Jumaat, 16 Ogos 2013

SujudKU

Bergitu indah taman bunga
tetapi indah lagi taman yang tercipta dalam hati
adakah benar cinta ini terhadapnya
atau ini hanya permainan hati 

Bagaimana cinta ini harus ku perkatakan
cinta adalah satu perasaan yang terindah
perasaan ini memberikan kebahagian 
keindahan yang diimpi-impikan




setiap sujuk ku mohon
setiap doa ku pinta
adakah benar segala perasaan ini
adakah ini pertunjuknya



cinta tidak dapat dijaga
cinta tidak dijangka
kerana cinta anugerah Allah 
anugerah yang terindah

sukar untuk ku luahkan cinta ini
bila malu melanda
cemburu dan takut juga kurnian Ilahi
perasaan ini tidak akan pernah luput 
kerana sudah tertanam sedalam-dalamnya

Ya Allah seandainya benar apa yang ku rasa
maka tunjukkan jalan kebenaran padaku
kerana keizinanMU segalanya berlaku
sesungguhnya ku Redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan