKI YANG SANGAT MENARIK DIDENGAR Lagu Turki memang sangat jarang diputar di Malaysia. Boleh dikatakan sangat jarang berita mengenai industri muzik Turki dihebahkan di sini. Mungkin faktor bahasa menjadi penghalang. Namun, muzik itu adalah universal. Perkembangan muzik Turki sangat maju dan jauh ke hadapan. Muzik lagu Turki sangat unik kerana hampir kesemua jenis lagu mereka mesti ada pengaruh Asia Timur Tengah yang dicampurkan dengan irama moden Eropah. Ini mungkin disebabkan negara mereka berada di tengah-tengah antara Asia dan Eropah di mana secara tidak langsung mempengaruhi muzik mereka juga. Majoriti lagu - lagu baru arus perdana Turki kini banyak menggunakan konsep muzik EDM dicampurkan dengan irama Timur Tengah dan Latin. Memang menarik bukan. Di bawah ada tiga buah muzik video lagu Turki yang sangat menarik. Video lagu pertama adalah nyanyian Sinan Akcil feat Ferah Zeyndan untuk lagu berjudul Satrir (maksudnya Ianya Satu Kemestian). Muzik video ini unik kerana di permulaan video ada menunjukkan orang Jepun sedang karoake dalam bilik karaoke sebelum Sinan dan Ferah tetiba masuk me nyanyi  di dalam bilik itu. Gelagat orang Jepun terpinga2x di dalam bilik karoake itu agak kelakar. Sinan Akcil adalah salah seorang penyanyi, komposer, dan penerbit lagu yang sangat popular di Turki. Lagu terbitan beliau berjaya ke peringkat akhir pertandingan Eurovision 2009 dan mendapat tempat keempat. Video kedua pula adalah nyanyian Ayshe untuk lagu berjudul Ben Bile Sok (maksudnya Saya Pun Terkejut). Lagu ini adalah contoh lagu moden yang sangat kental dengan pengaruh muzik tradisional Turki. Sangat rancak dan best.Video ketiga pula adalah nyanyian Justin Timberlake Turki iaitu Murat Boz untuk lagu Janti (maksudnya Sopan). Lagu ini adalah contoh lagu Dance Music yang rancak tapi masih mengekalkan identiti muzik Turki itu sendiri. Kesemua lirik lagu di atas adalah  berkisahkan kisah cinta sesama manusia. 

Video MuzikSinan Akcil feat Ferah Zeydan - Satrir

Video Muzik Ayesha - Ben Bile Sok


Video Muzik  Murat Boz - Janti

Sinan Akcil
Sumber : Google


Published: 2017-08-13 Hit: 12 Laman Asal
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU KE-31
Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) 2017Sebanyak 12 buah lagu telah berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJ .. ..
SuntiKan RuBella SanGat PenTinG UntuK Mata
Post ini adalah berkaitan dnegan salah seorang pesakit anis yang telah mendapat masalah penglihatan terhad kerana ibu beliau telah dijangkiti penyakit rubella semasa mengandungkan beliau. Oleh sebab i .. ..
Lirik lagu Ambilkan Bulan - Sheila On 7
I love this song.. ^^Lirik lagu Ambilkan Bulan - Sheila On 7Ambilkan bulan bu, ambilkan bulan buYang selalu bersinar di langitAmbilkan bulan bu, ambilkan bulan buYang selalu bersinar di la .. ..