Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Sunday 15 May 2011

-::Tiupan semangat untuk Teman seperjuangan::-

Wahai pemuda-pemuda Islam!



Kamu sangat-sangat dituntut supaya bekerja dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dahulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di dalam jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berda’wah ke jalan Allah. Sampaikanlah risalah Islam yang kamu bawa ini kepada manusia. Semoga dengan usaha ini terukirlah pula zaman kegemilangan Islam, sebagaimana yang telah dicatat oleh sejarah.

Kamulah semua satria pembawa Risalah. Tulang belakang ummah mulai dan sekarang hingga ke hari muka. Usaha dan jihad pemuda-pemuda merupa suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda pemudi Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.

Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah SWT. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.

Di sebalik keagungan dan ilmu ketamaddunan Islam, maka kita dapati generasi belialah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat kagum sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berjihad untuk berda’wah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu…
Duhai pemuda-pemuda Islam!

Semoga kamu semua akan menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadah dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berda’wah ke jalan Allah.

Inilah golongan pemuda yang bersifat mulia lagi terpuji. Golongan inilah yang tidak sanggup dicemar dan dikeji. Kesudahannya zaman keagungan Islam akan kembali. Negara Islam yang diimpi-impikan oleh setiap penganutnya akan tegak semula di atas daya usaha satria pemuda. Allah Maha Mulia lagi Pengasih. Dia akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang DIA sukai.

Saya doakan, semoga Allah jadikan kita seperti golongan yang mendengar ucapan dan disusuli dengan amalan dan tindakan. Semoga Allah jadikan kita seperti para-para dai’ yang bekerja dengan tulus ikhlas, demi untuk menyampaikan risalah Islam. Kita tidak gentar dengan sesiapa pun. Hanya kepada Allah saja sebaik tempat kita bergantung dan meminta. Saya sudahi dengan memuji Allah, Pentadbir semesta alam.

Di petik dari Sumber: langitilahi.com

No comments:

Post a Comment

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.