Insan yang ku Sayang
Di malam yang sunyi dan dingin ini
Aku hanya bertemankan bunyi hujan yang lebat
Deruan angin yang kencang
Padamu yang tersayang
Di mana kah dikau yang amat kurindui
Siang malam aku ternanti-nanti kehadiranmu di sisi
Dirimu yang jauh nun di sana
Dirimu yang kusayang
Tahukah betapa terseksa hatiku tika ini
Mengenangkan dirimu
Merindukan belaian darimu
Kekasih ku Sayang
Selama kita bersama dari awal hingga kini
Terlalu banyak kasih dan Sayang darimu
Pengorbanan yang tidak dapat ku balas semula
Ketahuilah Sayangku
Engkau lah satu-satunya insan yang mengajarku
Erti memberi dan menerima dalam cinta
Makna kasih sayang dan bahagia dalam hubungan
Suamiku Sayang
Adakalanya aku menyakiti dirimu
Seringkali menghancurkan perasaanmu
Setiap masa meluluhkan hatimu
Seperti kata dari mu Sayang
Adakalanya diriku dikawal perasaan
Fikiranku senantiasa keliru
Akalku dikawal emosi dan amarah
Sayangku Kasihku
Ampunkan segala kesilapanku
Yang tidak ada satu pun aku sengajakan
Tidak sedikit pun niatku menyakitimu
Maafkan lah diriku sayang
Aku tidak dapat berada di sisimu selalu
dalam suka dan dukamu
Kerana jarak yang memisahkan kita
Buah hatiku tersayang
Janganlah pernah putus berdoa
Memohon pada-Nya
Agar semua impian dan harapan tercipta
Aku cuma mahu kau tahu
Sayangku dan Kasihku Hanya untukmu
Dulu, Kini, dan hingga akhirnya
Hanya engkau di hatiku selamanya
( Khas Buat Hubby Tersayang ~ En. Jeffri )
No comments:
Post a Comment