Search This Blog

Tuesday, July 14, 2009

Pendusta Sahabat Iblis..Berhati-Hatilah!

Assalamualaikum W.B.R...

Sudah lama rasanya tidak mengemas kini blog ini..Kerancakan menulis sebelum ni terpaksa dihadkan atas "urusan duniawi" tetapi diharapkan saya dan penulis blogger yang lain tidak hanyut dek dihimpit arus kesibukan duniawi ndalam meyebarkan kebenaran insya'Allah..Apa yang saya cuba sampaikan kali ni bukan berbentuk peribadi tetapi lebih kepada muhasabah diri..Jadi sama-samalah kita mengikuti kisah yang tidak pernah ditayangkan dalam industri perfileman duniawi tetapi bakal menjadi "tayangan perdana" di akhirat kelak...


Kisah Iblis Berhadapan Nabi Muhammad S.A.W...



Iblis laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam a.s tetapi akhirnya terpaksa bertemu Nabi Muhammad S.A.W atas perintah Allah S.W.T untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan oleh Rasulullah S.A.W..

Berikut adalah jawapan yang diberikan iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia:


"
Tahukah kau Muhammad,dusta berasal dari diriku?Akulah makhluk pertama yang berdusta.Pendusta adalah sahabatku.Barangsiapa yang berdusta,ia kekasihku"

"Tahukah kau Muhammad,aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihati-Nya.Sumpah dusta adalah kegemaranku,ghibah(gosip) dan namimah(adu domba) adalah kesenanganku dan kesaksian palsu adalah kegembiraanku.."


"Wahai Muhammad,umatmu ada
yang suka melewatkan solat.Setiap kali ia berdiri untuk solat,aku bisikkan kepadanya waktu masih lama,kamu masih sibuk lalu menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu sepatutnya.Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.."


Jika ia berhasil mengalahkanku,aku biarkan ia solat.Namun aku bisikkan ke telinganya,"Lihatlah kanan dan kirimu" lalu ia pun menoleh.Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya supaya gatal serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.Bukankah kau tahu Muhammad,orang yang banyak menoleh dan bergerak dalam solatnya akan dipukul.."



"Jika ia solat bersendirian,aku suruh dia untuk bergegas dan mempercepatkan solat.Ia pun solat seperti ayam mematuk beras.Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah,aku ikat lehernya dengan tali supaya ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai di akhirat kelak..."



"Jika ia berhasil mengalahkanku,aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat.Jika ia tidak menutup mulut ketika menguap,syaitan akan masuk dalm dirinya dan membuatnya menjadi bertambah taksub dan gila dengan kenikmatan duniawi dan juga semakin taat kepadaku.."




"Kebahagiaan
apa untukmu sedangkan aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat.Aku katakan kepadanya,'Kamu tidak wajib solat,solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan atau sihat sahaja.Orang miskin dan sakit tidak wajib solat dan jika kehidupanmu sudah berubah barulah kau solat'.Maka ia pun mati dalam kekafiran.Jika ia mati sambil meninggalkan solat,Allah akan menemuinya dalam kemungkaran."



"Wahai Muhammad,jika aku berdusta ketika ini Allah akan menjadikanki debu.Whai Muhammad,apakah kau akan gembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?"kata iblis..


Inilah semua cara yang digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi tunggangannya di akhirat kelak.Marilah umat Islam di akhir zaman! Kita sama-sama bermuhasabah diri dan memikrkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dilakukan dengan khusyuk,tawadduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T sahaja bukannya pujian sesama manusia...







Read more

Thursday, July 9, 2009

Kurangkanlah Sikit Ketawa tu..Boleh kan?

Assalamualaikum W.B.T...


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih di panjangkan usia dan di beri nikmat yang baik untuk kita.Jadi kita hendaklah mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T..Ok..berbalik kepada tajuk di atas,sudah pasti kita pernah merasai bagaimana "nikmat"nya ketawa..Tambahan pula berbagai program berunsurkan komedi sering dipertontonkan di kaca televisiyen seperti tom-tombak,ewah-ewah dan sebagainya...Maka tidak kering gusi la kita dibuatnya...







Besarnya mulut adik ni...(sekadar gambar hiasan)



Apabila kita gembira atau tercuit hati,pasti kita akan ketawa.Begitu juga apabila kita menangis jika berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan.Itulah rencah dalam kehidupan,ada suka mahupun duka.Tetapi,tahukah kita bagaimana ketawa yang dibenarkan dalam Islam?Islam tidak pernah menafikan hak umatnya untuk bergembira dan ketawa tetapi haruslah berdasarkan syarat-syarat yang telah digariskan Islam itu sendiri..

Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda;

"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.."(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)



Saidina Umar al-Khattab juga pernah berkata:

"Seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah S.W.T.Apabila rasa takutnya berkurangan,maka akan kurang taatnya kepada Allah S.W.T.Ketawa yang berlebihan dibimbangi akan menyebabkan hati mati dan keras.."


Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya dari bergelak ketawa yang melampaui batas kerana ia akan menyebabkan hati kita mati.Sepatutnya sebagai seorang Muslim,kita seharusnya menzahirkan legembiraan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan bukannya ketawa dengan melampau dan berlebihan.Malah kita juga perlu menjaga adab-adab ketika ketawa kerana Islam merupakan agama yang syumul dan sukakan kesederhanaan..

Justeru itu,Abdullah bin Harits r.a meriwayatkan yang bermaksud;

"Tawa Rasulullah S.A.W hanyalah tersenyum".Para sahabat berkata ;"Ketawa segala nabi adalah tersenyum manakala ketawa syaitan itu adalah tergelak-gelak"

Senyuman sudah cukup menggambarkan kegembiraan sebagai seorang Muslim.Seperti yang dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Harith;"Saya tidak pernah melihat seseorang yang sering tersenyum melainkan Rasulullah S.A.W"

Bukankah senyuman itu lebih sopan??

Wallahualam...
Read more

Monday, July 6, 2009

Bertudung Tapi Liar???

Assalamualaikum W.B.T...


Mungkin tajuk di atas agak menimbulkan kontroversi tetapi semasa saya masih kecil,tidak terbayang langsung wanita bertudung berseluar jeans ketat dengan t-shirt sendat,berkepit dengan pasangan masing-masing di pusat membeli belah atau membonceng dan berpelukan di atas motosikal bersama jejaka idaman mereka...Jadi tidak hairanlah kalau kita terdengar kata-kata sinis sebegini di lontarkan:"Alah,perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik.."Jangan bersikap prejudis terhadap wanita bertudung mahupun yang tidak bertudung sebaliknya kita perhalusi situasi begini dengan cara yang paling berhikmah..




KENAPA PERLU BERTUDUNG??

Apa niat wanita bertudung?Atau lebih tepat lagi kenapa kita perlu menutup aurat?Bertudung kerana hendak kelihatan cantik,hendak kelihatan baik,hendak menutup 'kekurangan' wajah dan bukan kerana Allah S.W.T(kewajipan menutup aurat) akan mendedahkan si pemakainya kepada perlakuan-perlakuan yang negatif.Ertinya,menutup aurat mestilah atas dasar tauhid kerana iman dan kerana Allah S.W.T..Jika kerana lain,maka itulah yang menjerumskan wanita yang bertudung ke arah kemungkaran.


Keadaan yang sama boleh berlaku kepada ibadat-ibadat yang lain.Solat contohnya,jika tidak dilaksanakan kerana Allah S.W.T(kerana riyak,ujb, dan takbur) akan menyebabkan seseorang itu akan semakin jauh daripada Allah S.W.T.Ini telah ditegaskan oleh para ulama.Keadaan ini juga turut berlaku kepada mereka yang bertudung bukan diniatkan atas perintah Allah.Bukan semakin dekat malahan semakin jauh pula..Nauzubillah...


MARUAH DAN AKHLAK...


Hendak menjaga maruah dan akhlak bukan sekadar hanya dengan bertudung sahaja tetapi perkara lain juga penting.Contohnya menjaga tingkah laku,berhati-hati dalam tutur kata,mengawal pandangan dan menjaga batas pergaulan di samping masa dan tempat di mana kita berada juga perlu dititikberatkan.Misalnya jangan keluar di tempat sunyi dan mengaibkan..
INGAT! "Aurat di hati" patut ditutup sama dengan aurat di badan malah aurat di hati jauh lebih penting untuk di jaga dari aurat di badan.Maksudnya hati jangan liar perlu dijaga selalu dan ditutup dengan rasa malu.


Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung,maka tingkah laku juga akan menjadi liar juga seperti pergaulan bebas,pandangan mata yang tidak dikawal dan keluar hingga lewat malam ke tempat-tempat maksiat.Maka,ketika itu tudung pun tidak mampu menjaga maruah dan akhlak diri.Kesimpulannya,tudung hanya mampu menjadi perisai kepada akhlak dan tingkah laku hati akan menjaga elemen dalaman seperti keyakinan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T.Tapi INGAT! Menjaga elemen dalaman BUKAN ALASAN untuk membuang tudung.Kononnya yang penting hati kena baik.


Andaikan seorang wanita menunggang motosikal tanpa helmet.Walaupun beliau merupakan seorang penunggang yang berhemah dan cekap,dia masih berada dalam keadaan "kekurangan'' dan menyalahi undang-undang.Begitu juga kepada yang tidak bertudung.Walaupun keperibadiannya baik tetapi dia masih "kekurangan dan melanggar perintah Allah-Kewajipan menutup aurat.Secara mudah,topi keledar ada kaitannya dengan menjaga keselamatan manakala menutup aurat ada kaitannya dengan keselamatan agama(maruah dan akhlak)


DUA PERKARA YANG "BERBEZA".







SAMA TAPI TAK SERUPA.....!!








Pakai tudung dengan menutup aurat adalah dua perkara yang berbeza.Ramai yang bertudung tetapi tidak menutup aurat.Tutup aurat ada niatnya,konsep dan pelaksanaan yang khusus.Ia di buat atas dasar iman,cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuannya adalah untuk menegakkan akhlak.Jika sekadar memakai tudung untuk tujuan 'glamour',cantik dan bergaya semata-mata,itu tidak ada maknanya..


Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mumin,hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali.Mudah-mudahan dengan itu mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun.."


Salahkah bertudung hendak cantik?Mungkin ada yang akan berhujah begitu.Bukankah ISLAM itu INDAH?Memang tidak salah bertudung kerana ingin cantik tetapi itu bukan tujuan menutup aurat.Tujuan utama menutup aurat adalah kerana mengikut perintah Allah S.W.T.Dibuat atas dasar iman dan menepati kaedah syariat.Mana yang patut ditutup perlu ditutup.Labuh dan singkatnya tudung tersebut adalah mengikut syariat.


Dengan itu barulah terbangun akhlak pada wanita yang menutup aurat dan insya'Allah dia akan selamat dan menyelamatkan.Dia tidak akan diganggu dan menganggu orang lain.Macam mana kalau wanita yang tidak bertudung tetapi akhlaknya lebih baik dari wanita bertudung?Pasti akan ada yang berkata begitu..Ringkasnya,ibarat kita menunggang motosikal tanpa memakai helmet.Tetap salah di sisi undang-undang dan membahayakan diri.Begitu juga dengan wanita berakhlak baik yang tidak memakai tudung.Tetap salah di sisi Allah S.W.T..Bagi yang bertudung tapi akhlak buruk pula juga tidak terlepas daripada hukuman Allah S.W.T kerana telah mengabaikan syariat yang lain.


Ada yang berkata "nak bertudung kena la ikhlas..mana boleh paksa-paksa"..Persoalan saya,adakah selama ini kita memang tak pernah iklas dengan Allah S.W.T?Kewajipan memakai tudung bukan atas arahan para ulama atau mufti tetapi atas suruhan Allah S.W.T..99% KEGAGALAN KITA MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB ADALAH DISEBABKAN KITA SELALU MEMBERIKAN BANYAK ALASAN.Jangan bertangguh lagi..Perbaikilah diri dan serulah orang lain...


