Rabu, 9 Julai 2008

SOROTAN KONTIJEN PAS JASIN DI "KARNIVAL MINYAK TURUN"

Kami bergerak lebih kurang pukul 8 pagi menuju ke tol Ayer Keroh, di sana ada satu sekatan jalan raya yang dilakukan oleh Polis dan kami meneruskan perjalanan tanpa ditahan atau disoal-siasat.Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya Plus itu kami lihat suasana agak lenggang tidak seperti perhimpunan Bersih dahulu. Apabila tiba di tol Sungai Besi kami bertambah hairan kerana tiada seorang polis pun yang kelihatan bertugas ataupun sekatan jalan raya dilakukan. Kami kemudiannya masuk ke lebuhraya Kesas dan seterusnya keluar di susur keluar Sunway dan menuju ke Stadium Kelana Jaya tanpa apa-apa halangan atau kelibat polis pun. Di simpang jalan menghala ke stadium kelihatan Unit Amal telah bertugas menunjukkan jalan ke tempat himpunan, sungguh pelik tapi benar tiada polis tiada fru seperti demonstrasi yang biasa kami sertai.Apabila kami masuk ke dalam stadium, lagi kami terperanjat kerana ianya lebih kepada satu karnival yang menghampiri Sureheboh, selepas mendengar ucapan beberapa orang pemimpin dan menonton persembahan tarian singa akhirnya selepas asar kami memutuskan untuk pulang. Ada sahabat yang tidak berpuas-hati telah pulang seawal 3 petang. Begitu juga halnya keadaan yang sama berulang lagi di mana kami pulang dengan tenang dan mudah tanpa ada apa-apa halangan sehinggalah sampai ke Melaka. Setiba di Melaka kami lihat polis masih lagi mengadakan sekatan jalan raya di pintu tol Ayer Keroh kepada kenderaan yang ingin keluara dari Melaka. Rupanya polis hanya mengadakan sekatan jalan raya di Melaka sahaja bagi menakut-nakutkan orang Melaka.

Tiada ulasan: