setiap kali ku kenang
hati ini bergitu sedih
dugaan yang datang tanpa henti
bagaikan bunga yang telah mati
Wajah mu hadir
membuatkan hati ini membara kemarahan
Suara mu
membuatkan telinga ini berair
sukarnya untuk memaafkan Mu
setelah diperlakukan sedemikian
Jauh dihati telah ku maafkan
dekat dimulut bertapa bencinya
diri ini terhadap mu
Hanya Allah s.w.t mengetahui segala-galanya
akan ku jauhkan diri ini dengan mu
sampai akhir hayat ku
seandainya kita dipertemukan
kau hanya bayangan didepan mata ku
Ruginya siapa teman hidup mu
Bertuahnya aku
kerana sedar tentang perkara ini
Subahanallah Jauhilah dia dengan aku
Manusia mudah lupa
setelah berjaya
Manusia mudah ego
setelah memiliki kekayaan
Manusia mudah sombong
setelah memiliki segala-galanya
Ya Allah s.w.t
tunjukan kekuasaan mu
memberikan dia pertunjuk dan hidayah Mu
hadirkan dia dengan kesedaran
bahawa KAU adalah segala-galanya
di dunia dan akhirat...