Ana Ikan Bakar Petai Bangi SEDAP dan TERBAIK!!

by - 10:00 PG


Semalam,kami sekeluarga telah pergi ke Ana Ikan Bakar Petai Bangi menyambut double celebration birthday. Memandangkan hari lahir Kakak(2.2.1993) dan Mak pula(4.2.1966) hanya berbeza dua hari,maka ayah membuatkan keputusan untuk menyambut double celebration. Jimat sikit. Kalu buat 2 kali mau koyak poket kau!

Jadi,tanpa melengahkan masa lagi,marilah menatap gambar2 yang tersedia di bawah enjoy!


Inilah rupa kedainya


Menu yang terdapat di sini


Kaunter pilihan makanan


Memandangkan birthday mak semalam, so ayah lah yang suap. Hehehe


Birthday kakak Pipah 2 hari lepas, so mak pulak yang suap

Antara makanan2 yang kami order:-


Kerabu Mangga


sayur Cendawan


Sotong Goreng Tepung yang rangup!


Highlight disini sudah semestinya Ikan Bakar Petai!


Air Milo ais(dia pon nak enterframe jugak)


Semua muka happy sebab sedap




 Terdapat banyak tempat duduk tersedia


Playground untuk budak-budak main pon ada serta surau dan tandas di sebelahnya

Kami datang makan 11 orang! Sekali makan tu RM393! Yela dah 11 orang makan memanglah. Tapi memang puas dan kenyang. Bertambah debab lah aku. Tapi sekali-sekala. Jangan sampai tiap2 bulan sudeh. Tapi kalau anda mampu,saya tak kesah. Ikutlah kemampuan anda.

Kat bawah ni saya tinggalkan alamat dan no.telefon untuk tempahan. Biasanya waktu hujung minggu dan cuti ramai orang. Baik buat tempahan awal2 ya. Kalau pergi hari kerja macam kami ni tak ramai lah. Tu yang nampak lengang je tuh.

  1. Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
  2. Telefon:019-217 7668 / 012-935 5869 
  3. Waktu Operasi
     · 5:00 PTG – 12:00 PG
  4. Hari Tutup : Isnin

Maklumat lanjut boleh rujuk sini dan sini

Sekian



You May Also Like

0 ulasan