Wallahualam...
Read more

Saturday, July 4, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA!!! MARI RAMAI-RAMAI KITA GEGARKAN!

KONSERT ANTARA DUNIA!!!!!!





Konsert Antara Dunia 2009 akan mengadakan Majlis Sidang Media seperti maklumat berikut:

Majlis Sidang Media

KONSERT ANTARA DUNIA 2009 (KAD`09)

Bersama

Rabbani, Raihan, Hijjaz,

Ustaz Ahmad Dinie Juri & Ustaz Sobri

Di

Kuzie Catering, Penthouse, Suite 4, Cattleya Grand Ballroom Wisma PKPS, Persiaran Perbadanan 40675 Shah Alam, Selangor.

Tarikh

7hb Julai 2009 (SELASA)

Masa

12.00 tengah hari



Konsert Antara Dunia yang bakal diadakan pada 1 Ogos akan datang sedang giat menjalankan promosi ke seluruh lembah kelang dan Negeri Selangor.


Sidang Media Konsert Antara Dunia akan di pada 7 Julai 2009 di Kuzie Catering, Shah Alam. Sidang media yang akan dimulakan pada jam 12 Tengah hari itu membawakan semua wakil-wakil artis yang terlibat dalam konsert yang akan diadakan itu. Urusetia konsert dengan ini mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil media untuk turun sama-sama memeriahkan sidang media tersebut.


Untuk pengetahuan semua, Sekretariat Konsert yang bertempat di pejabat Rabbani sedang giat membuat persediaan untuk konsert yang julung-julung kalinya di anjurkan oleh Gamis. Ini adalah salah satu langkah untuk mencapai misi dakwah yang dibawakan oleh gamis. Ia akan menjadi satu batu loncatan untuk Gamis terus mara kehadapan dalam era yang serba mencabar ini.


Usaha menganjurkan konsert ini merupakan satu usaha yang besar dan memerlukan penglibatan semua pihak. Ini juga memberi pengalaman baru kepada ahli-ahli Gamis tentang strategi menjalankan konsert. Pihak Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. sangat membantu urusetia konsert dalam menguruskan perjalanan konsert.


Pihak Gamis mengharapkan sekongan sepenuhnya daripada seluruh ahli Mahasiswa Islam diseluruh kampus di Malaysia. Datang dan jemput rakan-rakan lain untuk sama-sama menyaksikan dan merasai sendiri kelainan Konsert Antara Dunia 2009. Anda pasti akan merasai satu kelainan dan mendapat pengalaman yang tidak diperolehi di tempat lain.


Sesiapa yang berminat untuk menyertai konsert antara dunia 2009 sebagai AJK untuk menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi Aisyah (013-6288591).


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai artis- artis yang terlibat, anda boleh klik link di bawah:

Rabbani Hijjaz Raihan Shoutul Harokah

Read more

Wednesday, July 1, 2009

Pemergian Dua Nama Besar...

<-----Allahyarham Fathi Yakan





Allahyarham Mikaeel @ Micheal Jackson---->

Antara Kematian Fathi Yakan & Micheal Jackson

Bulan Jun 2009 diisi dengan dua berita kematian tokoh dunia yang berbeda: Michael Jackson dan Fathi Yakan. Keduanya dikenal banyak orang, namun faktanya, banyak orang Islam lebih banyak meratapi kepergian Michael Jackson daripada kehilangan seorang ulama besarnya.


Michael Jackson, dikenal dengan sebutan “King of Pop” diberitakan meninggal karena serangan jantung di rumah sakit UCLA Medical Center di Los Angeles. Ia meninggal di usia 50 tahun. Sampai saat ini, penyebab kematiannya sendiri masih sedikit simpang siur. Ketika dibawa oleh petugas kesehatan pemadam kebakaran Los Angeles, ia diberitakan sudah tidak bernafas.


Kematian Michael Jackson membawa akhir tragis si Raja Musik Pop ini. Pada tahun 1980an, ia sangat terkenal dan mendominasi bisnis musik dunia. Albumnya yang berjudul “Thriller” pada tahun 1982 terjual sebanyak 50 juta kopi di seluruh dunia dan menjadikannya sebagai salah satu orang terkaya di dunia. Pada awal 90an, ia mengganti rupa dan bentuk tubuhnya, dari seorang kulit hitam menjadi kulit putih, lewat operasi plastik. Pada pertengahan 90an, ia sudah hampir kehilangan popularitas karena serbuan musik alternatif (grunge) dan albumnya yang disiapkan dengan biaya besar (Dangerous) jeblok di pasaran.


Kehidupan Jackson dipenuhi dengan berbagai peristiwa aneh dan kontroversial. Setelah mengganti tubuhnya, dan ia menjadi ayu laksana perempuan, Jacko—panggilannya—juga terlibat kawin cerai, diberitakan melakukan pelecehan seksual, aksi pembahayaan kepada anaknya sendiri, dan sebagainya. Pada tahun 2003, ia diberitakan masuk Islam mengikuti jejak abang kandungnya yang telah lebih dahulu memeluk Islam. Namun berita seputar Jacko dalam menjalankan Islam minim sekali. Tahun 2009, ia diberitakan akan melakukan aksi come-back, namun ajal keburu menghampirinya, seperti yang diberitakan oleh MSNBC.


Berita kematian Michael Jackson langsung disambut gegap-gempita oleh masyarakat seluruh dunia. Termasuk juga orang-orang Islam. Mereka mengaku berbela sungkawa. Mereka menulis status yang mendalam di facebook milik mereka dan menyatakan sangat kehilangan Jacko.


Sementara pada Sabtu pekan kemarin, seorang ulama besar Islam pun wafat. Ia adalah Fathi Yakan. Fathi Yakan adalah tokoh pergerakan Islam yang buku-bukunya banyak dibaca dan menjadi referensi para aktivis pergerakan Islam Indonesia diawal-awal tahun 80-90an.


Syaikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjabat sebagai anggota parlemen di Libanon pada tahun 1992. Ia terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Libanon pada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.


Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aids Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara politik daripada Islam itu sendiri.


Sebaliknya, berita kematian Fathi Yakan ini mendapat tanggapan yang sepi dari dunia Islam. Banyak umat Islam yang tidak mengetahui kematian beliau. Bahkan ketika ditanya, banyak pula yang menjawab, “Fathi Yakan? Fathi Yakan siapa?”. Fathi Yakan, didoakan oleh seantero dunia Islam. Jacko, ditangisi oleh penggemarnya.
Read more

Fadhilat Bulan Rejab.~~

::Bulan Rejab::


Sedar tak sekarang kita dah berada di BULAN REJAB?? Yee Bulan Rejab.. Diantara bulan yang penuh dengan keberkatan.. Rejab, Syaban then Ramadhan.. Selalu orang ingat RAMADHAN jer kan coz dah dekat ngan raya.. Raye jerk ingat ekk.. Bagi hantu raye baru tahu... Hehe.. Kali nak kongsi kelebiha-kelebihan bulan Rejab lak.. Antara bulan yang amat disunatkan untuk berpuasa ..Pose jangan x pose... Pose yangyuk pun x pe.. Janji Pose..


Pada yang masih punya pose yang belum diganti tu cepat2 la satelkan.. Kang tertindan-tindan lak ngan pose Ramadhan yang akan datang nih.. Teringat pesanan ustaz di kuliyah agama tadi.. Pada ibu bapa yang nak latih anak2 puasa penuh di bulan Ramadhan inilah masanya.. Jangan nak tunggu Ramadhan baru nak latih.. So, pada ibu2, mulakanlah latih anak2 di bulan Rejab ni.. (Yang aku sibuk2 ni aku dah ade anak ker..Ngeh3.. Insyaallah satu hari nanti)


1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dandaripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajaldi hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.


Di copy dari laman blog sahabat ana.. penjagaiman.blogspot.com

Read more
 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio