Wednesday 12 September 2012

Tak Suka?Benci?

Assalamualaikum,


pertama,tentang gambar di atas itu tidak perlulah aku huraikan lagi apa yang terjadi,lihat sahaja dua manusia yang iaitu yang berbaju hijau dan seorang lagi kaler putih.
walaupun semua pilihan telah digunakan oleh pasangan suami isteri tersebut dengan menunggang keldai bersama,isteri seorang sahaja yang menunggang,suami seorang sahaja yang menunggang dan kedua duanya tidak menunggang keldai tersebut.
apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikritik oleh dua orang lelaki yang kononnya bijak dan serba mengetahui.

apa yang boleh aku kaitkan gambar ini dengan kehidupan kita sekarang ialah persamaan situasi yang berlaku,apa sahaja yang dilakukan kita ada sahaja pihak yang cuba mengkritik,mengondem dan mengutuk kita secara membuta tuli.

cuba kita fikir sejenak,siapakah manusia di atas muka bumi ini yang semua orang suka kepadanya?semua orang sanjung akan dia?
meski kita lihat manusia itu sebagai insan yang sopan tingkah lakunya,lembut tutur katanya dan baik akhlaknya tetapi harus diingat tidak semua manusia dan insan berfikiran seperti kita,lihat sahaja kita dengan adik beradik kita walapun dibesar dalam keluarga yang sama,makan makanan yang sama dan mungkin bersekolah di tempat yang sama,adakah sama pemikiran kita dan adik beradik kita?sama ideologi kita dan mereka?

apa yang dapat aku simpulkan disini,walaupun kita telah cuba sehabis baik untuk memuaskan hati semua pihak yang berada bersama kita baik dekat mahupun jauh nescaya kita tidak MAMPU melakukan perkara ini,senang cerita memuaskan hati semua orang adalah diluar kemampuan manusia.

penutup,benar kata orang disekeliling kita adalah penting kerna kita hidup bermasyarakat,akan tetapi untuk memuaskan hati semua pihak hingga semua manusia suka dan senang akan pada diri kita itu adalah perkara mustahil kerana lain manusia lain pemikirannya.

p/s:senang ceghita kalau ada orang tak suka atau dok kata kita lagu ni lagu tu,tak payah dok kisah sangat,asal niat kita baik,tujuan kita baik kita teruskan.
mulut tempayan boleh ditutup,mulut orang takleh.
sekian.

dibiawakkan oleh : abiang SPARK

2 comments:

  1. terima kasih. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk tidak ambik pusing kata-kata mereka.

    ReplyDelete