Saturday 5 May 2012

TAJUK : HADITH (MAKANAN YANG BAIK)



Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram
  • Menjaga kesihatan badan
  • Memelihara kewarasan akal
  • Dimakbulkan doa
  • Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
  • Menjauhkan diri daripada seksa neraka

Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah ialah sebagai penyebab dimakbulkan doa
Syarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram
  • Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja
  • Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
  • Makan atau minum bukan untuk kenyang

Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam keadaan darurat
  • Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
  • Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

Pengajaran hadith
  • Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan atau minuman yang halal dan bersih.
  • Wajib menghindari makanan atau minuman yang haram.
  • Allah tidak menerima doa hambaNya yang mengambil makanan atau minuman yang haram.
  • Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai.

Contoh Soalan
  • Jelaskan tiga hikmah memakan makanan yang halal.
  • Terangkan ciri-ciri makanan yang halal dan haram.
  • Islam mementingkan makanan yang berkhasiat dan halal. Jelaskan tiga akibat mengabaikan tuntutan tersebut.
  • Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari haditj di atas.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates