BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Rabu, 28 Mac 2012

LAW KAANA BAINANA


1st time aku dengar lagu ni di tv alhijrah dalam rancangan law kaana bainana ..aku tersentuh mendengar lagu ini lebih-lebih lagi  (seperti rancangan CUBAAN)  memfokuskan  kepada amalan Rasulullah s.a.w..masa tu aku tengok bertajuk:lmemuliakan kanak-kanak..situasi yg dilakonkan ialah di mana seorang kanak-kanak yang mula-mula sampai ingin membeli coklat di kedai..nak tau sama ada penjual itu mendahului org dewasa yg lambat sampai atau kanak-kanak yg lebih awal sampai...tapi tiada seorang pun yang melayani kanak-kanak itu dahulu...dalam setiap scene...kasihan...(kanak2 dan org dewasa-dilakonkan) tuan kedai ditanya kenapa dia melayan kanak-kanak begitu dan bagaimana jika Baginda masih ada dalam situasi berkenaan...rata-rata menjawan tentu baginda akan layan kanak-kanak dahulu...dan sekiranya mereka baginda ada di depan mereka...akan dipeluk dan mencium kaki baginda sambil menangis...dan ada yg mengaku mereka tak pernah solat sambil menangis....sedih dan hiba aku dengar...kat bawah ni adalah lagu tema rancangan ni...dengarlah wahai semua...bila dengar lagu ni aku rindukan baginda....dan membuatkan aku menangis(sedih,rindu,kesal)

~ Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontonilah di TV Al-Hijrah.
====================
LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

0 ulasan:

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers