Saturday 12 December 2015

Ini Bukti UMNO Sedang Sakit Tenat

KUALA LUMPUR: Suasana di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69 bertukar tegang seketika apabila penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak mengganggu penyokong anti-Najib.

Situasi tersebut berlaku ketika penyokong anti-Najib yang terdiri daripada Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) sedang mengadakan sidang media di perkarangan PWTC.

Penyokong Najib yang diketuai Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju melaungkan kata-kata, ‘Hidup Najib, ‘Hidup Presiden’, ‘Allah Selamatkan Presiden UMNO’.

Ali Tinju dan penyokongnya lengkap berbaju merah iaitu warna rasmi bagi parti Melayu itu, manakala, kumpulan GKCM berbaju t-shirt hitam yang tertera tulisan ‘berani kerana benar’.

Sebelum itu, jurucakap GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman membaca kenyataan media yang terus mengkritik kepimpinan Najib.

“UMNO kini sedang sakit tenat dan perhimpunan ini gagal mencari penawar. Ia membuktikan bahawa UMNO ditunjangi pemimpin yang tidak berkaliber.

“Perhimpunan agung kali ini akan diingati dalam sejarah sebagai perhimpunan yang meruntuhkan UMNO,” katanya.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya ditenangkan oleh Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang meminta Ali Tinju dan kumpulannya bersurai.


[ Sumber ]
Ada apa-apa nak komen?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...